Panduan Menghadapi Perpisahan Khas Buat Isteri

panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu tiga


Terlalu banyak kisah-kisah keretakan rumahtangga yang kita dapat lihat sekarang ini. Sesiapa yang bergelar isteri sedikit sebanyak sudah pasti akan merasai 'kesakitan' itu. Memang benar bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi tetapi bagi pendapat saya "jika anda seorang wanita, anda pasti akan memahami jiwa wanita lain". 

Berpisah hidup mahupun mati pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam di jiwa mana-mana individu yang pernah mendirikan rumah tangga. Baik pasangan suami isteri yang telah lama menjalin kasih, mahupun mereka yang baru mendirikan rumah tangga, masing-masing miliki istilah serik apabila dikhianati pasangan sendiri. 

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa didalam entri ini, saya cuma ingin kongsikan sedikit panduan bagaimana anda harus berhadapan dengan situasi perpisahan yang menyakitkan ini. Ikuti panduannya.

Ketahanan diri
Perkara penting yang perlu difahami oleh individu adalah menilai daya tahan diri berhadapan peristiwa trauma yang dihadapi. Pada masa inilah anda perlu tahu adakah anda kuat atau sebaliknya dalam mengendalikan emosi diri. Kebolehan yang dimiliki inilah yang membuatkan anda berupaya dan lebih bersedia menerima ujian yang berlaku.

Bertindak matang
Paling utama dalam berhadapan situasi yang mengundang trauma adalah bertindak secara lebih matang. Matang di sini bermaksud anda memikirkan setiap sudut sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika mahu memarahi pasangan, fikirkan tentang anak-anak, ahli keluarga dan yang paling penting diri sendiri. Adakah tindakan anda itu mampu membahagiakan anda atau sebaliknya. Fikirkan dalam-dalam.

Fikirkan yang positif
Sememangnya mudah untuk seseorang memujuk teman agar bersabar saat dilanda perpisahan. Namun, tidak mudah untuk individu yang berhadapan dengan situasi sebenar memujuk dirinya menjadi lebih positif. Emosi baik sebegitu memerlukan masa untuk sampai ke dasar hatinya. Bagaimana mencipta suasana positif dalam aura yang amat lemah ini? Sebaik-baiknya anda perlu serahkan segala apa yang berlaku kepada Yang Esa.

panduan perpisahan, suami main kayu tiga, suami curang


Anggaplah bahawa setiap orang pasti akan berhadapan dengan situasi perpisahan. Baik berpisah akibat suami dirampas orang ketiga, kehilangan akibat kemalangan dan sebagainya. Ketahui juga bahawa setiap ujian hidup ini akan menjadikan anda seorang yang lebih tabah. Andai mereka redha, ujian ini menjadikan mereka individu yang lebih bersabar dalam menjalani kehidupan.

Buang jauh ketakutan dalam diri
Trauma yang terjadi dalam diri selalunya mengundang ketakutan dan bayang-bayang ketakutan itulah yang sering menghantui anda. Sebab itulah, anda lebih gemar menjadi seorang yang pasif dan takut untuk membuat sebarang keputusan. Justeru, buang jauh ketakutan itu. Cari punca sebenar apakah yang membuatkan anda trauma. Hadapi kehidupan yang Tuhan berikan ini dengan sebaik-baiknya dan berusaha agar anda menjadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain.

Belajar mencipta situasi baru
Perpisahan itu sememangnya menyakitkan. Apatah lagi, buat pasangan yang sudah sekian lama berkongsi kasih dan perasaan. Akibat salah faham atau apa juga ketidakserasian, masing-masing terpaksa memilih jalan perpisahan. Jangan terlalu membiarkan diri dalam situasi bimbang atau tidak percaya pada orang lain.

Belajar terima keadaan dan cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang tidak pernah atau tidak dapat anda lakukan semasa menjadi isteri atau suami kepada pasangan terdahulu. Andai anda belum bersedia mencari pasangan yang baru, lakukan aktiviti baru yang mampu memberi kebahagiaan buat anda. Menjadi individu baru yang lebih positif membantu anda menghilangkan kemurungan yang bersarang di dasar hati.


panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu hitam, suami dirampas wanita lain

Kesetiaan wanita diuji apabila si suami tidak punya apa-apa...
Dan kesetiaan suami pula diuji apabila punya segalanya...


Salam sayang.





Diadaptasi dari Majalah Mingguan Wanita.







