Update Terkini Komentator Popular.

Assalamualaikum,

Maafkan saya kerana agak menyepi minggu ini. Saya masih sibuk menguruskan rumah baru. 

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan komentator popular untuk bulan September kan?? Hehe..saya pun tak sabar juga nak tahu siapa pemenangnya kerana saya juga masih belum berkesempatan untuk mengemaskini widget top commentator tu..

Disini, saya ingin maklumkan, keputusan itu akan saya umumkan minggu hadapan  ini kerana disebabkan talian internet di rumah baru saya hanya akan disambungkan pada hari Isnin (7hb Oktober). Ini pun saya update blog menggunakan telefon bimbit sahaja. Tidak puas rasanya.. 

Jadi berikan saya masa ye untuk menguruskan pemunggahan barang-barang rumah dalam minggu ini. Harap semuanya sabar menanti.

Jumpa lagi!

Salam sayang.


Busuk!