Tips Membeli Barang Di Internet

Trend berbelanja secara online semakin menular di kalangan kita terutamanya kaum wanita. Saya akui saya juga gemar berbelanja di internet. Bukan apa, ianya boleh menjimatkan masa saya.

Terkini sudah semakin banyak kedai online yang dibina di atas talian. Medium blog, facebook, instagram dan sebagainya membantu meningkatkan perkembangan fenomena ini dengan mudah. Perubahan trend ini pastinya memberi kesan yang baik kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

Bagaimana pula kita perlu menjadi bijak berbelanja secara online tanpa terlibat dengan penipuan pengusaha palsu yang menggunakan tiket usahawan online. Ikuti tips-tips ini sebelum anda berbelanja secara online khusus untuk mereka yang gemar membeli belah di laman maya.

panduan berbelanja online


1.      Kumpulkan maklumat terlebih dahulu

Jangan terus terpedaya dengan laman maya yang baru pertama kali anda layari. Sebaiknya cari dulu maklumat tentang laman itu sebelum anda meneruskan niat mahu membeli produk yang dijual. Bagaimana mahu mencari maklumat?


  • Ketahui maklum balas pembeli di laman itu. Biasanya peniaga yang jujur akan memaparkan komen-komen atau respons pembeli terhadap perkhidmatannya. Semakin ramai respons positif daripada pembeli semakin teguh dan mempunyai kredibiliti perniagaan itu. 
  • Dalam carian google taipkan nama laman maya yang sedang anda layari. Cari maklumat tentang kedai itu. Adakah pemiliknya jujur dalam perniagaan atau ada maklum balas negatif mengenainya. Misalnya, pelanggan pernah ditipu dan sebagainya. Ingat! Jangan malas mahu membuat carian di google. 
  • Pastikan laman maya yang dibangunkan oleh pemilik tidak bersifat sementara atau sekadar mengaburi mata pelanggan demi mendapatkan sedikit keuntungan. 
  • Kaji latar belakang pemilik kedai. Hubungi peniaga jika anda mahu tahu lanjut mengenai produknya. Adakah barangan yang ditempah pelanggan sampai dengan selamat kepada pembeli atau pemilik lambat membuat urusan pengeposan. Jika sudah anda ketahui latar belakangnya, barulah membuat keputusan untuk membeli.


2.     Saranan daripada teman

Kadangkala saranan daripada teman-teman yang pernah mendapatkan khidmat peniaga online membantu anda dalam membuat pilihan. Jangan pula terburu-buru untuk terus membeli. Biarlah dua hingga tiga orang memberikan pandangan positif yang sama, barulah anda meneruskan niat itu. Bimbang kelak anda pula yang berputih mata jika barang yang dipesan tidak sama seperti yang tertera pada gambar produk di laman maya itu.

3.     Berhati-hati semasa berkongsi maklumat peribadi

Memastikan pengendali laman itu tidak sesuka hati berkongsi maklumat peribadi yang anda isikan kepada pengendali laman web yang lain. Semasa membeli juga, pasti kan pengusaha bersetuju mengembalikan barang yang rosak agar anda tidak rugi sebagai pembeli.

4.     Jangan mudah tergoda dengan barang murah

Tak perlu terburu-buru menggemari barangan mudah yang ditawarkan di laman web yang anda layari. Apa lagi yang memerlukan anda memasukkan ID atau kata laluan tanpa memerlukan keizinan daripada pemilik. Itu biasanya spammer.

Berhati-hati juga dengan spammer yang pandai memujuk rayu. Ia menghantar e-mel seolah-olah mereka menawarkan perniagaan yang baik kepada anda, walhal mereka mempunyai agenda di sebaliknya.

Ok, semoga panduan ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda.

Salam sayang.




Panduan Menghadapi Perpisahan Khas Buat Isteri

panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu tiga


Terlalu banyak kisah-kisah keretakan rumahtangga yang kita dapat lihat sekarang ini. Sesiapa yang bergelar isteri sedikit sebanyak sudah pasti akan merasai 'kesakitan' itu. Memang benar bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi tetapi bagi pendapat saya "jika anda seorang wanita, anda pasti akan memahami jiwa wanita lain". 

Berpisah hidup mahupun mati pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam di jiwa mana-mana individu yang pernah mendirikan rumah tangga. Baik pasangan suami isteri yang telah lama menjalin kasih, mahupun mereka yang baru mendirikan rumah tangga, masing-masing miliki istilah serik apabila dikhianati pasangan sendiri. 

