Tips Membina Rangkaian di #SBB2014 #SBBYEOS2014

Networking atau membina rangkaian adalah bermaksud membina hubungan sesama manusia. Ini adalah sangat penting bagi nama kita, jenama blog mahupun perniagaan kita untuk mewujudkan kepercayaan dan reputasi.
Di zaman yang canggih ini, kita kini lebih suka berhubungan melalui gadget dengan aplikasi blog, facebook, whatsapp, wechat, sms, twitter dan sebagainya. Kita lebih seronok melayan skrin dan mula kurang berjumpa dengan orang. Betul tak? 
Tiada cara terbaik untuk kenal dengan orang lain selain dari berjumpa dengannya secara berdepan, berkenalan dan berkomunikasi secara face to face.
Saya suka dan setuju dengan formula usahawan Mohd Shubhi ni.
Lagi kerap kita jumpa orang, lagi ramai kita jumpa orang, lagi meningkat potensi untuk berjaya.

Ada banyak sebab kita perlu membina rangkaian sesama manusia. Samada untuk menambahkan kenalan, mendapatkan sokongan/pertolongan, berkongsi/mendapatkan percambahan idea dan lain-lain lagi. 
Saya baru saja berkecimpung dalam dunia blogging ni tak sampai setahun. Memang sangat beruntung saya rasakan kerana saya berpeluang untuk menuntut elmu blogging dan membina rangkaian/bernetworking dengan rakan blogger yang lain di Majlis Sepetang Bersama Blogger @ PERHIMPUNAN MEGA BLOGGER ASIA TENGGARA! #SBB2014 #SBBYEOS2014 pada esok hari 8hb Mac 2014 bertempat di Saloma Bistro.



Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Teruja, berdebar, segan semua ada, maklumlah first time nak jumpa. Saya pun tak kenal lagi dengan mereka-mereka yang akan semeja dengan saya nanti. Saya duduk di meja 16 . Jangan malu-malu dengan saya ye..andai kata anda malu..saya lagilah malu.. Hehehe~


Layout Dewan Untuk Majlis #SBB2014 #SBBYEOS2014
Anda boleh cek kedudukan anda di sini. 



Baiklah, berikut saya kongsikan tips penting untuk membina rangkaian pada esok hari. Ini mengikut kefahaman dan pengalaman sayalah ye.
1. Bersedia – Bersedia dengan alat networking yang utama seperti kad nama yang tertera nama blog anda,  no. telefon dan email. Jika anda seorang peniaga yang menawarkan servis dan produk, anda juga boleh sediakan flyers, brosur dan sebagainya.


Ini kad saya khas untuk majlis esok.

2. Mempunyai Misi Yang Jelas – Mendapatkan seberapa banyak kad nama untuk rekod rangkaian kenalan di kalangan blogger. Menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi forum. Saling bertukar pendapat dan idea untuk meningkatkan jenama blog. Bergambar kenangan. Senaraikan soalan-soalan yang bernas untuk diajukan kepada panel forum. Saya tahu ramai yang mempunyai misi nak menang hadiahkan..
3. Positif Dan Yakin – Jika anda mempunyai masalah di rumah/pejabat. Tinggalkan masalah tersebut. Kita perlu kelihatan positif dan ceria. Tidak ada sesiapa berminat untuk berkenalan dengan seseorang yang kelihatan muram dan bermasalah. Kita juga perlu kelihatan mempunyai keyakinan yang tinggi. Bagaimana kita nak mengharapkan orang lain untuk yakin terhadap kita jika kita sendiri tidak mempunyai keyakinan ?
4. Jangan Tunjuk Anda Pentingkan Diri Sendiri – Jangan memonopoli perbualan. Pastikan perbualan dua hala berlaku. 
5. Dengar - Dengar cerita mereka dan tanya soalan-soalan yang akan membuatkan mereka bercerita. Orang itu akan bertanya kembali mengenai kita. Inilah waktunya kita ceritakan mengenai diri/blog kita. Namun jangan sekali-kali cerita sesuatu dengan nada berbangga. Ceritakan dengan nada tenang dan tidak terlalu merendah diri juga. Pastikan kita lebih banyak mendengar daripada bercerita. Ada waktu lain untuk anda bercerita kerana ini bukan kali terakhir anda bersama mereka. Betul tak?
6. Berhubung semula – Jadikan mereka ini kawan baru dalam hidup anda. Berhubung semula di FB, Twitter, Instagram dan lain-lain..Percayalah, mereka akan menjadi ‘ejen pemasaran’ blog anda yang terbaik. Kini status anda akan bertukar daripada seorang kenalan menjadi kawan. Sama-sama dalam mempromosikan blog masing-masing. 

