50 Fakta Menarik Mengenai GOOGLE

google, social media, media sosial
Imej : Google

1. Nama samaran asal adalah BackRub kerana teknologi backlink yang digunakan untuk menentukan kepentingan tapak tetapi akhirnya menukar nama kepada Google yang berasal dari misspelling perkataan "Googol" (istilah matematik bagi satu nombor diikuti dengan seratus sifar) untuk menandakan kuantiti maklumat yang besar untuk orang ramai.

2. Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada tahun 1996.

3. Domain Google.com mula aktif dalam talian pada tahun 1997.

4. Pembiayaan pertama sebanyak $ 100,000 untuk Google telah disediakan oleh Andy Bechtolsheim pengasas Sun Microsystems.


Hari Rabu Tanpa Kata #19 : Biar Betul?? Panjangnya!!

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.




Hari Rabu Tanpa Kata #17 : Di Sebalik Tabir National Geographic.

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya. 

wordless wednesday,

10 Rumah Termewah

10. Mansion Barbies di Malibu, California 

Untuk menghormati sambutan harijadi Barbie yang ke-50, penghias dalaman extraordinaire, Jonathan Adler telah menghias sebuah rumah yang berkeluasan 3,500 kaki persegi menghadap ke Lautan Pasifik untuk kelihatan seperti rumah anak patung berambut perang itu. 


9. Yang Manalapan Residence 

Rumah berkeluasan 5.5 ekar, dengan 520 kaki berhadapan laluan air Lautan Atlantik ke Intracoastal. Rumah ini megah menggabungkan keanggunan dan klasisisme dengan kemudahan abad ke-21.



8. The Manor, Los Angeles 

Rumah milik Aaron Spelling dan isterinya Cindy ini berkeluasan 56,000 kaki persegi. Dibina pada tahun 1991 dan ianya mempunyai 123 bilik untuk keluarga mereka. Tidak ada yang terkecuali dalam penciptaan rumah ini, dengan gelanggang luncur tertutup, pelbagai kolam renang, tiga dapur, gelanggang sukan, ladang, permainan bowling dan pelbagai kemudahan lain lagi.


7. Villa Leopolda, Perancis 

Villa yang berharga $ 75juta di Villefranche-sur-Mer ini dibina oleh King Leopold II dari Belgium pada tahun 1902. Rumah yang begitu besar ini memerlukan 50 tukang kebun sepenuh masa. Rumah ini juga meliputi 20 ekar taman dan pengunjung boleh bersiar-siar di kalangan 1,200 pokok zaitun, pokok oren, pokok lemon dan pokok-pokok Cypress.


6. Acqua Liana, Florida

Frank McKinney, yang dikenali sebagai artis hartanah telah membina rumah seluas 15,000 kaki persegi. Rumah ini lebih berkonsepkan mesra alam.


5. Hearst Mansion, Beverly Hill 

The Godfather Mansion . Rumah besar di Beverly Hills telah diiklankan untuk dijual pada harga $ 165m (£ 81.4m), menjadikannya salah satu daripada harta kediaman yang paling mahal yang disenaraikan di Amerika Syarikat. Bekas rumah hartawan akhbar AS William Randolph Hearst ini mempunyai 29 bilik tidur, tiga kolam renang, gelanggang tenis, pawagam sendiri dan kelab malam.



4. Fleur De Lys, Beverly Hills  

Istana kepunyaan Mariah Carey antara hartanah yang paling  mahal didunia iaitu berharga $125 juta!



3. Versailles, Florida 

Rumah besar 30 bilik tidur ini mempunyai lorong bowling sendiri, gelanggang roller skating dan kolam renang bersaiz Olimpik untuk menjadikan rumah ini antara rumah keluarga terbesar yang pernah dibina di Amerika Syarikat. Rumah ini memakan masa hampir 18 bulan untuk disiapkan dan ianya berharga $ 75 juta!


2. Updown Curt, England 

Terletak hanya 25 kilometer dari kota London, dan melalui sepasang pintu besi besar yang canggih, seseorang itu boleh melihat kecantikan pembinaan mewah berskala besar ini. Hartanah ini bagaimanapun adalah yang paling terkenal di London dengan harganya iaitu lebih daripada  $150 juta dengan 103 bilik, lima kolam renang dan 24-karat emas pada lantai mozek di bilik bacaannya.


1. Antilla, Mumbai

Mukesh Ambani merupakan lelaki kelima terkaya di dunia. Beliau adalah pemilik syarikat Mumbai petrokimia gergasi iaitu Reliance Industries, dianggarkan mempunyai harta bernilai sebanyak $ 43 bilion di India (belum ditempat lain ye) . Beliau juga merupakan pemilik rumah pencakar langit setinggi 27 tingkat yang bernilai $2 billion di pusat bandar Mumbai !!



