8 Cara Dapatkan Duit di Internet

Assalamualaikum..

Hmm..jam sekarang sudah menunjukkan jam 11.32 malam..

Alhamdulillah..saya baru sahaja selesai menidurkan anak kecil saya..baru juga selesai mengira dan menyediakan penyata gaji untuk semua pekerja-pekerja saya. 

Dan kini, waktu untuk saya mengemaskini blog pula. Bila yang sikecil sudah tidur, mudah sedikit untuk saya memerah minda..

Malam ini, saya ingin kongsikan satu ebook percuma tentang teknik mendapatkan duit melalui internet. Sebenarnya, saya pun masih baru dalam bidang ini. 

Tujuan utama boleh terjerumus dalam kancah blogging ini bukan untuk mendapatkan duit semata-mata, ia lebih kepada ingin berkongsi maklumat sebenarnya. (Tapi kalau boleh dapat duit lagi baguslah kan..) Kalau diikutkan dengan masa saya dengan kerja-kerja pentadbiran dan akaun perniagaan yang ada, masa saya menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak lagi..memang kelam kabut haru birulah jugakan.. dan saya sendiri adakala tiada masa untuk diri kerana saya memang tidak pernah ada pembantu rumah.

Tetapi bila difikirkan kembali, saya buat semua itu hanya dirumah sahaja. (Suami menyediakan mini office dirumah untuk saya menguruskan semua kerja pejabat.) Hanya seminggu atau 2 minggu sekali sahaja saya pergi ke pejabat untuk menguruskan apa yang perlu disana..Selebihnya saya hanya berinteraksi dengan pekerja saya melalui telefon, email, wechat dll,. WORK AT HOME MOM laa katakan.. jadi apa salahnya saya cuba jinakkan diri dengan blog. Walaupun bukan setiap hari saya mengemaskini entri, bagi saya tidak mengapa, bukan duit dan trafik yang dikejar.. asalkan perkongsian saya memberi sedikit manfaat kepada yang membaca. Itu sudah memadai bagi saya. The more you give, the more you will get..Lebih banyak kita memberi dan berkongsi elmu, lagi banyak elmu baru yang akan kita terima. 

Sebenarnya, saya banyak melaburkan duit membeli & melanggan ebook, saya suka membaca. Saya gemar mencarigali elmu2 baru. Tetapi sejak ada anak tiga ni, maklumlah..masa untuk membaca itu sudah digantikan dengan kerja2 yang lain, nak pergi kedai buku pun sudah tiada masa. Kadang2 saya muat turun & simpan dalam Iphone supaya sebelum tidur saya boleh baca sebentar sebelum terlelap walaupun dalam  keadaan gelap gelitakan.. . Kalau berkenaan dengan bisnes internet ni..saya banyak membeli dan merujuk dengan otai IM kitalah iaitu tuan Raja Kamil. Melalui ebook2 dan status2 beliau di FB yang membuatkan saya terpengaruh ingin mencuba. 

Buat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet.

Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr.Irfan Khairi. Beliau telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang kaedah sebenar buat duit di internet, anda boleh dapatkan ebook percuma dibawah ini..

*Kepada sahabat2 surirumah yang selalu PM bertanyakan bagaimana mahu menghasilkan wang tanpa modal, sebenarnya ada banyak cara salah satunya anda boleh mula menulis blog.*












Okeylah..setakat ini sahaja entri untuk malam ini..Semoga ebook diatas dapat memberi sedikit elmu yang bermanfaat kepada anda..Jika berkesempatan, kita berjumpa di lain entri yaa..Nanti saya kongsikan pula tentang perniagaan-perniagaan saya dan suami.

Selamat malam dan selamat bersahur.

Salam kasih sayang,




Mengapa Kita Perlukan Motivasi Diri?




Motivasi bermakna dorongan. Dorongan untuk sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sama ada kepada perkara yang baik ataupun buruk. Semuanya bermula dengan sebuah motivasi.

Motivasi seperti yang telah saya katakan adalah sebuah dorongan. Dorongan itu sama ada daripada faktor dalam diri atau faktor/pengaruh luaran yang memberikan kesan kepada keputusan dan tindakan diri untuk bertindak.

Untuk mencapai sesuatu tetapan matlamat, kita perlukan motivasi sebagai pendorong. Sebagai seorang manusia biasa, saya pasti akan ada sesuatu objektif atau impian yang ingin dicapai. Justeru, untuk bergerak dan membuat keputusan untuk mencapainya adalah sebuah motivasi.

Kenapa kita perlukan sebuah motivasi diri yang tinggi dalam hidup?  

Ia berkaitan rapat dengan sikap dan perasaan seorang manusia. Jika motivasi adalah sebuah dorongan yang membantu seseorang untuk bermula, halangan akan menjadi rintangan yang akan melemahkan semangat diri seseorang.

Bayangkan jika objektif atau sebuah matlamat tidak tercapai, saya pasti ini antara perkara biasa yang bakal berlaku ;

Hilang semangat dalam diri dan terasa segala cara yang diambil seperti sia-sia.
Hilang fokus kepada matlamat yang telah ditetapkan.
Perbalahan antara rakan kumpulan kerana cuba mencari punca masalah.

