Salam Kemerdekaan.

As-salam. 

Hanya ini yang ingin saya sampaikan malam ini.

Gigi paling kuat ialah gigi orang melayu sebab... kita boleh makan pucuk paku, ikan parang, jambu batu, belimbing besi..

Tak akan melayu hilang di dunia. Selamat Hari Merdeka!!





Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan




17 Tips Menjadikan Hari Kita Lebih Baik Dari Semalam

As-Salam. Kita semua mempunyai masa yang terhad untuk hidup di dunia ini. Jadi hargailah sebaik-baiknya, dan jadikan setiap hari adalah hari yang indah untuk kita semua. 

Berikut adalah 17 cara atau tips yang boleh kita amalkan supaya kita boleh menjadikan hari kita lebih baik dari semalam.

1. Luangkan masa bersama rakan-rakan yang positif, dan mereka yang baik- baik sahaja.

2. Buat baik pada orang lain.

3. Cabar minda kita untuk lakukan sesuatu yang jarang kita lakukan.

4. Siapkan kerja-kerja yang penting untuk capai matlamat kita.

5. Lakukan satu perkara dalam satu masa.

6. Fokus pada sesuatu yang kita ada sekarang, dan hargainya sebaik mungkin.

7. Senyum, walaupun tiada sebab untuk wujudkan senyuman itu.

8. Buang semua benda yang kita tak perlukan.

9. Fokus pada penyelesaian masalah (Solution!)

10.  Elakkan diri daripada memasuki jalan cerita hidup orang lain.

11.  Duduk diam sebentar, fikirkan nikmat yang telah Tuhan berikan pada diri kita.

12.  Jadilah orang yang jujur pada diri sendiri dan orang sekeliling.

13.  Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kita tersenyum dan ketawa.

14.  Tulis benda yang baik-baik, kemudian post di wall Facebook.

15.  Makan makanan berkhasiat.

16.  Menjelajah ke tempat baru, lihat suasana baru dan jumpa kenalan baru.

17.  Kongsikan nota ini bersama rakan kalian, pasti mereka tersenyum dan berterima kasih pada kita.


(P.S: Klik pada button 'Share' jika mahu kongsikan nota ini. Dijamin, kawan-kawan pasti akan tersenyum dan mengucapkan jutaan terima kasih, kerana memberi mereka motivasi dan inspirasi, untuk menjadi individu yang lebih baik hari ini)

syuhada1981.com,motivasi, tips kehidupan


Credit to Aqif Azizan

10 Filem Terbaik Untuk Jiwa Usahawan

Assalamualaikum..

Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi kita sebagai usahawan.

Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan editor Majalah Niaga.com yang terbaik untuk kita tontoni.


1. Billionaire

Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.



2. The Social Network

Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.

                             

3. Wall Street

Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.



4. Jerry Maguire

Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.

Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.





 5. The Pursuit of Happiness


Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.

Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.




6. Pirates Of Silicon Valley


Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.




7. Moneyball

Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.

Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.




8. Up In The Air

Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.




9. The Aviator

Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes pada tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.





10. Risky Business

Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.




Sumber dari : MajalahNiaga.com






Link Exchange

Hari Rabu Tanpa Kata 3# : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.



Segmen | Pencarian Bloglist 4 Bulan

 
 Banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
Setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN. Kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013. Semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu 
1. Mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
 2. Follow blog INI dan INI 
3. Add G+ 
4. Like fanpages 
5. Setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
 6. Segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam. JOM PAKAT JOIN RAMAI2. 

8 Kemahiran Yang Wajib DiPelajari Oleh Usahawan

1. Boleh menjual. Kita hanya boleh memberi apa yang kita miliki. Kita hanya boleh menjual apa yang kita percayai.

2. Sudahkan apa yang kita mulai. Mereka yang suka berhenti ditengah jalan, mereka yang makan tanpa menghabiskan, mereka yang kuat bersembang tanpa penyudahan usah masuk Planet Orang Bisnes.

3. Belajar buat keputusan. Buat keputusan. Buat keputusan. Manusia yang terumbang ambing di lautan tanpa tahu kearah mana bahtera mahu dilayarkan tidak layak jadi usahawan.

