Apa Yang Saya Perolehi Dari Majlis Sepetang Bersama Blogger ? #SBB2014

Salam sejahtera.

Alhamdulillah..berkesempatan juga untuk menulis hari ni. Sudah 6 hari minda saya seakan-akan blur dan blank..beku rasanya.. tidak pasti apa yang perlu dikongsikan. 

Sama ada ingin berkongsi kisah kemeriahan di majlis SBB 2014 ataupun tentang kesedihan dan misteri kehilangan pesawat MH370. Saya menjadi serba salah.

Lagipun banyak urusan pejabat yang perlu saya selesaikan 2-3 hari ni. Maaf kerana agak lambat update entri. 

Semua sudah sedia maklum bahawa MAJLIS SEPETANG BERSAMA BLOGGER atau PERHIMPUNAN MEGA BLOGGER ASIA TENGGARA baru sahaja berlalu 8hb Mac yang lepas. Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.


Ok, pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan DENAIHATI dan team di atas penganjuran majlis yang gah ini kerana tanpa inisiatif tersebut, tak mungkin saya dan semua para blogger berpeluang bertemu, berkenalan, berkomunikasi dan beramah mesra di alam nyata. Seronok dapat berjumpa dengan para blogger yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia, malah ada yang datang dari Brunei dan Indonesia.

Bukan itu saja malah penganjuran majlis Sepetang Bersama Blogger ini juga telah berjaya merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan blogger juga blogger dengan syarikat-syarikat korporat, media massa dan masyarakat.

Saya duduk di meja 16. Nampak tak air kotak YEO's
yang banyak tu? Haa..itulah dia PENAJA UTAMA majlis kita ni.
Terima kasih YEO's.


Saya dengan ikhlas hati melahirkan rasa puas hati dan seronok sepanjang majlis berlangsung walaupun adakalanya malu.. maklumlah pertama kali join. Cuma agak terkilan apabila pelekat nama yang berwarna hijau tu tidak pernah lekat di baju saya. Sampai 3 kali saya tulis semula kerana jatuh entah ke mana. 

At last, saya biarkan sahaja diri saya berjalan ke hulu ke hilir tanpa ada PELEKAT NAMA. Nampaknya, next year, saya nak kena buat SPECIAL TAG sendiri supaya orang boleh kenal. Hehehe~

Ok, berbalik pada topik asal. Majlis ini boleh saya katakan BERJAYA & HAPPENING kerana siapa yang berada di sana pasti sudah tahu dan rasai sendiri akan kemeriahannya. Dengan sajian juadah yang sedap-sedap dan menyelerakan..di iringi dengan slot cabutan bertuah, diselang-selikan dengan acara permainan yang mencuit hati, dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh blogger hensem kita iaitu BONI KACAK, perkongsian elmu dari top-top blogger, dan yang paling menyentuh hati saya apabila saat blogger KhairilMazri @ Yeop berjaya memenangi hadiah IPHONE 5C pada petang itu. Tak sia-sia Yeop datang dari Grik seorang diri menaiki keretapi. Saya kagum dengan semangat Yeop. Yeop memang layak untuk hadiah itu. Tahniah!


Tangisan Yeop, sangat menyentuh hati saya.


Apa Yang Saya Perolehi Dari Majlis SBB 2014?

ELMU

Walaupun saya tidak berjaya menerima hadiah cabutan bertuah tapi saya rasa diri saya SUNGGUH BERTUAH kerana apa yang penting bagi saya adalah ELMU yang dikongsikan.

Pagi-pagi lagi saya sudah dapat elmu blogging tatkala bersarapan bersama blogger-blogger muda yang berbakat besar iaitu Farisya, Farid Laham, Nabila Biela, Nadia dan lain-lain.


Mereka ni sangat ramah & friendly rupanya. Terima kasih kerana sudi tegur & ajak akak bersarapan bersama malah turut berkongsi elmu dengan akak...kalau tak, memang keras macam patunglah akak tunggu depan pintu Saloma Bistro tu sorang-sorang. 

Untuk Farisya, sejak balik dari SBB2014, akak asyik memikirkan apa yang Farisya kongsikan hari itu. InsyaAllah, akak akan cuba apply. Terima kasih kerna tidak lokek elmu ye. Love you! Tapi rasa sedikit terkilan sebab kita tak sempat nak berselfie.