Ok, ni sahaja yang terlintas di fikiran saya sekarang ini. Jika anda ingin menambah tips yang lain bolehlah kongsikan diruangan komen.

Sudah tiba masanya untuk saya prepare keperluan saya yang lain untuk esok hari. Lipstik, blusher, purse dengan duit sekali untuk shopping, handphone, perfume (takut hangit pulak kat sana nanti, hehehe) powerbank, name card. Oh ya..saya juga ada sediakan special gift untuk 100 orang blogger terawal yang saya jumpa. 100 je tau!


So, kalau nak gift tu, ingat & cam muka ini tau. Hehehe

So, kepada mereka yang akan datang dari luar Kuala Lumpur, saya doakan anda selamat sampai. 

Ok, kita jumpa esok !

Salam sayang.








Apakah Maksud The More You Give The More You Get?



the more we give the more we get


Ramai yang  tak berapa faham tentang maksud sebenar prinsip THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET. Mereka bertanya bagaimana prinsip ini nak di apply atau digunakan dalam perniagaan, kehidupan atau sebagainya?

Persoalan ini sebenarnya mentor saya Dr Azizan Osman saja yang boleh menjawabnya dengan baik kerana prinsip ini diajar oleh mentor saya. Tapi saya cuba lah ye, mengikut kefahaman saya.

Sebenarnya prinsip ini adalah simple. Saya pasti yang bertanya tu pun faham maksudnya kalau kita translate bunyinya lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat.

Bacalah..

Imej : Google


IQRA'.. itulah ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ia sebenarnya adalah kunci kepada segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti “Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu.

Ramai bakal usahawan menjadi “takut untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang sesuatu itu secara menyeluruh.

Mereka tidak nampak “the big picture”  bagaimana sesuatu perniagaan itu 
boleh dilakukan.


Tips Berbual Untuk Orang Bisnes

Imej: Google


Untuk menarik orang supaya suka berkawan-kawan dengan kita, apabila bercakap dengan kawan baru, ada beberapa topik yang tidak sesuai dijadikan bahan berbual-bual iaitu: 

1. Pandangan tentang agama. Topik agama adalah topik yang sangat mudah mencetuskan perbezaan pendapat. Jika orang itu mula bercakap isu agama, kita diam sahaja. Dengar sahaja apa dia cakap, dari situ kita akan tahu ciri-ciri personaliti orang itu.

2. Pandangan politik. Ini satu lagi topik yang mudah mencetuskan perbezaan pendapat.

3. Status perkahwinan. Ini sangat sensitif. Tidak boleh bertanya status perkahwinan dan kekeluargaan orang yang baru sahaja dikenali.

4. Kisah peribadi orang lain. Sama ada orang itu sudah berkahwin, sudah bercerai, sering bergaduh, sudah berpoligami dan lain-lain. Ini topik yang mudah menyebabkan kita mengumpat orang!

5. Kejayaan anak-anak dan cucu. Ini topik yang menunjukkan dunia orang itu amat kecil. Jangan buang masa dengan orang macam itu.

6. MLM. Ini Big No!


Dalam pertemuan pertama, yang penting orang itu mesti selesa bercakap-cakap dan berkenalan dengan kita. Dia mahu berkawan lagi dengan kita. Dia mahu berjumpa lagi dengan kita.

Jadi, janganlah bercakap hal-hal bisnes dulu. Tangguhkan. Lain kali sahaja kita bincang bisnes dengan orang itu, ok?

Salam sayang.











Seminar Bangkit 2014




Formula Kekayaan & Kejayaan

Pelajari ilmu dan formula bagaimana untuk meningkatkan Potensi Kewangan, Kekayaan & Kejayaan. 

Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi ‘magnet kejayaan’?

Pernahkah Anda Bertanya 9 Soalan Ini?

