Apa Yang Anda Gambarkan??

Nak kaya?
Nak berjaya?
Nak bahagia?
Nak sihat?
Nak tahu bagaimana?

Segalanya bermula dengan gambar. 

Itu saja permulaannya.

Iya?

Gambar yang macam mana tu?



Okay macam ni..Anda kata anda nak kaya kan? Sekarang anda sebut pada diri anda, SAYA ORANG KAYA. Apa yang anda nampak di minda anda?

Anda nampak objek orang kayakan? 
Anda nampak duit dan peti barang kemas kan? 
Anda nampak syarikat besar kan?
Anda nampak deretan kereta-kereta mewah menjalar di garaj banglo anda kan? 

Pernah dengar tak kata-kata ni, 'Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve'.

Kalau anda boleh nampak atau minda anda mampu untuk menggambarkan diri anda sebagai orang kaya, bermaksud anda juga tak ada masalah untuk nak capai segala impian-impian anda tu.

Cuma, jangan salah pilih gambar. 

Contoh, ada orang selalu fikir kenapa aku selalu gagal atau kenapa duit aku selalu tak cukup? 

Jadi, gambar apa yang anda nampak? 
Orang yang gagal kan? 
Orang yang down kan? 
Orang stress kan?


Semuanya terpulang pada kita. Semuanya atas pada pilihan kita gambar apa yang kita pilih. Tak ada orang lain yang boleh tolong kita dalam bab ni.

Orang yang nak mencipta sesuatu, contohnya KLCC, jurutera tersebut perlu gambarkan di minda dia dulu bagaimana bentuk KLCC. Apa yang digambarkan, dilukiskan di atas kertas. Akhirnya ia menjadi realiti, KLCC pun berjaya dibina.

Jadi, kita pun boleh juga. Setiap hari ambil masa dalam 15-30 minit untuk buat visualization atau mainkan gambar atau wayang diminda kita. 

Ala..senang cakap 'berangan'.

Paling best ialah setiap pagi dan malam sebelum kita hanyut di buai mimpi. Masa tengah tidur-tidur ayam tu. Tapi, jangan gambarkan banyak-banyak.
'One thing at a time'.

Ingat, orang yang berjaya kena korbankan sikit masa okay.


Salam sayang.







P/S: Apa yang kita rasa, fikir, cakap dan buat merupakan satu DOA. 

Belajar Gagal Ala THOMAS ALVA EDISON





Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Dia dikenali dan dikenang seluruh dunia dengan penemuannya yang menggemparkan dan mempengaruhi seluruh dunia. Bola lampu merupakan penemuan hebat yang sungguh mengagumkan. Sebelum meninggal dunia pada usia 84 tahun, Thomas Alva Edison telah mempersembahkan 1,093 karya yang besar bagi dunia ini.

Hal yang menarik dalam hidupnya, sejak kecil telah membiasakan diri bertanya tentang sesuatu yang baru. Di sekolah ia selalu mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh gurunya. Kerana terlalu banyak bertanya, guru menilai bahawa dia seorang murid yang bingung dan berfikiran pelik.

Bacalah..

Imej : Google


IQRA'.. itulah ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ia sebenarnya adalah kunci kepada segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti “Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu.

Ramai bakal usahawan menjadi “takut untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang sesuatu itu secara menyeluruh.

Mereka tidak nampak “the big picture”  bagaimana sesuatu perniagaan itu 
boleh dilakukan.


Duit



Nama aku DUIT, kadang-kadang orang panggil aku wang, fulus dan macam-macam lagi.


Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku.

Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku. Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah kamu, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar,
Duit.



Sumber : MukaBuku

Kita Adalah HERO



Pernahkah anda mendengar lagu HERO nyanyian Mariah Carey? Pernahkah anda hayati bait-bait lirik di dalam lagu tersebut?

Saya pasti ada yang tersentuh bila menyanyikan lagu HERO itu sekiranya anda faham akan liriknya. Mungkin masing-masing akan terkenangkan kisah hidup masing-masing yang penuh ranjau dan duri.