Sempat berselfie dengan adik Nabila.
Sweet & sopan je orangnya.

Tak lupa juga kepada top-top blogger yang sudi datang berkongsi elmu antaranya Ben Ashaari, Shafiee Bustan, Redmummy, Zarul Husin dan Hazman Fadzil. Saya sangat menghargai elmu & pengalaman yang anda semua kongsikan.

Sesi Perkongsian Elmu & Pengalaman


Tips Blogging Dari :

Ben - sebelum ada blog make sure kena ada Facebook supaya kita boleh share link entri untuk pembaca lain blogwalking. Adakan segmen untuk mendapatkan backlinks. Menulis dari hati, elakkan menulis perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Shafie - banyak berkongsi mengenai blog dunia hartanah. Salah satu cara buat duit melalui blog adalah dengan mengiklankan rumah lelong, jual e-book & menyertai program affliates.

RedMummy - bagaimana menghadapi kerenah HATERS & isu sensasi? Tugas blogger adalah menyampaikan maklumat. Tapi biarlah maklumat yang betul. Memang akan ada pembaca yang adakala kurang bersetuju dengan pandangan kita tapi itu lumrah. Kita memang tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. (Merujuk kepada kes HANEZ SURAYA).  Penjenamaan/branding sesebuah blog juga amat penting supaya memudahkan orang untuk mengenali kita. Blogger juga kena pandai meletakkan harga untuk sesuatu job, advertorial dan sebagainya. Pembahagian masa amat perlu bagi seorang blogger. Apatah lagi bagi yang bekerja. Seperti kak Red, siang dia bekerja, sebelah petang dan malam habiskan masa dengan urusan rumahtangga, suami dan anak-anak. Tengah malam baru buka blog. Tapi suami harus faham. Kerjaya seorang blogger memang banyak memerlukan pengorbanan terutamanya dari segi masa tidur.

Zarul - bermula dengan menulis ebook sebelum menulis blog. Katanya, kongsikan apa yang anda tahu. Seperti yang kita sedia maklum, Zarul merupakan seorang penyanyi. Jadi dia ada kongsikan tip-tip nyanyian di blognya. Selain itu, Zarul juga seorang pramugara. Blognya banyak menceritakan tentang tempat menarik dan makanan halal yang mudah didapati di tempat-tempat atau negara luar. Sudah tentu ianya amat bermanfaat kepada mereka yang suka mengembara. 

Hazman - pentingnya niche bagi sesebuah blog. Harus sesuaikan dengan minat kita. 



Abg Zarul yang sangat humble orangnya.  Nervous & speechless saya!
Terima kasih sudi bersembang.


Itu je yang saya boleh kongsikan sebab masa tu saya pun tak buat apa-apa catatan. Hanya ingat macam tu je lagi pun jari jemari ligat bertweet re-tweet time tu. Hehehe..Jika ada sesiapa yang nak menambah, silalah ke ruangan komen ye.

Apa lagi yang saya dapat selain elmu?


OF COURSELAH JARINGAN DAN RAKAN BARU!

Terkejut juga saya bila berjumpa dengan teman-teman seguru dalam bidang bisnes (Alumni Dr.Azizan Osman) iaitu tuan Aqif Azizan, jurufoto terkenal, Mokhriz dari ReezQi Photo/Video Expert yang membuat liputan khas untuk co-sponsor kita, produk milik Puan Amiza iaitu Ephyra. Alhamdulillah, sempat juga berbual dengan mereka bertiga setelah sekian lama tidak berjumpa. Selalu bersua muka ketika di dalam kelas-kelas dan seminar DAO saje.

Haa..yang paling penting disini, saya dapat bertemu dan membina rangkaian baru dengan ramai rakan blogger yang selama ini hanya dapat berhubung di alam maya. Ya Allah..teruja sangat! 

Ada juga blogger yang saya teringin nak jumpa tapi tak dapat. Cari-cari tak jumpa..Maklumlah 340 orang blogger datang berhimpun..Jenuh dok belek muka sorang-sorang..ada yang saya cam, ada juga yang langsung tak cam.

