Apakah Maksud Kemewahan Hidup?

Assalamualaikum,

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. 

Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. 


Kemewahan hidup tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? 

Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan. 

Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. 

Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Pendek kata apa sahaja yang anda mahukan, anda mampu mendapatkannya. 

Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.

Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan andaian untuk cepat kaya. 

Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu untuk bersaing dengan penjual sedia ada. Misal kata peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda juga pasti boleh mendapatkannya. 

Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah tiada had dan penghujungnya. Anda tidak perlu gusar tentang rezeki dan pendapatan anda.  

Penjualan software Microsoft oleh Bill Gates tidak menghalang beribu-ribu syarikat yang lain untuk memperolehi keuntungan yang banyak. 

Kemunculan pemain-pemain boleh sepak bertaraf bintang di liga perdana Inggeris tidak pernah menghalang pemain baru untuk muncul. 

Monopoli sukan badminton oleh negara China tidak pernah menghalang pemain baru dari negara lain untuk menunjukkan potensi mereka.

Semua manusia ada peluang dan ruang masing-masing untuk memperoleh kemewahan di dunia ini jika dia BERUSAHA.

Sebelum itu, dalam syarikat Microsoft sendiri terdapat lebih 100 orang jutawan dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun. 

Anda rasa kemewahan itu ada had? Terpulang pada anda. 

Terakhir, elakkan perasaan dengki kerana semua kemewahan cukup untuk semua manusia kerana berdasarkan kajian dan pemerhatian semasa, lebih 90% dari rakyat Malaysia mempunyai dilema akan kemewahan ini. Saya harap anda bukanlah salah seorang darinya.


syuhada1981.com, kehidupan, motivasi


Salam sayang.







Busuk!