Kerja Sambilan Di Hujung Minggu



Kerja Sambilan Di Hujung Minggu, part-time job,


Di Malaysia, ada beberapa jenis pekerjaan yang kini menjadi pilihan utama sama ada dijadikan pekerjaan sampingan mahupun pekerjaan utama/tetap. Antara pekerjaan yang semakin berkembang adalah juru foto perkahwinan, juru andam/solek, pengacara majlis serta servis membersihkan rumah.

Kerja sampingan atau menjalankan perniagaan di hujung minggu membawa banyak kebaikan kepada seseorang apatah lagi ketika ‘suhu’ panas ekonomi sedang melanda negara ini.

Kos hidup serta kos barangan keperluan yang meningkat secara mendadak mungkin saja pemangkin yang baik buat sebahagian daripada kita untuk memikirkan cara lain memperoleh pendapatan lebih.

Sebagai manusia yang di beri akal oleh Allah, usaha dan berfikir mencari solusi adalah sebaik-baik respon kepada situasi ekonomi negara kini.

Oleh itu, bersama kita bangun dan jadi individu yang produktif serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang ada. Terlalu banyak mengeluh dan bersifat menyalahkan ketika berada dalam situasi sukar tidak membantu ke arah kebaikan.

Banyak peluang di luar sana menanti untuk diraih oleh anda seperti :

1) Juru foto – (RM300-RM500)

2) Juru Solek – (RM70 – RM200)
• Solekan Majlis Formal: RM80
• Solekan Pertunangan: RM70-100
• Solekan Pernikahan: RM150-200
• Solekan Majlis Resepsi: RM200
• Solekan Majlis Bertema: RM80 -RM100

3) Juru Acara Majlis – (RM100-RM150)

4) Tukang Rencam ‘handyman’ – (RM50-RM100)

5) Servis Pembersihan Rumah – (RM30-RM70)

6) Krew Sambilan Seminar/Program/Kursus – (RM100)

7) Peniaga di Laman Jual Beli Online - (RM50-RM150)

8) Tutor / Guru Tuisyen di Rumah -(RM40-RM60)

9) Pengasuh Hujung Minggu - (RM30-RM50)
Fikirkan sesuatu aktiviti yang boleh menambah punca pendapatan anda dihujung minggu ini.



Salam sayang.


Cara Buat Duit Dengan Geniee & H12 Media

Sebelum ini ramai blogger yang bercerita tentang Geniee dan H12 Media. So, saya pun nak cuba jugaklah kannn... Nak tahu bagaimana cara nak buat duit dengan Geniee dan H12 Media, baca kat bawah ni.

CARA BUAT DUIT DENGAN GENIEE

buat duit online, geniee media, media pengiklanan terkini, jana wang, buat duit


1. Daftar blog anda disini : 


2. Isikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Geniee, kemudian dalam ruangan Notes (dalam kotak merah) masukkan kod 1505.

3. Klik confirm dan submit. Sekiranya blog anda melepasi segala syarat-syarat yang ditetapkan, satu email pemberitahuan bersama dengan kod iklan akan dihantar kepada anda menyatakan blog anda telah diapproved. 


CARA BUAT DUIT DENGAN H12 MEDIA

buat duit online, media pengiklanan terkini, h12 media, jana wang, buat duit,


1. Daftar blog anda disini : 


2. Bila selesai daftar, klik bahagian "Web Sites". Masukkan url blog anda seperti contoh di atas.

3.  Langkah 3 terpulang pada anda samada nak guna cara yang pertama atau kedua. Saya pilih cara yang pertama, sebab guna platform Blogspot. 

4. Copy kod meta di atas ke dalam blog anda, pastikan anda letakkan di ruangan meta blog anda, sama tempatnya di mana anda letakkan meta tag, meta keyword, dan sebagainya. 

5.  Klik pada kotak "I accept the rules of H12 Media about forbidden content types".

6. Klik Verify & Add to my account. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak.

Semalam saya dah siap daftar..hari ni dah boleh masuk kod iklan. 

Selamat mencuba.

Salam sayang.


10 Strategi Buat Duit Dengan Blog

syuhada1981.com, buat duit dengan blog, jana duit, online bisnes,

Ramai orang tidak percaya bahawa dengan menulis blog juga adalah salah satu keperluan untuk anda menjadi pakar dalam industri.

Hentikan seketika hujah yang mengatakan kita tidak layak mengatakan kita pakar tetapi biar orang lain mengatakan kita pakar.