Amacam? Kagum tak? 

Mari Uji Fokus Anda

Selamat pagi..

Saya ada satu permainan yang boleh menguji daya fokus minda anda.

Anda ingin cuba?

Jom..




1. Jawab dengan spontan (MESTI CEPAT), tak boleh fikir lama-lama.
2. Baca satu demi satu.
3. Fokus!

Mula!

1. Kertas A4 warnanya apa ?
2. Awan warnanya apa ?
3. Tisu warnanya apa ?
4. Lembu minum apa ?

Yang menjawab SUSU fokus anda terganggu, sebab lembu minum air.

1. Rambut anda warna apa ?
2. Bulu mata warnanya apa ?
3. Jalan tar warnanya apa ?
4. Kelawar tidur bila ?

Yang menjawab MALAM, maknanya fokus anda tergganggu, sebab kelawar tidur di siang hari.

1. Warna dari cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna umum rumput ?
4. Zirafah makan apa ?

Yang jawab RUMPUT, itu salah, sebab zirafah makan daun.

Ahaaaa..amacam? Ada yang salah?

Semoga permainan ringkas ini dapat menyegarkan minda di pagi hari.

Hehehe..apapun enjoy your life, jangan stress-stress ye..

Selamat memulakan hari baru anda.

Salam sayang.


7 Iklan Termahal Dunia

Iklan merupakan alat komunikasi yang penting dalam dunia perniagaan bagi melariskan jualan sesuatu produk yang ingin dijual. Dengan kuasa iklan juga, pembeli akan mendapat informasi yang bermanfaat mengenai barangan yang hendak dibeli.

Sebab itulah syarikat-syarikat besar yang terkenal di dunia amat menitik beratkan kuasa iklan ini dan mereka sering bersaing bagi memperlihatkan kepada dunia iklan siapakah yang lebih menarik bagi menarik pembeli.

Berikut merupakan iklan-iklan termahal yang pernah dibuat di dunia.

7. Ferrari/Shell (USD$4.5 Juta)




Pada ulangtahunnya yang ke 60 tahun, iklan Ferari/Shell telah menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari di beberapa lokasi yang terkenal di dunia seperti Colosseum dan Times Square, New York.



Iklan yang dibuat pada tahun 2007 itu berakhir dengan imej yang menunjukkan kereta lumba tersebut berhenti di sebuah stesen minyak milik Shell dan kemudian meneruskan perjalanannya mengelilingi dunia.


6. Honda (USD$6.2 Juta)




Iklan ini merupakan sebahagian promosi dari produk automotif, Honda Accord yang diperkenalkan pada tahun 2003. Apa yang uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Kerana itulah yang membuatkan iklan ini menjadi mahal.



Untuk memastikan iklan ini berjaya, sebanyak 606 keping gambar telah diambil bagi menjamin kesempurnaannya dari awal hingga ke akhir. Dalam iklan ini juga, seluruh bahagian daripada kenderaaan ini telah dileraikan dan diletakkan di atas lantai dan ia mula terpasang secara sendirinya sehingga pada akhirnya membentuk sebuah kenderaan Honda.

5. Pepsi (USD$8.1 Juta)





Iklan yang berdurasi 90 saat ini pertama kalinya telah ditayangkan pada tahun 2002 dalam satu acara Superbowl. Ia menampilkan aktes Hollywood, Britney Spears yang menampilkan sejarah minuman ini selama 5 dekad yang terakhir.


Britney Spears telah muncul dengan pelbagai jenis kostum bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pada tahun tertentu. Pada setiap dekad dalam iklan itu, Britney selalu mengucapkan tagline minuman itu pada tahun 2002 yang berbunyi, "Untuk Mereka Yang Berfikiran Muda"

4. Chrysler (USD$12 Juta)





Iklan ini ditayangkan pada pertama kalinya pada pertandingan Superbowl 2011 yang menampilkan artis Eminem sebagai bintang iklan. Penggambaran iklan ini telah dijalankan di Detroit yang merupakan pusat kenderaan ini dibuat.


Eminem dalam iklan tersebut berlakon sedang memandu kenderaan tersebut dengan berlatang belakangkan lagu Lose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini berakhir dengan tagline "Made in Detroit".

3. Aviva (USD$13.4 Juta)





Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di Britain. Untuk mempromosikan nama barunya ini yang sebelumnya adalah Norwich Union mereka menggunakan iklan ini pada 2008 untuk mempromosikan nama barunya itu.


