Bahagian 1 : Wang & Anda


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin menyentuh tentang wang.

Sekarang kita berada di situasi yang mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup.

Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni?
Yeye, banyak duit?
Mak, Ali nak patung robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah.

Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan pelbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan.

Apa yang anda perlu faham mengenai wang?

Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manusia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka.

Mahu rumah yang lebih besar,
mahu kereta yang lebih besar,
mahu berikan yang terbaik untuk keluarga.

Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda tidak boleh mengharapkan situasi berikut akan berlaku.
Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.
Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan berkata :

Syuhada, hari ini saya nak naikkan gaji awak..

Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada anda. Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang sepatutnya.

Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda. Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.

Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu perkara yang sama 
untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkan masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang sama.

Bagi saya pelaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk menjamin masa hadapan. 

Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang. Jumpa lagi di bahagian yang kedua.


Busuk!