Ingin saya ulang, menulis blog juga adalah salah satu keperluan UNTUK MENJADI seorang PAKAR. 

Kalau tidak masakan ada Denaihati, BenAshaari, Kujie2, OhBlogger, EncikTitan, AkmaOmar, MrJacko, MiaLiana, TerbaekNetwork dan ramai lagi pakar dalam dunia blog ini.

Walaupun perjalanan saya masih jauh lagi, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda tentang Strategi Buat Duit Dengan Blog seperti yang pernah disarankan oleh saudara Raja Safuan.

1) BERKONGSI

- Kadangkala perkara yang paling ramai orang takut adalah berkongsi. Mereka berasakan bahawa dengan berkongsi akan terbitnya "Habislah kalau aku kongsi, mesti orang lain lagi hebat dari aku".

Sebenarnya lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita belajar sesuatu yang baru. Apabila orang baca, mereka akan mula faham dan akan bertanyakan kepada anda jikalau tak faham.

Kadangkala mereka memerlukan khidmat servis atau coaching yang anda sediakan, untuk menyelesaikan masalah mereka.

2) DATABASE

- Menulis blog juga dapat mengumpul database anda. Dengan cara ini, database anda akan berkembang dan sesuatu perniagaan itu perlu ada DATABASE.

Kerana database ibarat nadi perniagaan. Sebagai contoh anda bagi "7 tips perniagaan" dengan meminta mereka isi nama, email dan nombor phone di form autoresponder.

3) AFFILIATE

- Selain berkongsi, anda juga boleh menjana pendapatan dari affiliate.

Maksudnya anda menjana komisyen dengan menjual produk orang lain. Boleh letak animation banner atau buat satu artikel dan promosi produk affiliate.

4) PRODUK REVIEW

- Anda juga mengambil bayaran dari pemilik produk atau syarikat-syarikat korporat yang ingin anda bantu mereka untuk mereviewkan produk mereka.

5) MENAWARKAN SERVIS

- Seandainya anda buat servis, anda boleh tawarkan servis anda di satu ruangan page.

Apabila sering berkongsi, kredibiliti anda akan lebih meningkat dan orang akan lebih percaya untuk dapatkan servis anda.

6) MENJUAL PRODUK

- Jikalau anda mempunyai produk fizikal atau digital, maka anda boleh senaraikan produk yang berkaitan untuk di seneraikan di satu page.

Pastikan produk yang di jual adalah sama dengan niche blog. Jangan pula blog tentang kesihatan tetapi jual kereta. Oh apa cer???

7) LIPUTAN MEDIA PERCUMA

- Tahukah anda bahawa beribu diperlukan untuk keluar sesuatu iklan di Majalah atau Surat Khabar?

Tetapi ada cara untuk mendapatkan secara PERCUMA!

Biasanya pihak wartawan sentiasa ingin mencari bahan baru, dan mereka suka melihat blog yang aktif dengan info. Jangan terkejut kalau rancangan TV pun panggil anda.

8) JEMPUTAN TALK

- Apabila kita sering berkongsi, maka banyak pihak yang ingin kita kongsi pada audiens mereka.

Maka ini adalah peluang anda lagi untuk membantu lebih ramai orang lagi. Biasanya jemputan ini adalah berbayar!.

9) PENGIKLANAN

- Anda juga boleh tawarkan ruangan iklan berbayar secara bulanan. Saya sarankan jangan penuhkan dengan iklan sahaja ya.

10) KREDIBILITI

- Cadangan saya, binalah blog .com kerana ini dapat meningkatkan lagi tahap kredibiliti anda untuk jangka panjang.

Untuk maklumat dan ilmu yang lebih mendalam lagi, anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog dengan menekan banner di bawah.









Terima kasih & salam sayang.



10 Tip Jana 5 Angka Sebulan Dengan Blog - Pengasas Oh Media


syuhada1981.com, blogging, buat duit dengan blog, blogger mewah


Tahukah anda individu yang dikenali sebagai Khai Hassan atau Justkhai sedang bekerja keras membina empayar perniagaan bercirikan media baru yang diberi nama OhMedia.?

5 Angka Sebulan Dengan Blog

Antara blog-blog di bawah jenama Oh Media adalah:


  • Justkhai.
  • Oh Tidak.
  • Oh Artis.
  • Oh Geekz.
  • Oh Islam.
  • Oh AppleMy.

Selain daripada itu, Oh Media turut membangunkan stesen radio online tempatan yang diberi nama Oh Media FM.