4. Yakin Diri. Yakin untuk serlahkan keupayaan orang lain. Yakin pada idea. Yakin pada upaya. Yakin dapat bangkit semula tatkala terjatuh ke lubang bahaya. yakin ada Allah SWT yang akan bantu kita sebagai hamba.

5. Pengurusan Masa dan Kemahiran Merancang. Ia adalah adunan dua perkara yang perlu dipertajamkan. Dimanfaat secara hemat. Diatur dengan teliti.

6. Komunikasi. Persuasi. Butang mana yang mana mahu ditekan. Ucapan mana yang mahu dikeluarkan. 

7. Sekali lagi Otot Tabah. Mereka yang cekal dan tabah akan dapat melepasi belantara berpuaka yang bakal ditempuh usahawan berjaya.

8. Sedia untuk belajar. Sedia untuk diajar. Sedia untuk mengajar.

syuhada1981.com,usahawan berjaya,motivasi,tips usahawan

Credit : Dato' Roslan Ab. Hamid



Si Kerdil Yang Berjiwa Besar, NICK VUJICIC

syuhada1981.com,motivasi

* Nick Vujicic seorang motivator.

* Dilahirkan di Brisbane, Australia tanpa kaki dan tangan. 

* Semasa kecilnya Vujicic tidak hanya mendapat tekanan yang berat semasa sekolahnya, tapi dia juga berjuang untuk melawan kesedihan dan kesepiannya. 

* Vujicic mempersoalkan mengapa dia berbeza dengan anak-anak lainnya, mengapa dia tidak mempunyai kaki dan tangan.    

* Vujicic bukan orang yang mudah menyerah kalah.

* Berjaya menamatkan pelajarannya pada usia 19 tahun di Universiti Griffith di Logan, Australia di dalam Jurusan Perakaunan dan Perancangan Kewangan. 

* Beliau telah menjelajah ke seluruh dunia dan berkongsi cerita dengan lebih tiga juta orang di lebih 24 buah negara di lima benua. 

* Baru-baru ini Vujicic menjejakkan kaki ke Malaysia pada sesi ceramah motivasi di Hotel One World. 

syuhada1981.com,motivasi


Apa yang istimewa pada Vujicic? 

Apabila berada di atas pentas khas yang dibuat khusus untuk Vujicic, beliau yang sentiasa tersenyum manis nampak seperti seorang kerdil, kerana pendek separuh daripada ketinggian biasa orang dewasa Asia. 

Berkulit cerah dengan rambut keperangan sama seperti rupa biasa dilihat pada lelaki kulit putih, Vujicic sebenarnya nampak normal walaupun hakikatnya lelaki itu tidak mempunyai tangan dan kedua belah kaki. 

Bagi menyokongnya berdiri, Vujicic disokong dengan telapak kaki kiri dan kanan. Namun, kaki kanannya lebih banyak berfungsi dengan dua jari kaki melakukan pelbagai kerja termasuk menaip papan kekunci komputer dan telefon. 

Memakai pakaian kesukaannya kemeja lengan panjang warna putih bersama seluar denim, Vujicic walaupun kerdil sebenarnya nampak ‘besar’ di atas pentas khas berkenaan. Apabila beliau mula bersuara, sorakan dan tepukan peserta memenuhi dewan. 

Si kerdil itu menjadi ‘besar’ dengan sorakan insan yang majoritinya normal dengan dua belah kaki dan tangan berbanding beliau yang tiada anggota berkenaan.

Melalui insan ini, sebenarnya Allah cuba untuk mengetuk minda dan motivasi kita sebagai manusia yang serba sempurna ini untuk mengeluarkan kehebatan diri kita....
keluar dari ketakutan... 
keluar dari ketidakyakinan... 
keluar dari keraguan.... 
keluar dari ketidakpercayaan... 
keluar dari kepompong kesempitan... keluar dari hipokrit.... 
keluar dari pengaruh negatif... 
keluar dari kelalaian.... 
keluar untuk melihat sebenarnya diri kita ada kehebatan yang belum dikeluarkan... 
Kenapa kita mesti mematikan sendiri motivasi diri dengan bisikan-bisikan yang negatif?