Namun, memang masih banyak masalah yang bakal dibawa oleh kehilangan semangat atau motivasi dalam diri. Bukan hanya kepada diri sendiri, tapi ia membawa masalah kepada organisasi.

Jika ditugaskan untuk membuat sesuatu perkara yang besar namun tidak tahu apa-apa mengenainya. Saya cukup pasti kita akan sedikit rasa terganggu dengan tugas tersebut. Namun, disitulah bermulanya peranan sebuah motivasi yang dikatakan sebagai dorongan.

Dengan dorongan, kita terasa punya satu tenaga untuk menyelesaikan tugas yang diberikan serta sedia untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi. Bersedia untuk mempelajari perkara baru, bersedia untuk menghadapi bentuk masalah baru dan bersedia untuk memberikan langkah penyelesaian bagi membuka jalan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Itu satu contoh dimana kekuatan motivasi dalam diri membantu untuk terus ke hadapan.

Sebab kenapa kita perlu sentiasa bermotivasi kerana kita akan sentiasa menerima apa sahaja yang tidak dijangka. Untuk mencapai matlamat, bukan boleh dicapai dalam sekelip mata. 

Keperluan tenaga dan masa akan memberikan tekanan kepada diri. Sekaligus mengoyahkan impian atau harapan untuk mencapainya. Tekanan ini jika tidak diimbangi atau diatasi, membawa masalah kepada empunya diri. Apatah lagi bila bertemu dengan kegagalan, pasti tekanan semakin besar. Itulah sebab kenapa motivasi atau dorongan sangat penting untuk memberikan sokongan kepada diri.

Inilah antara sebab utama kenapa kita perlukan motivasi. Ia adalah sebuah sumber tenaga mental atau dalam yang akan menggerakkan fizikal seorang manusia untuk bergerak menjalankan sesuatu dan mencapainya. 

Tanpa motivasi yang baik, walaupun dengan matlamat yang betul dan persediaan yang cukup ia akan memberi kesan tidak baik kerana tiada ketahanan kepada rintangan-rintangan akan sentiasa cuba untuk merebahkan.

Motivasi itu penting. Sentiasalah mencari motivasi anda untuk mencapai cita-cita yang anda impikan.


Salam kasih sayang,



Siapakah Doktor FB??

Salam sejahtera buat sahabat semua,

Sejak kebelakangan ini, sana sini orang memperkatakan tentang Doktor FB.. Apakah itu? Facebook sakit ke hingga terpaksa kena panggil doktor?? Saya juga tertanya-tanya juga pada mulanya tetapi sekarang saya sudah tahu siapakah doktor FB tersebut.. dan saya ingin berkongsi maklumat tentangnya.

Bagi para peniaga yang menjalankan perniagaan mereka menerusi facebook mungkin sudah kenal dan tahu. 

Apakah anda juga salah seorang penjual produk di Facebook dan masih belum berhasil menjana atau membuat jualan seperti yang di impikan? Apakah anda telah menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk membeli panduan atau mengikuti pelbagai kursus berkaitan perniagaan di Facebook semata – mata ingin meningkatkan jualan di Facebook fanpage anda?



Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana solusi berniaga di Facebook telahpun di temui dan segala teknik atau cara-cara meningkatkan jualan di FB fanpage telah pun terungkai melalui sebuah software hebat yang mampu meletupkan jualan anda yang di beri nama Aplikasi Doktor FB. Cuma keputusan hanya terletak di tangan anda sama ada untuk memiliki atau sebaliknya.







Doktor FB adalah Aplikasi Facebook yang terbaru yang menggunakan kuasa detik masa, berinteraksi dengan pelanggan yang mempunyai kuasa viral dan FB page adalah platform yang boleh anda gunakan.

Jika anda gabungkan kuasa VIRAL di facebook dengan website yang telah sukses seperti GROUPON, apa yang anda dapat? Doktor FB!

Doktor FB mempunyai semua yang anda mahukan iaitu LIKES, LEADS, VIRAL dan JUAL PRODUK anda. Anda boleh dapat LIKES, anda boleh dapat LEADS terus ke Autoresponder, anda boleh viralkan tawaran anda di wall FB, dan anda boleh terus menjual produk melalui FB fanpage. 

Dalam Doktor FB anda dapat 'live real-time countdown' yang mana menjadi tunjang utama dalam memaksa prospek bertukar menjadi pelanggan dalam masa yang singkat! Sekaligus meningkatkan jualan  di Facebook fanpage anda! 

Menarik bukan?


Untuk mengetahui lebih mendalam tentang software power yang mampu meledakkan jualan di FB anda sila klik –> DOKTOR FB



Salam kasih sayang, 




Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat?
Ada 9S yang anda boleh buat !  :-

1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.



2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.



3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoakan kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.


4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?



5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.


6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!


7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakaran anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.


8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.


9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

Sumber: www.azizanosman.com


kejayaan

Siapa Perompak Sebenar Di Sini??

