Apa Yang Saya Perolehi Dari Majlis Sepetang Bersama Blogger ? #SBB2014

Salam sejahtera.

Alhamdulillah..berkesempatan juga untuk menulis hari ni. Sudah 6 hari minda saya seakan-akan blur dan blank..beku rasanya.. tidak pasti apa yang perlu dikongsikan. 

Sama ada ingin berkongsi kisah kemeriahan di majlis SBB 2014 ataupun tentang kesedihan dan misteri kehilangan pesawat MH370. Saya menjadi serba salah.

Lagipun banyak urusan pejabat yang perlu saya selesaikan 2-3 hari ni. Maaf kerana agak lambat update entri. 

Semua sudah sedia maklum bahawa MAJLIS SEPETANG BERSAMA BLOGGER atau PERHIMPUNAN MEGA BLOGGER ASIA TENGGARA baru sahaja berlalu 8hb Mac yang lepas. Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.


Ok, pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan DENAIHATI dan team di atas penganjuran majlis yang gah ini kerana tanpa inisiatif tersebut, tak mungkin saya dan semua para blogger berpeluang bertemu, berkenalan, berkomunikasi dan beramah mesra di alam nyata. Seronok dapat berjumpa dengan para blogger yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia, malah ada yang datang dari Brunei dan Indonesia.

Bukan itu saja malah penganjuran majlis Sepetang Bersama Blogger ini juga telah berjaya merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan blogger juga blogger dengan syarikat-syarikat korporat, media massa dan masyarakat.

Saya duduk di meja 16. Nampak tak air kotak YEO's
yang banyak tu? Haa..itulah dia PENAJA UTAMA majlis kita ni.
Terima kasih YEO's.


Saya dengan ikhlas hati melahirkan rasa puas hati dan seronok sepanjang majlis berlangsung walaupun adakalanya malu.. maklumlah pertama kali join. Cuma agak terkilan apabila pelekat nama yang berwarna hijau tu tidak pernah lekat di baju saya. Sampai 3 kali saya tulis semula kerana jatuh entah ke mana. 

At last, saya biarkan sahaja diri saya berjalan ke hulu ke hilir tanpa ada PELEKAT NAMA. Nampaknya, next year, saya nak kena buat SPECIAL TAG sendiri supaya orang boleh kenal. Hehehe~

Ok, berbalik pada topik asal. Majlis ini boleh saya katakan BERJAYA & HAPPENING kerana siapa yang berada di sana pasti sudah tahu dan rasai sendiri akan kemeriahannya. Dengan sajian juadah yang sedap-sedap dan menyelerakan..di iringi dengan slot cabutan bertuah, diselang-selikan dengan acara permainan yang mencuit hati, dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh blogger hensem kita iaitu BONI KACAK, perkongsian elmu dari top-top blogger, dan yang paling menyentuh hati saya apabila saat blogger KhairilMazri @ Yeop berjaya memenangi hadiah IPHONE 5C pada petang itu. Tak sia-sia Yeop datang dari Grik seorang diri menaiki keretapi. Saya kagum dengan semangat Yeop. Yeop memang layak untuk hadiah itu. Tahniah!


Tangisan Yeop, sangat menyentuh hati saya.


Apa Yang Saya Perolehi Dari Majlis SBB 2014?

ELMU

Walaupun saya tidak berjaya menerima hadiah cabutan bertuah tapi saya rasa diri saya SUNGGUH BERTUAH kerana apa yang penting bagi saya adalah ELMU yang dikongsikan.

Pagi-pagi lagi saya sudah dapat elmu blogging tatkala bersarapan bersama blogger-blogger muda yang berbakat besar iaitu Farisya, Farid Laham, Nabila Biela, Nadia dan lain-lain.


Mereka ni sangat ramah & friendly rupanya. Terima kasih kerana sudi tegur & ajak akak bersarapan bersama malah turut berkongsi elmu dengan akak...kalau tak, memang keras macam patunglah akak tunggu depan pintu Saloma Bistro tu sorang-sorang. 

Untuk Farisya, sejak balik dari SBB2014, akak asyik memikirkan apa yang Farisya kongsikan hari itu. InsyaAllah, akak akan cuba apply. Terima kasih kerna tidak lokek elmu ye. Love you! Tapi rasa sedikit terkilan sebab kita tak sempat nak berselfie.


