3 Tip Menjual Dari "The World Greatest Salesman" - Joe Girard

Assalamualaikum..

Menjual adalah proses bagi dan terima duit.

Apabila pelanggan mewujudkan komitmen seperti membeli produk secara tunai, maka ia bermakna jualan terhasil.

Kemahiran menjual adalah kemahiran yang mahal. Apabila seseorang itu mempunyai kemahiran menjual, mereka boleh menggemukkan akaun bank bisnes.

Tidak semua manusia di muka bumi mempunyai kemahiran menjual. Kemahiran ini lahir daripada dua perut:

1) Perut bakat.

2) Perut latihan.

Bakat dan latihan adalah dua perut yang berbeza.

Dalam masa sama, ia saling memerlukan.

Orang yang mempunyai bakat, mereka secara semula jadinya mempunyai skil menjual yang bagus.

Orang yang melatih dirinya supaya skil menjual menjadi tajam, akan dilihat seperti mereka mempunyai bakat.

syuhada1981.com, salesman hebat dunia, tip menjual


Kajian Kes, "The World Greatest Salesman."


Orang yang mempunyai bakat menjual biasanya tidak tahu mereka boleh menjual.

Keadaan itu hanya berlaku apabila rakan-rakan atau kenalan mereka memberitahu, bahawa mereka mahir dalam menjual.

Berbeza dengan orang yang melatih dirinya untuk menjual.

Mereka mempunyai fasa pembelajaran secara berperingkat. Antara kajian kes yang boleh kita belajar adalah daripada Joe Girard.

Joe Girard diiktiraf sebagai, "The World Greatest Salesman".

Pengiktarafan ini diukur berdasarkan rekod beliau menjual kereta lebih 10,000 unit dalam tempoh masa yang singkat.

Joe Girard adalah individu yang tidak mempunyai bakat menjual. Beliau bukan bermula sebagai salesman.

Bagaimana beliau melatih dirinya sehingga diiktiraf sebagai jurujual yang hebat?

Ada 3 cara latihan yang boleh kita tiru:


Latihan 1 - Ilmu


Sebelum mulakan aktiviti menjual, Joe Girard menghadiri beberapa majlis ilmu berkaitan dengan ilmu menjual.

Beliau berusaha untuk memahami beberapa elemen penting yang dapat membantu menghasilkan jualan.

Antara elemennya adalah:

1) Product knowledge.

Mempunyai maklumat yang lengkap tentang produk atau servis yang kita mahu jual.

2) Communication skill.

Bagaimana untuk bercakap dengan pelanggan, tanpa membuatkan pelanggan rasa menyampah apabila berkomunikasi dengan kita.

3) Selling strategy.

Joe Girard memahami alat-alat yang dapat dimaksimumkan untuk menghasilkan jualan. Antaranya; Telefon, buku nota, surat (direct mail) dan banyak lagi.


Latihan 2 - Amal


Setiap ilmu yang diserap akan diamalkan.

Beliau belajar dengan lebih mendalam menerusi dua jenis tindakan:

Pertama, tindakan serta merta.

Kedua, tindakan susulan.

Orang yang bertindak serta merta biasanya akan mengalami kekalahan kali pertama.

Kekalahan ini akan menjadi penentu kejayaan.

Jika kita tidak mewujudkan tindakan susulan, iaitu belajar daripada kesilapan tindakan pertama, kita akan tenggelam dengan kekalahan.

Justeru itu, penting untuk sentiasa bertindak, belajar dan bertindak.


Latihan 3 - Jemaah


Apakah aktiviti Joe Girard setiap pagi?

Beliau tidak akan melepak dengan golongan individu yang suka menderhaka pada masa.

Yakni topik-topik perbualan yang menjurus kepada:

1) Mengumpat orang lain.

2) Buang masa.

3) Tidak memberikan input yang positif.

Joe Girard lebih suka melepak dengan pelanggan atau golongan yang dapat memberikan nilai dalam hidupnya.

Bagi The World Greatest Salesman ini, aktiviti waktu pagi akan menentukan kejayaan kita sepanjang hari.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.



Busuk!