Ada yang menjalani hidup sendirian tanpa pasangan hidup. Bersusah payah seorang diri tetapi akhirnya berjaya membesarkan anak-anak dengan sempurna. Bayangkanlah betapa kuatnya 'HERO' dalam dalam diri kita. Tak semua orang berjaya melaluinya..tapi kita tetap kuat berdiri!.

Pasti ada kisah-kisah sedih, dihina, dipandang rendah, dibiarkan dan diabaikan pada peringkat awalnya, tetapi oleh kerana adanya 'HERO' di dalam jiwa kita, segala kesusahan dan keperitan akhirnya berjaya juga diatasi.

'HERO' melambangkan kekuatan dalaman yang ada dalam diri kita. Yang bukan semua orang ada. Kita berjaya sampai ke tahap ini disebabkan kita mampu dan berjaya melihat 'HERO' di dalam diri kita.

Walaupun dulunya kita juga takut...takut menghadapi segala ujian hidup tanpa ada sesiapa di sisi, tetapi kita akhirnya berjaya mengatasi perasaan takut tersebut. 

Kita juga pernah ditimpa kesedihan demi kesedihan, cabaran demi cabaran..tetapi betapa kuatnya 'HERO' dalam diri kita sehingga kita berjaya membuang segala kesedihan yang melanda hidup kita.

Kita yang mempunyai 'HERO' dalam diri, tidak akan mudah mengalah dengan pelbagai rintangan yang boleh merebahkan kita. Kita kena yakin dengan diri kita, tak mungkin kita mahu membiarkan impian kita terkubur begitu sahaja.

Kerana kita tahu, semua orang mampu sampai ke puncak!

Dan semua orang boleh mencapai impian asalkan kita sedar bahawa kita ada HERO didalam diri dan hidup kita!

That's a hero lies in you..

Salam sayang.




hero, wira
HERO ini juga melambangkan kekuatan bagi PENCINTA HAIWAN.
Betapa kuatnya semangat kucing ini meneruskan kehidupannya
setelah kedua kaki depannya dipotong hanya kerana kesalahannya mencuri ikan.


Hentikan Rungutan!!

Salam sejahtera..

Pagi ini saya ingin kongsikan satu video tentang kehidupan yang  amat meruntun hati saya sebagai manusia. Hayatilah kisah hidup mereka semoga kita sama-sama dapat belajar mensyukuri akan nikmat Allah. Semoga video ini dapat dijadikan pembuka mata dan hati kita. Hentikanlah rungutan, lebihkan bersyukur dan memberi. 




Salam sayang.


Mengapa Jepun Lebih Maju?

Ini adalah kerana: 

syuhada1981.com, mengapa jepun maju? 10 sebab jepun maju, kemajuan negara jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan Ke arah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larang menggunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.

9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pinggan.

10. Kadar kelewatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.



Walaupun zaman dahulunya orang jepun terlalu 'kejam' terhadap dunia khasnya orang Melayu, walaupun bangsa mereka sudah hampir pupus selepas dibom oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki,tetapi apa yang boleh dibanggakan dengan Jepun sekarang, mereka sudah banyak mendahului dunia khasnya Malaysia.

Ciri-ciri masyarakat Jepun.


1. KERJA KERAS

Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan rajin.Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.

2. MALU

Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.

Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

3. HIDUP BERJIMAT

Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.

Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)

4. KESETIAAN

Kesetiaan dalam sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri.

5. PANTANG MENYERAH

Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh dalam pertandingan bola sepak dunia, Jepun vs Paraguay. Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir. Lastly,nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti.

6. BUDAYA MEMBACA

Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha (keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

7. KERJASAMA BERKELOMPOK

Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kelompok. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

8.JAGA TRADISI

Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini. 

Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun. Kalau suatu hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki ,jangan terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu. 

Sampai ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi orang Jepun.


Salam sayang.






Sumber : Macam-Macam Ada

Senyum!



