Di Malaysia, ada beberapa jenis pekerjaan yang kini menjadi pilihan utama sama ada dijadikan pekerjaan sampingan mahupun pekerjaan utama/tetap. Antara pekerjaan yang semakin berkembang adalah juru foto perkahwinan, juru andam/solek, pengacara majlis serta servis membersihkan rumah.
Kerja sampingan atau menjalankan perniagaan di hujung minggu membawa banyak kebaikan kepada seseorang apatah lagi ketika ‘suhu’ panas ekonomi sedang melanda negara ini.
Kos hidup serta kos barangan keperluan yang meningkat secara mendadak mungkin saja pemangkin yang baik buat sebahagian daripada kita untuk memikirkan cara lain memperoleh pendapatan lebih.
Sebagai manusia yang di beri akal oleh Allah, usaha dan berfikir mencari solusi adalah sebaik-baik respon kepada situasi ekonomi negara kini.
Oleh itu, bersama kita bangun dan jadi individu yang produktif serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang ada. Terlalu banyak mengeluh dan bersifat menyalahkan ketika berada dalam situasi sukar tidak membantu ke arah kebaikan.
Banyak peluang di luar sana menanti untuk diraih oleh anda seperti :
1) Juru foto – (RM300-RM500)
2) Juru Solek – (RM70 – RM200)
• Solekan Majlis Formal: RM80
• Solekan Pertunangan: RM70-100
• Solekan Pernikahan: RM150-200
• Solekan Majlis Resepsi: RM200
• Solekan Majlis Bertema: RM80 -RM100
3) Juru Acara Majlis – (RM100-RM150)
4) Tukang Rencam ‘handyman’ – (RM50-RM100)
5) Servis Pembersihan Rumah – (RM30-RM70)
6) Krew Sambilan Seminar/Program/Kursus – (RM100)
7) Peniaga di Laman Jual Beli Online - (RM50-RM150)
8) Tutor / Guru Tuisyen di Rumah -(RM40-RM60)
9) Pengasuh Hujung Minggu - (RM30-RM50)
Fikirkan sesuatu aktiviti yang boleh menambah punca pendapatan anda dihujung minggu ini.
Salam sayang.