Sempat berselfie dengan adik Nabila.
Sweet & sopan je orangnya.

Tak lupa juga kepada top-top blogger yang sudi datang berkongsi elmu antaranya Ben Ashaari, Shafiee Bustan, Redmummy, Zarul Husin dan Hazman Fadzil. Saya sangat menghargai elmu & pengalaman yang anda semua kongsikan.

Sesi Perkongsian Elmu & Pengalaman


Tips Blogging Dari :

Ben - sebelum ada blog make sure kena ada Facebook supaya kita boleh share link entri untuk pembaca lain blogwalking. Adakan segmen untuk mendapatkan backlinks. Menulis dari hati, elakkan menulis perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Shafie - banyak berkongsi mengenai blog dunia hartanah. Salah satu cara buat duit melalui blog adalah dengan mengiklankan rumah lelong, jual e-book & menyertai program affliates.

RedMummy - bagaimana menghadapi kerenah HATERS & isu sensasi? Tugas blogger adalah menyampaikan maklumat. Tapi biarlah maklumat yang betul. Memang akan ada pembaca yang adakala kurang bersetuju dengan pandangan kita tapi itu lumrah. Kita memang tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. (Merujuk kepada kes HANEZ SURAYA).  Penjenamaan/branding sesebuah blog juga amat penting supaya memudahkan orang untuk mengenali kita. Blogger juga kena pandai meletakkan harga untuk sesuatu job, advertorial dan sebagainya. Pembahagian masa amat perlu bagi seorang blogger. Apatah lagi bagi yang bekerja. Seperti kak Red, siang dia bekerja, sebelah petang dan malam habiskan masa dengan urusan rumahtangga, suami dan anak-anak. Tengah malam baru buka blog. Tapi suami harus faham. Kerjaya seorang blogger memang banyak memerlukan pengorbanan terutamanya dari segi masa tidur.

Zarul - bermula dengan menulis ebook sebelum menulis blog. Katanya, kongsikan apa yang anda tahu. Seperti yang kita sedia maklum, Zarul merupakan seorang penyanyi. Jadi dia ada kongsikan tip-tip nyanyian di blognya. Selain itu, Zarul juga seorang pramugara. Blognya banyak menceritakan tentang tempat menarik dan makanan halal yang mudah didapati di tempat-tempat atau negara luar. Sudah tentu ianya amat bermanfaat kepada mereka yang suka mengembara. 

Hazman - pentingnya niche bagi sesebuah blog. Harus sesuaikan dengan minat kita. 



Abg Zarul yang sangat humble orangnya.  Nervous & speechless saya!
Terima kasih sudi bersembang.


Itu je yang saya boleh kongsikan sebab masa tu saya pun tak buat apa-apa catatan. Hanya ingat macam tu je lagi pun jari jemari ligat bertweet re-tweet time tu. Hehehe..Jika ada sesiapa yang nak menambah, silalah ke ruangan komen ye.

Apa lagi yang saya dapat selain elmu?


OF COURSELAH JARINGAN DAN RAKAN BARU!

Terkejut juga saya bila berjumpa dengan teman-teman seguru dalam bidang bisnes (Alumni Dr.Azizan Osman) iaitu tuan Aqif Azizan, jurufoto terkenal, Mokhriz dari ReezQi Photo/Video Expert yang membuat liputan khas untuk co-sponsor kita, produk milik Puan Amiza iaitu Ephyra. Alhamdulillah, sempat juga berbual dengan mereka bertiga setelah sekian lama tidak berjumpa. Selalu bersua muka ketika di dalam kelas-kelas dan seminar DAO saje.

Haa..yang paling penting disini, saya dapat bertemu dan membina rangkaian baru dengan ramai rakan blogger yang selama ini hanya dapat berhubung di alam maya. Ya Allah..teruja sangat! 

Ada juga blogger yang saya teringin nak jumpa tapi tak dapat. Cari-cari tak jumpa..Maklumlah 340 orang blogger datang berhimpun..Jenuh dok belek muka sorang-sorang..ada yang saya cam, ada juga yang langsung tak cam.

Pada yang cam & tegur saya tu, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ye. I love you so much..! 