  • Senyum ringan tidak bersuara tapi penuh bermakna.
  • Senyum murah tapi tak ternilai dengan harga.
  • Senyum tidak memerlukan tenaga tapi besar motivasinya.
  • Senyum hal yang mudah tapi selalu nampak indah.
  • Senyum satu hal yang biasa tapi boleh menjadi istimewa.
  • Senyum ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah.
  • Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman yang manis agar semua orang ikut tersenyum bersama kita.
 



Salam sayang.



5 Tips Memulakan Hari

Bagaimana kita memilih untuk bermula pada hari yang baru? 

Bagaimana cara kita memulakan hari itulah yang akan menjadi impak yang besar untuk mencapai satu hari yang baik dimana semua urusan berjalan dengan lancar.




Disini saya kongsikan 5 tips.

1) Bila kita terjaga diwaktu pagi, ambil sedikit masa untuk menetapkan minda kita. Jangan benarkan kebimbangan mula berdetik, sebaliknya tarik nafas dengan perlahan dan mula mengawal rentak hari kita. Kita yang bertanggungjawab atas kehidupan kita. Jangan mula risau tentang masa lampau yang kita tidak boleh ubah.

2) Bersangka baik, bahawa orang yang kita akan temui sepanjang hari adalah orang yang baik-baik. Cuba untuk menjauhkan diri daripada prasangka dan ingat bahawa semua orang mahu disukai. Kadang-kadang kehidupan kita menukar sikap peribadi kita tetapi ingat jangan cuba untuk menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri.

3) Sentiasa senyum. Senyum tanda kita gembira. Bersyukur kerana kita masih hidup. Dengan senyuman pada muka kita, perkara-perkara yang buruk akan terhindar dari kita. Senyum itu mudah! Ketawalah dengan riang. Senyuman boleh berjangkit dan kita sebagai penyebar memainkan peranan penting bukan sahaja untuk kebahagiaan diri kita sendiri tetapi untuk mereka yang disekeliling kita juga.

4) Jangan mempertikaikan perkara yang remeh. Gangguan memang banyak tetapi jangan biarkan perkara kecil menjadi kudis pada kita. Pusingkan kepala kearah yang lain. Jika ianya tidak penting, jangan biarkan ia melemahkan keazaman kita atau mengganggu kita dari kekal positif.

5) Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, siapa diri kita dan orang-orang yang hampir dengan kita adalah sebahagian daripada hidup kita.








P/S : Saya mempunyai senyuman yang manis pada wajah saya dan saya tidak sabar untuk hari ini. Saya berterima kasih dengan apa yang saya ada dan saya sangat menghargai orang-orang yang berkongsi hidup dengan saya!


Salam sayang.



Beza Antara Pemenang dan Si Kecundang




1). Pemenang melakukan kesalahan dia berkata "Saya telah melakukan kesilapan!"
Ketika kecundang melakukan kesalahan dia berkata, "Ini bukan salah saya!"

2). Pemenang berkata," Saya sudah buat yang baik, tapi saya akan buat yang lebih baik lagi!"
Kecundang berkata ,"Saya tidaklah seburuk orang lain!".

3). Pemenang cuba belajar dari setiap orang yang lebih baik daripada dirinya.
Kecundang selalu cuba menjatuhkan orang lain.

4). Pemenang berkata, "Mari saya bantu anda!"
Kecundang berkata, "Eh, itu bukan tugas saya!"

5). Pemenang berkata, "Pasti ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikannya!"
Kecundang berkata, "Begitulah kebiasaannya yang dibuat disini!"

6). Pemenang berkata, "Ini sukar tapi tidak mustahil!"
Kecundang berkata, "Ini boleh tapi sangat sukar untuk diselesaikan!".

7). Pemenang selalu mempunyai perancangan.
Kecundang selalu cari alasan dan alasan.

8). Pemenang mempunyai komitmen.
Kecundang hanya pandai menabur janji sahaja.

9). Pemenang selalu menjadi sebahagian dari jawapan penyelesaiannya.
Kecundang pula selalu menjadi sebahagian dari masalahnya.