Apakah Maksud The More You Give The More You Get?



the more we give the more we get


Ramai yang  tak berapa faham tentang maksud sebenar prinsip THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET. Mereka bertanya bagaimana prinsip ini nak di apply atau digunakan dalam perniagaan, kehidupan atau sebagainya?

Persoalan ini sebenarnya mentor saya Dr Azizan Osman saja yang boleh menjawabnya dengan baik kerana prinsip ini diajar oleh mentor saya. Tapi saya cuba lah ye, mengikut kefahaman saya.

Sebenarnya prinsip ini adalah simple. Saya pasti yang bertanya tu pun faham maksudnya kalau kita translate bunyinya lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat.

Duit



Nama aku DUIT, kadang-kadang orang panggil aku wang, fulus dan macam-macam lagi.


Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku.

Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku. Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah kamu, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar,
Duit.



Sumber : MukaBuku

Seminar Bangkit 2014




Formula Kekayaan & Kejayaan

Pelajari ilmu dan formula bagaimana untuk meningkatkan Potensi Kewangan, Kekayaan & Kejayaan. 

Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi ‘magnet kejayaan’?

Pernahkah Anda Bertanya 9 Soalan Ini?

1. Siapakah anda?
2. Apakah tujuan sebenar hidup anda?
3. Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
4. Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu anda perbaiki?
5. Bagaimana anda boleh lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan anda?
6. Kerjaya atau perniagaan yang bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
7. Bagaimana anda boleh hidup lebih baik daripada sekarang?
8. Bagaimana anda boleh mengatasi masalah ‘kebocoran wang’?
9. Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?

8 Perkara Yang Anda Akan Pelajari Untuk Menguasai Potensi Diri Anda: -

1. Apa masalah ekonomi dan kewangan dunia sekarang dan cabaran akan datang
2. Pelajari formula kekayaan dan kejayaan orang yang berjaya
3. Kuasai potensi diri, bakat anugerah Tuhan dan kekuatan diri yang kita sendiri mungkin tahu tapi tidak perasan
4. Pelajari rahsia untuk merubah hidup daripada ‘biasa-biasa’ kepada ‘luar biasa’
5. Pelajari bagaimana ramai peserta seminar Dr Azizan Osman berjaya merubah hidup mereka dalam masa yang singkat
6. Pelajari rahsia kuasa minda jutawan serta prinsip Law of Attraction yang sebenar
7. Pelajari bagaimana untuk mengelakkan masalah ‘kebocoran wang’, iaitu duit senang masuk tapi senang keluar
8. Pelajari bagaimana mengaktifkan getaran tarikan wang atau teknik ‘Money Magnet’ yang telah Dr Azizan Osman ajarkan kepada peserta programnya yang menyebabkan hidup mereka ‘terpaksa’ berubah!


Quote Dr Azizan

“Selama hampir 10 tahun dalam industri yang memerlukan sifat kepimpinan yang tinggi serta melatih modal insan, saya dapati masalah ramai orang bukanlah mereka ini tidak mempunyai perwatakan atau karektor yang hebat, kelulusan yang diiktiraf oleh universiti paling ‘power’ dalam dunia atau peluang, tetapi masalahnya, ramai orang tidak mempunyai ilmu tentang potensi sebenar diri mereka, bakat mereka atau kekuatan mereka yang menyebabkan mereka tidak memaksimakan hidup mereka. Ramai juga yang tidak mempunyai mentor dan sistem yang telah terbukti berjaya!” - Dr. Azizan Osman

Siapa Yang Wajib Hadiri Seminar BANGKIT 2014?

- Usahawan atau Bakal Usahawan
- Pengarah Syarikat atau Pemilik Perniagaan
- Mereka yang bekerjaya atau individu yang ingin memperbaiki kehidupan dari segi kekuatan kewangan dan masa depan mereka
- Orang yang sudah bosan hidup biasa-biasa, dan mencari kekuatan untuk perubahan hidup yang luar biasa
- Suami isteri, ibu bapa, surirumah, individu dan sesiapa saja yang ingin lebih bahagia dan berjaya
- Golongan profesional dan ahli akademik yang ingin memberi lebih manfaat kepada organisasi dan ramai orang
- Graduan yang mencari peluang kerjaya sebagai usahawan hebat
- Usahawan dan bakal usahawan yang ingin membina kekuatan ekonomi dan keberkatan.


