Mengapa Anda Perlu Kaya?

Oleh kerana sedikitnya orang yang berjaya, masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. 
Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. 

Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.

Pada 23 Mei, 2010, Berita Harian melaporkan, "Terdapat 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh". Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. 

Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.

Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan kehidupan. 

Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. 

Laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.

E-Book Frekuensi Kaya



Dalam ebook ini, kita akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri. Untuk menjadi kaya, anda wajib berada di dalam sistem yang berbeza dengan sistem semasa anda belum kaya atau miskin. 

Apa yang dimaksudkan dengan sistem ialah pemikiran, cara berfikir, cara bertindak, cara pergaulan, ilmu, tabiat, kawan-kawan, minda, imaginasi, amalan, bacaan dan seterusnya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar itulah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta kepada-Ku dengan Cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali. 

Nasihat dan Bimbingan Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.
Begitu juga disebalik kemiskinan itu, orang Islam kena juga kaya sekiranya kaya itu membawa kepada keredhaan Allah. Contohnya dengan kaya seseorang itu boleh melipatgandakan sedekahnya dan bantuannya kepada orang miskin yang memerlukan bantuannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”


Antara perkara yang terjawab dalam ebook ini ialah:
  •  Harta dan kaya yang bagaimanakah yang menjadi jambatan ke akhirat?
  •  Tahap mana miskin yang diredai Allah?
  • yes Bagaimana harta boleh hilang dalam sekelip mata?
  • yes Mengapa dikatakan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi yang Mukmin.
  • yes Apakah amalan sebelum datang 7 perkara?
  • yes Apa akibat buruk sangka dan mengapa Islam melarang buruk sangka?
  • yes Apakah batas kaya yang membinasakan dan miskin yang diredai?
  • yes Mengapa dilarang mengutuk makhluk yang lain, dan kutukan itu akan kembali kepada diri kita sendiri?
  • yes Bagaimana berbillion sel dalam otak kita akan memandu kita untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan?
  • yes Mengapa dikatakan bahawa otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron yang dijadikan oleh Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya?
  • yes Bagaimana mengaplikasi Undang-undang Daya Penarik (UDP) ialah bahawa apa-apa perkara yang anda fikirkan, anda akan dapat. (WYTWYG – What you think is what you get.)
  • yes Berpandukan ilmu fizik dan teori “Law of Attraction” – Undang-undang daya penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan, fikirkan dan hajatkan. Bagaimana melakukannya?
  • yes Bagaimana menggunakan frekuensi minda?
  • yes Bagaimana mendatangkan kejayaan dengan begitu mudah yang tak pernah anda fikirkan?

Busuk!