Semua orang tahu apa itu Facebook. Daripada kanak-kanak sehingga golongan emas tahu Facebook ialah satu medium untuk bersosial di Internet.
Atas nama medium sosial ini juga, maka ramai usahawan menggunakan medium ini untuk melakukan jualan dan pemasaran. Apa tidaknya, jutaan umat berkumpul di Facebook dan sudah pastinya ia merupakan lubuk bisnes.
Maka semakin ramai usahawan yang ghairah mempromosi produk mahupun bisnes masing-masing.
Keghairahan yang membawa kepada bencana..
Akibat terlalu ghairah, ramai yang tidak faham apa itu medium sosial dan bagaimana untuk berniaga di medium sosial. Ada yang kena ‘UNFRIEND’, ada yang kena maki dan ada juga yang kena padam post promosinya.
… kenapakah ini boleh berlaku?
Dalam keghairahan tersebut usahawan tidak sedar yang beliau sebenarnya sedang melakukan ‘SPAM’. Apa itu ‘SPAM’? Ia adalah promosi, iklan serta mesej jualan yang diletakkan tanpa kebenaran serta boleh mengganggu emosi orang lain.
Jika kita lihat di facebook sendiri ‘SPAM’ yang dilakukan adalah seperti :
- Meletakkan promosi jualan di ‘wall’ orang lain.
- Meletakkan promosi jualan di tengah-tengah perbincangan ‘wall’ orang lain
- Dengan penggunaan gambar mereka ‘tag’ nama-nama orang lain
- Dan banyak lagi…
Usahawan yang melakukan aktiviti di atas menganggap bahawa promosi yang mereka lakukan bakal mendatangkan hasil lumayan. Rupa-rupanya mereka silap. Mereka dilihat sebagai usahawan yang:
- Terdesak menjual kerana sanggup melakukan ‘SPAM’
- Amat menjengkelkan kerana sering menyelit dalam perbualan orang lain.
- Tidak ‘pro’ dalam jualan.
- Rendah ilmu komunikasinya
- Dan banyak lagi tanggapan yang negatif.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah cara usahawan boleh menjual tanpa melakukan ‘SPAM’?
3 Langkah Mudah Menjual Di Facebook
Amalan melakukan ‘SPAM’ ini boleh dielak apabila kita ada sistem jualan yang betul. Sistem dimana kita tidak memaksa prospek untuk membeli tetapi prospek bersedia menerima mesej jualan kita.
Salah satu caranya adalah dengan melakukan 3 langkah jualan dan semuanya ini boleh dilakukan dengan hanya menggunakan ‘post wall’ sahaja.
1. Tuliskan satu iklan pendek seperti yang dinyatakan diatas. Contohnya memberikan tips percuma dan letakkan satu link untuk bawa pembaca membaca tip percuma tersebut disatu post yang lain.
2. Di post tersebut dihujung perkongsian tip maka perkenalkan produk kita dan berikan link lain untuk bawa pembaca yang ingin memiliki produk kita.
3. Di post seterusnya maka kita tuliskan skrip jualan dimana di sinilah kita betul-betul menjual.
1. Tuliskan satu iklan pendek seperti yang dinyatakan diatas. Contohnya memberikan tips percuma dan letakkan satu link untuk bawa pembaca membaca tip percuma tersebut disatu post yang lain.
2. Di post tersebut dihujung perkongsian tip maka perkenalkan produk kita dan berikan link lain untuk bawa pembaca yang ingin memiliki produk kita.
3. Di post seterusnya maka kita tuliskan skrip jualan dimana di sinilah kita betul-betul menjual.
| |||||
| |||||
| |||||
Dengan melakukan 3 langkah mudah di atas, anda bukan sahaja bakal mendapatkan keyakinan daripada orang ramai serta meningkatkan kredibiliti anda dan perniagaan anda, anda juga dapat mengaut untung yang lumayan dengan mudah dan disenangi setiap pengguna Facebook yang lain. Katakan TIDAK pada SPAM!
Sumber dari: majalahniaga.com