Apakah makna
sebenar kejayaan?
Kejayaan bukan kepuasan tetapi adalah
mengharungi kehidupan yang baik. Kehidupan yang baik merangkumi pendapatan yang
baik, hubungan kekeluargaan yang baik, hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan
rakan, impian yang menjadi kenyataan dan lain-lain. Makna kejayaan merangkumi
satu perkara yang sangat luas. Kejayaan sebenar adalah mengharungi kehidupan
yang kita mahu. Semua manusia menuju ke arah destinasi tersebut.
Anda dan kejayaan
Tidakkah kejayaan sentiasa menghantui
anda? Pencapaian akademik, kemahuan ibu bapa, kemahuan manusia sekeliling dan
kemahuan diri sendiri sentiasa menghantui diri anda. Kebanyakan manusia keliru
dengan kejadian dirinya.
Anda tidak tahu apa yang perlu di lakukan dan hanya
membiarkan arus kehidupan membawa hala tuju hidup anda. Kenapa perlu keliru
kerana tujuan anda menjalani kehidupan adalah untuk diri sendiri selain menjadi khalifah di bumi.
Kebahagiaan
adalah milik anda. Kejayaan juga adalah milik anda. Anda gagal dalam pelajaran,
ibu bapa tidak suka akan tindakan anda, anda memberontak dan mahu masyarakat
menghormati anda dan anda menjadi seorang yang pemarah kerana masyarakat tidak
hormatkan anda.
Kenapa anda perlu hidup untuk memenuhi keinginan orang lain?
Anda mahu di pandang tinggi oleh masyarakat, kenapa? Ibu bapa tidak suka akan
tindakan anda adalah bersebab. Anda perlu berfikir sama ada sebab tersebut
adalah logik atau tidak.
Anda gagal
dalam pelajaran dan rasa malu untuk berusaha dalam bidang lain, kenapa? Anda
gagal dalam pelajaran kerana anda yang tidak mahukannya, bukannya kerana anda
tidak bijak. Sejarah menunjukkan hampir separuh manusia hebat di dunia pada
abad ini, tidak memperoleh keputusan akademik yang hebat ketika belajar.
Kenapa
perkara ini berlaku? Kerana mereka faham akan makna sebenar kejayaan. Jika anda
menganggap kejayaan akademik tidak penting, anda adalah seorang genius kerana
memahami kejayaan sebenar hidup di muka bumi ini.
Ada seorang
penghidap asma dari Amerika Syarikat berjaya mendapat pingat emas di sukan olimpik
di sebabkan beliau faham akan maksud kejayaan sebenar. Beliau faham bahawa asma
bukanlah satu perkara yang perlu beliau risaukan kerana kejayaan adalah
merangkumi perlunasan impian.
Impian untuk memenangi pingat emas olimpik adalah
kejayaan yang beliau impikan dari kecil manakala berhenti berenang di sebabkan
asma bukanlah kejayaan sebenar bagi beliau.
Kejayaan tidak
boleh di halang kecuali anda yang meletakkan sendiri halangan tersebut pada
laluan anda.
Makna kejayaan
bagi anda.
Prinsip
seorang jutawan adalah bekerja ke arah kejayaan. Kejayaan tidak merangkumi wang
semata-mata. Kejayaan merangkumi kemahuan anda sahaja, bukan orang lain, bukan
masyarakat dan bukan keadaan yang memaksa.
Semua perkara untuk berlaku memerlukan usaha, namun, usaha akan datang dengan
sendiri jika anda faham akan makna kejayaan sebenar.
Apakah makna kejayaan bagi anda?