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa didalam entri ini, saya cuma ingin kongsikan sedikit panduan bagaimana anda harus berhadapan dengan situasi perpisahan yang menyakitkan ini. Ikuti panduannya.

Ketahanan diri
Perkara penting yang perlu difahami oleh individu adalah menilai daya tahan diri berhadapan peristiwa trauma yang dihadapi. Pada masa inilah anda perlu tahu adakah anda kuat atau sebaliknya dalam mengendalikan emosi diri. Kebolehan yang dimiliki inilah yang membuatkan anda berupaya dan lebih bersedia menerima ujian yang berlaku.

Bertindak matang
Paling utama dalam berhadapan situasi yang mengundang trauma adalah bertindak secara lebih matang. Matang di sini bermaksud anda memikirkan setiap sudut sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika mahu memarahi pasangan, fikirkan tentang anak-anak, ahli keluarga dan yang paling penting diri sendiri. Adakah tindakan anda itu mampu membahagiakan anda atau sebaliknya. Fikirkan dalam-dalam.

Fikirkan yang positif
Sememangnya mudah untuk seseorang memujuk teman agar bersabar saat dilanda perpisahan. Namun, tidak mudah untuk individu yang berhadapan dengan situasi sebenar memujuk dirinya menjadi lebih positif. Emosi baik sebegitu memerlukan masa untuk sampai ke dasar hatinya. Bagaimana mencipta suasana positif dalam aura yang amat lemah ini? Sebaik-baiknya anda perlu serahkan segala apa yang berlaku kepada Yang Esa.

panduan perpisahan, suami main kayu tiga, suami curang


Anggaplah bahawa setiap orang pasti akan berhadapan dengan situasi perpisahan. Baik berpisah akibat suami dirampas orang ketiga, kehilangan akibat kemalangan dan sebagainya. Ketahui juga bahawa setiap ujian hidup ini akan menjadikan anda seorang yang lebih tabah. Andai mereka redha, ujian ini menjadikan mereka individu yang lebih bersabar dalam menjalani kehidupan.

Buang jauh ketakutan dalam diri
Trauma yang terjadi dalam diri selalunya mengundang ketakutan dan bayang-bayang ketakutan itulah yang sering menghantui anda. Sebab itulah, anda lebih gemar menjadi seorang yang pasif dan takut untuk membuat sebarang keputusan. Justeru, buang jauh ketakutan itu. Cari punca sebenar apakah yang membuatkan anda trauma. Hadapi kehidupan yang Tuhan berikan ini dengan sebaik-baiknya dan berusaha agar anda menjadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain.

Belajar mencipta situasi baru
Perpisahan itu sememangnya menyakitkan. Apatah lagi, buat pasangan yang sudah sekian lama berkongsi kasih dan perasaan. Akibat salah faham atau apa juga ketidakserasian, masing-masing terpaksa memilih jalan perpisahan. Jangan terlalu membiarkan diri dalam situasi bimbang atau tidak percaya pada orang lain.

Belajar terima keadaan dan cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang tidak pernah atau tidak dapat anda lakukan semasa menjadi isteri atau suami kepada pasangan terdahulu. Andai anda belum bersedia mencari pasangan yang baru, lakukan aktiviti baru yang mampu memberi kebahagiaan buat anda. Menjadi individu baru yang lebih positif membantu anda menghilangkan kemurungan yang bersarang di dasar hati.


panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu hitam, suami dirampas wanita lain

Kesetiaan wanita diuji apabila si suami tidak punya apa-apa...
Dan kesetiaan suami pula diuji apabila punya segalanya...


Salam sayang.





Diadaptasi dari Majalah Mingguan Wanita.







Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru


Definasi CANTIK

Wanita adalah perhiasan dunia sebab itu wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Wanita sentiasa berusaha untuk membuatkan dirinya tampil cantik. Hal tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi setiap wanita di celahan bumi mana sekalipun.

Setiap orang mempunyai pengertian dan persepsi tersendiri mengenai cantik ini. Wajar jika kita definasikan cantik itu amat berbeza kerana landasannya adalah mengikut cara pandangan manusia dan cantik ini dilihat dari pelbagai sudut.

Konsep dan takrifan mengenai kecantikan dalam setiap kebudayaan amat berbeza-beza. Di dunia barat, wanita cantik adalah mereka yang bertubuh langsing cenderung kurus, berbibir merah dan berpayudara besar.


Elak Derita Di Hujung Usia



Paparan Sinar Harian Ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Saya sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. 

Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya!

Salam sayang.







Credit to Datuk Maznah Hamid

Ibu Adalah Pembohong!