10). Pemenang cekap menyelesaikan masalah.
Kecundang pula selalu bertangguh & tidak pernah menyelesaikan masalah.

Jadilah Pemenang.

Berfikir Sebagai Seorang Juara!
Tiada apa yang mustahil.
Anda pasti berjaya.


Salam sayang.








Jutawan Yang Dermawan


“ADAKAH anda gila?”


Itu yang dikatakan oleh akauntan kepada jutawan bernama Brian Burnie apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar RM112 juta.




Kemungkinan, ramai akan terus bersangka buruk apabila membaca kisah dan berita dermawan si kaya seperti itu. Tidak dinafikan, ramai juga yang kagum dengan sifat dermawan mereka.

Mari kita cuba cari sebab luaran kedermawanan mereka dalam tulisan ini. Jika dulu, saya sering membaca pengasas Microsoft, Bill Gates, menderma di sana sini di samping yayasan yang ditubuhkannya. Kini, seorang lagi jutawan di Britain melakukan perkara yang sama.


Sumbangan Bill Gates





Pada Jun 2008, Bill Gates yang berumur 52 tahun membuat pengumuman akan meninggalkan sejumlah hartanya yang bernilai lebih RM200 bilion untuk tujuan kebajikan dalam surat wasiatnya.


Wang itu akan diletakkan di dalam Yayasan Bill and Melinda Gates untuk membiayai kajian kesihatan dan perubatan serta pendidikan di seluruh dunia. Yang mengagumkan saya ialah kata-katanya:


“Kami mahu memberi sesuatu kepada masyarakat yang mampu menyumbang kepada kebaikan secara keseluruhan untuk semua. Kami mahu menyumbang kepada dunia.”

Warren Buffet dan dermanya



Pada Jun 2006, saya terkejut membaca berita billionaire bernama Warren Buffet, 75, melakukan derma amal kepada Yayasan Gates untuk tujuan sama. Jumlah yang didermakan bukan kecil tapi lebih RM158 bilion.

Lebih menarik, Buffet mahu setiap sumbangannya yang dibuat secara tahunan itu digunakan pada tahun itu juga dan tidak mahu ditangguh-tangguh.

Pada 14 Mei lalu, saya membaca kisah seorang jutawan Britain mendermakan hotel mewahnya — yang asalnya sebuah rumah besar lama berusia beratus tahun sebelum diubahsuai dengan kos sekitar RM89 juta.

Pada asalnya, dia ingin menggunakan seluruh keuntungan jualan hotel mewah itu untuk tujuan kebajikan, namun ditukar ideanya. Kini, dengan rasminya hotel mewah itu akan dijual dan seluruh hasilnya bakal didermakan kepada persatuan kanser.

Kos jualannya sudah tentu melebihi RM110 juta. Berikut, tiga kata-kata beliau yang menarik hati saya:

“Memiliki harta serta mencari sebanyak mungkin wang adalah penting, tetapi kepentingan kepada masyarakat melebihi segala-galanya. Masyarakat lebih memandang wang sebagai perkara paling utama tetapi bagi saya, ia sebaliknya."

“Saya tidak mahu itu semua dan hanya berharap mahu melakukan lebih banyak perkara yang membawa kebaikan kepada masyarakat."

“Kita boleh mewasiatkan semua harta yang ada kepada badan kebajikan selepas kita mati, tetapi mengapa tidak melakukan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat secara keseluruhan ketika kita masih hidup.”

Apa yang disebut pertama tadi bertepatan dengan tanggungjawab sosial dalam Islam. Malah di dalam Islam, pembangunan jati diri individu jauh lebih penting daripada pembangunan material, seperti bangunan pencakar langit dan sebagainya.

Yang kedua pula bertepatan ajaran Islam supaya tidak bersikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperoleh untuk dikongsi dengan orang ramai.

Yang ketiga pula bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Dan janganlah kamu bertangguh-tangguh (dalam bersedekah) sehingga sampainya (nyawamu) di kerongkong (hampir mati).”
(Riwayat Al-Bukhari, no 1353)

Apa lagi motif mereka?