1. Siapakah anda?
2. Apakah tujuan sebenar hidup anda?
3. Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
4. Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu anda perbaiki?
5. Bagaimana anda boleh lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan anda?
6. Kerjaya atau perniagaan yang bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
7. Bagaimana anda boleh hidup lebih baik daripada sekarang?
8. Bagaimana anda boleh mengatasi masalah ‘kebocoran wang’?
9. Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?

8 Perkara Yang Anda Akan Pelajari Untuk Menguasai Potensi Diri Anda: -

1. Apa masalah ekonomi dan kewangan dunia sekarang dan cabaran akan datang
2. Pelajari formula kekayaan dan kejayaan orang yang berjaya
3. Kuasai potensi diri, bakat anugerah Tuhan dan kekuatan diri yang kita sendiri mungkin tahu tapi tidak perasan
4. Pelajari rahsia untuk merubah hidup daripada ‘biasa-biasa’ kepada ‘luar biasa’
5. Pelajari bagaimana ramai peserta seminar Dr Azizan Osman berjaya merubah hidup mereka dalam masa yang singkat
6. Pelajari rahsia kuasa minda jutawan serta prinsip Law of Attraction yang sebenar
7. Pelajari bagaimana untuk mengelakkan masalah ‘kebocoran wang’, iaitu duit senang masuk tapi senang keluar
8. Pelajari bagaimana mengaktifkan getaran tarikan wang atau teknik ‘Money Magnet’ yang telah Dr Azizan Osman ajarkan kepada peserta programnya yang menyebabkan hidup mereka ‘terpaksa’ berubah!


Quote Dr Azizan

“Selama hampir 10 tahun dalam industri yang memerlukan sifat kepimpinan yang tinggi serta melatih modal insan, saya dapati masalah ramai orang bukanlah mereka ini tidak mempunyai perwatakan atau karektor yang hebat, kelulusan yang diiktiraf oleh universiti paling ‘power’ dalam dunia atau peluang, tetapi masalahnya, ramai orang tidak mempunyai ilmu tentang potensi sebenar diri mereka, bakat mereka atau kekuatan mereka yang menyebabkan mereka tidak memaksimakan hidup mereka. Ramai juga yang tidak mempunyai mentor dan sistem yang telah terbukti berjaya!” - Dr. Azizan Osman

Siapa Yang Wajib Hadiri Seminar BANGKIT 2014?

- Usahawan atau Bakal Usahawan
- Pengarah Syarikat atau Pemilik Perniagaan
- Mereka yang bekerjaya atau individu yang ingin memperbaiki kehidupan dari segi kekuatan kewangan dan masa depan mereka
- Orang yang sudah bosan hidup biasa-biasa, dan mencari kekuatan untuk perubahan hidup yang luar biasa
- Suami isteri, ibu bapa, surirumah, individu dan sesiapa saja yang ingin lebih bahagia dan berjaya
- Golongan profesional dan ahli akademik yang ingin memberi lebih manfaat kepada organisasi dan ramai orang
- Graduan yang mencari peluang kerjaya sebagai usahawan hebat
- Usahawan dan bakal usahawan yang ingin membina kekuatan ekonomi dan keberkatan.


Untuk pendaftaran : KLIK SINI 



Cara Mendapatkan Mentor Perniagaan

Ada yang terbayang, untuk mendapatkan mentor dalam perniagaan ini, caranya adalah sama seperti mendapatkan tok guru untuk belajar bersilat.

Pergi ke rumah atau pejabat usahawan-usahawan yang hebat ini dan minta mereka jadi tok guru perniagaan dan minta mereka turunkan segala ilmu mereka kepada anda secepat mungkin dengan begitu sahaja.

Maaf! Ianya bukan semudah itu….

Usahawan-usahawan yang hebat ini selalunya adalah orang yang sangat sibuk. Mereka tidak ada masa untuk melayani orang-orang yang mereka tidak kenali yang secara tiba-tiba datang dan mohon diajari tentang selok-belok berniaga.

Cara terbaik untuk mendekati usahawan jutawan ini adalah dengan hadir ke seminar-seminar yang melibatkan mereka. Pada ketika itu, mereka akan berada di dalam mood “terbuka” untuk berkongsi pengalaman, tips, serta rahsia-rahsia perniagaan mereka.