INILAH FAKTA PEMBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YANG WAJIB DIKETAHUI UMUM : 

1. Saat makan, jika makanan kurang, dia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah makan,ibu tidak lapar." 

2. Waktu makan, dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging,makanlah, nak.." 

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yangg sakit, dia berkata, "Istirehatlah nak, ibu masih belum ngantuk.." 

4. Saat anak sudah tamat sekolah,bekerja, mengirimkan wang untuk ibu, dia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih punya wang." 

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, diaa lantas berkata, "Rumah tua kita sangat selesa, ibu tidak biasa tinggal di sana." 

6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat,anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata,"Jangan menangis, ibu tidak apa-apa." 

Ini adalah pembohongan terakhir yang dibuat ibu.Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, mengkhuatirkan-diri kita, tetapi beliau tidak pernah membiarkan kita mengkhuatirkan- dirinya. 

Semoga semua anak di dunia ini, boleh menghargai setiap pembohongan seorang ibu...!! Kerana beliaulah malaikat nyata yang dikirim TUHAN untuk menjaga kita..


Terima kasih IBU!

Salam sayang.



 

Kasih Ibu Tiada Tandingannya


Setelah membaca kisah ini, perasaan hiba dan terharu pasti menusuk ke dalam hati dan perasaan.

Sesedar, mata anda akan bergenang dengan air mata. 

Moga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

====================================

Suatu ketika dahulu ketika di Jepun, pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga tidak boleh menguruskan kehidupan diri serta anaknya.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.

Si pemuda bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya.

Si ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pohon yang boleh dicapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Apabila sudah tiba di destinasi yang si pemuda itu rasakan sudah sesuai untuk ‘melepaskan’ ibunya, dia menurunkan si ibu tadi dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana dia tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan itu terhadap ibunya.

Si ibu yang nampak begitu tenang dan pasrah dengan apa yang telah dilakukan anaknya berkata:

"Anakku, ibu sangat menyayangimu.

Sejak kau kecil sehingga dewasa ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku.

Bahkan sehingga ke hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikit pun terhadapmu.

Dalam perjalanan tadi, ibu sudah menanda sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu kerana ibu khuatir kau tersesat.

Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah"

Setelah mendengar kata-kata ibunya, si anak menangis dengan sekuat-kuatnya dan lantas memeluk ibunya.

Si anak dengan perasaan sedih dan hiba dengan apa yang telah dilakukan terhadap ibunya lantas menggendong ibunya untuk membawa si ibu pulang ke rumah.

Pemuda tadi akhirnya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat ibunya.

Orang tua bukan barang antik yang boleh kita abaikan atau dibuang setelah tiba saat beliau tidak berdaya membuat segala apa yang mampu dibuat untuk dirinya serta orang lain kerana di saat engkau telah berjaya atau engkau di dalam keadaan susah mana pun, hanya ibubapa kita sahaja yang akan tetap bersama kita kerana secara lumrahnya, batinnya akan menderita kalau kita menderita.

Bukan isteri, suami, ataupun teman.

Ibubapa kita tidak pernah meninggalkan kita atau mengabaikan kita walau bagaimana jua keadaan kita.

Malah, walaupun kita bersikap kurang ajar terhadap mereka, mereka tetap akan menyanyangi kita.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada.








Salam sayang.



Isu Minyak Masak Kitar Semula



1) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket yang dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.

2) Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

3) Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

4) Sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket.

5) Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu.

6) Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah.

7) Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidik dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.

Bila kali terakhir anda makan pisang goreng?


Salam sayang.


Nilai Seorang Isteri

Apabila membaca ini, kita akan dapat faham apakah nilai sebenar seorang isteri.

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan. 

PENCERAMAH : "Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda".

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH : "Sekarang silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya."

Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi, sehingga tinggallah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut." 

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi”. 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “Silakan padam 1 nama lagi!."

Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus kan nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : "Sila pilih 1 nama lagi!".

Lelaki itu menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu.

"Kenapa kamu tidak memilih orang tua kamu yang telah melahirkan dan membesarkan kamu, tidak juga memilih anak yang menjadi darah daging kamu  sedangkan isteri itu dapat kamu cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab.

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. 

Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang
menganugerahkannya.

Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilihnya dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini."

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.

syuhada1981.com, isteri solehah, isteri terhebat, suami isteri mithali, kehidupan suami isteri


Salam sayang.






Sumber : MukaBuku

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

10 Blogger Wanita Yang Dikagumi

Salam sejahtera semua..Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 petang. Masa untuk menjenguk blog dan mengemaskini entri. Semenjak pagi melakukan tugas-tugas sebagai seorang suri di rumah. 