Iklan ini banyak menampilkan nama-nama bintang filem yang terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringgo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah mengubah nama asli mereka untuk menjadi sebahagian daripada iklan ini.

2. Guinness (USD$16 Juta)




Bagi memperingati ulangtahunnya yang ke 80 tahun, Guinness telah membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kolaborasi penduduk di sebuah kota kecil Argentina yang menyusun domino yang akan menjatuhkan buku, kotak cat, bahkan kenderaan yang terletak di sebuah jalan.


Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada tahun 2007 ini, jatuhan setiap barangan tersebut membentuk sebuah lambang Guinness.


1. Chanel (USD$33 Juta)




Iklan yang berdurasi selama 2 minit ini telah diarah oleh Baz Lurhrmann dan menampilkan aktres Nicole Kidman yang berperanan seperti seorang artis yang sedang dikejar oleh paparazzi. Nicole akhirnya masuk ke dalam sebuah teksi yang didalamnya ada seorang penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta.

Dalam iklan yang dibuat pada tahun 2004 ini, Nicole Kidman telah menerima bayaran sebanyak USD$3 Juta!








Kenangan Zaman Kanak-Kanak


Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ""

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek dan asah pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, Tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil.





Nombor berapa kena dengan anda? Hehe..


Salam sayang.


Selamat Malam



Sekejap lagi dah nak tidur, otak akan buat housekeeping, badan-badan akan perbetulkan nat-nat skru yang longgar masa kita hidup sebentar tadi.

Time tidur nie jugak otak akan buat proses defragmentation yakni penyusunan semula data-data yang berterabur dalam kepala hotak ni.

Kalau nak suruh otak kita bertindak apa yang kita mahu esok, sebelum tidur tulis apa yang nak kita buat esok, tengok balik dan cakap dengan diri kita sendiri.

Itu cara kita nak transfer data dari kertas dan install apa programming yang kita mahukan.

Satgi malam kalau mampu kita bangun submit dekat CEO alam semesta, kalau tak mampu pun tak pa, esok pagi kita bangun tinggal nak execute saja apa yang kita dah pikir malam ni.

Komen memang mudah, tekan LIKE juga memang mudah, cuer buat tgk cuer buat cuer buat..

Hehehehehehe..selamat malam!

Salam sayang.


8 Negara Dengan Akses Internet Terpantas Di Dunia

Internet kini telah berubah menjadi keperluan asas manusia dalam bidang teknologi di dunia. Social Quotient ( Kecerdasan Sosial ) kini diukur berdasarkan seberapa aktif seseorang di media sosial. Semakin aktif di media sosial maka semakin cerdas kehidupan sosialnya. Banyak komunikasi kini dilakukan melalui akses internet.

Aktiviti di media sosial, melayari internet, berbual dan sebagainya bergantung dengan kelajuan internet yang ada di negara tersebut. Semakin cepat akses internet suatu negara maka akan semakin banyak pengguna yang menggunakan internet tersebut . Dari ratusan negara yang ada di dunia , ada beberapa negara sahaja yang mempunyai akses internet terpantas di dunia.

Berikut 8 negara dengan akses internet terpantas di dunia:




1. Hong Kong. 
Mempunyai kelajuan internet 65.1Mbps . Hong Kong mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan akses internet terpantas di dunia. Walaupun Hong Kong mengalami penurunan sebanyak 0.9 peratus berbanding dengan suku sebelumnya, tetapi mengalami pertumbuhan sebanyak 32 peratus berbanding dengan tahun lalu. Negara ini adalah pemimpin dalam sambungan internet super cepat dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan sokongan kerajaan yang kuat.

2. Korea Selatan. 
Mempunyai kelajuan internet rata- rata 53.5Mbps . Korea Selatan mengalami pertumbuhan 19 peratus pada suku terakhir dan 14 peratus dari tahun lalu. Negara ini dikenali sebagai negara pecinta game sehingga sering diadakan beberapa pertandingan game , seperti World Cyber ​​Games, dan mempunyai saluran televisyen yang bertujuan untuk " sukan elektronik " . Serta game online yang memerlukan banyak bandwidth. 

Korea Selatan dikenali sebagai salah satu pemimpin dalam sambungan internet yang cepat. Kerajaan telah menetapkan dasar dan program dengan memudahkan pengguna broadband yang cepat. Korea Selatan menawarkan perkhidmatan wayarless untuk semua bandar- bandar besar. Wibro dan HSDPA adalah yang paling biasa digunakan dalam teknologi jalur lebar tanpa wayar dan sebahagian besar restoran awam menawarkan sambungan Wi -Fi.