Untuk pendaftaran : KLIK SINI 



Betul Ke Dalam Islam Tak Boleh Kaya??

Breakfast tadi, isteri bertanya, betul ke dalam Islam tak digalakkan menjadi kaya?

''Mana mama tahu?"

''Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air pun sebotol je."

Saya bilang "Jangan percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman orang yang narrow dan SELFISH".





SELFISH? 

Ya,benar. Itu pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dengan kata-kata 'makan pun paling kuat 2 pinggan saje'!.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang-sorang je. Useless for Islam.

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran Islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kepada ramaaaaiii orang susah di sekeliling'.

Ini definisi kaya Islam. Kaya untuk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga.

Mungkin ada bertanya lagi, 'kalau kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sebab banyak yang dihisab?'

'Sekali lagi saya jelaskan, 'jangan kaya dengan mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tapi kalau kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kepada orang lain'.

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yang salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai olehNya.

Bagi mereka yang setiap hari berusaha & berdoa untuk kaya, saya sarankan masukkan sekali dalam doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat untuk lebih mudah bantu orang lain. Amin.

'Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.


P/S: Dalam diam saya berfikir, apakah hidup ini untuk makan sahaja?? Kita makan untuk hidup. Menegakkan tulang belikat untuk kuat mengangkat "berusaha" pada siang hari dan beribadat pada malamnya.

"Ustaz hidup untuk makan" tidak wajar memaksa nilainya kepada orang yang makan untuk hidup.

Salam sayang.





Credit to
-Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz-

Kita Adalah HERO



Pernahkah anda mendengar lagu HERO nyanyian Mariah Carey? Pernahkah anda hayati bait-bait lirik di dalam lagu tersebut?

Saya pasti ada yang tersentuh bila menyanyikan lagu HERO itu sekiranya anda faham akan liriknya. Mungkin masing-masing akan terkenangkan kisah hidup masing-masing yang penuh ranjau dan duri.

Ada yang menjalani hidup sendirian tanpa pasangan hidup. Bersusah payah seorang diri tetapi akhirnya berjaya membesarkan anak-anak dengan sempurna. Bayangkanlah betapa kuatnya 'HERO' dalam dalam diri kita. Tak semua orang berjaya melaluinya..tapi kita tetap kuat berdiri!.

Pasti ada kisah-kisah sedih, dihina, dipandang rendah, dibiarkan dan diabaikan pada peringkat awalnya, tetapi oleh kerana adanya 'HERO' di dalam jiwa kita, segala kesusahan dan keperitan akhirnya berjaya juga diatasi.

'HERO' melambangkan kekuatan dalaman yang ada dalam diri kita. Yang bukan semua orang ada. Kita berjaya sampai ke tahap ini disebabkan kita mampu dan berjaya melihat 'HERO' di dalam diri kita.

Walaupun dulunya kita juga takut...takut menghadapi segala ujian hidup tanpa ada sesiapa di sisi, tetapi kita akhirnya berjaya mengatasi perasaan takut tersebut. 

Kita juga pernah ditimpa kesedihan demi kesedihan, cabaran demi cabaran..tetapi betapa kuatnya 'HERO' dalam diri kita sehingga kita berjaya membuang segala kesedihan yang melanda hidup kita.

Kita yang mempunyai 'HERO' dalam diri, tidak akan mudah mengalah dengan pelbagai rintangan yang boleh merebahkan kita. Kita kena yakin dengan diri kita, tak mungkin kita mahu membiarkan impian kita terkubur begitu sahaja.

Kerana kita tahu, semua orang mampu sampai ke puncak!

Dan semua orang boleh mencapai impian asalkan kita sedar bahawa kita ada HERO didalam diri dan hidup kita!

That's a hero lies in you..

Salam sayang.




hero, wira
HERO ini juga melambangkan kekuatan bagi PENCINTA HAIWAN.
Betapa kuatnya semangat kucing ini meneruskan kehidupannya
setelah kedua kaki depannya dipotong hanya kerana kesalahannya mencuri ikan.


Elak Derita Di Hujung Usia



Paparan Sinar Harian Ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Saya sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. 

Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya!

Salam sayang.







Credit to Datuk Maznah Hamid

Ciri-Ciri Rezeki Yang Berkat



Tahukah Anda Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup Ianya Bermula Dari Rezeki Yang Diberkati..?

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? 

Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.

