Jom Sertai Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia - Hadiah Utama RM400


Salam sejahtera,

Hari ini saya ingin mewar-warkan mengenai satu kontes anjuran tuan HasrulHassan.

Kontes Ilmu Blogspot terbuka untuk semua blogger Malaysia. Sebuah kontes atau pertandingan menulis entri terbaik berkaitan ilmu blogspot yang menawarkan hadiah wang tunai untuk para pemenang. 

Tujuan Kontes Ilmu Blogspot

  • Adalah untuk menyemarakkan budaya perkongsian ilmu yang baik di kalangan blogger Malaysia - terutama berkaitan ilmu blogspot.
  • Sebagai langkah untuk membolehkan blogger Malaysia menyedari hakikat bahawa ilmu itu penting dalam setiap kerja, perbuatan, amalan yang kita buat - terutama dalam mencari kejayaan.
  • Agar blogger Malaysia lebih berilmu dan tahu cara terbaik memastikan blog yang dihasilkan bukan sebuah blog kosong yang tiada nilai.
  • Menyedari hakikat bahawa ilmu itu lebih bernilai dari wang ringgit - tanpa ilmu, manusia berada di dalam keadaan tanpa penyuluh - sesuai dengan maksud Ilmu Menjaga Engkau dan Engkau Menjaga Harta.

Matlamat

  • Mendapatkan seramai mungkin peserta dari kalangan blogger Malaysia terutama blogger baru untuk sertai kontes ini.
  • Mendapatkan dan menambah bilangan entri serta post berkaitan ilmu blogspot dalam enjin carian Google Malaysia.
  • Memberikan ganjaran lumayan berupa wang tunai untuk mereka yang berusaha dengan gigih dalam menyampaikan ilmu blogspot.

Syarat Penyertaan Kontes Ilmu Blogspot

  • Blogger warganegara Malaysia (tidak kira dari platform blogspot atau wordpress)
  • Umur mesti lebih dari 18 tahun ke atas
  • Bukan penaja kontes ini
  • Mesti mempunyai akaun bank sendiri untuk urusan pemberian hadiah

Hadiah Kontes

  • Hadiah Utama - Wang Tunai RM400 x 1
  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai RM200 x 1
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai RM100 x 1
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai RM50 x 1
  • Hadiah Saguhati - Wang Tunai RM10 x 5

Cara-cara penyertaan boleh baca selengkapnya di Kontes Ilmu Blogspot Malaysia - Hadiah Utama RM400  atau klik sahaja banner di bawah ini.



Salam sayang.



Busuk!