Alhamdulillah, saya dapat juga bertemu dan berbual dengan sis Hanny, Sis Akma, MiaLiana, Farah, SuriaAmanda, Ainim, Sally, Acik, Abang Hasrul, Yeop, Boni Kacak, Budak Nakal, Abang Lobam, FizaCheq Eem, Azhafizah, Roshidayu, Adik Azri, Kak Ieta, Azuan, Pa Ly, BroFramestone, Rasul, Tengku Syukri, Namia, Hafiz, Nizam, Khairul Asrol, ReezLuv, (thank you for the badge button) dan lain-lain. Saya sangat menghargai layanan mesra dari anda semua.


With Hot Mummy yang sangat jelita, sis Hanny.

Bersama blogger2 muda yang berbakat besar. Akak sorang je yang tua kat situ.
Hehehe..Thank you Acik for this picture.  I'm so glad to meet you.~
Bersama blogger idola saya, sis Akma yang sangat friendly, cantik & sweet.
Ada yang kata muka kami macam adik-beradik. Hehehe~

Saya langsung tak cam yang ini adalah top blogger MiaLiana.
Penampilannya cukup berbeza & sudah pastinya sangat gorgeous!

APA  LAGI YANG SAYA PEROLEHI?




Yang paling saya tidak sangka, artikel saya yang bertajuk Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru telah berjaya dipilih sebagai salah seorang pemenang. Ya Allah, alhamdulillah dengan hadiah pakej Spa yang bernilai RM 300 ini. Kontes yang dianjurkan oleh Denaihati sempena Majlis Sepetang Bersama Blogger itu ditaja oleh Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. So, lepas ni bolehlah kita memanjakan diri together-gather ye sis Akma. Hehe~




Ok, pada hari itu, saya juga dapat mengumpul sejumlah bisnes kad. Haa..tengok imej di bawah ini. Cantik-cantik kadnya kan, design pun kreatif-kreatif belaka. Tapi, sayangnya ada juga di antara blogger yang tak prepare bisnes kad ni. Bila minta, mereka kata takde. 


Antara bisnes kad yang diperolehi.

Kalau nak buat networking , kita mesti kena ada bisnes kad..Supaya mudah bagi kita mahupun blogger lain untuk membuat 'follow-up' apa yang perlu. Bagi 100 orang blogger yang bertukar bisnes kad dengan saya pada hari tu pasti akan menerima buku nota limited edition ni. Saya memang buat khas sebagai tanda ingatan. Maklumlah..bukan senang kita semua nak bertemu. At least, lepas ni kalau you all tengok atau menulis di buku kecil ini, you all pasti akan teringat kat saya kan..Hihihi..




Selain daripada itu, setiap peserta menerima cenderahati istimewa dari pihak Denaihati dan YEO's seperti table calendar, buku Denaihati, minuman Yeo's dan T-Shirt khas sempena majlis Sepetang Bersama Blogger. Yang paling best sekali, di belakang setiap T-shirt tersebut tercetaknya nama blog syuhada1981.com Alhamdulillah dan terima kasih.

Cenderahati Istimewa

Terteranya nama Syuhada1981.com di belakang tshirt khas ini.

Produk Ephyra juga telah mengadakan jualan "harga tak masuk akal" pada hari tersebut dan saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan 3 kotak trial pack, 1 shaker, t-shirt & beg esklusif pada harga RM120 sahaja!! Haa..memang bestkan..!



Last but not least, jutaan tahniah kepada semua bloggers yang memenangi kontes YEO's, kontes Anjung Jelita, kontes Ephyra dan semua hadiah cabutan bertuah. Terima kasih jua kepada semua barisan para penaja. The more you give, the more you will get.

Kredit : ILuvTour

Kepada Denaihati, Melastik Bintang, Sweet Kurma, Shakiddo, Eizil dan Anarm, you all did a very good job! WELL DONE, guys!

Seandainya dipanjangkan usia, InsyaAllah..kita akan bertemu lagi pada SBB tahun hadapan.

Bergambar kenangan bersama Sis Akma, tuan Denaihati & Cheq Eem.



Salam sayang.







P/S : Saya doakan blogger TENGKU SYUKRI cepat sembuh dari kemalangan dan saya juga doakan semoga Allah memudahkan segala urusan mencari dan menyelamat. Semoga Allah juga melindungi semua mangsa-mangsa pesawat MH370. Sehingga entri ini diterbitkan, kita masih belum menerima berita yang sahih tentang misteri kehilangan pesawat ini. #PrayForMH370

Busuk!