Kereta rosak, anak sakit, kawan nak pinjam duit, duit yuran pengajian anak perlu dibayar segera, pengutip-pengutip hutang datang bertandang ke rumah, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi.

Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan.

Lebih malang lagi, kadang-kala terpaksa berhutang pula kiri-kanan.

Tambahan pula di zaman serbi "NAIK" ini, tol naik, bil elektrik naik, barang naik, minyak naik, cukai pintu naik dan kos sara hidup naik terlalu mendadak.

Yang turun...hujan jer...

dan yang tak naik-naik...gaji kita...

Nak kata gaji kecil? mungkin ya, mungkin tidak...

Nak kata suka enjoy? Tidak juga!...

Nak kata tidak pandai urus duit? Tidak juga!...

Jadi...Apakah Masalah Yang Sebenarnya?

Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang.

Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata.

Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah.

Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA.

Dia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.

Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita.

Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculik.
Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh.
Kereta baru yang terjunam ke dalam gaung.
Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya.
dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..

Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?

Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar.

Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.

Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.

Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.

Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak.

Ia sebenarnya terletak pada rasa "syukur" yang wujud dalam diri.







Ciri-Ciri Rezeki Yang Berkat.


Untuk memastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, riba, berjudi, mengkhianati dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong, ponteng kerja dengan tujuan yang tidak betul serta menanam niat mencari rezeki untuk memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Untuk memastikan rezeki sentiasa diberkati hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada samada banyak atau sedikit dan gunakan rezeki ke arah yang diredhai.

Kerana hanya dengan redha Allah segalanya menjadi "cukup", hidup menjadi indah, bahagia dan hati dan jiwa mendapat ketenangan abadi.


Wallahualam.

Salam sayang.



Waktu Kita Ke Mana?

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA - Waktu Kita Ke Mana?




Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) 
Puratanya manusia meninggal = 65 tahun

Baligh: Mula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia.

Laki-laki Baligh = 15 tahun
Wanita Baligh = 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

MATI- BALIGH= sisa USIA 65-15= 50 tahun

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama.

Waktu kita tidur = 8 jam/hari

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk tidur :

18,250 hari x 8 jam= 146,000 jam= 16 tahun 7 bulan,
dibulatkan jadi 17 tahun.

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18,250 hari x 12 jam=219,000 jam= 25 tahun.

Aktiviti disiang hari:

Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, ada yang shopping, ada yang berinternet, chatting, berFB, berwechat, berwhatapps, berinstagram, bermain game, tengok bola, dating, berpesta, mandi laut, berkelah, mandi air-terjun, tonton konsert, raja lawak, menonton wayang, bersantai dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat :


18,250 hari x 4 jam= 73,000 jam = 8 tahun.

Rehat: menonton tv, membaca atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan dan sebagainya.

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu, Bila Nak Beribadah?

Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya.

Memang benar!

Bekerja cari nafkah itu ibadah, tetapi bekerja yang bagaimana?

Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

Ramai yang bekerja tetapi masih terlibat dengan gejala riba, rasuah dan salah laku kuasa.

Lalu Bila Nak Beribadah?

Oh, mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi.

Benarkah solat kita itu mencukupi?

Sudah khusyuk ke solat kita?

Sudah sempurnakah solat kita?

Adakah ia diterima Allah?

Berapa solat kita dalam 50 tahun?

1 x solat = ± 10 minit 


5 x solat ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat:


18,250 hari x 1 jam =18,250 jam = 2 tahun.

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit.)

Itu pun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun itu bagaimana pula?

Dalam percakapan kita yang selalu ada dusta, baik yang sengaja mahu pun tidak.

Dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati orang tua kita, memaki, mencarut,  mengumpat, mengadu-domba, fitnah, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu ada ketidakjujuran dan banyak lagi.

Logiknya: Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia. Betul tak?

Tiada kata terlambat walau pun waktu berlari cepat, isilah masa anda dengan sesuatu yang bermanfaat!

Waktu berlalu begitu pantas! 


Gunakanlah sebijaknya.

Salam sayang.


10 Rumah Termewah

10. Mansion Barbies di Malibu, California 

Untuk menghormati sambutan harijadi Barbie yang ke-50, penghias dalaman extraordinaire, Jonathan Adler telah menghias sebuah rumah yang berkeluasan 3,500 kaki persegi menghadap ke Lautan Pasifik untuk kelihatan seperti rumah anak patung berambut perang itu. 


