Lagu Inspirasi Saya

Ingin saya kongsikan lagu yang sentiasa memberikan semangat untuk saya.
Hayati bait-bait liriknya.

Jom kita nyanyikan bersama. 
Klik je video dibawah ini. :)


syuhada1981.com, gemuruh, faizal tahir, lagu inspirasi, lagu semangat



Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa




Dah Positif.. Tapi Masih Tak Dapat??

Jika perkara yang kita tak nak berlaku tetap berlaku jugak macam mana? Kita dah tepis suara-suara biawak tu..kita dah positif, tapi masih berlaku perkara yang kita tak mahu. Macam mana?

syuhada1981.com, positif, fikir yang positif, berfikiran positif


Pertama sekali, soalan itu sendiri dah berbau negatif.

Perasan tak? 

Maafkan saya, cuma nak bagi nampak lebih clear. Kata dah positif, kalau orang yang positif, dia tak akan tanya soalan macam ni. Hehe..jangan marah ya...


Macam ni lah ye, jangan ingat orang yang positif itu, atau orang yang berjaya itu tidak ada cabaran dan halangan dalam hidup dalam perniagaan dan kerjayanya. 

Diorang pun tak semuanya diorang dapat. Diorang pun kadang-kadang dah habis tepis biawak pun, jadi jugak yang diorang tak nak.

Cuma yang membezakannya ialah cara mereka 'interpret' sesuatu masalah itu. Orang berjaya fikir apa yang terjadi pasti ada sebabnya, ada hikmahnya. 
Betul, ramai orang pun sentiasa sebut di mulut, apa yang terjadi ada hikmahnya..ada hikmahnya. Siapa pun boleh sebut di mulut. Tapi betul-betul ke datang dari hati? Betul-betul ke percaya kata-kata tu?

Cara orang berjaya berfikir lagi, kalau ada masalah pulak..semuanya salah diri mereka sendiri. Tak percaya? Observe kata-kata mereka. Jarang mereka menyalahkan orang lain, jarang mereka komplen pasal orang lain. Apa yang terjadi tetap datang dari diri mereka sendiri jugak.

Sebenarnya kan, positif saja tak cukup!

Tak semestinya kalau kita kata contohnya saya buat bisnes ni bukan untuk kejar kekayaan, tapi untuk menolong orang, menambah nilai hidup ramai orang. Bunyinya macam positif kan? 

Tapi apa yang dia cakap kat mulut tak semestinya sama seperti apa yang dia rasa, apa yang dia fikir, apa niat dia. Hatinya tak tau macam mana pula. 

Ye ke nak tolong orang atau sebenarnya dalam hati nak kaya sorang-sorang? Itu orang yang empunya diri saja yang tahu. Tengok perbuatannya atau tindakannya pulak. Pasti tindakannya tidak menunjukkan yang dia nak tolong orang.

Ada jugak yang bersedekah. Positif dah tu, bagus. Tindakan pun dah betul. Tapi, rupanya dia mengharapkan pulangan..mengharapkan balasan dari Allah. 
Macam mana tu? Itu maknanya dia bersedekah tidak ikhlas! Macam mana nak dapat?

Perasan tak kat sini adanya The Power of Allignment? Apa yang kita kata sebenarnya tak align dengan apa yang kita fikir dan tak ditafsirkan melalui apa yang kita buat! 

Dan, yang paling paling paling penting ialah jangan takut kalau apa yang kita nak tapi tak dapat! Kerana pasti ada sebabnya. Allah nak menguji kita. Allah menguji semua orang pun, yang miskin dan yang kaya, yang positif dan yang negatif. Lagipun Allah nak tengok kesungguhan kita nakkan sesuatu itu. Jangan cepat putus asa.

Kita kena yakin sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Allah Maha Kaya. Pasti ada bahagian kita. Kalau kita sendiri antara yakin dan tidak, takkan Allah nak beri pada orang yang tak yakin padaNya? 

Dan, kalau kita betul-betul yakin padaNya, Insyaallah kita juga tak akan tertanya-tanya lagi persoalan ini dalam hati kita!

Salam sayang.


Bagaimana Mahu Menjadi Insan Yang Hebat?


Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti yang sama seperti orang hebat atau juara berfikir. 

Suka saya kongsikan apa kata Dr. Walter Doyle Staples, penulis buku ‘THINK LIKE A WINNER” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran.

10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka. 


Membentuk mentaliti ini secara perlahan demi perlahan, InsyaAllah kita juga akan dapat penghasilan yang maksimum.

10 kepercayaan utama mereka:

1) Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
2) Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
3) Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
4) Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
5) Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
6) Anda tidak akan dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
7) Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
8) Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah diri anda.
9) Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
10) Anda memerlukan sokongan kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

Samada kita suka atau tidak, pemahaman inilah yang diterapkan oleh orang hebat dalam hidup mereka. Suka atau tidak, ini juga yang kita perlu ada dalam perjalanan hidup kita untuk menjadi insan yang hebat. Sedikit demi sedikit berusaha untuk menjadikannya realiti. Tiada apa yang mustahil!



syuhada1981.com, insan yang hebat, berfikir seperti pemenang,


Salam sayang.