Saya suka memikirkan motif positif dan sihat berbanding agenda terselindung ketiga-tiga individu berkenaan.

Selepas menolak andaian negatif selain membaca dengan lebih lanjut, baru terzahir beberapa sebab rasional. Antara paling utama adalah falsafah mereka dalam membentuk masa depan anak dan ahli keluarga.

Mereka mengambil keputusan menderma kerana tidak mahu meninggalkan harta yang terlalu banyak kepada anak kerana kelak akan membebankan mereka.

Malah, meninggalkan harta melimpah ruah juga dianggap tidak rasional. Falsafah mereka, tinggalkan cukup-cukup saja, namun anak masih perlu terus berusaha.

Buffet pernah berkata di majalah Fortune:

“Memberi anak anda terlalu banyak wang adalah satu beban dan bukan pemberian. Ia bukan perkara yang rasional untuk dilakukan.”

Saya mengira falsafah itu ada benarnya, masakan tidak, si anak pasti tidak akan dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerit perih yang dilalui ayahnya.

Malah, si anak akan ditinggalkan lemas dalam kekayaan mega tanpa sebarang usaha, kelak tiada apa lagi yang relevan untuk mereka lakukan, kecuali menghabiskan harta yang terlalu lumayan itu.

Hasilnya, otak mereka pasti menjadi mati dan lebih dahsyat, akan mencatatkan sejarah buruk dalam keluarga kerana terlalu lalai untuk menghabiskan harta, akhirnya menjadi beban dan masalah kepada masyarakat.

Tiada manfaat yang diberinya kepada masyarakat berbanding ayahnya yang bertungkus-lumus mencapai apa yang ada di depan matanya.

Kejayaan ayah mereka dicapai dengan 1,001 macam manfaat dipanjangkan kepada orang ramai, namun si anak akan menghancurkan segala-galanya.

Tujuh tahun lalu, Buffet pernah berkata dalam berita di ABC New ‘Nightline’ bahawa dilahirkan dalam kemewahan tidak melayakkan anaknya untuk menikmati keseluruhan harta.

Tidak dinafikan, ramai memuji tindakan mereka berdua dan tidak kurang juga yang mencela dengan pelbagai anggapan.

Apapun kritikan terhadap hartawan bukan Islam, bagi jutawan Muslim, Islam menganjurkan pendekatan yang sedikit berbeza, banyak pula yang sama. Yang paling berbeza adalah keperluan jutawan Muslim untuk menyembunyikan sumbangan dan sedekahnya.

Allah SWT berfirman: “Dan sekiranya kamu menyembunyikannya (sedekahmu) dan memberikannya kepada fakir miskin, demikian adalah LEBIH baik bagimu.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sedekah yang dilakukan secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT.”


Salam sayang.






P/S: Jutawan Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga seorang yang dermawan melalui penubuhan Yayasan Al-Bukhary.



Hebat Betul "Mesin" Ciptaan Allah





1. DIA bagi kita tangan, dengan tangan inilah kita boleh menaip menyampaikan ilmu dan info, dengan tangan ini kita boleh dodoikan anak, dengan tangan ini kita boleh menyuapkan makanan, dengan tangan ini kita boleh mencari rezeki dengan mencangkul bagi petani, menulis bagi seorang guru, menekan butang-butang mesin untuk menggerakkan jentera, menekan butang-butang control panel untuk menggerakkan kapal di laut, di angkasa  dan menaip emel, chatting dengan supplier di China tetapi kita di Malaysia.


2. Cuba kita renung, ada tak sebuah mesin atau gajet yang boleh buat semua benda kecuali tangan manusia? Mesin potong rumput boleh potong rumput je, mesin basuh boleh basuh baju je, enjin kereta boleh menggerakkan kereta je, enjin motor pun boleh menggerakkan motor je. 

3. Tetapi mesin dan enjin itu semua memerlukan 'MESIN' tangan yang DIA bagi ni juga untuk kita boleh buat dan jalankan semua perkara itu. Betul tak?

