Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru


Definasi CANTIK

Wanita adalah perhiasan dunia sebab itu wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Wanita sentiasa berusaha untuk membuatkan dirinya tampil cantik. Hal tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi setiap wanita di celahan bumi mana sekalipun.

Setiap orang mempunyai pengertian dan persepsi tersendiri mengenai cantik ini. Wajar jika kita definasikan cantik itu amat berbeza kerana landasannya adalah mengikut cara pandangan manusia dan cantik ini dilihat dari pelbagai sudut.

Konsep dan takrifan mengenai kecantikan dalam setiap kebudayaan amat berbeza-beza. Di dunia barat, wanita cantik adalah mereka yang bertubuh langsing cenderung kurus, berbibir merah dan berpayudara besar.



Berlainan di Ethopia, khususnya pada suku Habsyah. Untuk tampil cantik, wanita Habsyah mengenakan sejenis alat berbentuk bundar di bibir bawahnya. Semakin besar bundarannya, maka wanita tersebut dianggap semakin cantik.


 Wanita  Cantik di Ethopia

Suku Dayak menganggap semakin panjang anting-anting yang dipakai oleh seorang wanita, semakin cantiklah ia. Orang Afrika melihat wanita itu cantik bila berambut ikal. Di masa zaman Renaissance pula, wanita dianggap cantik bila bertubuh gendut. Adapun di China, wanita cantik itu mempunyai kaki yang kecil dan kulit yang halus bak porselin. Di tahun 50-an, wanita dianggap cantik kalau berambut panjang ikal. Tapi sekarang, wanita dikatakan cantik jika mempunyai rambut lurus sehingga teknologi rebonding laku keras.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri kecantikan wanita melayu?

Dari segi kecantikan wanita Melayu, ada yang mencirikan wanita ini dengan panjang lebar iaitu lehernya jinjang, pinggang ramping bak kerengga, kulitnya putih halus bak kapas di busar, mukanya bersinar bak rembulan, hidungnya mancung bak seludang, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah bak delima merkah, mulutnya bak seulas limau, giginya putih bak mutiara, tersusun giginya bak sebaris pinang, tangannya halus lembut menawan, bahunya rincing, kakinya cantik, pehanya gebu, betisnya bak bunting padi, punggungnya besar, buah dadanya montok, senyumnya mempesona bak bidadari, rambut ikal mayang, matanya galak, suaranya merdu bak buluh perindu, lenggangnya bak itik pulang petang.

Haaa...panjangkan ciri-ciri kecantikan wanita melayu ni. Demikianlah pandangan cantik mengikut budaya tertentu. Ini menunjukkan cantik itu mempunyai pengertian yang sangat luas.

Penciptaan Konsep Kecantikan 

Kecantikan wanita sebenarnya berasal dari diri wanita itu sendiri. Karakter dan fizikal yang menunjangi keperibadian menjadi salah satu aspek yang membuatkan wanita itu cantik.

Banyak cara untuk menjadi cantik. Bagi sebahagian wanita, gaya dandanan dan sapuan kosmetik sahaja sudah kelihatan cantik. Namun, banyak juga yang menggunakan ubat-ubatan moden dari doktor, produk-produk yang tidak diiktiraf, bahkan tidak sedikit yang melakukan pembedahan plastik. 

Penciptaan konsep cantik yang digembar-gemburkan melalui pelbagai produk yang dimanipulasikan sangat laku dijual. Misalnya, ramai wanita yang menginginkan kulitnya putih, maka produk pemutih pun dicipta. Berkesan atau pun tidak, hanya si pemakainya sahaja yang tahu. Itu belum termasuk pil-pil kurus, sedut lemak, teknologi laser, suntikan botoks dan kolagen sana sini. Saya pasti segala kaedah diatas ada kesan sampingan yang tidak baik untuk badan kita. 

Sebenarnya setiap wanita inginkan kulit yang cantik, sihat, cerah, mulus tanpa sebarang celaan terutamanya kulit wajah. Hakikatnya, cantik itu bukan hanya pada kulit wajah tetapi meliputi penjagaan kaki, tangan, kuku, rambut, mata, telinga, hidung, gigi, mulut dan kebersihan tubuh badan. Bagi saya tubuh badan yang sihat dan kulit yang cantik terhasil dari penjagaan yang telah diamalkan dari usia muda remaja lagi. 


Tips Mudah Penjagaan Kulit Dan Badan

Di sini saya kongsikan beberapa tips mudah yang boleh anda amalkan. Jangan tunggu dah berkedut, berjeragat, berjerawat baru terhegeh-hegeh nak cari produk. Mencegah lebih baik daripada mengubatikan. Jadi, benda-benda yang mudah begini anda boleh lakukannya di rumah sahaja.

Cara menjaga kebersihan muka dan mata.

  • Cuci muka minimal 3 kali sehari.
  • Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)


Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung.

  • Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.


Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut.
  • Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
  • Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
  • Banyak mengambil makanan yang bergizi.
  • Berjumpa doktor gigi secara rutin.


Cara menjaga kebersihan badan.
  • Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
  • Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.


Sazzy Falak seorang wanita yang cantik di mata saya.

