Pengumuman Ringkas

Salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin buat satu pengumuman ringkas.


Memandangkan esok sehingga 5hb Februari saya akan pergi bercuti, jadi saya hanya akan umumkan keputusan pemenang Handphone Giveaway dan Komentator Popular blog ini pada 6 atau 7hb Februari 2014. 

Saya harap anda semua sabar menanti ye.

Terima kasih kepada 359 peserta Handphone Giveaway  ( Setakat entri ini ditulis )

Selamat bercuti semua!

Harap maklum.



Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com





Jom sama-sama kita meriahkan segmen ini. 

10 Strategi Buat Duit Dengan Blog

syuhada1981.com, buat duit dengan blog, jana duit, online bisnes,

Ramai orang tidak percaya bahawa dengan menulis blog juga adalah salah satu keperluan untuk anda menjadi pakar dalam industri.

Hentikan seketika hujah yang mengatakan kita tidak layak mengatakan kita pakar tetapi biar orang lain mengatakan kita pakar.

Ingin saya ulang, menulis blog juga adalah salah satu keperluan UNTUK MENJADI seorang PAKAR. 

Kalau tidak masakan ada Denaihati, BenAshaariKujie2, OhBlogger, EncikTitan, AkmaOmar, MrJacko, MiaLiana, TerbaekNetwork dan ramai lagi pakar dalam dunia blog ini.

Walaupun perjalanan saya masih jauh lagi, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda tentang Strategi Buat Duit Dengan Blog seperti yang pernah disarankan oleh saudara Raja Safuan.

1) BERKONGSI

- Kadangkala perkara yang paling ramai orang takut adalah berkongsi. Mereka berasakan bahawa dengan berkongsi akan terbitnya "Habislah kalau aku kongsi, mesti orang lain lagi hebat dari aku".

Sebenarnya lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita belajar sesuatu yang baru. Apabila orang baca, mereka akan mula faham dan akan bertanyakan kepada anda jikalau tak faham.

Kadangkala mereka memerlukan khidmat servis atau coaching yang anda sediakan, untuk menyelesaikan masalah mereka.

2) DATABASE

- Menulis blog juga dapat mengumpul database anda. Dengan cara ini, database anda akan berkembang dan sesuatu perniagaan itu perlu ada DATABASE.

Kerana database ibarat nadi perniagaan. Sebagai contoh anda bagi "7 tips perniagaan" dengan meminta mereka isi nama, email dan nombor phone di form autoresponder.

3) AFFILIATE

- Selain berkongsi, anda juga boleh menjana pendapatan dari affiliate.

Maksudnya anda menjana komisyen dengan menjual produk orang lain. Boleh letak animation banner atau buat satu artikel dan promosi produk affiliate.

4) PRODUK REVIEW

- Anda juga mengambil bayaran dari pemilik produk atau syarikat-syarikat korporat yang ingin anda bantu mereka untuk mereviewkan produk mereka.

5) MENAWARKAN SERVIS

- Seandainya anda buat servis, anda boleh tawarkan servis anda di satu ruangan page.

Apabila sering berkongsi, kredibiliti anda akan lebih meningkat dan orang akan lebih percaya untuk dapatkan servis anda.

6) MENJUAL PRODUK

- Jikalau anda mempunyai produk fizikal atau digital, maka anda boleh senaraikan produk yang berkaitan untuk di seneraikan di satu page.

Pastikan produk yang di jual adalah sama dengan niche blog. Jangan pula blog tentang kesihatan tetapi jual kereta. Oh apa cer???

7) LIPUTAN MEDIA PERCUMA

- Tahukah anda bahawa beribu diperlukan untuk keluar sesuatu iklan di Majalah atau Surat Khabar?

Tetapi ada cara untuk mendapatkan secara PERCUMA!

Biasanya pihak wartawan sentiasa ingin mencari bahan baru, dan mereka suka melihat blog yang aktif dengan info. Jangan terkejut kalau rancangan TV pun panggil anda.

8) JEMPUTAN TALK

- Apabila kita sering berkongsi, maka banyak pihak yang ingin kita kongsi pada audiens mereka.

