Jadi disini saya nak berkongsi dengan anda 3 cara MUDAH untuk mendapatkan idea tersebut.
1- Minat
Anda mesti mempunyai minat terhadap sesuatu perkara yang boleh dikembangkan menjadi satu perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar. Contohnya anda suka buat kek. Jadi anda boleh bermula secara kecil-kecilan.
Daripada minat yang ada, anda perlulah tingkatkan lagi sehingga ianya menjadi suatu kemahiran.
2- Kemahiran
Paling mudah nak buat bisnes jika anda mempunyai kemahiran tertentu secara mendalam. Jika anda tidak ada kemahiran sekalipun anda boleh belajar atau ambil kemahiran daripada kenalan anda dan deal dengan beliau.
Contohnya anda mempunyai hobi, minat dan kemahiran bermain muzik, sudah
tentu ianya suatu peluang yang besar untuk anda buat duit dengan kemahiran tersebut.
3- Peluang
Cuba anda buat pemerhatian melalui rutin harian anda dari pagi pergi kerja hingga ke petang balik kerja. Lihat disekeliling anda, banyak peluang yang
boleh anda perolehi. Sebagai contoh, sebelum masuk kerja anda mungkin bersarapan nasi lemak di warung berdekatan.
Di situ pun ada peluang untuk anda berurusan dengan tauke warung, membekalkan kopi campuran, kuih, kacang, kerepek dan sebagainya.
So, secara mudahnya perniagaan boleh bermula dengan benda disekeliling anda.
Selamat mencuba.