Mereka juga sedia untuk berkenalan dengan orang-orang baru.

Jadi, pada waktu itulah peluang anda untuk membina hubungan dengan mereka. Perkenalkan diri anda kepada mereka, tegur mereka, berikan kad perniagaan anda kepada mereka, tanya 1-2 soalan dan kemudian bergambar dengan mereka.

Insyallah mereka akan mudah mengingati anda.

Selepas pertemuan itu, anda boleh membuat follow-up, mungkin menyapa mereka di facebook, twitter ataupun email. Lebih elok lagi, jika anda dapat hadir lagi ke beberapa seminar mereka yang lain, menyertai aktiviti amal anjuran mereka atau menyertai group kecil yang dikendalikan oleh mereka.

Dengan cara ini, mereka akan lebih mudah untuk menjadi mentor anda.

guru bisnes, mentor bisnes, guru pemasaran, dr.Azizan Osman
Ini Mentor Bisnes Kami!

Selamat mencuba.

Salam sayang.






P/S : Jika kita ingin berjaya, follow orang yang dah TERBUKTI BERJAYA!

10 Sebab Mengapa Bisnes Di Blog Lebih Baik Dari Di Facebook (Infografik)

bisnes diblog lebih baik dari difacebook, online bisnes, buat duit online

Simpton Nak Cepat Berjaya



Ramai orang nak berjaya. Definasi kejayaan bagi setiap orang berbeza-beza.

Namun, ramai yang tak sabar, nak cepat berjaya.
Kalau bisnes, nak RM1 juta sebulan.
Sedangkan, baru buka kedai.

Tak salah bercita-cita tinggi, namun biarlah realistik.


Ukur Baju di Badan Sendiri


Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tiada modal, tiada kepakaran, tiada macam-macam, bukan tak boleh berjaya, cuma jalan dia berliku-liku.

Letak target pulak, melampau-lampau.

Naik lif pun, satu tingkat satu tingkat der. Takdenya, lif tu melompat-lompat daripada tingkat 1 ke tingkat 30 terus. Mesti dia lalu tingkat 1, kemudian 2, 3, 4 dan seterusnya.

Berhenti ke tidak, cerita lain.


Target Yang Realistik


So, ukur baju di badan sendiri. Kenal pasti kekuatan diri dan berikan target yang realistik.

Cita-cita yang mustahil dan cita-cita yang tidak realistik adalah berbeza.

Benda yang mustahil, bila diusahakan, boleh dapat. Contoh, mustahil kot zaman dulu, nak sebarkan Islam ke seluruh dunia. Tapi, sekarang, tengok lah.. satu dunia ada je orang Islam.

Kalau tak realistik, macam ni, baru je baca Iqra 1, dah nak suruh anak kita tu, hafal 1 Quran dalam masa 2 hari.

Hmm, faham ke dak ni?


RM1000 Datang Dulu, Baru RM 1Juta


Sebab kita orang bisnes, so cerita bisnes ni, kasi nampak dengan duit.
Nak buat bisnes, untung juta-juta.

Tapi, kalau RM1000 pun tak pernah dapat macam mana?

Tak salah nak RM1 juta.
Tapi, biar kita rancang bagaimana.

Mula-mula, dapatkan RM1000. Lepas tu naikkan target, mungkin RM5000.
Lepas tu, mungkin RM15,000 -> RM30,000 -> RM50,000 -> RM100,000 -> RM500,000 - > RM 1 juta


Tip Untuk Berjaya

Rupa-rupanya, lagi banyak kita bantu orang dengan produk kita atau dalam network kita, lagi mudah untuk kita capai kejayaan.

Kalau dulu, kita target RM1 juta dalam masa 3 tahun, tak sampai 2 tahun, dah dapat.

So, banyakkanlah membantu orang lain, sebaiknya, yang ada kaitan dengan bisnes kita.

Kalau takde kaitan pun takpe, tak salah. Malah lebih baik.

Moral of the story: The More You Give, The More You Will Get.


Salam sayang.














Credit : RK




10 Strategi Buat Duit Dengan Blog

syuhada1981.com, buat duit dengan blog, jana duit, online bisnes,

Ramai orang tidak percaya bahawa dengan menulis blog juga adalah salah satu keperluan untuk anda menjadi pakar dalam industri.