Tertarik dengan satu cerita, jadi saya kongsikan disini..kerana ianya sangat berkait rapat dengan permainan kehidupan yang kita lalui.

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "Alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa perompak sebenar di sini ?


www.syuhada1981.com


-Kredit kpd penulis asal - unknown.-



Salam kasih sayang,




Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama sahabat baik saya (Aliaa dan Shahira) telah pun berpeluang menghadiri Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita 2013 yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang bertempat di Dewan Tun Dr.Ismail PWTC. Saya minta maaf kerana agak lambat update mengenai konvensyen ini kerana saya agak produktif dan banyak urusan kerja yang perlu saya selesaikan minggu ini. 




Apa yang boleh saya katakan tentang konvensyen ini adalah WOW dan sangat AWESOME dengan barisan panel yang sangat hebat dan berkarisma. Saya sangat berharap konvensyen ini dapat dijadikan acara tahunan kerana terlalu banyak elmu yang boleh kita perolehi dalam majlis sebegini.


Walaupun sebelum ini saya sememangnya aktif menghadiri seminar dan kelas-kelas anjuran Dr.Azizan Osman namun bagi saya konvensyen ini ada sedikit kelainan kerana barisan panelnya yang berbeza-beza (5 orang) dan fokus utamanya adalah untuk WANITA.


                                                 

Disini saya ingin berkongsi elmu dan tips-tips kejayaan yang sempat saya catatkan sepanjang konvensyen berlangsung.



Panel 1 > Puan Siti Nur Suraya Mohamed Ali (Lunatots) - Cabaran Bisnes Online dan Impak Dalam Perniagaan

Wanita bisnes ini adalah Pengarah LunaWorks Sdn.Bhd. Syarikat yang terkenal dengan produk Lunatots. Sepanjang 5 tahun, bisnes miliknya telah berkembang maju dan menjadi peneraju dalam menyediakan produk untuk bayi. Memiliki 8 buah pusat sehenti barangan bayi Lunatots diseluruh Malaysia dan juga bisnes online melalui Lunatots Online Store.
https://www.facebook.com/Lunatots
https://www.facebook.com/suelunatots?fref=ts
  • minat asalnya suka berkongsi tentang penyusuan bayi.
  • memulakan perniagaan di internet hanya dengan menjual 'breast pump'
  • dikenali sebagai 'misi' yang pergi rumah ke rumah untuk memeriksa bayi & ibu selepas bersalin. Hanya untuk berkongsi tentang kebaikan penyusuan bayi.
  • dulu win or lose tapi sekarang win and learn.
  • kalau ada situasi yang negatif anggap sahaja itu adalah cara untuk menyedarkan kita tentang kesilapan yang telah pun kita lakukan..so kena  fikir positif.
  • lebih pentingkan masa yang berkualiti dari kuantiti.


7 Rahsia Memulakan Kedai Online

  1. Tindakan - kebanyakan orang hanya pandai bercakap sahaja tapi tiada tindakan susulan. Kalau ada idea, buat sekarang jangan nanti-nanti sebab kalau nanti memang takkan dibuat. It's now or never!
  2. Laman Web - mesti kena ada laman web dot com kerana ianya melambangkan reputasi.
  3. Product -  *Facebook Fanpage - untuk berinteraksi dengan pelanggan. *Website - Webshop/Kedai Online.  *Blog - Pemilik perniagaan yang ada link dengan bisnes dan butir-butir produk. PEMILIK PERNIAGAAN ADALAH PEGAWAI PEMASARAN YANG TERBAIK!
  4. Jenama@Branding - harus mempunyai jenama/brand yang bagus supaya dikenali. If we have a good brand, people will always remember even we are sleep.
  5. Perkongsian - kena selalu berkongsi dilaman-laman sosial. Kemaskini status dan upload gambar. Wajib update perkongsian kerana itu adalah soft sell.
  6. Passion - minat kena ada.. kena suka apa yang kita buat..Love what we do.
  7. Leverage - jangan terperangkap didalam kesibukan kerja-kerja production. Jangan tamak nak buat semua. Kadang2 kita tiada masa untuk melayan semua inbox dan pertanyaan, upah sahaja orang lain untuk memantau. Takkan kita perlu duduk dihadapan laptop/komputer sepanjang masa, banyak lagi benda yang harus kita ambil kira. Jangan kedekut untuk upah orang lain yang lebih pakar contoh macam web design, kalau kita tidak tahu jangan pandai2 nak buat, upah sahaja orang lain.
Ayat terakhir dari Puan Suraya >> ALLAH TIDAK MENJANJIKAN KITA KAYA TAPI DIA AKAN BERIKAN REZEKINYA PADA MEREKA YANG BERUSAHA.