Jenama ini merupakan satu fenomena dalam industri blogging tempatan di mana  Facebook Pages Oh Media tersenarai sebagai Facebook Pages yang pantas berkembang, selaras dengan jenama-jenama besar yang lain seperti Air Asia, Upin dan Ipin.

Namun begitu, apakah rahsia kejayaan usahawan muda ini? Tidak ramai yang berpeluang untuk memperoleh ilmu berdasarkan pengalaman beliau dalam membina perniagaan berasaskan blogging secara spesifik.

Terdapat 4 elemen yang berkait rapat dengan 10 tip yang dikongsikan oleh pemilik Oh! Media ini iaitu:


  1. Pendirian diri.
  2. Pemasaran blog.
  3. Buat duit dan membina perniagaan blogging.
  4. Tip kejayaan dan hidup mewah dengan blog.

Elemen 1 – Pendirian Diri

Bagaimana Khai membuat keputusan untuk memilih platfom blogging sebagai satu kerjaya, sedangkan ketika itu peluang untuk hidup sepenuh masa dengan blog menerusi pasaran tempatan adalah berisiko tinggi?

Dalam elemen pertama ini, terdapat 4 perkongsian beliau yang dapat memberikan inspirasi kepada kita untuk memulakan langkah pertama sebagai blogger.

1 – Mahu Hidup Bebas dan Menjadi Bos Untuk Diri Sendiri

Perasaan untuk mengawal aliran kewangan dan punca pendapatan secara total membuatkan beliau membuat keputusan untuk menjadikan blogging sebagai satu kerjaya.

Ini juga yang menyebabkan beliau berminat untuk menjelajahi dunia blogging tempatan, meskipun ia tidak menjanjikan sebarang kemewahan ketika itu.

2 – Blogging Sebagai Karier, Bukan Sekadar Hobi

Ramai orang yang mempunyai hobi dalam kehidupan mereka. Tetapi hobi semata-mata tidak dapat memberikan pulangan yang lumayan. Justeru itu, Khai bertukar gaya fikir tentang blogging dengan menganggap ia sebagai satu karier atau kerjaya.

Dengan ini, beliau memegang tanggungjawab bagi memastikan blog-blog kendaliannya mempunyai strategi untuk menjana pendapatan secara berterusan.

3 – Ada Strategi dan Perancangan

“A plan is a list of actions arranged in whatever sequence is thought likely to achieve an objective.” – John Argenti, author and founder of the Strategic Planning Society

Melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh dan membabi buta akan menyebabkan kita tersesat di pertengahan jalan. Manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai strategi dan perancangan dalam kehidupannya.

Begitu juga pemilik jenama Oh Media ini. Beliau merancang perjalanan blognya sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Ini bagi memastikan syarikatnya dapat meminimakan risiko sebaik mungkin.

4 – Buat Sesuatu Untuk Dapatkan Sesuatu

Apabila ditanya mengenai rahsia produktiviti Khai, beliau menjawab, “Saya melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.”

Kenyataan ini jelas menunjukkan, apabila kita sudah jelas dengan hasil yang bakal kita peroleh, maka estim dan keyakinan diri akan meningkat untuk terus bertindak sehingga ia tercapai.

Elemen 2 – Rahsia Pemasaran Blog Oh Media

Kunci utama untuk membangunkan blog yang mempunyai nilai aset sehingga puluhan ribu, adalah jumlah komuniti yang mempercayai pada jenama blog kita. Menurut Khai, berikut adalah cara yang beliau lakukan sehingga hari ini untuk meningkatkan jumlah pelawat, dan memperoleh kepercayaan daripada mereka.

5 – ‘Tidak’ Pada SEO, ‘Ya’ Pada Killer Content

Mengoptimasikan artikel untuk menarik perhatian penyedia servis enjin carian tidak dapat menjamin kejayaan blog. Ini kerana manusia yang akan membaca dan menilai kualiti setiap artikel dalam blog kita.

Justeru itu, Khai tidak menumpukan 100% terhadap SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian). Tetapi beliau menumpukan artikel yang berkenaan dengan isu semasa, isu terkini, menarik perhatian, dan mempunyai manfaat kepada para pembaca.