Yang penting kita boleh mendapat inspirasi darinya.... 

Carilah klip-klip beliau dari Youtube... Ianya boleh dijadikan pemangkin semangat untuk kita yang selalu lemah, tiada keyakinan diri dan rasa ketakutan yang terlalu mencengkam...! 

Vujicic, kini bukan lagi lelaki OKU yang kerdil dan lemah sebaliknya beliau seorang penceramah, pengarang, pemuzik, pelakon dan mempunyai hobi memancing, melukis dan berenang.

Vujicic juga telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata lelaki...Hebat!!!

syuhada1981.com,motivasi


Jika beliau tanpa ada kaki dan tangan boleh berjaya...mengapa tidak kita??


Foto : Mr.Google

Percuma Vs Berbayar

Assalamualaikum..

Di internet dewasa ini sudah banyak program, perisian, produk digital seperti ebook dan banyak lagi yang boleh dimuat turun dengan percuma atau boleh didapati secara percuma sahaja. Kita hanya perlu mencari sahaja lagi atau terjumpa secara tidak sengaja berkenaan perkara yang kita bincangkan ini.

Secara umumnya kesemua program ini terbahagi kepada dua. Yang bersyarat dan juga yang tanpa syarat. Maksud saya yang bersyarat itu kita perlu jadi subscriber terlebih dahulu dengan mengisikan borang online yang biasanya ringkas sahaja seperti nama dan alamat emel barulah kita dapat muat turun program tersebut. Maksud saya dengan muat turun tanpa syarat itu pula, anda hanya perlu klik dan terus boleh muat turun.

Persoalannya apabila sudah semakin banyak program yang boleh di muat turun secara percuma, adakah relevan produk digital ini dijual pada masa sekarang dan akan datang? Anda akan melihat produk atau program yang sama nichenya tetapi ada yang dijual dan yang lain boleh pula di muat turun secara percuma sahaja.

Jadi apa kelebihan PERCUMA dan apa pula kelebihan BERBAYAR?


syuhada1981.com,percuma vs berbayar


Kelebihan PERCUMA

-PERCUMA! Sebab tulah..
-Bila percuma, jadi tidak perlu keluar duit dan jimat perbelanjaan kita.
-Bagus bagi mereka yang mahu bermula dan belajar.
-Bagus bagi mereka yang hanya ada bajet kecil untuk memulakan sesuatu.
-Bagus buat pengenalan dan belajar perkara asas terlebih dahulu.
-Senang cerita semua orang tahu kelebihan percuma tu.. hehehe

Kekurangan PERCUMA

-Selalunya ia adalah berkenaan perkara asas sahaja. Kadang-kadang ia  merupakan pre-sale sahaja.
-Pemilik/Pembuat tidak atau akan kurang bertanggung jawab dengan hasil  kerjanya.
-Jika bertanggungjawab sekalipun mungkin akan sukar untuk menjawab  dengan sempurna setiap persoalan dari pengguna.
-Kurang nilai secara personal.
-Kurang dari segi momentum kesungguhan untuk belajar dan berjaya dari  pengguna. Bergantung juga kepada motivasi diri individu itu sendiri.
-Kemungkinan pakej kurang lengkap seperti apa yang pengguna mahukan.
-Kebiasaannya kurang berkualiti.


Kelebihan BERBAYAR

-Kesungguhan untuk belajar atau bertindak secara semula jadi oleh  pembeli/pengguna.
-Akan memanfaatkan produk yang telah dibeli
-Akan menghargai produk yang telah dibeli.
-Biasanya pembeli akan lebih berjaya jika dibandingkan dengan yang percuma.
-Kebiasaannya akan lebih dari segi kualiti produk dan servis.
-Senang cerita kebiasaannya ada JAMINAN samada yang dijelaskan atau tidak.
-Ada nilai harga dan penghargaan. Sebab tu ia dijual.


Kekurangan BERBAYAR

-Setiap orang tahu bajet dan keperluan bagi mereka.