Panel 2 > Puan Mona Din - Meletakkan Jenama Produk Tempatan ke Arena Antarabangsa
Wanita jelita ini merupakan pengasas dan pemilik Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, L-EFFE Corporation, Luvstylista Apparel Sdn Bhd dan yang terkini Umrahajj Apparel. Beliau mempunyai latarbelakang yang kukuh dalam bidang pengiklanan memandangkan sebelum ini pernah bertugas di Karangkraf sebagai Pengurus Besar Pengiklanan. Satu ketika beliau membuat keputusan meletakkan jawatan dan mengusahakan jenamanya sendiri. Bermula dari kosong wanita ini tidak sesekali menoleh kebelakang.Beliau kini telah berjaya meletakkan namanya setanding dengan ahli perniagaan wanita yang berjaya di negara ini.
https://www.facebook.com/pages/UmraHajj-Apparel/150791355092749
https://www.facebook.com/pages/Hajaba-Muslimah/107195829319105
https://www.facebook.com/pages/Leesa-Formula-HQ/170320422988347
https://www.facebook.com/pages/Serenity-Spa/144057955664583

  • terpaksa menjual 2 buah kereta (BMW dan Estima) dan hanya membeli kereta Kembara manual untuk medapatkan modal memulakan perniagaan.
  • disamping itu terpaksa juga berjimat cermat untuk membiayai kos perubatan anak bongsu yang menghidapi 'down syndrome' dan mempunyai 4 lubang dijantungnya..sepanjang masa hanya dihospital dan meninggal dunia pada usia 12 tahun.
www.syuhada1981.com

The Power of Branding

  1. Kejayaan boleh diukur dengan 2 benda iaitu duit yang ada didalam bank yang hanya kita, orang bank & Allah sahaja yang tahu dan jenama kita sama ada orang kenal atau pun tidak.
  2. Berjaya memperolehi RM 1juta hasil jualan Leesa Formula pada 6 bulan pertama dipasaran.
  3. Jenama yang gah boleh dijual walaupun kita sebenarnya rugi. Contoh jenama Laura Ashley. Walaupun kerugian tapi disebabkan jenamanya besar & dikenali maka perniagaan tersebut telah bertukar tangan dengan harga puluhan juta dolar!
  4. Power brand sangat penting. Jangan ambil mudah tentang jenama kerana kita tidak tahu tuah kita.
  5. Nama, ikon, logo, warna, simbol, tagline yang kreatif boleh diterjemahkan sebagai Jenama.
  6. Jangan lupa daftar di Harta Intelek Malaysia supaya jenama kita tidak diambil & ditiru orang lain.
  7. Pilih satu nama yang senang disebut, logo yang boleh represent product/bisnes kita.
  8. Build your name supaya orang kenal.
  9. Bila anda ingin memulakan perniagaan anda juga perlu tahu dimana anda mahu ianya berakhir. Start with business plan, dream big/visualise your business, buat kajian/do the research.
  10. Kena ada plan A,B,C,D untuk marketing, packaging, advertising kerana semua itu memerlukan kos.
  11. Kena tahu komersialkan jenama kita.
  12. Jangan cepat terpesona dengan kejayaan orang lain. Orang buat itu, kita pun nak buat juga tanpa kita ketahui susah payah, pahit getir orang yang telah berjaya itu.
  13. Tidak salah untuk berimpian besar.
  14. Create your own style, brand and niche. Jangan meniru 100%. Inovasikan produk/jenama kita.
  15. Kena rajin. Get out of your comfort zone.
  16. Bunting, banner, iklan, poster kena sentiasa ada untuk mempromosikan jenama/produk kita.
  17. Iklan kena sentiasa konsisten even jenama yang besar seperti Adidas, Nike, Pepsi, Cadbury, Loreal, KFC dan sebagainya pun masih lagi menggunakan iklan, billboard dan poster sebagai medium pemasaran supaya orang tidak lupa jenama mereka.
  18. Bina jenama melalui diri sendiri kerana secara tidak langsung bila orang kenal pengasas maka orang juga akan kenal brand/produk kita. Itu adalah benefit.
  19. Jangan risau kalau ada orang yang meniru.  Yang penting kita kena tingkatkan prestasi, jaga nama baik jenama kita dan berikan yang terbaik untuk pelanggan. Kalau ada orang tiru bermakna kita bagus..Kita adalah 'trendsetter'.
  20. Beliau merupakan the only one usahawan Melayu yang membuka butik di KLCC, Pavilion, Alamanda dan juga di Bangsar.
  21. Tidak menggalakkan buat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Gadai dan gunakan apa sahaja yang kita ada. 
  22. Sedih dengan sikap bangsa Me-Layu, hanya tahu apply loan tapi taknak bayar. Lepas tu, salahkan orang itu ini. 
  23. Beliau baru sahaja melancarkan jenama pakaian Umrahajj, pakaian muslimah untuk umrah dan haji di Plaza Shah Alam..Sales pada hari pertama sahaja iaitu pada 1 June 2013 mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia!!
  24. Dengan itu, pihak Plaza Shah Alam telah menawarkan lot kedai yang lebih besar kepada beliau. Dijangka sebelum puasa, satu lagi jenama baru akan beliau keluarkan iaitu WOMEN OF JANNAH yang terdiri daripada 15 jenama pakaian muslimah yang bakal bersatu menjadi satu. 8 daripadanya merupakan pesaing beliau sendiri didalam industri fesyen muslimah. Dan WOMEN OF JANNAH bakal menjadi Muslimah Apparel Outlet yang pertama di Malaysia !!