6 – Facebook Pages

Kekuatan Oh Media juga bergantung pada kekerapan mereka meluangkan masa untuk berinteraksi dengan komuniti. Kewujudan Facebook Pages yang mempunyai lebih 400,000 pengikut setia ini menyebabkan blog-blog kendalian beliau sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7 – Mengkaji Keperluan Pembaca

Untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan sentiasa viral, Khai menyatakan kajian terhadap keperluan pembaca adalah kunci utama. Dengan mengetahui maklumat yang pembaca perlukan, kita dapat mengumpulkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber.

Secara tidak langsung, pembaca akan rasa teruja dan gembira kerana kita berjaya memikat hati mereka dengan artikel yang mereka inginkan.

Elemen 3 – Cara Buat Duit Dengan Blog

Antara motivasi pemilik Oh Media memilih medium blog sebagai kerjaya adalah potensi untuk menjana pendapatan. Sehingga kini, beliau menyatakan blog-blog kendaliannya sudah mencapai keuntungan sebanyak 5 angka setiap bulan.

Antara medium buat duit yang digunakan sehingga hari ini adalah:

8 – Pengiklanan

Pengiklanan ini tidak terhad kepada advertising network seperti Innity, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Di mana kita sendiri boleh bertindak untuk menawarkan harga iklan yang sesuai kepada syarikat yang berminat.

9 – Servis

Katanya, “Gunakan kemahiran diri yang kita ada untuk buat duit lumayan.” Khai menggunakan kemahiran beliau dalam dunia blogging untuk menawarkan servis. Salah satu daripadanya adalah servis pemasangan dan konsultansi blog.

Servis ini sahaja akan memberikan jumlah keuntungan sehingga 3 hingga 5 angka untuk setiap satu klien.

Elemen 4 – Tip Berjaya dan Hidup Mewah Dengan Blogging

Berdasarkan perkongsian pemilik jenama Oh Media mengenai rahsia kejayaan beliau dalam dunia blogging, dapat simpulkan kepada:

10 – Formula 3K

Formula ini yang beliau gunakan berkali-kali untuk memperoleh kejayaan dalam setiap blog yang dikendalikan. Maksud 3K ini adalah:

Kerja keras – Buat duit lumayan dengan blog mengambil masa yang lama. Ramai yang mengaku kalah sebelum bekerja keras.

Konsisten – Sentiasa bertindak setiap hari untuk meningkatkan jumlah pelawat, penerbitan artikel dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kejayaan blog.

Keluar daripada zon selesa – Kebanyakan blogger bermula daripada rumah. Ia adalah zon selesa yang membuatkan kita liat untuk melakukan formula pertama iaitu kerja keras. Cari jalan penyelesaian untuk keluar daripada zon selesa setiap hari.

Sumber : MajalahNiaga

Percuma Vs Berbayar

Assalamualaikum..

Di internet dewasa ini sudah banyak program, perisian, produk digital seperti ebook dan banyak lagi yang boleh dimuat turun dengan percuma atau boleh didapati secara percuma sahaja. Kita hanya perlu mencari sahaja lagi atau terjumpa secara tidak sengaja berkenaan perkara yang kita bincangkan ini.

Secara umumnya kesemua program ini terbahagi kepada dua. Yang bersyarat dan juga yang tanpa syarat. Maksud saya yang bersyarat itu kita perlu jadi subscriber terlebih dahulu dengan mengisikan borang online yang biasanya ringkas sahaja seperti nama dan alamat emel barulah kita dapat muat turun program tersebut. Maksud saya dengan muat turun tanpa syarat itu pula, anda hanya perlu klik dan terus boleh muat turun.

Persoalannya apabila sudah semakin banyak program yang boleh di muat turun secara percuma, adakah relevan produk digital ini dijual pada masa sekarang dan akan datang? Anda akan melihat produk atau program yang sama nichenya tetapi ada yang dijual dan yang lain boleh pula di muat turun secara percuma sahaja.

Jadi apa kelebihan PERCUMA dan apa pula kelebihan BERBAYAR?


syuhada1981.com,percuma vs berbayar


Kelebihan PERCUMA

-PERCUMA! Sebab tulah..
-Bila percuma, jadi tidak perlu keluar duit dan jimat perbelanjaan kita.
-Bagus bagi mereka yang mahu bermula dan belajar.
-Bagus bagi mereka yang hanya ada bajet kecil untuk memulakan sesuatu.
-Bagus buat pengenalan dan belajar perkara asas terlebih dahulu.
-Senang cerita semua orang tahu kelebihan percuma tu.. hehehe

Kekurangan PERCUMA

-Selalunya ia adalah berkenaan perkara asas sahaja. Kadang-kadang ia  merupakan pre-sale sahaja.
-Pemilik/Pembuat tidak atau akan kurang bertanggung jawab dengan hasil  kerjanya.
-Jika bertanggungjawab sekalipun mungkin akan sukar untuk menjawab  dengan sempurna setiap persoalan dari pengguna.
-Kurang nilai secara personal.
-Kurang dari segi momentum kesungguhan untuk belajar dan berjaya dari  pengguna. Bergantung juga kepada motivasi diri individu itu sendiri.
-Kemungkinan pakej kurang lengkap seperti apa yang pengguna mahukan.
-Kebiasaannya kurang berkualiti.