Maka ini adalah peluang anda lagi untuk membantu lebih ramai orang lagi. Biasanya jemputan ini adalah berbayar!.

9) PENGIKLANAN

- Anda juga boleh tawarkan ruangan iklan berbayar secara bulanan. Saya sarankan jangan penuhkan dengan iklan sahaja ya.

10) KREDIBILITI

- Cadangan saya, binalah blog .com kerana ini dapat meningkatkan lagi tahap kredibiliti anda untuk jangka panjang.

Untuk maklumat dan ilmu yang lebih mendalam lagi, anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog dengan menekan banner di bawah.









Terima kasih & salam sayang.



Hari Rabu Tanpa Kata #15 : Tempat Untuk Mendapatkan Ilmu Blogging Secara Percuma

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.




3 Jenis Bentuk Perniagaan Di Malaysia (Infografik)

syuhada1981.com, jenis-jenis perniagaan, jenis perniagaan di Malaysia, jenis bisnes

Mengapa Jepun Lebih Maju?

Ini adalah kerana: 

syuhada1981.com, mengapa jepun maju? 10 sebab jepun maju, kemajuan negara jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan Ke arah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larang menggunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.

9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pinggan.

10. Kadar kelewatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.



Walaupun zaman dahulunya orang jepun terlalu 'kejam' terhadap dunia khasnya orang Melayu, walaupun bangsa mereka sudah hampir pupus selepas dibom oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki,tetapi apa yang boleh dibanggakan dengan Jepun sekarang, mereka sudah banyak mendahului dunia khasnya Malaysia.

Ciri-ciri masyarakat Jepun.


1. KERJA KERAS

Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan rajin.Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.

2. MALU

Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.

Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

3. HIDUP BERJIMAT

Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.

Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)

4. KESETIAAN

Kesetiaan dalam sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri.

5. PANTANG MENYERAH

Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh dalam pertandingan bola sepak dunia, Jepun vs Paraguay. Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir. Lastly,nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti.

6. BUDAYA MEMBACA

Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha (keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

7. KERJASAMA BERKELOMPOK

Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kelompok. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

8.JAGA TRADISI

Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini. 

Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun. Kalau suatu hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki ,jangan terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu. 

Sampai ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi orang Jepun.


Salam sayang.






Sumber : Macam-Macam Ada

Abah

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebooknya.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"As-Salam.... wbt

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil umi. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan umi cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan umi? Adakah abah dan umi cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60-an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas coretan abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Semoga kisah ini dapat memberikan iktibar kepada kita semua.


Salam sayang.








P/S: Saya juga rindukan arwah abah mertua saya. Semoga abah tenang disana. Al-Fatihah.




Gambar kenangan arwah abah bersama anak saya, Qaleesya di Pangkor Island Resort.
Alhamdulillah, sempat membawa abah bercuti sebelum abah jatuh sakit  dan
diberi peluang menjaga abah sehingga ke akhir nafasnya. Abah, Hada rindukan abah.







Sumber : TengokTVOnline

Doa Tidak Serupa Amal

DOA Tidak Serupa AMAL.

Bagaimana?






CONTOH 1:-

Berdoa Untuk Panjang Umur Tapi,

- Masih Buat Amalan Yang Merosakkan Diri.
- Masih Memakan Makanan Yang Tidak Berkhasiat.
- Masih Mendera Tubuh Dengan Pekerjaan Di Luar Kemampuan.
- Masih Tidak Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Diri.

CONTOH 2:-

Berdoa Untuk Murah Rezeki Tapi,

- Malas Menuntut Ilmu.
- Malas Berusaha.
- Malas Cari Peluang.
- Malas Bekerja.
- Malas Itu Dan Ini.

JADI...Bagaimana Doa-Doa Kita Itu Mahu Di Makbulkan Oleh Allah Swt?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.



Bagaimana Cara Nak Rasa Duit Gaji Itu Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit?

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?



Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami. Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri.

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut. Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum kita bersedekah atau nak bantu orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang terdekat.

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros. Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan & saudara-mara.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


Salam sayang.