Hentikan seketika hujah yang mengatakan kita tidak layak mengatakan kita pakar tetapi biar orang lain mengatakan kita pakar.

Ingin saya ulang, menulis blog juga adalah salah satu keperluan UNTUK MENJADI seorang PAKAR. 

Kalau tidak masakan ada Denaihati, BenAshaari, Kujie2, OhBlogger, EncikTitan, AkmaOmar, MrJacko, MiaLiana, TerbaekNetwork dan ramai lagi pakar dalam dunia blog ini.

Walaupun perjalanan saya masih jauh lagi, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda tentang Strategi Buat Duit Dengan Blog seperti yang pernah disarankan oleh saudara Raja Safuan.

1) BERKONGSI

- Kadangkala perkara yang paling ramai orang takut adalah berkongsi. Mereka berasakan bahawa dengan berkongsi akan terbitnya "Habislah kalau aku kongsi, mesti orang lain lagi hebat dari aku".

Sebenarnya lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita belajar sesuatu yang baru. Apabila orang baca, mereka akan mula faham dan akan bertanyakan kepada anda jikalau tak faham.

Kadangkala mereka memerlukan khidmat servis atau coaching yang anda sediakan, untuk menyelesaikan masalah mereka.

2) DATABASE

- Menulis blog juga dapat mengumpul database anda. Dengan cara ini, database anda akan berkembang dan sesuatu perniagaan itu perlu ada DATABASE.

Kerana database ibarat nadi perniagaan. Sebagai contoh anda bagi "7 tips perniagaan" dengan meminta mereka isi nama, email dan nombor phone di form autoresponder.

3) AFFILIATE

- Selain berkongsi, anda juga boleh menjana pendapatan dari affiliate.

Maksudnya anda menjana komisyen dengan menjual produk orang lain. Boleh letak animation banner atau buat satu artikel dan promosi produk affiliate.

4) PRODUK REVIEW

- Anda juga mengambil bayaran dari pemilik produk atau syarikat-syarikat korporat yang ingin anda bantu mereka untuk mereviewkan produk mereka.

5) MENAWARKAN SERVIS

- Seandainya anda buat servis, anda boleh tawarkan servis anda di satu ruangan page.

Apabila sering berkongsi, kredibiliti anda akan lebih meningkat dan orang akan lebih percaya untuk dapatkan servis anda.

6) MENJUAL PRODUK

- Jikalau anda mempunyai produk fizikal atau digital, maka anda boleh senaraikan produk yang berkaitan untuk di seneraikan di satu page.

Pastikan produk yang di jual adalah sama dengan niche blog. Jangan pula blog tentang kesihatan tetapi jual kereta. Oh apa cer???

7) LIPUTAN MEDIA PERCUMA

- Tahukah anda bahawa beribu diperlukan untuk keluar sesuatu iklan di Majalah atau Surat Khabar?

Tetapi ada cara untuk mendapatkan secara PERCUMA!

Biasanya pihak wartawan sentiasa ingin mencari bahan baru, dan mereka suka melihat blog yang aktif dengan info. Jangan terkejut kalau rancangan TV pun panggil anda.

8) JEMPUTAN TALK

- Apabila kita sering berkongsi, maka banyak pihak yang ingin kita kongsi pada audiens mereka.

Maka ini adalah peluang anda lagi untuk membantu lebih ramai orang lagi. Biasanya jemputan ini adalah berbayar!.

9) PENGIKLANAN

- Anda juga boleh tawarkan ruangan iklan berbayar secara bulanan. Saya sarankan jangan penuhkan dengan iklan sahaja ya.

10) KREDIBILITI

- Cadangan saya, binalah blog .com kerana ini dapat meningkatkan lagi tahap kredibiliti anda untuk jangka panjang.

Untuk maklumat dan ilmu yang lebih mendalam lagi, anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog dengan menekan banner di bawah.









Terima kasih & salam sayang.



3 Jenis Bentuk Perniagaan Di Malaysia (Infografik)

syuhada1981.com, jenis-jenis perniagaan, jenis perniagaan di Malaysia, jenis bisnes

7 Iklan Termahal Dunia

Iklan merupakan alat komunikasi yang penting dalam dunia perniagaan bagi melariskan jualan sesuatu produk yang ingin dijual. Dengan kuasa iklan juga, pembeli akan mendapat informasi yang bermanfaat mengenai barangan yang hendak dibeli.