9. Yang Manalapan Residence 

Rumah berkeluasan 5.5 ekar, dengan 520 kaki berhadapan laluan air Lautan Atlantik ke Intracoastal. Rumah ini megah menggabungkan keanggunan dan klasisisme dengan kemudahan abad ke-21.



8. The Manor, Los Angeles 

Rumah milik Aaron Spelling dan isterinya Cindy ini berkeluasan 56,000 kaki persegi. Dibina pada tahun 1991 dan ianya mempunyai 123 bilik untuk keluarga mereka. Tidak ada yang terkecuali dalam penciptaan rumah ini, dengan gelanggang luncur tertutup, pelbagai kolam renang, tiga dapur, gelanggang sukan, ladang, permainan bowling dan pelbagai kemudahan lain lagi.


7. Villa Leopolda, Perancis 

Villa yang berharga $ 75juta di Villefranche-sur-Mer ini dibina oleh King Leopold II dari Belgium pada tahun 1902. Rumah yang begitu besar ini memerlukan 50 tukang kebun sepenuh masa. Rumah ini juga meliputi 20 ekar taman dan pengunjung boleh bersiar-siar di kalangan 1,200 pokok zaitun, pokok oren, pokok lemon dan pokok-pokok Cypress.


6. Acqua Liana, Florida

Frank McKinney, yang dikenali sebagai artis hartanah telah membina rumah seluas 15,000 kaki persegi. Rumah ini lebih berkonsepkan mesra alam.


5. Hearst Mansion, Beverly Hill 

The Godfather Mansion . Rumah besar di Beverly Hills telah diiklankan untuk dijual pada harga $ 165m (£ 81.4m), menjadikannya salah satu daripada harta kediaman yang paling mahal yang disenaraikan di Amerika Syarikat. Bekas rumah hartawan akhbar AS William Randolph Hearst ini mempunyai 29 bilik tidur, tiga kolam renang, gelanggang tenis, pawagam sendiri dan kelab malam.



4. Fleur De Lys, Beverly Hills  

Istana kepunyaan Mariah Carey antara hartanah yang paling  mahal didunia iaitu berharga $125 juta!



3. Versailles, Florida 

Rumah besar 30 bilik tidur ini mempunyai lorong bowling sendiri, gelanggang roller skating dan kolam renang bersaiz Olimpik untuk menjadikan rumah ini antara rumah keluarga terbesar yang pernah dibina di Amerika Syarikat. Rumah ini memakan masa hampir 18 bulan untuk disiapkan dan ianya berharga $ 75 juta!


2. Updown Curt, England 

Terletak hanya 25 kilometer dari kota London, dan melalui sepasang pintu besi besar yang canggih, seseorang itu boleh melihat kecantikan pembinaan mewah berskala besar ini. Hartanah ini bagaimanapun adalah yang paling terkenal di London dengan harganya iaitu lebih daripada  $150 juta dengan 103 bilik, lima kolam renang dan 24-karat emas pada lantai mozek di bilik bacaannya.


1. Antilla, Mumbai

Mukesh Ambani merupakan lelaki kelima terkaya di dunia. Beliau adalah pemilik syarikat Mumbai petrokimia gergasi iaitu Reliance Industries, dianggarkan mempunyai harta bernilai sebanyak $ 43 bilion di India (belum ditempat lain ye) . Beliau juga merupakan pemilik rumah pencakar langit setinggi 27 tingkat yang bernilai $2 billion di pusat bandar Mumbai !!



Amacam? Kagum tak? 

Perbezaan Antara Rich & Wealth

Apabila kita sebut tentang kekayaan, biasanya idea yang terkeluar dari minda kita diukur dari sudut-sudut yang lazim seperti:

Duit.
Rumah.
Kereta.
Perniagaan.
Gaya hidup.

Dalam Bahasa Inggeris, ada dua sebutan yang menjelaskan kekayaan iaitu:

1. Rich.
2. Wealth.

Kedua-dua sebutan ini membawa makna yang jelas berbeza. Perkataan rich lebih menjurus kepada kekayaan dari sudut material. Seperti mana yang kita senaraikan sebelum ini.

Berbeza dengan wealth. Ia diukur dari pelbagai jenis dimensi.

Sebagai contoh:

*Wealth diukur dengan kelapangan masa kita dan tidak perlu risaukan tentang duit, walaupun tidak lagi bekerja atau berniaga.

*Wealth juga berkaitan dengan kekuatan spiritual, moral dan keakraban kita dengan Allah.