Menyediakan sarapan, menyiapkan anak-anak ke sekolah, mengemas rumah, menyapu lantai, memandi, merapi dan melayan si bongsu, membasuh dan menjemur kain baju, menyediakan makanan dan menyuap si kecil. Bermain lalu menidurkannya.

Ketika inilah saya harus pandai membahagikan masa yang ada untuk melakukan dua tugasan. Menulis entri dan mengemaskini urusan pejabat.


blogger wanita, wanita, blogger wanita terbaik, blogger wanita popular
Inilah SOHO saya dirumah.

Saya akui adakalanya memang sukar untuk membahagikan masa. Semuanya bergantung kepada situasi anak-anak, keadaan sekeliling, dan urusan kecemasan. Besar sungguh tanggungjawab wanita ni kan. Menjaga keluarga sambil bekerja. 

Bagi saya semua wanita bekerja! Jangan sesekali kita kata "Saya tidak bekerja, saya hanya seorang surirumah."  Untuk pengetahuan anda, surirumah merupakan pekerjaan terbaik dunia walaupun ianya tidak bergaji! Surirumah bekerja hampir 24 jam sehari. Siapa yang sanggup menyandang pekerjaan ini kalau bukan WANITA? 

Cuba anda tengok bagaimana ibu atau isteri anda menguruskan rumahtangganya. Pernah anda tanya bagaimana sakitnya dia melahirkan anda/anak anda? Pernah anda selami jiwanya? Penat lelahnya? Pernah anda hargai tugas-tugas sehariannya? 


Sebenarnya pada entri kali ni, ingin saya kongsikan 10 blogger WANITA yang saya kagumi, yang hebat dimata saya. Merekalah isteri, merekalah ibu, mereka berkerjaya, mereka menguruskan rumahtangga, mereka juga BLOGGER yang berjaya!  Disamping menjadi blogger yang berkongsi pelbagai elmu dan kepakaran, mereka juga merupakan ibu yang pandai menjana wang melalui blog mereka. Pernahkah anda terjah blog mereka semua? Jika belum, sudi-sudikanlah terjah ye. 



blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,




blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,





blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,




blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,





blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,





blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,




blogger wanita terbaik, blogger wanita popular,


Haa, tengok..lebih kurang 2 jam juga saya menyiapkan entri ini..bukannya apa, sambil menulis blog, saya berbalas emel atas urusan kerja. Alhamdulillah, nasib baik tak hilang fokus. 

Baiklah..saya perlu bergegas ke dapur untuk menyiapkan minum petang pula. Sebentar lagi, anak-anak dara saya pulang dari sekolah. Si kecil ni pun dah mula membulatkan mata, merengek-rengek minta diangkat dari buaiannya.

Saya akhiri entri saya dengan lagu WANITA yang telah dipopularkan oleh Salamiah Hassan. Tanpa WANITA, tanpa IBU siapalah kita?




LIRIK LAGU:  WANITA

Bagai pohon tegak berdiri
Terbukti kau tahan diuji
Cabaran datang cabaran pergi
Segalanya tabah kau hadapi

Semenjak lahir kedunia
Sehingga menutupi mata
Bagai sungai yang terus mengalir
Beban dan tugas tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Kerana langkah sering terbatas
Adakalanya engkau tertewas
Namun begitu engkau tetap gagah
Tiada pernah kau berputus asa

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor


Salam sayang.




10 Blogger Tercantik DiMataKu

Petang ini, entri saya berbeza sedikit. Saya ingin berkongsi blog blogger-blogger yang cun, cantik dan jelita di Malaysia ini. Bukan sahaja cantik malah mereka juga bijak dan juga terkenal.. Andai ada masa terluang, terjahlah blog mereka. Best sangat! Saya antara 'silent reader' blog mereka. 



10. Nisa Kay

syuhada1981.com, blogger tercantik,




syuhada1981.com, blogger tercantik



syuhada1981.com, blogger tercantik, blogger wanita




syuhada1981.com, blogger wanita




syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



syuhada1981.com, blogger wanita



blogger wanita, syuhada1981.com



syuhada1981.com, blogger wanita




P/S : Maaf ye adik-adik cantik, akak curi gambar ni semua kat encik google. :)














Si Ibu Yang Bodoh


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya biasa je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. 


Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. 


Kami bahagia!

Kau ada...??"
syuhada1981.com, ibu yang bodoh, kasih ibu sepanjang hayat, tanpa ibu siapalah kita


Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!


P/S: Video diatas saya hasilkan sempena Hari Ibu bulan Mei yang lepas. 


Salam sayang.


Busuk!