Tips Untuk Memudahkan Hari Anda

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita rasa 24jam sehari tu tak cukup untuk kita lakukan pelbagai tugasankan.. Sekejap je masa berlalu. Dari pagi membawa ke tengahari sekejapan menjelang petang kemudian malam pun mengintai melabuhkan tirainya. 

Sedangkan ada lagi tugas kita yang tertangguh yang belum disiapkan. Sebelum ni saya pun kelam kabut dalam pengurusan masa. Tetapi setelah saya mula menulis apa tugas yang perlu diutamakan dalam jadual seharian baru saya rasa ianya lebih terurus.

Disini saya kongsikan tips-tipsnya.


1.Tahu Apa yang Penting. 

Versi mudah untuk memudahkan adalah kenal pasti apa yang penting dan perlu diutamakan.

Sebelum tidur, ambil masa sebentar untuk mengenal pasti perkara-perkara yang paling penting (4-5 perkara) untuk kita selesaikan pada hari esok. Senaraikan segala aktiviti, tugas, projek, mesyuarat dan komitmen yang patut. Pastikan juga 1-3 tugas paling penting untuk dilaksanakan pada permulaan hari anda. Yang tidak berapa penting tu, anda boleh kemudiankan pada sebelah petang atau malam.

2.Katakan Tidak kepada Extra Komitmen. 

Bila anda telah mengenalpasti apa tugas yang penting untuk dilakukan pada hari tersebut dan anda perlu mula berkata "tidak" kepada perkara-perkara kecil yang tidak tersenarai dalam tugasan yang penting. Fokus pada yang penting dahulu. 


3.Had Tugas. 

Senaraikan tugas 1-3 anda yang paling penting. Senaraikan juga tugas-tugas lain yang anda ingin lakukan. Lihat sama ada jika anda boleh menghadkan senarai anda kepada  5-7 tugas sehari (tidak termasuk perkara-perkara kecil). Menghadkan tugas anda dapat membantu anda memberikan tumpuan, kerana saya tahu anda tidak akan dapat lakukan segala-galanya dalam satu hari kerana anda juga memerlukan rehat.

4. Urus Masa.

Bila masa anda mula melakukan kerja-kerja penting anda? Pagi, tengahari, petang atau malam?

Kalau saya mestilah bermula dari pagi dengan menguruskan anak-anak ke sekolah dan suami yang akan ke pejabat. Sambung pula dengan tugas-tugas rumahtangga dan urusan anak kecil. 

Jadualkan ia dengan satu blok masa (1 jam, 2 jam, 4 jam, mengikut kesesuaian anda). Tutup sebentar talian Internet. Anda hanya perlu lakukan tugas yang paling penting.  Macam saya, setelah anak kecil saya tidur, baru saya mula mengadap komputer menyiapkan kerja-kerja pejabat, cek & balas emel, update facebook, blog atau sebagainya. 


5. Jangan Tergesa-Gesa.

Anda jangan terlalu tergesa-gesa melalui hari-hari anda disebabkan bimbang tidak dapat menyempurnakan tugasan anda, sebaliknya lakukannya dengan relaks. 

Tidak perlu kelam kabut tergesa-gesa dari tugas ke tugas, e-mel ke e-mel, kertas kerja ke kertas kerja, mesyuarat ke mesyuarat. Anda boleh berhenti sebentar, ambil sedikit masa untuk menggeliat meregangkan tubuh badan, lakukan sedikit meditasi pernafasan untuk 1-2 minit, minum air, berjalan sebentar, senyum, enjoy dengan tugasan semasa, sebelum anda beralih ke tugasan yang seterusnya.

Ok, semoga ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada anda.

Jumpa lagi!







Busuk!