Sebab itulah syarikat-syarikat besar yang terkenal di dunia amat menitik beratkan kuasa iklan ini dan mereka sering bersaing bagi memperlihatkan kepada dunia iklan siapakah yang lebih menarik bagi menarik pembeli.

Berikut merupakan iklan-iklan termahal yang pernah dibuat di dunia.

7. Ferrari/Shell (USD$4.5 Juta)




Pada ulangtahunnya yang ke 60 tahun, iklan Ferari/Shell telah menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari di beberapa lokasi yang terkenal di dunia seperti Colosseum dan Times Square, New York.



Iklan yang dibuat pada tahun 2007 itu berakhir dengan imej yang menunjukkan kereta lumba tersebut berhenti di sebuah stesen minyak milik Shell dan kemudian meneruskan perjalanannya mengelilingi dunia.


6. Honda (USD$6.2 Juta)




Iklan ini merupakan sebahagian promosi dari produk automotif, Honda Accord yang diperkenalkan pada tahun 2003. Apa yang uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Kerana itulah yang membuatkan iklan ini menjadi mahal.



Untuk memastikan iklan ini berjaya, sebanyak 606 keping gambar telah diambil bagi menjamin kesempurnaannya dari awal hingga ke akhir. Dalam iklan ini juga, seluruh bahagian daripada kenderaaan ini telah dileraikan dan diletakkan di atas lantai dan ia mula terpasang secara sendirinya sehingga pada akhirnya membentuk sebuah kenderaan Honda.

5. Pepsi (USD$8.1 Juta)





Iklan yang berdurasi 90 saat ini pertama kalinya telah ditayangkan pada tahun 2002 dalam satu acara Superbowl. Ia menampilkan aktes Hollywood, Britney Spears yang menampilkan sejarah minuman ini selama 5 dekad yang terakhir.


Britney Spears telah muncul dengan pelbagai jenis kostum bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pada tahun tertentu. Pada setiap dekad dalam iklan itu, Britney selalu mengucapkan tagline minuman itu pada tahun 2002 yang berbunyi, "Untuk Mereka Yang Berfikiran Muda"

4. Chrysler (USD$12 Juta)





Iklan ini ditayangkan pada pertama kalinya pada pertandingan Superbowl 2011 yang menampilkan artis Eminem sebagai bintang iklan. Penggambaran iklan ini telah dijalankan di Detroit yang merupakan pusat kenderaan ini dibuat.


Eminem dalam iklan tersebut berlakon sedang memandu kenderaan tersebut dengan berlatang belakangkan lagu Lose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini berakhir dengan tagline "Made in Detroit".

3. Aviva (USD$13.4 Juta)





Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di Britain. Untuk mempromosikan nama barunya ini yang sebelumnya adalah Norwich Union mereka menggunakan iklan ini pada 2008 untuk mempromosikan nama barunya itu.


Iklan ini banyak menampilkan nama-nama bintang filem yang terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringgo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah mengubah nama asli mereka untuk menjadi sebahagian daripada iklan ini.

2. Guinness (USD$16 Juta)




Bagi memperingati ulangtahunnya yang ke 80 tahun, Guinness telah membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kolaborasi penduduk di sebuah kota kecil Argentina yang menyusun domino yang akan menjatuhkan buku, kotak cat, bahkan kenderaan yang terletak di sebuah jalan.


Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada tahun 2007 ini, jatuhan setiap barangan tersebut membentuk sebuah lambang Guinness.


1. Chanel (USD$33 Juta)




Iklan yang berdurasi selama 2 minit ini telah diarah oleh Baz Lurhrmann dan menampilkan aktres Nicole Kidman yang berperanan seperti seorang artis yang sedang dikejar oleh paparazzi. Nicole akhirnya masuk ke dalam sebuah teksi yang didalamnya ada seorang penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta.

Dalam iklan yang dibuat pada tahun 2004 ini, Nicole Kidman telah menerima bayaran sebanyak USD$3 Juta!