4. Benarlah kata mentor, "untuk kita mengenal Pencipta kita, kita kena kenal diri kita sendiri dahulu". Siapa yang rasa useless dah takde harapan untuk hidup, rasa takde masa depan, cuba lihat balik 'MESIN-MESIN' yang telah Pencipta kita bekalkan untuk kita. Gunakanlah sebaiknya.

5. "Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ingin dustakan" 
~Surah Ar Rahman.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.


Perkongsian Ilmu Dr.Ridhuan Tee

PERKONGSIAN ILMU DR.RIDHUAN TEE @ KURSUS PENJAJA & PENIAGA KECIL ANJURAN SSM & KPDNKK PADA 22 JUN 2013


1. Ayahnya dulu adalah seorang peniaga.

2. Beliau kagum dengan ayahnya, datang ke kampung melayu (di Perak) sehelai sepinggang dari tak ada apa-apa tapi dapat kumpul modal dan akhirnya dia satu-satunya yang bukak kedai di kampung tersebut.


3. Beliau pun pelik macamana orang berbangsa Cina ada 2 atau 3 orang saja, tapi mereka yang jadi peniaga dalam kampung tersebut.


4. Ayahnya berniaga sehingga dapat beli berpuluh-puluh ekar tanah.


5. Pada pandangan Dr.Ridhuan Tee, ayahnya atau orang Cina lain boleh berjaya kerana mereka sedar diri, mereka perlu tahu yang mereka macamana pun kena survive.


6. Orang melayu untung, nak jadi petani, pihak kerajaan tolong bagi baja.Nak jadi nelayan, pihak kerajaan tolong bagi jala, pukat. Orang Cina?


7. Dr Ridhuan Tee pecah rahsia, dulu...di kampungnya, dia nampak attitude orang melayu ni nak kaya cepat. Sebab apa saja yang kerajaan bantu dia, bagi peti ais dan sebagainya, mereka jual pada ayah beliau!...(ye ke macam tu? malunyaaaa....).


8. Kerjaya paling mulia adalah berniaga kerana berniaga adalah satu JIHAD!


9. Berniaga tiada jalan pintas.

10. Kalau ingat berniaga ada jalan pintas, boleh cepat kaya, baik jadi pensyarah ke..cikgu ke...

11. Peniaga kena berani ambil risiko.

12. Betul ke melayu tak boleh meniaga? Orang Cina saja ke pandai berniaga?

13. Takk...dulu masa pedagang Cina,India, Arab datang, orang Melayu dah start berniaga..mereka meniaga di persisiran pantai..

14. Siapa kata melayu tak pandai berniaga?

15. Dr.Ridhuan Tee ada 12 orang adik beradik.

16. Anak dari kecik lagi diajar how to survive.

17. Beliau dilatih dan dikejutkan seawal 3 atau 5 pagi.

18. Beliau diajar kira duit.

19. Ayahnya nak anak-anak tengok bagaimana dia naik dengan susah payah.

20. Pesan Dr Ridhuan Tee, walaupun dilahirkan dalam keluarga kaya, JANGAN MENUMPANG KEKAYAAN MAK BAPAK!

21. Anak Cina, walaupun fail Darjah 6 @ Tingkatan 5, dia tahu dia nak ke mana.

22. Anak Cina tak ada masa nak melepak, race motor dan sebagainya.

23.S iapa yang paling ramai suka memancing? Orang melayu...

24. Orang lain sibuk memukat di laut dalam.

25. Orang tak akan kaya dengan mengail ikan.Tapi kalau ke laut dalam, boleh bawak balik ikan 1 kapal.

26. Kata beliau, sedekah RM 10 masa kaya adalah berbeza dengan sedekah RM 10 masa miskin. Nilai RM10 ringgit waktu susah adalah berbeza.

