Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang
adalah alat untuk pertukaran. Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur
kehidupan seseorang pada zaman sekarang.
Lagi banyak wang, lagi kaya.
Lagi banyak wang, lagi di hormati.
Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.
Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di
hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang
kehidupan anda.
Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.
Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang sebagai hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang menarik untuk di kongsi.
Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.
Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang
sudah mengusai masa dan kehidupan anda.
Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah dengan pengurusan wang yang betul.
Beringat sebelum
terkena.
Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda
dan saya tidak dapat menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi
jumlah pendapatan kita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh
bebanan hidup.
Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.
Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.
Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita.
Masa dan Wang.
Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di
dunia:
1. Tiada masa dan tiada wang.
Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka
bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakan dari
mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebasan
yang tidak dapat di kawal.
2. Tiada masa tetapi ada banyak wang.
Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam
kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka
ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan
sentiasa berada pada pihak mereka.
3. Ada masa tetapi tiada wang.
Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan
jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di
belanjakan.
4. Ada masa dan ada banyak wang.
Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak
dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan
wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.