Kelebihan BERBAYAR

-Kesungguhan untuk belajar atau bertindak secara semula jadi oleh  pembeli/pengguna.
-Akan memanfaatkan produk yang telah dibeli
-Akan menghargai produk yang telah dibeli.
-Biasanya pembeli akan lebih berjaya jika dibandingkan dengan yang percuma.
-Kebiasaannya akan lebih dari segi kualiti produk dan servis.
-Senang cerita kebiasaannya ada JAMINAN samada yang dijelaskan atau tidak.
-Ada nilai harga dan penghargaan. Sebab tu ia dijual.


Kekurangan BERBAYAR

-Setiap orang tahu bajet dan keperluan bagi mereka.

Pada mulanya saya agak bimbang dengan fenomena yang berlaku sekarang ini. Tetapi apabila dikaji semula, ia bagus untuk mempertingkatkan kualiti produk dan servis. Bagi saya, saya akan cuba berkongsi segala yang terbaik disini dan menambahkan value kepada semua orang. InsyaAllah..

Pssstt.. Sebenarnya PERCUMA itu ada nilainya juga terutama untuk jualan akan datang dari pendekatan dan juga teknik lain soft selling. Hehe.. Di kesempatan ini saya mahu berkongsi satu ebook buat pengunjung blog ini. Klik di ruangan PERCUMA di sini..

Saya harap laporan ringkas hasil tulisan pakar affiliate Malaysia ini dapat memperlihatkan kepada anda potensi memasarkan produk orang lain untuk pendapatan yang lumayan.

Semoga anda terus berjaya di dalam menjana wang!

Jumpa lagi!



Insentif Tunai RM100 Untuk Komentator Popular Syuhada1981.com Setiap Bulan!

Assalamualaikum..


Bermula September 2013,  saya akan menyediakan insentif tunai sebanyak RM100 kepada sesiapa yang rajin bertandang dan memberikan sedikit ulasan di entri blog syuhada1981'dot'com. 


Insentif ini akan diberikan setiap bulan. 

syuhada1981.com


Pemilihan komentator popular akan ditentukan berdasarkan 'Top Commentators Widget' di sidebar blog ini dan setiap keputusan adalah muktamad. 

Komentator popular itu juga haruslah menjadi follower blog ini, follower +Goggle saya dan LIKE FB Fanpage Syuhada1981dotcom.

Mudah je kan.. So, tunggu apa lagi..Rajin-rajinlah komen ye. Saya harap dengan segmen ini saya dapat mengenali lebih ramai blogger-blogger otai mahupun blogger baru seperti saya. 

Kehadiran anda sangat saya hargai.

Salam sayang,




Dapatkan $5.00 Secara Automatik Hari ini!

Assalamualaikum..


Saya nak kongsikan sesuatu dengan anda, rakan-rakan blogger untuk mendapatkan USD Dolar dengan mudah dengan hanya meletakkan  'Referral Banners' di blog dan website anda. 

Referral Banners adalah satu konsep dalam pengiklanan banner. Anda boleh menjana wang dengan memaparkan banner di laman web atau blog anda. Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan wang dengan mempromosikannya kepada orang lain atau pun dengan merujuk ahli-ahli dan pengiklan yang baru. Banner + Rujukan = Banners Rujukan. ( Referral )

Referral Banners mempunyai model pembayaran yang unik dan mereka juga sentiasa memastikan semua pengguna dan pengiklan memperolehi manfaat bersama. Berbeza dengan rangkaian yang lain, Referral Banners membayar komisyen kepada pengguna setiap hari. Pengguna akan dibayar selagi mereka memaparkan banner tersebut di blog dan website mereka. Bestkan..  


Jom sertainya hari ini dan anda akan menerima $5.00 secara automatik!

Anda boleh klik banner dibawah ini untuk menyertainya.