27. Sifat orang melayu, usaha belum lagi...dah suruh dia buat air jampi,ayat pelaris supaya bisnesnya maju..

28. Kalaulah betul mujarab benar air dia tu, dia kata baik dia jampi, hembus-hembus air kat empangan, biar air tu masuk ke semua rumah...supaya ramai yang mendapat manfaatnya...(hehe)


Terima kasih Dr.Ridhuan Tee atas ilmu dan perkongsian pengalaman yang sangat berguna!...Semoga Dr Ridhuan Tee dan keluarga dirahmati Allah selamanya.


Siapa kata orang Melayu tak pandai berniaga?

Orang Kaya Melayu, Ini Misi Hijrah Anda!




Ini merupakan gambar seorang lelaki bernama Rachid Nekkaz, usahawan kacukan Perancis-Algeria yang tinggal di Perancis.

Beliau mendengar tentang pengharaman pemakaian Niqab di Perancis. Kemudian beliau beritahu yang beliau akan bayar semua SAMAN yang dikenakan kerana memakai niqab - bukan di Perancis sahaja, tetapi di mana-mana negara yang mengharamkan pemakaian tersebut.

Beliau memulakan dengan dana sebanyak 1 Juta Euro (RM4.02 Juta). Kemudian beliau berkata, "Saudariku, pergilah ke mana sahaja yang kamu nak, dan saya akan bayar kesemua SAMAN yang dikenakan ke atas kamu itu."

Semoga Allah memberkati usaha beliau.


Sebab itulah semua orang Islam digalakkan menjadi kaya. USAHAWAN MUSLIM perlu KAYA JIDDAN! (Kaya sangat-sangat). Supaya, apabila ISLAM memerlukan kita, kita akan bersedia !!!

Wallahualam..

Salam sayang.






Sumber : Raja Kamil

Kegagalan Adalah Sukses Yang Tertunda

Dalam hidup ramai orang yang lebih suka menyalah dan mentertawakan mereka yang gagal dan mereka yang kalah. Sedangkan mereka yang gagal dan kalah tadi telah pun mencuba. Malangnya cuma kerana nasibnya dia telah gagal. Tetapi mereka yang ketawa tadi tidak pula lihat yang mereka masih belum mencuba.

Adakalanya mereka yang mengambil degree, master atau PhD dan gagal lebih teruk dihina dari mereka yang tak lulus SPM, itu masyarakat kita. Itu menyebabkan tiada orang yang menyambut tangan mereka untuk bangun semula. Sedangkan lebih ramai lagi yang langsung tidak mencuba. Lebih malang lagi manusia yang menghina mereka juga tidak pernah mencuba.

Begitu juga mereka yang gagal dalam percubaan pertama dalam perniagaannya. Mereka tidak dibantu, mereka terpedaya dengan semangat berniaga yang berkobar-kobar. Akhirnya dengan pelbagai masalah, mereka gagal. Kegagalan mereka terkesan dengan hutang, terkesan dengan luka lama. Mereka sukar untuk bangkit semula. Mereka masih muda, mereka masih baru tetapi mereka ditekankan dengan kegagalan mereka yang pertama.




Ramai yang tidak faham:
-buat baik belum tentu lagi dapat pahala.
-berniaga belum tentu lagi dapat untung.
-periksa belum tentu lagi lulus.

Bila senang ramailah yang rapat, bila susah ramai juga yang lari. Ditekan dan diherdik. Ramailah yang perli "Dah tahu, diri tu tak tahu nak berniaga, nak berniaga jugak....dah bankrap macam ni siapa yang susah?" Itulah yang selalu didengar.

Berniaga dan belajar adalah perkara yang mulia. Semua manusia punya jalan cerita. Hidup perlu ada krisis untuk anda lebih berjaya. Hidup perlu ada ujian untuk anda naik ke darjah yang lebih hebat.

Carilah mereka yang positif dikeliling anda, jangan buang masa dengan orang negatif yang mempunyai lidah seperti biawak dan hanya tahu menjatuhkan semangat orang lain. Anda tidak keseorangan. Jangan malu dengan kegagalan pertama anda. Tidak mustahil anda akan lebih berjaya dari apa yang anda impikan, asalkan anda terus berusaha.