Pada mulanya saya agak bimbang dengan fenomena yang berlaku sekarang ini. Tetapi apabila dikaji semula, ia bagus untuk mempertingkatkan kualiti produk dan servis. Bagi saya, saya akan cuba berkongsi segala yang terbaik disini dan menambahkan value kepada semua orang. InsyaAllah..

Pssstt.. Sebenarnya PERCUMA itu ada nilainya juga terutama untuk jualan akan datang dari pendekatan dan juga teknik lain soft selling. Hehe.. Di kesempatan ini saya mahu berkongsi satu ebook buat pengunjung blog ini. Klik di ruangan PERCUMA di sini..

Saya harap laporan ringkas hasil tulisan pakar affiliate Malaysia ini dapat memperlihatkan kepada anda potensi memasarkan produk orang lain untuk pendapatan yang lumayan.

Semoga anda terus berjaya di dalam menjana wang!

Jumpa lagi!



Jejak 500 Followers

Syarat-syarat penyertaan:

1. Cipta satu entri bertajuk "Jejak 500 Followers" beserta banner dibawah ini dan backlink ke entri ini.

2. Publish dan hantar link anda.

3. Tinggalkan link di  komen untuk dibloglistkan. Mudah je!


syuhada1981.com,blogwalking,segmen,
Berminat? Sila klik banner ini.

Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama AyuInsyirah

Assalamualaikum..

Dalam dok berblogwalking tadi terjumpa pula satu segmen sempena hari kemerdekaan. Syaratnya pun mudah saja hanya letakkan banner dan negeri kelahiran sahaja..

So..tunggu apa lagi..Jomlah sama-sama memeriahkan segmen ini. Sesiapa yang berminat boleh klik banner di bawah ini ye.

syuhada1981.com,blogwalking,segmen,merdeka

Saya ni dilahirkan di Klang,Selangor tapi membesar di Pulau Pinang. :)

Bangkitlah!

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan nombor 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada kemantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Disaat kita belajar untuk menguruskan duit, masih terlalu ramai yang alpa dan hanya pandai buat duit tapi tidak tahu cara nak menguruskannya.

4. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tetapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

5. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

6. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

7. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

8. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

9. Orang lain tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

10. Disaat orang lain tidak memerlukan surat sokongan untuk berjaya, kita pula sibuk mengejar kesana kemari orang-orang yang kononnya boleh membantu kita.

11. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

12. Barangkali mungkin kita lupa bahawa ramai yang sudah terkorban untuk merdeka hari ini, sehinggakan kita boleh alpa dan ingin kehilangan ia sekali lagi.

13. Kita baca Quran, tapi adakah kita memahaminya? Adakah kita mengamalkannya? Orang lain tak baca Quran, tapi kuat bekerja. Sepatutnya kita yang baca Quran nilah yang kena kuat bekerja.

14. Kita lebih gemar serahkan nasib kita pada takdir, sedangkan orang lain berusaha keras untuk mencipta takdir mereka sendiri.

15. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.


syuhada1981.com,bangsamelayu-merdeka-melayumudahlupa-


Salam sayang.

Dilema Orang Me-Layu di Tanah Melayu

Assalamualaikum..

BANGSA MELAYU GAGAL BUKAN KERANA :

......Adanya Orang Cina
......Adanya Orang India
......Adanya Orang Bangla
......Adanya Orang Indon
......Adanya Orang Siam

Atau kerana adanya bangsa-bangsa lain.

MENGAPA MASIH GAGAL?

1. Kerana belum ramai yang CELIK ELMU
2. Kerana belum ramai yang PANDAI NIAGA
3. Kerana belum ramai yang PANDAI URUS WANG
4. Kerana belum ramai yang MAHU BERUSAHA
5. Kerana belum ramai yang MAHU BERJAYA

SEBAB MELAYU GAGAL?

1. Kerana masih ramai DENGKI MENDENGKI
2. Kerana masih ramai CEMBURU BUTA
3. Kerana masih ramai TAMAK HALOBA
4. Kerana masih ramai CANTAS MENCANTAS
5. Kerana masih ramai TIDAK BEKERJASAMA

DIMANAKAH SILAP ORANG ME-LAYU?