Pentingnya Penjagaan Kecantikan

Perhatikan, majoriti wanita di Malaysia sewaktu bergelar anak dara begitu prihatin berhubung kecantikan diri. Mereka berusaha memastikan pinggang ramping, perut kempis, punggung tidak terlalu berlemak dan dada kelihatan montok. Malangnya, usaha terbabit seringkali dihentikan sejurus kelahiran anak pertama.

Jika ditanya, pelbagai alasan mereka kemukakan. Kekurangan masa kerana bekerja, suami tidak mampu membiayai kos penjagaan tubuh badan dan sibuk menguruskan hal rumahtangga. Kesemua alasan itu berbentuk klise. 

Adakah alasan itu diterima lelaki secara terbuka? Mungkin ya, tetapi tidak semua lelaki. Majoriti mereka ingin melihat tubuh isteri kelihatan terjaga. Mungkin tidak berharap pinggang isteri seramping pinggang kerengga kerana suami faham, isteri bukan anak dara. 

Mungkin tidak menjangka perut isteri sekempis perut supermodel kerana isteri sudah bergelar ibu. Mungkin suami tidak mengimpikan punggung dan dada isteri seperti milik artis barat kerana jarang isteri berpeluang ke gimnasium mahupun ke pusat kecantikan. Bagaimana pun cukup jika sedap mata suami memandang. Bukan begitu?

Jika ada suami menegur isteri kerana ‘allignment’ tubuh lari, tersilap kaedah, buruk padahnya. Kata isteri, itu perkara yang terlalu sensitif. Untuk mengelak dari suami menegur, apa kata kita sebagai isteri mengambil langkah penjagaan kecantikan untuk kepentingan dan keharmonian rumahtangga kita. Selain untuk sedap mata suami memandang, kita juga dapat berehat membelai tubuh badan, bukan sekadar untuk cantik sahaja malah untuk kesihatan diri.

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Kepada wanita alaf baru di luar sana, seperti yang kita ketahui, banyak spa dibuka khas untuk anda. Gunakan kesempatan dan luangkanlah masa untuk memanjakan diri sendiri. Inilah yang dikatakan rahsia kecantikan wanita alaf baru untuk anda sentiasa tampil jelita, sihat dan segar. 

Bestkan bila ada orang mengurut dan membelai badan kita setelah berhari-hari penat bekerja? Mengurut tubuh dan wajah, bersauna, berjakuzzi, berlulur. Aaarrgghhh...tenangnya rasa, segarnya minda. Nak harapkan cik abang mengurut badan kita...alahai...tak sampai 10 minit dah angkat tangan. Tapi kalau 'membelai' benda lain, laju pula dia.. Hehehe..

Okey, kembali kepada topik asal. Jadi disini, saya syorkan anda mengunjungi Anjung Jelita Spa & Beauty Centre yang terletak di 115-1A & 1B, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. 

Kenapa saya kata begitu? Ini kerana Anjung Jelita Spa & Beauty Centre yang dimiliki oleh wanita ini adalah khusus buat wanita terutamanya untuk wanita alaf baru.







Konsep Anjung Jelita Spa & Beauty Centre  di inspirasikan oleh konsep tradisional dan moden. Maka, terhasillah konsep moden-kontemporari yang dipercayai suasana dan persekitarannya memainkan peranan besar bagi membolehkan anda berasa tenang dan selesa. Anda digalakkan untuk relaks apabila anda melangkah masuk ke spa ini dengan wangi-wangian dan diiringi bunyi muzik yang menenangkan.






Antara servis menarik yang disediakan di spa ini adalah rawatan wajah, rawatan dan urutan tubuh badan juga penjagaan kuku. Pendek kata memang lengkap dari kepala hingga ke kaki. Best kann? 







Konsep Anjung Jelita Spa & Beauty Centre

Relax :

Spa ni menggunakan wangian aromaterapi, air pancutan dan muzik perlahan supaya anda berasa tenang apabila melakukan rawatan. Bilik-bilik rawatan di spa ni juga luas untuk keselesaan anda.

Revive :

Wanita sangat rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Namun demikian, kadangkala kulit muka dan kesihatan badan diabaikan. Spa ni dapat membantu mengembalikan keceriaan, membuatkan kulit dan badan anda segar semula selepas rawatan yang dijalankan.

Rejuvenate :

Spa ini jamin akan memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Oleh itu, mereka hanya menggunakan produk 100% organik dan tiada bahan pengawet untuk mengembalikan kecantikan kepada keterampilan anda. Oleh itu, di spa ini tidak menggunakan apa-apa produk yang mempunyai bahan kimia bagi menjaga kesihatan anda luaran dan dalaman.

Anda boleh rujuk jadual pakej dan harga di bawah.







Haa..amacam? Bagi saya harga yang ditawarkan sangatlah murah dan berpatutan. Oleh itu, tunggu apa lagi, lepas ini bolehlah buat temujanji. Untuk maklumat lanjut, tempahan temujanji atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Anjung Jelita Spa melalui: 

Telefon : +6 03 – 8736 4412
Facebook : Anjung Jelita Spa 
Twitter : @Anjung Jelita


Cantik dalaman, cantik luaran.












P/S : Last but not least, jika anda rasa entri ini menarik jangan lupa kongsikan entri kontes saya ni ye kat Twitter, Facebook Share dan Google + Share. Ala..tekan je ikon kat bawah ni. Terima kasih banyak-banyak.









Busuk!