Perkongsian bersama Pengurus Korporat Technology Park Malaysia, Puan Aniz Adura Abdul Majid - Melahirkan Usahawan Berdaya Saing.

www.syuhada1981.com

  1. Kerajaan melalui agensi-agensi telah banyak menyediakan peluang dan dana tapi orang Melayu malas cari maklumat.
  2. Terlalu banyak kemudahan teknologi, sains dan inovasi yang disediakan di TPM contohnya kilang biotech, cosmetic lab, mesin, robot, HALAL lab dan lain-lain.
  3. Company dari US datang ke Malaysia, gunakan khidmat TPM untuk keluarkan produk HALAL TEST KIT !
  4. Saintis dari Russia sebulan datang TPM 4-5 kali untuk menggunakan kemudahan disitu tapi orang kita?
  5. Usahawan yang berdaftar dengan TPM akan dikenalkan dengan para pelabur, dan jika ada konvensyen2 diluar negara, usahawan2 ini akan berpeluang mewakili Malaysia memperkenalkan produk mereka disana.
  6. Kena rajin tengok Budget Tahunan kerana disitu ada banyak maklumat tentang peruntukan dana bagi membantu usahawan Bumiputera.
  7. TPM menyediakan khidmat penyelidikan, fasiliti, pengilangan, kontrak dan pemasaran luar negara.
  8. Jika hanya ada idea yang unik juga boleh dibawa ke TPM. Contohnya seorang nelayan yang bernama Redzuan telah datang ke TPM untuk bertanyakan tentang enjin bot yang boleh dicabut keluar dari bot ketika tidak digunakan dan yang boleh diubahsuai. Enjin bot yang ada sekarang sangat menyusahkan ramai nelayan ketika musim tengkujuh..sebab banyak yang rosak. Jadi idea ini telah diterjemahkan dengan penyelidikan dan kajian maka hasillah enjin bot yang diberi nama RED1 (nama pemilik idea). Enjin bot itu telah diinovasikan, boleh dibuka ketika tidak digunakan dan juga boleh digunakan sebagai mesin tebu dan mesin rumput! Encik Redzuan bakal menjadi jutawan kerana ada yang telah menawarkan jutaan ringgit untuk membeli ideanya itu.
  9. TPM yang berkeluasan 700 hektar di Bukit Jalil ini juga menerima kunjungan & rombongan bagi sesiapa yang berminat untuk datang dan lihat sendiri kemudahan yang ada disana.
  10. Cip mykad/mykid juga merupakan idea dan hasil produk usahawan IT yang berdaftar dibawah TPM. Kini usahawan itu mempunyai bangunan perniagaannya sendiri di dalam kawasan TPM!
  11. TPM mempunyai ramai para genius dan saintis NASA yang setiap harinya kerja mereka adalah membuat kajian dan penyelidikan.
  12. Boleh layari http://www.tpm.com.my/   untuk maklumat lanjut.

Panel 3 > Dato (Dr.) Hussamuddin Haji Yaacub - Wanita Membina Karakter Usahawan.
Pengasas dan pemilik Kumpulan Media Karangkraf ini memiliki 28 buah majalah, tiga syarikat penerbitan, sebuah akhbar dan juga syarikat pencetak komersial yang terbesar di Malaysia. Atas sumbangannya terhadap industri media, beliau telah diberikan penghargaan antaranya Anugerah Superbrands 2005, SME Platinum Award 2008 dan Asian Publishing Lifetime Achievement Awards 2012.