*Wealth juga berkait rapat dengan kehidupan kita yang penuh bermakna. Seperti aktif bekerja setiap hari kerana ia adalah obsesi atau passion.

Bahasa Orang Kaya?

Untuk jadi kaya, bahasa yang sesuai diterapkan dalam diri adalah wealth dan rich.

Kita tidak sekadar mahu kaya dari sudut duit. Mentaliti duit banyak pasti bahagia adalah mentaliti yang cetek. Duit semata-mata tidak akan menjamin kebahagiaan, walaupun dunia hari ini memerlukan kita untuk mempunyai amaun duit yang banyak untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Apabila kita menekankan wealth sebagai bahasa kekayaan, kita mencari jalan untuk kaya dari pelbagai dimensi, seperti:


  • Kaya harta.
  • Kaya ilmu.
  • Kaya cikgu.
  • Kaya akal.
  • Kaya moral.
  • Kaya spiritual.
  • Kaya akhirat.
  • Kaya sahabat.


Ramai yang mempunyai duit yang banyak dan berkepuk-kepuk dalam akaun banknya. Dalam masa sama, hati mereka tidak tenang kerana duit-duit itu diperoleh dari sumber yang tidak bagus.

Untuk berjaya dan kuasai bahasa orang kaya, kita adaptasi kedua-dua perkataan wealth dan rich dalam diri.

Persepsi, “Orang kaya itu orang jahat,” adalah perspektif yang melemahkan agama, bangsa dan masyarakat di Malaysia. Kekayaan hanya bergerak sebagai alat, bukan matlamat kekal.

Suara-suara Sumbang

Selain penguasaan bahasa orang kaya, satu lagi cabaran yang sentiasa terlekat dalam diri orang yang mahu jadi kaya adalah suara-suara sumbang.

Yakni suara golongan-golongan negatif yang pandang kecil terhadap usaha atau matlamat yang mahu kita kecapi. Cara untuk menangani isu ini adalah mengubahsuai persekitaran kita seperti:


  • Senarai rakan-rakan.
  • Tempat tinggal.
  • Senarai orang-orang dewasa dan berpengalaman.


Orang kaya biasanya ditindas pada peringkat awal. Diri mereka diperlekeh dan ditertawa. Apabila kita hadapi situasi yang sama, jalan terus dan berusaha dengan gigih ke arah matlamat.





Salam sayang.






Hentikan Rungutan!!

Salam sejahtera..

Pagi ini saya ingin kongsikan satu video tentang kehidupan yang  amat meruntun hati saya sebagai manusia. Hayatilah kisah hidup mereka semoga kita sama-sama dapat belajar mensyukuri akan nikmat Allah. Semoga video ini dapat dijadikan pembuka mata dan hati kita. Hentikanlah rungutan, lebihkan bersyukur dan memberi. 




Salam sayang.


Abah

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebooknya.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"As-Salam.... wbt

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil umi. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan umi cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan umi? Adakah abah dan umi cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60-an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas coretan abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Semoga kisah ini dapat memberikan iktibar kepada kita semua.


Salam sayang.








P/S: Saya juga rindukan arwah abah mertua saya. Semoga abah tenang disana. Al-Fatihah.




Gambar kenangan arwah abah bersama anak saya, Qaleesya di Pangkor Island Resort.
Alhamdulillah, sempat membawa abah bercuti sebelum abah jatuh sakit  dan
diberi peluang menjaga abah sehingga ke akhir nafasnya. Abah, Hada rindukan abah.







Sumber : TengokTVOnline

Doa Tidak Serupa Amal

DOA Tidak Serupa AMAL.

Bagaimana?






CONTOH 1:-

Berdoa Untuk Panjang Umur Tapi,

- Masih Buat Amalan Yang Merosakkan Diri.
- Masih Memakan Makanan Yang Tidak Berkhasiat.
- Masih Mendera Tubuh Dengan Pekerjaan Di Luar Kemampuan.
- Masih Tidak Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Diri.

CONTOH 2:-

Berdoa Untuk Murah Rezeki Tapi,

- Malas Menuntut Ilmu.
- Malas Berusaha.
- Malas Cari Peluang.
- Malas Bekerja.
- Malas Itu Dan Ini.

JADI...Bagaimana Doa-Doa Kita Itu Mahu Di Makbulkan Oleh Allah Swt?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.



Busuk!