Panduan Menghadapi Perpisahan Khas Buat Isteri

panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu tiga


Terlalu banyak kisah-kisah keretakan rumahtangga yang kita dapat lihat sekarang ini. Sesiapa yang bergelar isteri sedikit sebanyak sudah pasti akan merasai 'kesakitan' itu. Memang benar bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi tetapi bagi pendapat saya "jika anda seorang wanita, anda pasti akan memahami jiwa wanita lain". 

Berpisah hidup mahupun mati pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam di jiwa mana-mana individu yang pernah mendirikan rumah tangga. Baik pasangan suami isteri yang telah lama menjalin kasih, mahupun mereka yang baru mendirikan rumah tangga, masing-masing miliki istilah serik apabila dikhianati pasangan sendiri. 

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa didalam entri ini, saya cuma ingin kongsikan sedikit panduan bagaimana anda harus berhadapan dengan situasi perpisahan yang menyakitkan ini. Ikuti panduannya.

Ketahanan diri
Perkara penting yang perlu difahami oleh individu adalah menilai daya tahan diri berhadapan peristiwa trauma yang dihadapi. Pada masa inilah anda perlu tahu adakah anda kuat atau sebaliknya dalam mengendalikan emosi diri. Kebolehan yang dimiliki inilah yang membuatkan anda berupaya dan lebih bersedia menerima ujian yang berlaku.

Bertindak matang
Paling utama dalam berhadapan situasi yang mengundang trauma adalah bertindak secara lebih matang. Matang di sini bermaksud anda memikirkan setiap sudut sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika mahu memarahi pasangan, fikirkan tentang anak-anak, ahli keluarga dan yang paling penting diri sendiri. Adakah tindakan anda itu mampu membahagiakan anda atau sebaliknya. Fikirkan dalam-dalam.

Fikirkan yang positif
Sememangnya mudah untuk seseorang memujuk teman agar bersabar saat dilanda perpisahan. Namun, tidak mudah untuk individu yang berhadapan dengan situasi sebenar memujuk dirinya menjadi lebih positif. Emosi baik sebegitu memerlukan masa untuk sampai ke dasar hatinya. Bagaimana mencipta suasana positif dalam aura yang amat lemah ini? Sebaik-baiknya anda perlu serahkan segala apa yang berlaku kepada Yang Esa.

panduan perpisahan, suami main kayu tiga, suami curang


Anggaplah bahawa setiap orang pasti akan berhadapan dengan situasi perpisahan. Baik berpisah akibat suami dirampas orang ketiga, kehilangan akibat kemalangan dan sebagainya. Ketahui juga bahawa setiap ujian hidup ini akan menjadikan anda seorang yang lebih tabah. Andai mereka redha, ujian ini menjadikan mereka individu yang lebih bersabar dalam menjalani kehidupan.

Buang jauh ketakutan dalam diri
Trauma yang terjadi dalam diri selalunya mengundang ketakutan dan bayang-bayang ketakutan itulah yang sering menghantui anda. Sebab itulah, anda lebih gemar menjadi seorang yang pasif dan takut untuk membuat sebarang keputusan. Justeru, buang jauh ketakutan itu. Cari punca sebenar apakah yang membuatkan anda trauma. Hadapi kehidupan yang Tuhan berikan ini dengan sebaik-baiknya dan berusaha agar anda menjadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain.

Belajar mencipta situasi baru
Perpisahan itu sememangnya menyakitkan. Apatah lagi, buat pasangan yang sudah sekian lama berkongsi kasih dan perasaan. Akibat salah faham atau apa juga ketidakserasian, masing-masing terpaksa memilih jalan perpisahan. Jangan terlalu membiarkan diri dalam situasi bimbang atau tidak percaya pada orang lain.

Belajar terima keadaan dan cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang tidak pernah atau tidak dapat anda lakukan semasa menjadi isteri atau suami kepada pasangan terdahulu. Andai anda belum bersedia mencari pasangan yang baru, lakukan aktiviti baru yang mampu memberi kebahagiaan buat anda. Menjadi individu baru yang lebih positif membantu anda menghilangkan kemurungan yang bersarang di dasar hati.


panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu hitam, suami dirampas wanita lain

Kesetiaan wanita diuji apabila si suami tidak punya apa-apa...
Dan kesetiaan suami pula diuji apabila punya segalanya...


Salam sayang.





Diadaptasi dari Majalah Mingguan Wanita.







Busuk!