APALAH YANG ADA PADA NAMA ?

Terdapat golongan yang sering melontarkan ungkapan “APALAH YANG ADA PADA NAMA?”. 
Golongan ini berhujah ”Kalaulah bunga Tanjung ditukar nama kepada bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan tidak akan berubah, jadi apalah yang ada pada nama?” 

Manakala banyak pula golongan yang begitu prihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah : 

*IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai dengan saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dalam soal nama. 

*Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuaian untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. 

*Golongan usahawan yang sedang mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa. Mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut di kekalkan atau patut di beri nama baru, ”Rebranding”?

*Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapatkan nasihat. 

*Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa. Mereka ini sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tersendiri. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain.

Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !
1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan manusia,haiwan, tempat dan produk. 
2. Nama menggambarkan bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan. 
3. Nama > Jenama > Penjenamaan 
4. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti. 
5. Jenama adalah nilai komersial. 
6. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan. 

Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat-amat penting ! Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat.


www.syuhada1981.com


Credit to : Tuan Din Deraman


Busuk!