Terima kasih.


Jana Wang Melalui Blog

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya tidak pernah lagi berkongsi tentang pendapatan saya melalui blog. Hari ni saya nak sharelah. 

Tadi buka-buka email dapat lagilah email dari salah satu program affiliate yang saya join iaitu Free-eBooks.net ni. 

Alhamdulillah..

Sebenarnya ini merupakan komisyen saya melalui blog English saya iaitu 

Majoriti pengunjungnya datang dari luar negara. Walaupun saya jarang update tapi komisyen tu sentiasa ada. Mungkin kerana saya kerap share di twitter dan menggunakan hashtag tertentu. 

Antara program affiliate yang saya join ialah Clickbank, Amazon, JVzoo, Free-eBook.net, dan lain-lain. Yang bestnya komisyen kita semua dalam USD Dolar!

Saya akui yang saya banyak menerima komisyen melalui blog-blog English saya. Jadi, sekarang saya dalam ke arah untuk membeli domain & hosting untuk dua lagi blog saya iaitu make-your-dollar dan all-about-slimming.

Asalnya dulu cuba pun untuk suka-suka. Sekadar mengikut panduan salah satu ebook yang saya beli. Tak sangka pula, betul-betul dapat hasil.

Nanti saya kongsikan beberapa laman web dan review saya untuk anda menjana wang dari blog ye. 



syuhada1981.com

Ok, stop dulu disini.
Tiba masanya untuk ambil dua orang anak dara saya di sekolah.

Jumpa lagi!



Pekerja Sambilan Di Rumah Di Perlukan

Adakah anda memerlukan wang sampingan?

Jawatan kerja dirumah ini adalah peluang yang baik untuk surirumah, pesara, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan dirumah sendiri.

Waktu bekerja adalah fleksibel. Boleh pilih waktu bekerja sendiri tidak kira pagi, petang atau malam, ikut kesesuaian anda.

Upah dibayar dalam matawang US dolar dan anda berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat yang berasaskan internet dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas (freelance).


Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila klik :

==> JOB DI RUMAH

Mengenai Jobdirumah.com:

Jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dengan kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Contoh Tugasan:

  • Data Entry
  • Menaip dokumen
  • Mengumpul maklumat
  • Menulis artikel
  • Menulis laporan
  • Khidmat pelanggan
  • Pembantu maya
  • Tugas perkeranian
  • Dan lain-lain...




syuhada1981.com

Ok, itu saja yang nak saya war-warkan tengahari ini..
Nak sambung buat kerja lain pula..
Jumpa lagi ya..!





Bagaimana Mendapatkan Idea Buat Bisnes?

Biasanya ramai orang kering idea untuk berfikir tentang bisnes apa yang perlu diceburi..

Jadi disini saya nak berkongsi dengan anda 3 cara MUDAH untuk mendapatkan idea tersebut.


syuhada1981.com, idea bisnes, tips perniagaan


1- Minat


Anda mesti mempunyai minat terhadap sesuatu perkara yang boleh dikembangkan menjadi satu perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar. Contohnya anda suka buat kek. Jadi anda boleh bermula secara kecil-kecilan.
Daripada minat yang ada, anda perlulah tingkatkan lagi sehingga ianya menjadi suatu kemahiran. 


2- Kemahiran


Paling mudah nak buat bisnes jika anda mempunyai kemahiran tertentu secara mendalam. Jika anda tidak ada kemahiran sekalipun anda boleh belajar atau ambil kemahiran daripada kenalan anda dan deal dengan beliau. 

Contohnya anda mempunyai hobi,  minat dan kemahiran bermain muzik, sudah
tentu ianya suatu peluang yang besar untuk anda buat duit dengan kemahiran tersebut.


3- Peluang

Cuba anda buat pemerhatian melalui rutin harian  anda dari pagi pergi kerja hingga ke petang balik kerja. Lihat disekeliling anda, banyak peluang yang 
boleh anda perolehi. Sebagai contoh, sebelum masuk kerja anda mungkin bersarapan nasi lemak di warung berdekatan. 

Di situ pun ada peluang untuk anda berurusan dengan tauke warung, membekalkan kopi campuran, kuih, kacang, kerepek dan sebagainya.


So, secara mudahnya perniagaan boleh bermula dengan benda disekeliling anda.


Selamat mencuba.