Rahsia Kejayaan Pengasas Habib Jewel




Bercerita tentang barang kemas, kita khususnya wanita pasti sinonim dengan rantai, cincin, subang, 
gelang dan sebagainya.  Kalau di Malaysia ini siapa yang tidak kenal dengan nama HABIB JEWEL. 
Nama besar dalam industri barangan kemas dan penjualan berlian sebagai perhiasaan diri.

Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar negara. Nampak gah, mewah, berkualiti 
dan berprestij. Sebagai syarikat barang kemas berlian pertama di Malaysia yang tersenarai dalam 
bursa saham pastinya Habib Jewel mempunyai reputasi tinggi dikalangan peminat berlian. 
Tapi tahukah anda bagaimana ia bermula?




Bermula dengan nama M.A Habib Mohamed, ia diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib 
Mohamed di Pitt Street, Pulau Pinang. Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, Tuan Haji 
Habib Mohamed berjaya memikat hati para pelanggannya dengan sifatnya yang mendahulukan 
kehendak pelanggan. 

Dengan modal sebanyak RM 3,800 beliau mengambil barang kemas daripada kedai pajak dan beliau 
bersihkan ia menjadi cantik lalu dijual kepada kedai emas lain, seperti pemborong. 

Daripada perniagaan yang kecil ia bertambah besar. Pada ketika itu, beliau hanya memikirkan untuk 
membuka perniagaan barang kemas pada harga yang berpatutan sahaja mengikut cara 
perniagaan yang beliau aturkan sendiri rentaknya. 

Lagipun pada masa itu perniagaannya hanya bersifat untuk menyara hidup sahaja. Tidak sangka ia 
bertambah laris.

Beliau tidak mempunyai "role model" untuk dicontohi dalam perniagaan berlian pada ketika itu 
tetapi  tekad beliau ialah menjaga kehendak dan hati pelanggannya yang dianggap sebagai aset 
terpenting dalam perniagaannya.

Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk menghasilkan corak dan produk yang berkualiti 
tinggi akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat berlian. 

Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya sudah melangkaui luar Pulau Pinang dan negeri-negeri di 
pantai timur semenanjung Malaysia. Langit tidak selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi pada 
tahun 1980an, Tuan Haji Habib berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam 
perniagaan.

Membuka cawangan di Semua House di Kuala Lumpur pada tahun 1987. Beliau 
memberanikan diri menghasilkan sendiri produk daripada bahan mentah kepada barangan siap. 

Beliau menghasilkan produk yang diingini wanita seperti bercorak flora dengan hasil yang 
berkualiti.

Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk yang baik adalah asas untuk terus bertahan dalam 
perniagaan. Perniagaan Habib Jewel mendapat nafas baru apabila anak Tuan Haji Habib 
Mohamed iaitu Meer Sadik mengambil alih perniagaan ini sebagai "Pengarah Urusan". 

Dengan latar belakang sebagai gemologist daripada Gemological Institute of America dan ijazah 
dalam bidang perniagaan, Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena skala perniagaan 
yang lebih besar.


Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan dalam perniagaan berlian secara agresif apabila mengeluarkan iklan penuh warna satu muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura 
sehari sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka. 

5 dekad meredah onak dan duri membina nama, jenama Habib Jewel terus unggul dalam 
industri. Datuk Haji Habib Mohamed boleh bernafas dalam selesa dengan 20 cawangan di serata 
negara. 

Cawangan Habib Jewel:

1. Ampang Point

2. Suria KLCC

3. Semua House, Jalan Masjid India

4. Alpha Angle

5. Bangsar Village II

6. The Curve, Petaling Jaya

7. Plaza Shah Alam, Selangor

8. Bangunan satelit, KLIA

9. Alamanda Shopping Centre, Putrajaya

10. Plaza Angsana, Johor Bahru

11. Central Square, Sungai Petani

12. The Spring, Kuching

13. Mydin Mall, Kuala Terengganu

14. Mydin Mall, Pitt Street, Pulau Pinang

15. Gurney Plaza, Pulau Pinang

16. Queensbay Mall, Pulau Pinang

17. 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

18. Mydin Mall, Subang Jaya

19. Mydin Mall, Ayer Keroh

20. Suria, Sabah 





Beliau sangat percaya terhadap pelaburan di dalam kegiatan pemasaran dan 
pengiklanan melalui media massa dan sangat agresif memasarkan Habib menerusi radio 
dan televisyen. 