Pada yang cam & tegur saya tu, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ye. I love you so much..! 

Alhamdulillah, saya dapat juga bertemu dan berbual dengan sis Hanny, Sis Akma, MiaLiana, Farah, SuriaAmanda, Ainim, Sally, Acik, Abang Hasrul, Yeop, Boni Kacak, Budak Nakal, Abang Lobam, Fiza, Cheq Eem, Azhafizah, Roshidayu, Adik Azri, Kak Ieta, Azuan, Pa Ly, BroFramestone, Rasul, Tengku Syukri, Namia, Hafiz, Nizam, Khairul Asrol, ReezLuv, (thank you for the badge button) dan lain-lain. Saya sangat menghargai layanan mesra dari anda semua.


With Hot Mummy yang sangat jelita, sis Hanny.

Bersama blogger2 muda yang berbakat besar. Akak sorang je yang tua kat situ.
Hehehe..Thank you Acik for this picture.  I'm so glad to meet you.~
Bersama blogger idola saya, sis Akma yang sangat friendly, cantik & sweet.
Ada yang kata muka kami macam adik-beradik. Hehehe~

Saya langsung tak cam yang ini adalah top blogger MiaLiana.
Penampilannya cukup berbeza & sudah pastinya sangat gorgeous!

APA  LAGI YANG SAYA PEROLEHI?




Yang paling saya tidak sangka, artikel saya yang bertajuk Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru telah berjaya dipilih sebagai salah seorang pemenang. Ya Allah, alhamdulillah dengan hadiah pakej Spa yang bernilai RM 300 ini. Kontes yang dianjurkan oleh Denaihati sempena Majlis Sepetang Bersama Blogger itu ditaja oleh Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. So, lepas ni bolehlah kita memanjakan diri together-gather ye sis Akma. Hehe~




Ok, pada hari itu, saya juga dapat mengumpul sejumlah bisnes kad. Haa..tengok imej di bawah ini. Cantik-cantik kadnya kan, design pun kreatif-kreatif belaka. Tapi, sayangnya ada juga di antara blogger yang tak prepare bisnes kad ni. Bila minta, mereka kata takde. 


Antara bisnes kad yang diperolehi.

Kalau nak buat networking , kita mesti kena ada bisnes kad..Supaya mudah bagi kita mahupun blogger lain untuk membuat 'follow-up' apa yang perlu. Bagi 100 orang blogger yang bertukar bisnes kad dengan saya pada hari tu pasti akan menerima buku nota limited edition ni. Saya memang buat khas sebagai tanda ingatan. Maklumlah..bukan senang kita semua nak bertemu. At least, lepas ni kalau you all tengok atau menulis di buku kecil ini, you all pasti akan teringat kat saya kan..Hihihi..




Selain daripada itu, setiap peserta menerima cenderahati istimewa dari pihak Denaihati dan YEO's seperti table calendar, buku Denaihati, minuman Yeo's dan T-Shirt khas sempena majlis Sepetang Bersama Blogger. Yang paling best sekali, di belakang setiap T-shirt tersebut tercetaknya nama blog syuhada1981.com Alhamdulillah dan terima kasih.

Cenderahati Istimewa

Terteranya nama Syuhada1981.com di belakang tshirt khas ini.

Produk Ephyra juga telah mengadakan jualan "harga tak masuk akal" pada hari tersebut dan saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan 3 kotak trial pack, 1 shaker, t-shirt & beg esklusif pada harga RM120 sahaja!! Haa..memang bestkan..!



Last but not least, jutaan tahniah kepada semua bloggers yang memenangi kontes YEO's, kontes Anjung Jelita, kontes Ephyra dan semua hadiah cabutan bertuah. Terima kasih jua kepada semua barisan para penaja. The more you give, the more you will get.

Kredit : ILuvTour

Kepada Denaihati, Melastik Bintang, Sweet Kurma, Shakiddo, Eizil dan Anarm, you all did a very good job! WELL DONE, guys!

Seandainya dipanjangkan usia, InsyaAllah..kita akan bertemu lagi pada SBB tahun hadapan.

Bergambar kenangan bersama Sis Akma, tuan Denaihati & Cheq Eem.



Salam sayang.