  1. Usahawan adalah satu skill yang kita kena develop. Tak boleh belajar dalam masa 2 hari. IQRA' adalah pegangan hidupnya iaitu BACALAH.
  2. Berasal dari Kelantan - pengaruh dari ibubapa yang membentuk beliau menjadi usahawan.
  3. Bapa beliau merupakan seorang ustaz manakala ibunya merupakan seorang tukang jahit. Anak ke7 dari 8 orang adik beradik.
  4. Bagi menambahkan pendapatan ayahnya membuka kedai menjual suratkhabar,buku dan majalah.
  5. Semasa kecil beliau seorang yang slow learner, kurang cerdas dan mempunyai saiz tubuh badan yang kecil.
  6. Tapi ibu beliau telah develop potensi yang ada dalam dirinya.
  7. Beliau telah diarahkan ke pasar setiap pagi untuk membeli bahan2 mentah sebelum ke sekolah. Walaupun memberontak dan protes tapi budak dulu bukan macam sekarang..Dulu tak boleh nak bantah cakap ibu! Jadi nak taknak kena juga buat.
  8. Daripada terpaksa lama2 sudah jadi minat, dan disitulah beliau develop skill jual beli, tawar menawar dan networking. Bayangkan satu pasar Siti Khadijah kenal beliau!
  9. Pulang dari sekolah pula beliau telah diarahkan oleh ayahnya untuk menjaga kedai setiap hari. Protes juga pada mulanya. Tertanya juga mengapa bukan abang2 dan kakak2nya?
  10. Ayah mengarahkan beliau untuk membaca 7 suratkhabar yang dijualnya setiap hari..termasuk buku2 dan majalah2 yang ada disitu juga. Dari situlah dia membina minat menjual dan membaca. 
  11. Dulu protes, lama2 beliau sedar bahawa ibu dan ayahlah yang bertanggungjawab mempersiapkan diri beliau untuk menjadikan beliau seorang usahawan!
  12. Jiran-jiran beliau  95% adalah bangsa Cina yang berniaga. Tauke Mydin merupakan jiran beliau semasa kecil.
  13. Apabila menginjak ke sekolah menengah beliau menjadi lebih kreatif. Dengan kebolehan dan kelebihan dalam bidang penulisan beliau antara yang terkenal di sekolah. Telah dibentuk sebagai leader oleh guru2nya.
  14. Melalui proses pembacaan dapat membentuk Life By Design.
  15. Memilih bisnes untuk memandaikan orang.
  16. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual karangan-karangannya..- satu karangan 20sen. Dulu nilai 20 sen tu besar.
  17. Sekarang alhamdulillah..jualan berjuta-juta setiap bulan.
  18. Buat apa yang kita minat dan apa yang kita tahu.
  19. Minat membaca, menjual dan membeli beliau jadikan perniagaan.
  20. Untuk develop skill dan karakter seorang usahawan perlu banyak membaca dan menuntut elmu. Usahawan kena kreatif.
  21. Pejabat Karangkraf yang berkeluasan 20 ekar dibandar Shah Alam telah dibeli oleh beliau semasa zaman gawat ketika itu ramai yang menjual aset, tanah dan lain2. Tanah itu dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit pada masa sekarang!
  22. Rules dalam perniagaan- setiap sen kena berkira. Kalau duit poket sendiri, beliau memang seorang yang pemurah.
  23. Staff kena jaga. Didik semua staff supaya faham makna pekerjaan mereka walaupun mereka hanya bekerja sebagai pelipat kertas. Nilai pekerjaan kita itu penting.
  24. Touch customer's heart, berikan servis yang terbaik.. Buat apa yang termampu. Iklan yang terbaik adalah viral marketing. Contoh, mengapa orang suka pergi minum dan makan di kedai mamak? Kerana servisnya yang pantas dan kedainya dibuka 24jam!
  25. Relationship sangat penting dalam perniagaan. Adakah saudara-mara,jiran-jiran dan orang disekeliling kita tahu tentang perniagaan kita? Sharing itu penting. Sharing is viral marketing. 
  26. Buat apa sahaja kena IKHLAS. Kerja menambahnilai hidup orang lain perlu dididik dalam hati.
  27. Jangan follow up tapi gunakan follow through sampai jadi!
  28. Setiap 3 bulan beliau adakan meeting dan briefing session untuk semua staff.
  29. Aliran tunai dan accounting sangat penting dalam perniagaan. Jika pemilik salah guna wang syarikat, perniagaan pasti akan lingkup.
  30. 30 tahun pertama semua untung Karangkraf direinvest semula untuk meningkatkan lagi teknologi dan membaikpulih sistem sedia ada.
  31. Cakap kena kuat, jalan mesti laju, tindakan harus pantas. Think smart!
  32. Orang Melayu kena kaya kerana dengan kekayaan baru kita boleh menyumbang, berzakat dan membantu hidup orang lain.
  33. Dalam perniagaan mesti ada persaingan tapi kita mesti jadi lain dari yang lain/being different/being unique. Contoh macam akhbar Sinar Harian yang sentiasa telus dalam menyampaikan berita.
  34. Beliau sangat meminati Wisdom Quotes.
  35. Dapat isteri cantik kerana kebolehan beliau menulis surat..Dulu takde handphone,email,sms, whatapps dan sebagainya..Hanya surat pengganti diri..Tulis surat tanpa nama membuatkan isterinya tertanya-tanya siapa pengirim surat-surat cinta itu.
  36. Memang suami adalah ketua/kepala keluarga tetapi kena ingat isteri adalah TENGKUK. Tengkuk lagi penting dari kepala kerana peranan tengkuklah yang menggerakkan kepala. Contoh kalau tengkuk kita sakit, kepala kita juga akan senget. Pendek kata, isteri adalah tulang belakang suami dan keluarga. Lelaki susah nak berjaya tanpa sokongan isteri, tetapi wanita boleh berjaya tanpa ada suami. (ibu tunggal).