Rangkaian Rahsia Bisnes di Bulan Ramadhan


Salam semua,

Disini saya sertakan rangkaian rahsia-rahsia bisnes yang boleh anda cuba. Maklumlah bulan-bulan puasa ni semua orang nak cari duit rayakann..Tapi kalau bagus apa salahnya diteruskan saje bisnes-bisnes ni.. As a part time pun kira ok dah..So..kalau berminat, just click pada icon-icon tu je.. Mudahkan.. :)  

Okey, selamat mencuba !























8 Cara Dapatkan Duit di Internet

Assalamualaikum..

Hmm..jam sekarang sudah menunjukkan jam 11.32 malam..

Alhamdulillah..saya baru sahaja selesai menidurkan anak kecil saya..baru juga selesai mengira dan menyediakan penyata gaji untuk semua pekerja-pekerja saya. 

Dan kini, waktu untuk saya mengemaskini blog pula. Bila yang sikecil sudah tidur, mudah sedikit untuk saya memerah minda..

Malam ini, saya ingin kongsikan satu ebook percuma tentang teknik mendapatkan duit melalui internet. Sebenarnya, saya pun masih baru dalam bidang ini. 

Tujuan utama boleh terjerumus dalam kancah blogging ini bukan untuk mendapatkan duit semata-mata, ia lebih kepada ingin berkongsi maklumat sebenarnya. (Tapi kalau boleh dapat duit lagi baguslah kan..) Kalau diikutkan dengan masa saya dengan kerja-kerja pentadbiran dan akaun perniagaan yang ada, masa saya menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak lagi..memang kelam kabut haru birulah jugakan.. dan saya sendiri adakala tiada masa untuk diri kerana saya memang tidak pernah ada pembantu rumah.

Tetapi bila difikirkan kembali, saya buat semua itu hanya dirumah sahaja. (Suami menyediakan mini office dirumah untuk saya menguruskan semua kerja pejabat.) Hanya seminggu atau 2 minggu sekali sahaja saya pergi ke pejabat untuk menguruskan apa yang perlu disana..Selebihnya saya hanya berinteraksi dengan pekerja saya melalui telefon, email, wechat dll,. WORK AT HOME MOM laa katakan.. jadi apa salahnya saya cuba jinakkan diri dengan blog. Walaupun bukan setiap hari saya mengemaskini entri, bagi saya tidak mengapa, bukan duit dan trafik yang dikejar.. asalkan perkongsian saya memberi sedikit manfaat kepada yang membaca. Itu sudah memadai bagi saya. The more you give, the more you will get..Lebih banyak kita memberi dan berkongsi elmu, lagi banyak elmu baru yang akan kita terima. 

Sebenarnya, saya banyak melaburkan duit membeli & melanggan ebook, saya suka membaca. Saya gemar mencarigali elmu2 baru. Tetapi sejak ada anak tiga ni, maklumlah..masa untuk membaca itu sudah digantikan dengan kerja2 yang lain, nak pergi kedai buku pun sudah tiada masa. Kadang2 saya muat turun & simpan dalam Iphone supaya sebelum tidur saya boleh baca sebentar sebelum terlelap walaupun dalam  keadaan gelap gelitakan.. . Kalau berkenaan dengan bisnes internet ni..saya banyak membeli dan merujuk dengan otai IM kitalah iaitu tuan Raja Kamil. Melalui ebook2 dan status2 beliau di FB yang membuatkan saya terpengaruh ingin mencuba. 

Buat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet.

Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr.Irfan Khairi. Beliau telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang kaedah sebenar buat duit di internet, anda boleh dapatkan ebook percuma dibawah ini..

*Kepada sahabat2 surirumah yang selalu PM bertanyakan bagaimana mahu menghasilkan wang tanpa modal, sebenarnya ada banyak cara salah satunya anda boleh mula menulis blog.*












Okeylah..setakat ini sahaja entri untuk malam ini..Semoga ebook diatas dapat memberi sedikit elmu yang bermanfaat kepada anda..Jika berkesempatan, kita berjumpa di lain entri yaa..Nanti saya kongsikan pula tentang perniagaan-perniagaan saya dan suami.

Selamat malam dan selamat bersahur.

Salam kasih sayang,




Rahsia Bisnes di Kampus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Mahasiswa / Mahasiswi Sekalian,

Adakah anda :

  • Sedang mencari pendapatan sambilan?
  • Ingin mencari wang sampingan?
  • Sedang mencari lubuk wang yang paling MENGUNTUNGKAN?
  • Sedang mencari wang untuk berkahwin? (opssss..hehe..)
  • Sedang mencari wang untuk membayar hutang-hutang!! 
  • Sedang pening kepala memikirkan soal kewangan yang tiada kesudahannya?