Sejak menerajui perniagaan, anak beliaulah yang menggalakkan pengiklanan yang mana sebelum 
itu memang tidak pernah beliau lakukan. Beliau fikir kombinasi antara didikan moden dan cara 
tradisional membina perniagaan menjadi kombinasi unik dan bermanfaat. 

Begitupun untuk beliau mengekalkan perniagaan ini bukan kerja mudah, sebaliknya berusaha 
menampung kos dengan melakukan pelbagai kerja seperti membuka kedai bunga, 
kedai menjual kekabu bantal serta serbuk kopi. 

Beliau memang berusaha keras dan percaya sesiapa saja atau dalam bidang apa sekalipun anda
ceburi, sekiranya anda berusaha, tentu akan mendapat ganjarannya.


Kerja keras itu melayakkan Habib Jewel menerima beberapa anugerah berprestij seperti 
memenangi Reader’s Digest Trusted Brand Award untuk beberapa tahun.

Anugerah yang pernah Habib menangi antaranya ialah pada 2001 The Malaysian Book of Records 
untuk rekaan Bangunan Berkembar Petronas yang direka dengan berlian, batu permata dan emas 
dengan nilai lebih RM1 juta. 

Pada tahun yang sama juga, Habib menerima Anugerah The ‘Best Retailer in Jewellery and 
Timepieces’ daripada Suria KLCC apabila memperkenalkan koleksi berlian coklat yang dikenali sebagai 
Habib’s Hazel Collection.

Pada 2002, Habib menerajui pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan jenama 
barangan kemas terkemuka dari Itali Chimento dan juga jenama berlian Hearts On Fire, berlian 
yang mempunyai potongan terbaik dunia. 

Pada tahun itu juga, sekali lagi Habib menerima ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award 
daripada pengurusan Suria KLCC. 

Rekaan kreatif Habib iaitu rekaan baju dalam wanita yang direka dengan 100 peratus emas, 
dicalonkan dalam 100 pencalonan pertama The Gold Virtuosi Award, yang diiktirafkan oleh badan 
antarabangsa The World Gold Council.

Sekali lagi Habib tersenarai di Malaysian Book of Records untuk rekaan gaun berlian termahal 
dunia bernilai RM19 juta. Gaun eksklusif ini diikat menggunakan 2,500 butir berlian Hearts On Fire.

Habib juga menjadi jenama barangan kemas pertama tersenarai di papan utama Bursa Saham 
Malaysia. 

Pada 2003 dan 2004, Habib menerima sekali lagi ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award 
daripada pihak pengurusan kompleks Suria KLCC, sementara pada 2005 sehingga 2007 Habib 
mengekalkan prestasinya untuk menerima anugerah ‘Gold Trusted Brand’ untuk kategori jenama 
barangan kemas yang boleh dipercayai daripada Reader’s Digest Trusted Brands Awards. 

Pada 2007, jenama itu memenangi anugerah the Brand Laureatte 2008/2009 di dalam kategori, 
Jenama Barangan Kemas Terbaik dan Penjenamaan Korporat.





Untuk berjaya dalam bidang ini, beliau perlu bekerja keras dan jujur dalam apa yang beliau
lakukan. 

Menarik mengenai Habib yang boleh membezakan dengan jenama lain ialah mereka tidak sekadar 
menjual, sebaliknya memberikan rundingan kepada pelanggan. 

Malah mereka mempunyai pelanggan yang sangat setia kerana yakin dengan produk dan 
kualiti yang ditawarkan sungguh pun kedai barang kemas tumbuh bagai cendawan lepas hujan. 

Kejujuran elemen utama kenapa mereka masih bertahan. Syarikat menjadi peniaga barangan 
kemas pertama di Malaysia tersenarai pada papan kedua Bursa Malaysia (selepas 1998 dikenali 
sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange). 

Pada 2002, syarikat induk, Habib Corp Bhd, berpindah ke papan utama. Syarikat kemudian berubah 
kepada penswastaan pada 2005.

Untuk bertahan sejauh ini, mereka juga membabitkan diri dalam pelbagai pameran 
perdagangan termasuk di Timur Tengah dan Eropah.

Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada perniagaan anda semua.

Salam sayang.





Busuk!