P/S : Saya doakan blogger TENGKU SYUKRI cepat sembuh dari kemalangan dan saya juga doakan semoga Allah memudahkan segala urusan mencari dan menyelamat. Semoga Allah juga melindungi semua mangsa-mangsa pesawat MH370. Sehingga entri ini diterbitkan, kita masih belum menerima berita yang sahih tentang misteri kehilangan pesawat ini. #PrayForMH370

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak




Ok, petang ni dalam dok berblogwalking jumpa lagi segmen yang best, mudah dan simple. Saya memang suka benar segmen-segmen blogwalking ni. Selain dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain, segmen seperti ini mampu meningkatkan trafik blog kita. Tu pengalaman sayalah. Tak percaya?? Join dulu dan tengok hasilnya.

Syaratnya pun mudah je.

1/ Follow blog SukaGelak. Tak mau follow pun tak pe. Takde paksaan.
2/ Buat entri bertajuk "Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak"
3/ Tempekkan banner yang kat atas ni dan link kan balik ke entri ni.
4/ Publish.
5/ Tinggalkan link entri korang dekat ruangan komen. 

Segmen ni akan berlangsung bermula hari ini 05/03/2014 hingga 09/03/2014 jam 11.59 pm.

So, tunggu apa lagi? Jomlah join sekali..klik banner kat atas tu ye.

Salam sayang.


Segmen : Tak Kenal Maka Tak Blogwalking




Salam sejahtera semua.

Tengahari ini saya merajinkan diri untuk menyertai satu segmen blogwalking yang simple giler anjuran Mak Dara kita.

Syaratnya seperti berikut:

1. Letak Tajuk : "Tak Kenal Maka Tak Blogwalking" 

2. Letak header baru Mak Dara di atas..dan linkkan ke entri ini.


Komentator Popular Bulan Februari 2014


Salam semua..

Hari ini saya agak teruja untuk mengumumkan siapa yang berada di carta Komentator Popular blog ini. Saya teruja sebab saya terkejut dengan jumlah komen yang mencecah ribu ni.

Berikut merupakan pemenang-pemenang bagi Segmen Komentator Popular Bulan Februari 2014.

Senarai Penuh Pemenang di Malaysia Social Media Week 2014 #MSMW2014

The World Blogger & Social Media Awards of 2014 




Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog : http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog : http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/


Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Assalamualaikum,


Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.

Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.


Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist  bagi setiap bulan . 

Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.

1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .

Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .

Segmen : Paly Ajak Korang Baca Entri Ini !

Selamat petang semua,

Peergghhh, bermula hari Sabtu yang lepas jadual saya sangat padat. Pelbagai benda & kerja yang harus saya selesaikan minggu ini. Banyak dateline. Maaf ye, saya tak dapat nak update blog.  Entri petang ni pun sekadar menyertai satu segmen dari rakan blogger kita iaitu brader Paly. InsyaAllah, bila semua sudah settle saya akan blogwalking, update blog & balas semua komen anda ye. 

Okey, bagi yang ingin menyertai segmen ini, jom kita tengok syaratnya.

Syarat-syaratnya mudah saje.

1. Buat satu entri bertajuk "Segmen : Paly ajak korang baca entri ini !"
2. Amik gambar dibawah, letak dalam entri dan backlink ke entri segmen.
3. Siapa rajin, bleh baca entri SINI, tekan button G+ dalam entri tu, hehe.
4. Publish dan tinggalkan link korang.

Tamat segmen pada 11:59 malam @ 18hb Feb 2014

So, bagi yang berminat bolehlah klik imej di bawah ini.




Salam sayang.



20 Tips Blogging Yang Hebat

Okay,  saya ni berblog baru je 10 bulan. Ilmu blogging saya pun masih lagi cetek. Apa yang mahu saya lakukan adalah menyampaikan maklumat dan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan entri-entri saya. 

Saya mempunyai keseronokan dengan blog ini. Amat menakjubkan bila saya dapat mengenali ramai rakan dan otai blogger disini walaupun kita hanya berinteraksi di alam maya tanpa bersua muka dan saya suka mengkaji apa yang mereka tahu. Sedikit sebanyak saya dapat ilmu baru di situ terutamanya tips blogging.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua sumber ilmu blog saya. Ilmu ini telah membantu saya membentuk blog Syuhada1981.com ni kerana apabila kita melaksanakan sesuatu, kita perlu sentiasa belajar, berkembang dan berubah ke arah yang lebih baik bukan? 