Fakta Yang Menarik

syuhada1981.com, fakta yang menarik, pelik tapi benar, fakta yang perlu diketahui



1) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
2) Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

3) Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

4) Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat.

5) Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa.

6) Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

7) Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

8} Kebanyakan gincu bibir yang kita pakai sekarang ini mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

9) Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

10) Tiada satu pun jam di kasino perjudian di Las Vegas . Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi menjudi dengan wang taruhan mereka.

11) Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia.

12) Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.

10 Blogger Tercantik DiMataKu

Petang ini, entri saya berbeza sedikit. Saya ingin berkongsi blog blogger-blogger yang cun, cantik dan jelita di Malaysia ini. Bukan sahaja cantik malah mereka juga bijak dan juga terkenal.. Andai ada masa terluang, terjahlah blog mereka. Best sangat! Saya antara 'silent reader' blog mereka. 



10. Nisa Kay

syuhada1981.com, blogger tercantik,




syuhada1981.com, blogger tercantik



syuhada1981.com, blogger tercantik, blogger wanita




syuhada1981.com, blogger wanita




syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



blogger wanita, syuhada1981.com



syuhada1981.com, blogger wanita




P/S : Maaf ye adik-adik cantik, akak curi gambar ni semua kat encik google. :)














Bagaimana Hendak Keluar Dari Masalah Kewangan?

Ada dua cara yang anda boleh amalkan untuk mengeluarkan anda dari masalah kewangan.

Strategi Bertahan.

Potong semua perbelanjaan yang tiada faedah. Anda tidak dapat mulakan perniagaan jika keluar masuk kewangan anda tidak dapat di kawal. Aliran wang adalah penting.

Anda boleh potong perbelanjaan seperti berikut:


  • Rokok – jika tidak boleh berhenti, minimumkan.
  • Alkohol – Bagi bukan Islam, jangan minum kerana wang anda akan mengalir keluar dengan lajunya.
  • Membeli belah barangan tambahan.
  • Bermain judi.
  • Percutian dan langganan pada country club.
  • Makanan – makan makanan yang sihat sahaja.
  • Malas – anda perlu melakukan semua perkara dengan sendiri. Tidak perlu gajikan orang lain.


Pada keadaan anda mengalami masalah kewangan, jangan anda membeli sesuatu yang ada liabiliti. Liabiliti bermaksud perkara yang memerlukan anda sentiasa mengeluarkan wang pada masa hadapan. Fikir dengan bijak. Adakah apa yang anda labur pada hari ini akan memberi pulangan kepada anda kelak?

Bagaimana Hendak Keluar Dari Masalah Kewangan?, masalah kewangan,

Strategi Serangan.

Salah satu cara untuk memulihkan masalah kewangan anda adalah dengan berniaga. Namun, cara yang terpantas adalah perniagaan yang ada jaringan. 

Ia bukan perniagaan tradisional tetapi perniagaan yang berbentuk jaringan seperti perniagaan melalui internet.

Ramai yang tidak sedar, perniagaan yang ada jaringan seperti perniagaan internet membolehkan anda untuk mendapat pulangan yang cepat pada kos yang rendah.

Strategi serangan bermakna anda aktifkan diri untuk mencari jalan keluar dengan melakukan perniagaan.

Antara perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi pada kos yang rendah adalah:


  • Perniagaan internet seperti melalui blog, facebook, dropship, affiliate, e-bay dan lain-lain.
  •  Promosikan produk orang lain.
  • Agen insurans dan sebagainya.


Selamat mencuba.

Salam sayang.





10 Cara Membantu Pasangan Mencapai Potensi Diri

SALAH satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.

Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.

Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.

Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.

Percaya kepada mereka

Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa.

Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar. 

Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.

Memberi galakan

"Anda boleh buat..." " Saya tahu anda boleh..." Ini merupakan kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh: "Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."

Memberi pengharapan tinggi

Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita. 

Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.

Beritahu yang sebenar

Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya. Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.

Jadi role model

Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita. 

Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.

Berkongsi dengan orang lain

Selalu terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain.

Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.

Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai impati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.

Cabar mereka

Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak.

Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.

Bertanya soalan yang baik

Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.

Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda. 

Menghargai mereka

Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.

Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan. 

Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.

Habiskan masa dengannya

Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.



potensi diri, cara membantu pasangan mencapai potensi diri,





Sumber: Utusan Malaysia






Buang Yang Negatif, Ambil Yang Positif


Cita-cita, impian, matlamat atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyai fikiran positif yang kuat dalam diri anda. Tanpa fikiran positif, agak sukar untuk anda menggapai apa yang anda cita-citakan. 