Panel 4 > Dr.Azizan Osman - Usahawan Jutawan
Ahli perniagaan berkarisma ini merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Richworks Resources Sdn.Bhd. Beliau turut dikenali sebagai pakar pemasaran terkenal Malaysia. Berbekalkan pengalamannya dalam bidang berkaitan, beliau telah melatih lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia yang mahu meraih kejayaan dalam setiap profesion. Selain Malaysia, beliau juga turut berjaya meluaskan pengaruhnya dengan menganjurkan seminar di peringkat antarabangsa iaitu di Brunei, Indonesia, Singapura dan Australia.
https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan
http://www.azizanosman.com/


www.syuhada1981.com

4 Perkara Penting untuk Hidup Yang Luarbiasa

1. Otak
  • ramai orang tidak diajar menggunakan otak mereka dengan maksimum.
  • otak perlu disekolahkan, jika tidak, otak yang akan menyekolahkan kita dengan suara-suara kecil didalam diri. ( small little voice )
  • otak perlu dikawal dan dikuasai.
  • otak harus digunakan untuk kebaikan.
  • Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.Apa yang kita fikir adalah doa, jadi jangan fikir benda-benda yang negatif!
  • sel kesyukuran dalam otak sudah mati bagi orang yang negatif dan orang yang suka merungut.
  • setiap hari otak kita akan menghasilkan sel-sel yang baru jadi bagi orang yang negatif sel-sel mereka tidak akan aktif.
  • bagi orang yang positif sel-sel otak mereka yang kukuh dapat menarik lebih banyak benda-benda yang baik dan positif.
2. Emosi
  • potensi manusia terletak pada hati, perasaan dan emosi.
  • emosi boleh membina dan menghancurkan hidup seseorang.
  • bersedekah bukan hanya dengan duit sahaja, senyum, berkongsi elmu, bantu orang lain, nasihat juga merupakan sedekah. Bila kita dapat bantu orang lain secara tidak langsung ia dapat membina emosi kita.
  • what you give, you will get back.
  • the more you give, the more you get.
  • what goes around will comes around.
  • orang yang memberi adalah orang KAYA. Kerana hanya orang yang ada sahaja yang boleh memberi.
  • orang yang selalu meminta/menerima/menadah tangan akan sentiasa miskin.
  • wanita suka menyimpan dan pendam perasaan sampai jadi barah. Ia patut dilepaskan sebelum ia mengganggu emosi dan minda. Jangan sabotaj diri sendiri.
  • belajar memaafkan.
3. Mulut
  • apa yang kita fikir,rasa, cakap dan buat adalah doa. Programkan anak2 dan suami melalui percakapan.
  • skrip programming mesti sama. 
  • masa paling sesuai untuk programming adalah masa anak2 tidur.
  • kalau nak marah pun, cakap dan sumpah yang baik-baik sahaja.
  • baiki hubungan dengan ibu kerana ibu adalah keramat hidup kita. Doa ibu paling mustajab!
4. Perbuatan
  • setiap perbuatan kita ada impak sama ada positif atau negatif.
  • kita boleh menilai tindakan kita sama ada kita menggembirakan atau menyakiti hati orang lain.
  • orang yang berjaya selalu pantas bertindak..segala-galanya pantas.
  • fast action fast result.
  • for things to change, I must change first!

12S untuk Keberkatan Hidup ( Buat sikit tapi dapat banyak. )
  1. Sikap - contohi sikap-sikap positif orang yang sudah berjaya.
  2. Syukur - siapa yang bersyukur Allah akan tambah lagi rezekinya. Sentiasa berterima kasih. Bila kali terakhir kita mengucapkan terima kasih pada suami, isteri, anak-anak, ibu, bapa, pekerja, kawan-kawan dan lain-lain?
  3. Senyum 
  4. Sedekah - keep on giving, you will keep on getting.
  5. Seronok - kena seronok dengan apa yang kita buat, lebih banyak enjoyment yang kita dapat.
  6. Sumbangan - apa yang boleh kita contribute? Kerja, idea, nasihat, bantuan itu adalah sumbangan. Kebahagiaan tidak boleh dibeli tetapi boleh dicipta dengan membahagiakan orang lain melalui sumbangan kita.
  7. Silaturrahim - jaga hubungan sesama manusia. Jangan menyakiti hati orang lain.
  8. Sujud - lebih banyak sujud lebih banyak keberkatan.
  9. Suci - sucikan hati, sucikan diri, solat Taubat, solat Tahajudd, solat Dhuha
  10. Selawat 
  11. Sabar
  12. Serah/Submit - Tawakal. Berserah pada Allah setelah kita berusaha.

Panel 5 > Dato' (Dr.)Azlina Hj Che Abdullah - From Zero to Hero
Wanita cantik ini adalah pengasas produk D'Navechee, pemilik DAS Travel, Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang, DCL Manufacturing dan lain-lain lagi. Misi dalam bisnes memacunya menjadi salah seorang usahawan wanita berjaya di negara ini. Berpengalaman dalam perniagaan jualan langsung dan kosmetik Dato'  Azlina telah meraih anugerah Wanita Ikon 2008, Winner of Best Brands 2010 dalam bidang jualan langsung dari The Asia Pacific Brand Foundation, The Brand Laureate.

