30 TIPS HEBAT UNTUK HIDUP YANG INDAH!

1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.

2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.

4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

5. Minum air dengan banyak. 

6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.

7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.

8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.

9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.

10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!

11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.

12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.

14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. 

15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri. 

16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.

17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.

18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!

19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.

20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.

21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.

22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!

23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!

24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.

25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.

26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.

27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.

28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.


29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.


30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda. ;)


syuhada1981.com



Busuk!