Persoalan yang lebih tepat lagi, ADAKAH ANDA KINI SEDANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN??

Jika jawapan anda adalah "YA!" , maka laman web ini bakal membongkarkan kepada anda bagaimana anda boleh keluar daripada situasi krisis kewangan yang tiada kesudahan tersebut!!

Memperkenalkan...

EBOOK "RAHSIA BISNES DI KAMPUS"

www.syuhada1981.com

Ebook ini akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik rahsia berbisnes di kampus yang sebenar KHAS untuk para mahasiswa / mahasiswi yang sedang berusaha mencari sumber pendapatan sampingan di kampus. DIJAMIN PUAS HATI!!

Dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan :


  •       4 Sebab kenapa anda perlu berbisnes di kampus?

  •       Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum berbisnes           di kampus.

  •       Apa itu Intro NIMM dan bagaimana ia dapat melicinkan permulaan           bisnes anda di kampus.

  •       Apakah jenis produk yang terdapat di pasaran? (Wajib tahu!)

  •      3 Teknik untuk menentukan lubang bisnes yang tepat di kampus.            (Lain daripada yang  lain!)

  •      5 Tip super untuk kuasa produk anda!

  •      Rahsia sebenar berbisnes di kampus. (Caranya biasa tetapi hasilnya        sangat  menguntungkan!)

  •      3 Perkara yang perlu anda tahu ketika menghadapi masalah dalam           bisnes.

  •      Kisah rahsia bagaimana saya dapatkan keuntungan 4 angka dalam           masa 7 hari sahaja hanya di kampus.

  •      Beberapa strategi pemasaran pantas. (Bermula dengan apa yang             ada!)

  •      Strategi memenangi hati pelanggan. (Jadikan pelanggan merasa              seperti raja!)

  •      Serta banyak lagi perkongsian rahsia bisnes di kampus yang jarang          sekali dibongkar kepada mahasiswa!


Dapatkan sekarang !!

www.syuhada1981.com



Usahawan Kecil Boleh Berjaya !

Assalammualaikum & salam sejahtera ...

Kehadapan sahabat-sahabatku.... usahawan.. dan juga bakal usahawan..

Nama saya Ahmad Fauzi, 12 tahun lalu, saya telah memulakan langkah saya di dalam bidang keusahawan dengan membuka sebuah perniagaan kecil. Ianya adalah sebuah syarikat pemprosesan makanan. Bunyinya agak tidak menarik bukan? Tetapi.. Alhamdulilah.. selepas 10 tahun, syarikat kecil saya itu kini, telah berjaya melepasi angka jualan sebanyak RM1 juta setiap tahun.

Bukan itu yang saya mahu banggakan disini. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan dengan anda disini, ialah tentang pengalaman saya bergelumang di dalam dunia keusahawan selama lebih 10 tahun ini.

Banyak perkara dan pengalaman yang telah saya lalui, ada gembira, sedih dan duka. Kesemuanya memberikan saya semangat dan insipirasi untuk terus "berusaha" dan juga "melawan" di dalam dunia keusahawanan ini.

MENGAPA GAGAL?

Selama 12 tahun ini juga, saya melihat ramai rakan-rakan lain yang turut menceburi dunia perniagaan dan keusahawan. Ada yang berjaya, tetapi ramai juga yang gagal. Kebanyakkan kegagalan itu berpunca dari perkara-perkara yang sepatutnya seseorang usahawan itu boleh elakkan jika mereka bertanya kepada usahawan lain yang lebih berpengalaman.

Kadangkala, saya terfikir untuk memberikan sepatah dua tips dan panduan kepada mereka, tetapi, siapalah saya? Orang tak minta takkan kita pandai-pandai nak beri nasihat? Nanti dikata kita "berlagak" pula? Tetapi, di dalam hati ini, membuak-buak untuk saya berkongsikan serba sedikit pengalaman saya tentang dunia keusahawanan.

Jadi, saya fikir, adalah lebih baik jika saya bukukan sahaja pengalaman saya ini. Jika ada yang berminat, bolehlah baca, manakala bagi yang tidak berminat, mungkin boleh beritahu rakan , adik-beradik atau saudara mara lain yang berminat.. :)

Sila klik pada buku dibawah.



www.syuhada1981.com


Sumber dari >>  www.usahawanberjaya.com



Busuk!