Suka MAKAN apa yang DIHARAMKAN dan suka BUAT benda yang DILARANG oleh ALLAH.

DAN AKIBATNYA?

1. Hilang KESOPANAN hidup
2. Hilang KEINDAHAN budi
3. Hilang KELEMBUTAN bahasa
4. Hilang PERTIMBANGAN akal
5. Hilang PEGANGAN agama

JANGKITANNYA?

- Tiada hala tuju atau wawasan.
- Tiada semangat persaudaraan.
- Tiada pembangunan bangsa.
- Tiada pembangunan elmu.
- Tiada pembangunan ekonomi.
- Tiada kesejahteraan dalam masyarakat.

AKIBATNYA DALAM AKHLAK BANGSA MELAYU?

- Yang pandai akan dikata RIAK.
- Yang bodoh akan dikata PEMALAS.
- Yang beragama akan dikata SYIRIK.
- Yang berelmu akan dikata BIDA' AH.
- Yang kaya akan dikata MAKAN RASUAH
- Yang miskin akan dikata SUDAH NASIB BADAN.


syuhada1981.com, dilema orang melayu, merdeka,kemerdekaan,


DILEMA MELAYU DI TANAH MELAYU

Walaupun negara kita telah MERDEKA selama hampir 56 tahun (31hb Ogos ini)
Namun BANGSA MELAYU masih belum BERJAYA BERDIKARI.
BANGSA MELAYU masih GAGAL dalam banyak perkara..

Itulah DILEMA sebenar BANGSA MELAYU yang semakin me-layu.

Fikir-Fikirkan..

Salam sayang..




Credit to : Dr.SoulLoren


Majlis Jamuan Rumah Terbuka 2013

Assalamualaikum..

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 23hb Ogos 2013, saya, suami dan rakan kongsi telah mengadakan majlis jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah..majlis ini telah dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sekali dari pukul 3 petang sehingga ke pukul 9 malam.


hari raya, jamuan rumah terbuka,syuhada1981.com
Kad Jemputan

Hidangan juadah seperti nasi dagang, nasi beriani, nasi impit, satay, kambing golek/panggang, kuey teow goreng, buah durian, pengat durian, aiskrim, puding, kek coklat, red velvet cupcakes dan lain-lain, alhamdulillah semuanya habis.


kambing-panggang-jamuan-rumah-terbuka,hari-raya,syuhada1981.com
Kambing panggang

jamuan-hari-raya,syuhada1981.com,hari-raya
Antara yang mendapat sambutan hangat, AISKRIM BOBO!! 690 kon habis!

Durian yang paling laku!


Saya berterima kasih kepada semua tenaga kerja dan pada mereka yang sudi menghadirkan diri ke majlis. Rakan-rakan kongsi, staff-staff yang disayangi, saudara-mara yang dikasihi, teman alumni Dr.AzizanOsman yang dirindui, pelanggan-pelanggan yang dihargai, sahabat-sahabat dari Mastermind Group dan dari Mthusiast BMW Motorsport Club yang sentiasa dihati.


Antara tetamu yang hadir.
Tetamu kelihatan beratur untuk mengambil kambing panggang.
           
Terima kasih Intan Zuhana & Dr.Zalinda 

Saya sangat bersyukur dengan majlis tahun ini yang saya kira banyak hikmah yang terjadi disebaliknya. Terima kasih Allah! Ada baiknya hikmah itu saya simpan di dalam hati. 


syuhada1981.com,hariraya,rumah-terbuka
Sahabat Mastermind Group, Ezza & Lan

syuhada1981.com
Terima kasih sudi hadir.
syuhada1981.com
Sahabat dari Mthusiast BMW Motorsport Club

syuhada1981.com
Bersama sahabat baik kami, Kak Zue & Abg Zul.
syuhada1981.com
Thank you for coming kak Zue. Love you!

syuhada1981.com
Muka keletihan!
Cuma apa yang menyedihkan saya pada tarikh berlangsungnya majlis ini, (23hb Ogos) genaplah setahun perginya ayah mertua yang saya kasihi mengadap sang Pencipta. Pemergiannya sangat-sangat dirasai pada raya tahun ini. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah. 

Salam sayang.

