Selamat Hari Pekerja

Tahukah Anda??

Sejarah Sambutan Hari Pekerja (1 MEI)


Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka. 

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun. 

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari. 

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan. 

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. 

(Sumber: Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard)


P/S : Disini saya (mewakili suami ) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat hampir 60 orang staff kami di AA Lifeworks Sdn.Bhd, AA Management & Services, AA LifeAuto Sdn Bhd, Alaillie Trading dan D'LVC Event & Management. Terima kasih kerana masih setia bersama kami sejak tahun 2005 lagi. Siapalah pekerja tanpa majikan dan siapalah majikan tanpa pekerja.



Bahagian 3 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?


2 Cara biasa untuk kaya.

Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa manusia tergolong dalam dua kategori.

Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang.
Atau
Orang yang berusaha dan kejayaan akan datang kemudian.

Anda berada di mana? Mari kita siasat 2 cara untuk kaya ini.

Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan ijazah dan peniaga kecil-kecilan.
Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak menghina anda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada dalam golongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yang berharga untuk wang.

Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha dan bekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuang begitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut :
·        
1.Bekerja pada kadar minimum supaya tidak di pecat oleh bos
2.Sentiasa memikirkan perkara negatif.
3.Sentiasa berada di dalam dilema.


Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk anda memiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.

Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu golongan yang berusaha dan kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda baru, pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar nasihat berikut.

Berhenti bekerja untuk duit tetapi bekerja supaya anda boleh meneruskan kehidupan.

Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau kedua. Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akan perkara berikut.
·        
    1.Golongan kedua adalah golongan yang berusaha.
2.Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar.
3.Golongan kedua adalah mereka yang selalu bernasib baik.
4.Golongan kedua adalah mereka yang berani untuk menyuarakan pandangan mereka.
5.Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar dari perkara sebenar, bukan dari sekolah.


Untuk berusaha, anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. Donald Thrump, ketika melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruh calon-calonnya untuk menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidak penting, namun, bagi beliau ia adalah penting. Jika perkara sekecil itupun, mereka tidak mampu lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkara  yang besar?

Bermula kecil sentiasa menghasilkan keputusan yang besar.


3 cara untuk cari wang.

Berikut adalah 3 cara untuk mencari wang yang ada pada zaman sekarang.

Menukarkan masa dengan wang – pekerja dan bekerja sendiri.


Menghasil dan menggunakan idea yang kreatif – pelukis, jurutera dan pereka.


Menyuruh orang lain mencarinya – pemilik perniagaan dan pemimpin.

Setiap cara adalah unik dan mempunyai kelemahan dan kebaikannya yang tersendiri.

Soalan : Anda mahu gunakan cara apa untuk mencari wang ?

www.syuhada1981.com

Bahagian 2 : Apa itu Wang?




Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk pertukaran. Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang pada zaman sekarang.

Lagi banyak wang, lagi kaya.
Lagi banyak wang, lagi di hormati.
Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.

Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.

Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.

Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang sebagai hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang menarik untuk di kongsi.

Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.

Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masa dan kehidupan anda.

Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah dengan pengurusan wang yang betul.

Beringat sebelum terkena.

Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak dapat menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan kita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup. 

Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.

Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita.

Masa dan Wang.

Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia:
    1.    Tiada masa dan tiada wang.

Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakan dari mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebasan yang tidak dapat di kawal.

2.    Tiada masa tetapi ada banyak wang.

Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka.

     3.    Ada masa tetapi tiada wang.

Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.
   
4.    Ada masa dan ada banyak wang.

Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.



Bersambung di bahagian yang ketiga. 












Bahagian 1 : Wang & Anda


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin menyentuh tentang wang.

Sekarang kita berada di situasi yang mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup.

Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni?
Yeye, banyak duit?
Mak, Ali nak patung robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah.

Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan pelbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan.

Apa yang anda perlu faham mengenai wang?

Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manusia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka.

Mahu rumah yang lebih besar,
mahu kereta yang lebih besar,
mahu berikan yang terbaik untuk keluarga.

Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda tidak boleh mengharapkan situasi berikut akan berlaku.
Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.
Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan berkata :

Syuhada, hari ini saya nak naikkan gaji awak..

Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada anda. Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang sepatutnya.

Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda. Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.

Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu perkara yang sama 
untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkan masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang sama.

Bagi saya pelaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk menjamin masa hadapan. 

Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang. Jumpa lagi di bahagian yang kedua.


Follow Me

Salam sejahtera semua..

Untuk post tengah hari ini, saya tidak boleh nak taip panjang2 disebabkan terlalu banyak urusan yang perlu saya selesaikan..

Memandangkan kita semua berada dalam dunia teknologi maklumat yang serba canggih kini, pelbagai saluran social media yang boleh kita ikuti. Saya juga tidak ketinggalan.. Selain dari blog ini, anda juga boleh berhubung dengan saya melalui twitter, facebook, instagram & keeks. Jumpa anda disana.

From Syuhada with Love.







Just a little Reminder

It takes a major event in someone's life to make them realize just how much he or she has been taking things for granted.Many of us never realize just how important that thing or person is to us until they are well & truly gone from our lives, it's all to easy to neglect what's really important & not realize it until it's too late.

Many of us also take life for granted.We always think that we're invincible & fail to realize just how fragile the human body & life, for that matter, really are. We never give death a second thought in our daily routine but to constantly think about death would make us inevitably paranoid. But that's no way to live our life,is it?


Life is a very fragile thing.It can be taken away from any of us in an instant.Sometimes, we know its coming & we start preparing for the inevitable departure. Other times, death comes as swift & sudden as a gust of wind,which leaves those who are left behind in a state of shock.A death, whether expected or unexpected,causes a whirlwind of emotions to surface,leaving mourners to wallow in their sorrow in state of confusion,anger,sadness & regret.

As we grow older,we get wiser & begin to realize what's truly important in life.We soon realize that flashy cars, expensive handbags,watches,big luxurious bungalows & money are all temporary & superficial. None of this last forever. What we should treasure are the connections we make with all the different people in our life & try our very best to keep those connections intact during our short time on this earth. Never let any of those connections slip away if u can help it. Reach out & stay in touchh with everyone u know,whether it's your friend from primary school or some girl u just met at the restaurant. IF FACEBOOK SUGGESTS YOU SAY HELLO TO SOMEONE,BLOODY DO IT.

The next time you meet a friend or have dinner with your family, let them know how much you appreciate them being in your life.Let them know that you will be there for them,as they have been there for you. Thank them, hug them, kiss them, do whatever you can to let them know that you love them & that they have a friend in you no matter what, because life is precious,blessed & extremely fragile thing which could be taken away from anyone of us at any moment.

Rest in peace OPAH, I'm sorry I wasn't a better grand daughter. You will always be loved & never forgotten. Allah bless your kind & loving soul..

* To all my family members & friends, I love you with all my heart..do keep in touch & forget me not *

~~ from Syuhada with love ~~


Berharganya Seorang Isteri



Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…"
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? 

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2  dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA…

Dan sangat berHARGA..


APALAH YANG ADA PADA NAMA ?

Terdapat golongan yang sering melontarkan ungkapan “APALAH YANG ADA PADA NAMA?”. 
Golongan ini berhujah ”Kalaulah bunga Tanjung ditukar nama kepada bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan tidak akan berubah, jadi apalah yang ada pada nama?” 

Manakala banyak pula golongan yang begitu prihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah : 

*IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai dengan saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dalam soal nama. 

*Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuaian untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. 

*Golongan usahawan yang sedang mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa. Mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut di kekalkan atau patut di beri nama baru, ”Rebranding”?

*Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapatkan nasihat. 

*Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa. Mereka ini sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tersendiri. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain.

Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !
1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan manusia,haiwan, tempat dan produk. 
2. Nama menggambarkan bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan. 
3. Nama > Jenama > Penjenamaan 
4. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti. 
5. Jenama adalah nilai komersial. 
6. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan. 

Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat-amat penting ! Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat.


www.syuhada1981.com


Credit to : Tuan Din Deraman


Just Started..



Assalamualaikum & good evening..

I'm very excited to start my own blog. 
Come to think of it, make it my first blog. 
But..where should I start? 
Hmmmm...

Busuk!