Salam sayang.








Kualiti VS Kuantiti

Sebenarnya, kualiti itu lebih penting berbanding kuantiti.

Walaupun kita buat hanya sedikit, tetapi bermakna.

Daripada buat banyak tetapi tidak memberi kesan apa-apa. Setuju?




Contoh situasi :

1 #
Bersedekah walau seringgit tetapi ikhlas berbanding sedekah sejuta tetapi niat untuk menunjuk-nunjuk.

2 #
Ilmu yang dipelajari walaupun sedikit, diamalkan dalam hidup berbanding banyak ilmu tetapi langsung tidak diamalkan.

3 #
Kongsi ilmu yang ada dengan orang lain walaupun baru belajar sikit..bukan nak kena tunggu ilmu banyak baru nak kongsi. Hakikatnya memang takkan banyak.

4 #
Anak yang sedikit tapi berguna berbanding anak yang ramai tapi tak mampu beri manfaat kepada masyarakat bahkan beri mudharat.

Anak tu amanah Allah kan, anak ramai pun satu rezeki. Jadi, di akhirat nanti akan dipersoalkan oleh Allah. Ramai dan berkualiti itu lebih baik, kan?

5 #
Kawan-kawan yang sedikit tetapi mampu memberikan perkongsian dan aura yang positif setiap hari berbanding kawan yang ramai tetapi tidak mendatangkan manfaat pun. 

Biar sikit tetapi berkualiti berbanding ramai tetapi merosakkan.

6 #
Berubah dan tetap istiqamah walaupun hanya sedikit berbanding mereka yang langsung tak nak berubah dan memperlekehkan orang yang berubah tetapi diri sendiri masih lagi tak betul.

Yang paling penting, biar sikit dan istiqamah (berterusan) buat. Bukan banyak tapi kejap buat kejap tidak..kesimpulannya?

P/s : Nak berubah pun macam tu jugak..sedikit demi sedikit. Biar hati kita betul-betul tetap. Yang penting ada usaha dan ada perubahan, biarlah sikit. Lama-lama nanti banyaklah kan? Saya pun masih lagi dan akan terus usaha berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah..doa-doakan.


Salam sayang.



Bagaimana Cara Menguatkan Semangat Kita?



KEIKHLASAN


Energi datang dari mana? Energi datang kerana keikhlasan yang ada dalam hati kita. Energi ikhlas sangat dahsyat, kita harus menjadikan semua aktiviti kita selalu dibayangi dengan keikhlasan. Caranya ialah dengan selalu meluruskan niat bahawa setiap aktiviti kita adalah untuk Allah.

BERSYUKUR

Bersyukur juga akan membangkitkan motivasi. Syukur mengarahkan fokus kita kepada kebaikan dan nikmat yang sudah kita dapatkan, sehingga membentuk perasaan positif. Perasaan positif akan menjadikan diri kita bersemangat, penuh dengan motivasi, dan optimis untuk mendapat dan menghargai nikmat dengan lebih banyak lagi.

KNOWLEDGE IS POWER

Ramai dari kita yang bingung dan bingung adalah energi negatif. Ada dua penyebab yang menjadikan kita bingung, iaitu sikap dan pengetahuan. Keduanya boleh diatasi dengan membaca. Membaca, apalagi membaca bacaan positif, inspirasi, dan memotivasi akan menjadikan diri kita tetap bermotivasi.

SERAP ENERGI ORANG LAIN

Anda juga boleh menyerap motivasi dari orang lain yang memiliki energi yang kuat. Bertanya, berbincang, dan mintalah nasihat dari orang-orang positif. Anda akan merasai ‘aura’ energinya. Sementara orang malas, berfikiran negatif akan menghakis habis energi anda.

Oleh itu, bentuklah peribadi yang memiliki daya saing, keunggulan, dan pantang menyerah dengan menjadikan tiada hari tanpa motivasi sebagai slogan tambahan dalam menjalani kehidupan seharian kita.

BE STRONG! BE POSITIVE!

Salam sayang.


Busuk!