Jangan Bekerja Kerana Wang!

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua tentang karier atau kerjaya kita. Pelik bunyi tajuk di ataskan sebab sudah tentulah kita bekerja untuk mendapatkan duit tapi cuba kita renung sekejap point-point penting dibawah ni..

Anda perlu bekerja kerana anda perlu belajar sesuatu. Jika anda bekerja kerana duit, biasanya anda tidak akan puas dengan apa yang anda terima. Betul tak?

Anda kurang gembira jika gaji anda lambat sehari dan anda akan tertunggu-tunggu duit yang akan diberikan. Ramai orang akan melakukan perkara yang sama. Meminta-minta dinaikan gaji, bonus setiap bulan dan setiap tahun. Berapa banyak pun yang anda dapat, ianya tidak akan cukup. 

Ramai yang memilih untuk bertahan dalam kerjayanya kerana takut keselesaan yang ada sekarang terjejas, takut tak boleh bayar bil, takut kereta ditarik, takut tak boleh bayar pinjaman bank, takut itu dan takut ini. 

Menyebabkan mereka sangat takut di pecat atau hilang kerja, takut terpaksa bermula dari bawah semula. Ramai orang menjadi hamba duit dan marahkan majikan sendiri. 

Anda ada rasa tak puas hati dengan majikan anda sekarang? Selalu tak menyumpah dan mengata majikan anda? Semuanya majikan tak betul....kerana apa? Kerana majikan tidak menaikkan gaji anda walaupun sudah 5 tahun bekerja. Itu contoh.


Sedar atau tidak sebenarnya lama kelamaan anda bekerja kuat dan kuat untuk orang lain. Anda bekerja untuk kerajaan, anda bekerja untuk bayar hutang bank dan anda bekerja untuk majikan anda supaya anda mendapat lebih wang. Anda tidak bekerja untuk diri anda sendiri. 


Putaran itu semakin ketat dan anda semakin takut dan tamak. Gaji anda dipotong setiap bulan untuk cukai, pinjaman dan sebagainya. Anda membeli itu dan ini dipotong cukai atau dikenakan faedah. Salah-salah cukai dan faedah juga bunga bank itu tetap berjalan walaupun anda telah meninggal dunia. 


Jadi, sekarang bekerjalah. Tetapi anda bekerja untuk diri anda sendiri. Tanamkan difikiran anda yang niat anda bekerja itu adalah untuk belajar. Perbaiki dan tingkatkan kemahiran yang ada. 

Carilah sebanyak mungkin elmu untuk kehidupan dan yang lebih penting anda bekerja untuk belajar. 
syuhada1981.com,jangan-bekerja-kerana-wang,motivasi,kerjaya,

Anda perlu belajar dari sekarang bagaimana "duit boleh bekerja untuk anda" dan bukan lagi bekerja untuk mendapatkan duit. 

Nikmat apa yang lebih berkekalan?...

Bagi saya, apa lagi kalau bukan NIKMAT ELMU. Nikmat mencari elmu dan memahami elmu.

Pelaburan wang ringgit dan harta kalau berniat untuk mencari elmu, InsyaAllah, sangat besar nilainya. Terlalu besar nilainya, sehinggakan ada yang sanggup menjual kereta dan barang kemasnya untuk mencari elmu...

Hanya dengan elmu saja hidup kita boleh berubah.
Hanya dengan elmu saja hidup kita akan jadi luar biasa.
Hanya dengan elmu saja kita tahu nikmat kesyukuran, nikmat perkongsian dan nikmat kasih sayang.

Orang yang berjaya ialah orang yang banyak bergerak. Bergerak untuk mencari elmu dan bergerak untuk mengambil langkah. 


Salam sayang,








[ Credit to: Coach Baharuddin Mohamed ]



Hari Rabu Tanpa Kata 2# : Jemputan Rumah Terbuka Buat Semua


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya. 

syuhada1981.com,selamat hari raya,jemputan rumah terbuka

10 Kesilapan Dalam Konsep Kewangan

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita rasakan yang kita tiada masalah. Hidup mewah, gaji besar dan berjawatan besar. Namun hakikatnya kita dikelilingi hutang yang tidak bagus atau nama manjanya liabiliti. Tapi kita masih enggan mengakuinya. Apabila dah parah barulah nak tergadah.