www.syuhada1981.com   


  1. Berkelulusan setakat STPM sahaja.
  2. Memulakan bisnes semasa zaman kegawatan ekonomi. Orang kata beliau gila sebab orang lain tutup kedai tapi beliau baru nak buka kedai/berniaga.
  3. Pernah dihalau keluar dari rumah sewa, sorokkan kereta bimbang ditarik oleh pihak bank. Pernah ditangkap kerana isu product labelling.
  4. 16 tahun bersusah payah membina perniagaan.
  5. Turning point - IQRA' ( Bacalah )
  6. Pada suatu ketika, pada masa jualan D'Naveechee meningkat pada jutaan ringgit, beliau terpaksa berkorban masa selama 6 tahun untuk memberi fokus membantu suami menaikkan kembali DCL yang telah kerugian sebanyak RM8juta di Indonesia.
  7. Networking seramai 2juta orang dibawah DCL perlu dibantu, kebanyakannya ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tetapi orang masih bercakap yang negatif tentang beliau.
  8. Pedulikan cakap-cakap orang, jadi diri sendiri.
  9. Niat untuk membantu orang lain, Allah telah turunkan rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka.
  10. Hidup kita ini suratan atau kebetulan?
  11. Dahulu beliau sombong semasa kaya..pernah ada tunai sebanyak RM200 juta dalam akaun. Dahulu, bila shopping sekali borong beg tangan Louis Vuitton sebanyak 10 buah beg bernilai RM200,000.. sekali beli kereta borong sampai 2-3 buah kereta (shopping tunai ye). Beliau terlupa untuk 'memberi.'
  12. Sekarang, beliau sudah banyak berubah..tidak seperti dulu lagi..lebih banyak memberi dan berkongsi, boleh nak beli yang mahal-mahal tetapi sekadar yang nak dipakai sahaja.
  13. Pernah dilanda kontroversi dan berita tersebar diseluruh Malaysia. 
  14. Segala ujian ada hikmah supaya DIA mahu kita sedar.
  15. Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang baru kita benar-benar rasai.
  16. Allah boleh campakkan rahmatNya pada sesiapa sahaja yang DIA pilih.
  17. Ujian dan dugaan apabila sudah kaya, jangan sesekali sombong, riak & takbur.
  18. Beliau baru melancar dan menubuhkan Akademi Khalifah Super. Program mengenal diri dan merawat jiwa.
  19. Jaga hubungan dengan Allah. Sentiasa bersyukur.
  20. Mereka yang tidak bergantung pada Allah swt, JIWA mereka akan kering kontang.
  21. Hati kena tenang baru kita akan senang.
  22. Jangan fikir apa orang nak bercakap tentang kita. Abaikan sahaja.Ada aku kisah??
  23. Fikirkan tentang nilai kehidupan. Fikirkan hayat perjalanan hidup kita.
  24. Mana milik kita? Tiada milik kita. Semua yang ada merupakan milik Allah semata-mata.
  25. Dunia hanya pinjaman, akhirat jua kekal abadi.
  26. Kaki merupakan kenderaan kita yang paling mahal sebenarnya!
  27. Buat sesuatu kerana Allah.
  28. Rezeki yang ada untuk dikongsi. Beliau telah menubuhkan Yayasan bagi membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Aktif dalam memberikan sumbangan.
  29. Bila hati kita bagus dengan Allah, pasti Allah akan ingat dan beri pada kita.
  30. Allah akan datangkan rezeki dengan pelbagai cara tanpa kita sangka.
  31. Hubungan suami isteri mesti kena bagus. Saling berkongsi, saling menyokong, saling memerlukan..tidur harus pegang tangan.
  32. Antara keberkatan perniagaan adalah kerana restu dan berkat sokongan  pasangan hidup kita, selain doa dari ibubapa.
Sedikit sebanyak maklumat tentang Akademi Khalifah Super.

khalifah super academy



Haa..amacam? Best tak?? Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda semua..

Baiklah, ini sahaja perkongsian kisah-kisah jatuh bangun dan tips-tips kejayaan ahli-ahli panel yang sempat saya catatkan sepanjang konvensyen berlangsung. Agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog saya. Saya juga berharap agar pihak Karangkraf dapat menganjurkan lagi konvensyen yang sarat dengan elmu seperti ini, kalau boleh setiap tahun pun bagus tau Dato' Hussamuddin. :)

Anda semua kaya & berjaya.

Salam kasih sayang, 









Gambar kenangan kami bersama Dato'Azlina. Orangnya sangat humble !

Image captured by Mokhriz from ReezQi Photo/Video Expert
https://www.facebook.com/ReezqiCinematograpy









Baucer Membeli-Belah Bernilai RM1,000 Untuk Di Menangi!!

Salam Sejahtera Semua,

Anda mahu menang baucer membeli-belah bernilai RM1,000 dari Jusco, Parkson, Petronas, Air Asia dan banyak lagi? 

Anda hanya perlu menyertai pertandingan ini sekarang! 

http://tinyurl.com/oswm34v





Ia memang benar! Ramai yang telah pun memenangi baucer tersebut untuk membeli belah  bersama keluarga.  

Langkah 1, pilih baucer yang anda suka. Kemudian, isikan butir-butir anda. Mudah sahaja! 

Sertai sekarang juga !

http://tinyurl.com/oswm34v

Ikhlas, 



Busuk!