Keyakinan yang kuat adalah kunci kejayaan dalam segala apa yang kita lakukan. Anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya jika anda yakin anda akan berjaya. Dan dengan kepercayaan anda boleh mengambil alih hidup anda hari ini.

Pelajari bagaimana mengawal fikiran negatif anda. Jangan mendedahkan fikiran negatif anda dalam kata-kata. Walaupun bukan mudah tetapi anda perlu berusaha. Ramai orang yang mengikut kata hati yang negatif bahawa mereka akan gagal. Jika anda salah seorang daripadanya, yang paling penting yang anda boleh lakukan hari ini adalah untuk berhenti mempercayainya.

Manusia memang unik kerana kita mampu untuk berubah demi menjadi apa yang kita mahukan. Namun sebelum kita boleh berubah, kita harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Kita ada pilihan. Mahu berubah ataupun tidak. Begitu juga dengan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Kita boleh memilihnya. Mahu menjadi kaya atau miskin?

Tanyakan pada diri anda apa yang boleh anda lakukan. Adakah anda ingin meneruskan hidup dengan fikiran negatif, keraguan, dan ketakutan?


Fikiran positif dapat membangkitkan semangat demi mencapai tujuan. Motivasikan diri dan berilah penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini supaya anda tidak akan ragu untuk melangkah ke hadapan dalam mencapai visi hidup anda.

Anda boleh menukar kebiasaan buruk dan yang negatif selagi anda percaya anda mampu mengubahnya.


Kadang-kadang ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah.


Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan membuang dan singkirkan semua sikap, sifat negatif yang ada dalam diri. Dan mula ambil dan amalkan sikap, sifat yang positif.

Kata-kata itu merupakan satu DOA.

Salam sayang.



Bimmerfest2013 : Perhimpunan Kereta BMW Terbesar Di Malaysia


Assalamualaikum..

Adakah anda peminat atau pemilik kereta BMW seperti saya?

Jika ya, disini saya ingin mewar-warkan BMW Club Malaysia (BMWCM) dengan penaja utama Perbadanan Putrajaya akan mengadakan satu festival untuk mengumpul semua pemilik kereta BMW tidak kira baru atau lama dari seluruh Malaysia datang berhimpun bagi menjayakan perhimpunan yang bakal di catat dalam "Malaysia Book of Records!"

Acara ini dianjurkan oleh BMWCM untuk pemilik kereta yang ingin bertemu dengan pemilik kereta yang lain untuk berkongsi keghairahan tentang minat yang sama disamping dapat menjalin ikatan hubungan yang baru. Tidak kira anda hadir sebagai peserta individu mahupun hadir bersama sahabat-sahabat kelab seperti saya.

bimmerfest2013, bimmerfest malaysia, bmw, kereta bmw


Tarikh          
:   
9 November 2013
Hari
:
Sabtu
Masa
:
9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat
:
Putrajaya, Malaysia

Pelbagai acara menarik akan disediakan pada hari tersebut. Jadi luangkan masa anda bersama kami. Pasti meriah!

Jumpa saya disana! 

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk jadual dibawah.

Masa


Aktiviti
07:00pg 
Berhimpun / Pendaftaran di -
Malaysian Agricultural Exhibition Park Serdang (MAEPS).

09:00pg 



Konvoi ke Putrajaya. (Akan di escort oleh PDRM Traffic Division)
09:30pg

Perhimpunan Konvoi di Putrajaya.
10:30pg
Pelancaran Festival dan Pendaftaran Penyertaan Individu.

Permainan dan pertandingan bermula pada pukul 11.30 pagi.
  1. Concourse Competition
  • Best Classic Car
  • Best Modern Classic Car
  • Best Modern Car
  • Best Modified Car
  • The Best Rat Look Car
  • The best ///MPower Car

   2. Outdoor Games
  • Tire Throwing Competition
  • Gymkhana (Driving Skills Competition)
  • Car Push Competition

   3.  Mr & MRs BimmerFest

11:00pg

11:30pg


12:00tgh

Kehadiran Para Menteri

Perasmian BimmerFest Malaysia 2013 oleh Menteri
(Flagging off Cars and Bikes)

Pengiraan jumlah kereta yang berhimpun oleh "Malaysia Book Of Records".

1:00ptg

Makan tengahari bersama Menteri dan anak-anak yatim.

4:00ptg

Upacara penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada pemenang.



5:00ptg
Tamat.


Antara kelab yang akan turut serta adalah:

bimmerfest2013
Mthusiast BMW Motorsport Enthusiast Malaysia
BMW E36 Fanatics Malaysia Club
BMW Kelantan

Southern Bimmer Club

East Coast Chapter

Coastal Town Chapter

Johor Bimmers Club

Bimmerianz.com

Malacca Bimmer's

Kelantan Bimmers

Kelantan Bimmers Club

BMW KSA Chapter

Bimmerz E46 Club

MyBimmer Team

Untuk pendaftaran secara online anda boleh klik sini.


















Busuk!