Baru nak mencari cara bagaimana nak selesaikannya. Bukannya tiada penyelesaian untuk kes bangkrap, tapi pengorbanan besar dituntut. Kenapa tidak beringat ketika masih berbahagia? Kenapa memilih derita sesudah bahagia? Percayalah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Disini saya ingin kongsikan 10 kesilapan dalam konsep kewangan.

1. Banyak sangat alasan. Muda lagilah, tak kahwin lagilah, anak tak besar lagilah, relax lah dulu dan bermacam lagi. Orang yang selalu tak nampak masa depan sememangnya punya banyak alasan.

2. Tiada matlamat hidup. Biasanya mereka ni tak reti nak tulis matlamat mereka. Bila kita tanya, mereka jawab ada matlamat, tapi dalam kepala. Come on, macam mana nak nampak kalau tak tulis. Kita perlu terjemahkannya didepan mata baru boleh nampak. Tulis dan tulis berulang-ulang.

3. Tiada disiplin diri. Ini lagi masalah. Tiada orang lain yang boleh paksa kita. Pergilah mana-mana seminar, workshop atau bacalah buku beribu sekalipun tapi kalau kita sendiri tidak mahu berubah, tiada disiplin, bagaimana mahu berjaya? Disiplin yang saya maksudkan disini adalah kita gagal nak buat saving/simpanan secara konsisten setiap bulan. Kalau simpan pun, dek kekurangan disiplin, tengah bulan keluar balik. Kenapa? Sebab gagal nak control cashflow bulanan kita sendiri. Percayalah memang tiada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri.

4. Tidak tahu konsep nilai. Duit yang kita dapat hasil gaji kita setiap bulan akan susut nilainya. Oleh itu amat perlu untuk kita melabur. Invest !

5. Tiada perancangan. Ini pun masalah. Matlamat tanpa perancangan khusus untuk mencapainya tiada gunanya. Perlu faham dan bertindak. Contoh, kita tidak tahu bila kita akan sakit, bila kita akan masuk hospital atau bila kita akan meninggal. So apa planning kita jika ini terjadi? Ada ambil medical card? Ada simpanan yang cukup untuk ahli keluarga kalau apa-apa terjadi pada kita? Sendiri mau ingat.

6. Inflasi oh inflasi. Apa persediaan kita didalam menghadapi situasi ini. Kita tidak boleh lari dari inflasi. Ia tetap akan berlaku. Tapi kita perlu bijak didalam menguruskannya. Sering kali saya katakan, tukarkan wang kita didalam bentuk aset seperti hartanah dan logam seperti emas atau perak.

7. Tidak mahu guna khidmat konsultant yang berbayar. Mahal katanya. Tapi sanggup pulak bayar mahal-mahal join skim cepat kaya. Bila dah kayap baru nak tergadah. Ada yang kerja kerajaan, senang nak dapatkan personal loan. Ambil sampai RM200K tapi buat labur dalam skim cepat kaya. Dah terhantuk baru nak cari cara macam mana nak selesaikan masalah. Biasanya kita lebih suka ubati penyakit berbanding mencegah penyakit.

8. Tidak sanggup nak buat kerja lebih. Maksud saya hanya bergantung kepada gaji. Tak mahu usaha sikit untuk mencipta multiple streaming of income. Memanglah semua ni kena belajar. Banyak kursus-kursus yang ada diluar sana untuk meningkatkan ilmu bagi merangsang kuasa tindakan. Tapi tak nak juga.

9. Urus duit tanpa ada ilmu. Tidak faham konsep sejelas-jelasnya sebelum mengambil sebarang tindakan. Bila dah nak buat loan tak lepas, baru tau betapa pentingnya ilmu itu dan apa yang kita buat selama ini silap.

10. Tiada rangsangan atau kuasa untuk bertindak. Baca buku dah banyak, attend seminar dan workshop dah banyak. Tapi masih duduk tang tu juga. Pasal apa? Bukan pasal ilmu yang dipelajari tidak bagus tapi pasal tidak mahu bertindak. Malas! So kena buang sikap negatf sebegini.

konsep kewangan-pengurusan kewangan-


Semoga bermanfaat.