3. Jepun. 
Mempunyai kelajuan internet dengan top speed 48.8Mbps . Jepun mengalami peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding suku sebelumnya dan 21 peratus berbanding tahun lalu. Kerajaan Jepun telah memberikan keutamaan untuk pembangunan internet sebagai tujuan nasional . 

Selain itu, dari laporan Akamai , berkata bahawa serat optik kelajuan tinggi sudah tersedia di banyak negara bahagian dan sambungan internet di negara ini telah mencapai 48.8 megabit sesaat .

4. Romania. 
Mempunyai top speed internet 47.5Mbps . Romania mempunyai pertumbuhan internet sebanyak 0.6 peratus daripada suku sebelumnya dan 23 peratus pertumbuhan bila dibandingkan dengan tahun 2012. Berdasarkan laporan Akamia tahun 2011 , bandar-bandar di Romania seperti Constanta, dan yang lain mempunyai kelajuan internet yang baik.

5. Singapura. 
Mempunyai kelajuan internet 45.6 megabit sesaat . Negara ini mempunyai empat pembekal perkhidmatan internet utama, iaitu, SingNet , Starhub , Pacnet dan M1 . Kerajaan Singapura telah menggalakkan penggunaan akses internet jalur lebar dan sudah tersedia di seluruh negara dengan kadar penyambungan lebih dari 99%. 

The Next Generation Nationwide Broadband akan membuat perkhidmatan rangkaian nasional dengan menggunakan kelajuan serat ultra-tinggi Singapura. Hal ini boleh menjangkau sehingga mencapai target 95 peratus.

6. Latvia. 
Mempunyai kelajuan internet 44.6Mbps . Latvia mengalami peningkatan akses internet sebanyak 5.4 peratus daripada suku terakhir dan 33 peratus dari tahun lalu. Internet di Latvia mula mengalami pertumbuhan ketara pada tahun 1999, sebagai penyatuan pembekal internet regional mula menurunkan harga untuk akses dial -up. Pada tahun 2000, ada 75,000 pengguna internet di Latvia.

7. Switzerland. 
Mempunyai kelajuan internet 41.4Mbps. Switzerland dikenali sebagai pusat utama dari industri kewangan. Switzerland mempunyai kelajuan internet tertinggi sampai 41.4 megabit sesaat . Hal ini bermakna negara ini mengalami kenaikan sebanyak 3.9 peratus pada suku terakhir dan 38 peratus dari tahun lalu. 

Negara ini memiliki salah satu akses internet dan tahap penembusan jalur lebar tertinggi di Eropah . Broadband telah menggantikan komunikasi telefon dan rangkaian DSL sebagai teknologi utama untuk akses broadbandnya.

8. Israel. 
Mempunyai kelajuan internet sehingga 40.1 Mbps . Israel mempunyai pertumbuhan internet sebanyak 53 peratus berbanding tahun lalu dan 6.4 peratus berbanding dengan suku sebelumnya . 

Internet di Israel telah tersedia sejak 1990-an tapi mula digunakan oleh masyarakat umum sejak tahun 2001. Ada tiga pembekal perkhidmatan Internet utama di Israel yakni 012 Smile, 013 Netvision dan Bezeg International.

Surat Mr.Bean Kepada Bill Gates




Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang ‘START’ tetapi saya dapati tidak ada butang ‘STOP’. Saya minta Tuan tolong periksa.

2. Saya sudah pelajari ‘Microsoft Word’, sekarang saya mahu pelajari ‘Microsoft Sentence’. Bila Tuan akan menjualnya?

3.Di dalam komputer saya terdapat ‘Microsoft Office’, bagaimana dengan ‘Microsoft Home’ kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah ‘Gates’, tetapi Tuan menjual ‘Windows’ kenapa tidak ‘Doors’?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian. Terima kasih.

Mr. Bean

Fakta Sains Untuk Dikongsikan



1. Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

2. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

3. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

4. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

5. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

6. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

7. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

8. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

9. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

10. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

11. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

12. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

13. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Fakta Yang Menarik

syuhada1981.com, fakta yang menarik, pelik tapi benar, fakta yang perlu diketahui



1) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
2) Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

3) Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

4) Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat.

5) Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa.

6) Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

7) Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

8} Kebanyakan gincu bibir yang kita pakai sekarang ini mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

9) Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

10) Tiada satu pun jam di kasino perjudian di Las Vegas . Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi menjudi dengan wang taruhan mereka.

11) Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia.

12) Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.

Lawak Dua Orang Kaya & Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."

Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!"dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la kan!


santai, cerita lawak, rehat minda

Busuk!