Dalam satu blog mungkin terdapat banyak ilmu blogging disitu, contohnya blog tuan HasrulHassan. Tetapi disini saya hanya boleh kongsikan satu blog, satu ilmu blogging je.

Bukan apa, rasa tak adil pula bagi blog yang lain. Saya harap dengan tips blogging yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua blogger, sama ada blog anda tersenarai mahupun tidak. Pada yang tersenarai sudah pasti anda akan menerima backlick dari blog ini.

Okey, selamat menelaah.





1.  Rahsia Rezeki Seorang Blogger / HasrulHassan

2.  Blog Yang Mudah Dikenali Berbanding Yang Lain / Denaihati

3.  5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi / LizaRazak

4.  Entri Yang Paling Senang Dan Cepat DiBuat / MiaLiana

5.  5 Tips Cara Mengatasi Masalah Untuk Update Blog / Mr.Titan

6.  Etika Penulisan Maya Di Blog / BubblyNotes

7.  Tips Mencari Idea Untuk Menulis Blog / Terbaek.Net

8.  5 Tips Memberi Komen Berkualiti Di Blog / KakiBlog

9.  Nak Tips Blogging? / RelaksMinda

10. Blog Popular Lebih Mudah Dikenali / AkmaOmar

11. Cara Mudah Nak Naikkan Trafik UV ke Blog / MrJacko

12. Tips Naikkan Ranking Alexa Blog / KucingHitam

13. Mengenal Pasti Pautan Bermasalah Di Blog / KisahSiDiary

14. Kepentingan Bloglist Pada Blog Kita / MamaNiza

15. Macam Mana Nak Follow Blog Yang Tiada Butang Follower / TengkuButang

16. Kenapa Rabu DiPilih Sebagai Entri Wordless? / AniqBukhary

17. Cara Menarik Trafik Ke Blog Baru / BloggerLelaki

18. Kriteria2 Blog Yang Paling Disukai Oleh Pengunjung Untuk Dilawati / 
      AkuPenghibur

19. 5 Sebab Blogger Gagal Menjana Income Dengan Blog / SeriusBlogger

20. 5 Sebab Blog Tidak Berkembang Dan Cara Mengatasinya / Kujie2


Ok, cukuplah 20 tips blogging untuk hari ini. So, jangan lupa untuk blogwalking ye. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi ilmu-ilmu blogging dari blogger yang lain plak nanti. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Happy blogging.

Salam sayang.









Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

MINI GIVEAWAY! Happy Birthday TENGKUBUTANG.



Sempena Hari Lahir TengkuButang pada 28 Febuari 2014 ini, dengan suka-suka hatinya dia ingin mengadakan Mini Giveaway buat kengkawan semua.

Semoga Giveaway ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama blogger ye. Lagipun syaratnya pun mudah saje. Jom tengok syaratnya DISINI

Ok, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan:

Selamat Hari Lahir buat TengkuButang. Semoga lebih sihat, lebih bahagia, lebih positif, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Saya tidak mengharapkan sebarang hadiah untuk giveaway ini kerana yang penting bagi saya adalah sokongan terhadap segmen rakan-rakan blogger dan juga ingin meluaskan jaringan kenalan antara kita semua. 



P/S : Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2014 ini saya ingin mengaktifkan diri untuk menyokong & menyertai segmen rakan-rakan blogger sekerap yang mungkin tetapi saya hanya boleh menyertai segmen, kontes atau giveaway yang mudah sahaja syaratnya. Lagipun kalau banyak sangat syaratnya banyak juga memakan masa. 

Ini kerana masa saya agak terhad untuk pembahagian masa berblog, menyelesaikan urusan pejabat, urusan rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Lebih-lebih lagi contes yang memerlukan penulisan artikel. Minta jangan berkecil hati ye kawan-kawan. 

Ok, jom kita sama-sama memeriahkan Giveaway TengkuButang yang simple ni.


Salam sayang.






10 Entri Popular Blog Syuhada1981.com - Januari 2014

Busuk!