Salam Sayang,



Jangan Pernah Rasa Diri Kita Bagus!

Kita mungkin puji dan kita juga mungkin pernah dikeji.  Itulah adat dunia yang perlu dialami orang semua orang. Jika kita hanya mahukan pujian maka itu bermakna kita bukanlah seorang yang positif. Apabila seseorang itu hanya mahukan pujian maka tanpa dia sedar dalam dirinya ada ketakutan tentang kejian.

Renungkan dalam diri kita ini, berapa kali kita mahu dilihat orang sebagai orang yang terpuji?  Kemudian tanyakan dalam diri apa yang dirasai apabila keadaan itu terjadi.  Adakah kita merasa terawang dek pujian atau kita merasa kita bagus dari yang lain. 

Jika jawapannya lebih mengarah akan pujian dan perasaan diri bagus maka kita perlu kembali menyelongkar apa yang ada dalam diri.

Ada orang yang mudah merasakan dirinya lebih bagus dari orang lain.  Orang sedemikian gemar mencari kesalahan orang.  Orang sedemikian gemar mengatakan yang dirinya bagus.  Orang yang sedemikian merupakan orang yang sentiasa mahu dilihat dan dipuji.  Orang sedemikian akan sentiasa menafikan yang mereka berperasaan begitu.

Hal ini boleh jadi ada pada diri kita.  Jangan dilihat secara besar kerana ia mampu menyembunyikan sikap itu.  Tetapi lihat satu persatu perasaan kita terhadap setiap tingkah perbuatan kita.  Mungkin nanti akan terpancar sikap itu yang selama ini tidak kita sedari. 

Apabila sampai satu perkara, rasa bangga diri mula timbul. Ini adalah sebahagian darpada penyakit hati, yang sukar dikesan kerana ianya bukan pada hati fizikal.  Penyakit hati ini perlu dirawat kerana ia bukan sahaja memusnahkan kita tetapi juga orang lain. 


motivasi-bangga diri-sombong-jangan pernah rasa diri kita bagus-kehidupan-


Oleh itu kita perlukan orang yang dapat memantau diri kita. Jika kita tidak mempunyai pemantau kita mungkin tidak sedar yang kita bersikap sedemikian.  Kita merasakan yang diri kita ini bagus dari orang lain.

Disebabkan perasaan bangga diri ini selalu berlegar maka boleh jadi satu hari nanti dia mudah mencaci atau memfitnah orang lain. Selalunya orang sebegini cenderung memberikan pendapat tanpa diminta.

Jika kita merasa diri bagus maka itu tandanya kita ini sombong. Sombong yang ini begitu halus hingga termakan diri sendiri. Jika ada sikap ini maka buanglah.  Rasa diri bagus adalah bangga diri.  Setinggi mana pun perasaan bagus diri ia tetap sahaja menjadi gunting dalam lipatan.

Hidup orang yang bangga diri ini sentiasa tidak tenteram kerana mereka risau kalau ada orang yang lebih bagus daripada mereka.  Jiwa orang bangga diri ini kosong kerana kehidupannya lebih cenderung ke arah kedudukan di sisi manusia.

Apabila kedudukan itu tidak dicapainya atau terganggu maka mereka menjadi begitu beremosi. Jaga perasaan kita kerana jika perasaan ini terpengaruh dengan bangga diri, maka kita mudah lupa diri. Jadikan kawan atau pasangan sebagai pemantau kita.

Terimalah teguran mereka kerana kita sering tidak sedar tentang perlakuan bangga diri ini.  Biar sebagus apa pun kita tetap tidak hebat. Kita tidak mampu duduk dalam air seperti ikan, tidak mampu terbang seperti burung, tidak berani seperti harimau.  Kita perlu tahu bahawa kita hanya bergantung pada Allah SWT.  Semoga Kita Dirahmati Allah SWT.

Salam Sayang,







Credit to Nadia ( Mingguan Wanita )

Busuk!