7 Iklan Termahal Dunia

Iklan merupakan alat komunikasi yang penting dalam dunia perniagaan bagi melariskan jualan sesuatu produk yang ingin dijual. Dengan kuasa iklan juga, pembeli akan mendapat informasi yang bermanfaat mengenai barangan yang hendak dibeli.

Sebab itulah syarikat-syarikat besar yang terkenal di dunia amat menitik beratkan kuasa iklan ini dan mereka sering bersaing bagi memperlihatkan kepada dunia iklan siapakah yang lebih menarik bagi menarik pembeli.

Berikut merupakan iklan-iklan termahal yang pernah dibuat di dunia.

7. Ferrari/Shell (USD$4.5 Juta)




Pada ulangtahunnya yang ke 60 tahun, iklan Ferari/Shell telah menunjukkan sebuah kereta lumba Ferrari di beberapa lokasi yang terkenal di dunia seperti Colosseum dan Times Square, New York.



Iklan yang dibuat pada tahun 2007 itu berakhir dengan imej yang menunjukkan kereta lumba tersebut berhenti di sebuah stesen minyak milik Shell dan kemudian meneruskan perjalanannya mengelilingi dunia.


6. Honda (USD$6.2 Juta)




Iklan ini merupakan sebahagian promosi dari produk automotif, Honda Accord yang diperkenalkan pada tahun 2003. Apa yang uniknya, iklan ini sama sekali tidak menggunakan bantuan teknologi komputer. Kerana itulah yang membuatkan iklan ini menjadi mahal.



Untuk memastikan iklan ini berjaya, sebanyak 606 keping gambar telah diambil bagi menjamin kesempurnaannya dari awal hingga ke akhir. Dalam iklan ini juga, seluruh bahagian daripada kenderaaan ini telah dileraikan dan diletakkan di atas lantai dan ia mula terpasang secara sendirinya sehingga pada akhirnya membentuk sebuah kenderaan Honda.

5. Pepsi (USD$8.1 Juta)





Iklan yang berdurasi 90 saat ini pertama kalinya telah ditayangkan pada tahun 2002 dalam satu acara Superbowl. Ia menampilkan aktes Hollywood, Britney Spears yang menampilkan sejarah minuman ini selama 5 dekad yang terakhir.


Britney Spears telah muncul dengan pelbagai jenis kostum bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pada tahun tertentu. Pada setiap dekad dalam iklan itu, Britney selalu mengucapkan tagline minuman itu pada tahun 2002 yang berbunyi, "Untuk Mereka Yang Berfikiran Muda"

4. Chrysler (USD$12 Juta)





Iklan ini ditayangkan pada pertama kalinya pada pertandingan Superbowl 2011 yang menampilkan artis Eminem sebagai bintang iklan. Penggambaran iklan ini telah dijalankan di Detroit yang merupakan pusat kenderaan ini dibuat.


Eminem dalam iklan tersebut berlakon sedang memandu kenderaan tersebut dengan berlatang belakangkan lagu Lose Yourself dan berhenti di Teater Fox. Iklan ini berakhir dengan tagline "Made in Detroit".

3. Aviva (USD$13.4 Juta)





Aviva merupakan produk insurans dari salah satu syarikat di Britain. Untuk mempromosikan nama barunya ini yang sebelumnya adalah Norwich Union mereka menggunakan iklan ini pada 2008 untuk mempromosikan nama barunya itu.


Iklan ini banyak menampilkan nama-nama bintang filem yang terkenal seperti Bruce Willis, Dame Edna, Ringgo Starr, Elle Macpherson, dan Alice Cooper. Seperti Aviva, artis-artis yang terlibat dalam iklan ini telah mengubah nama asli mereka untuk menjadi sebahagian daripada iklan ini.

2. Guinness (USD$16 Juta)




Bagi memperingati ulangtahunnya yang ke 80 tahun, Guinness telah membiayai pembuatan iklan "Tipping Point" yang menggambarkan kolaborasi penduduk di sebuah kota kecil Argentina yang menyusun domino yang akan menjatuhkan buku, kotak cat, bahkan kenderaan yang terletak di sebuah jalan.


Pada bahagian akhir iklan yang dibuat pada tahun 2007 ini, jatuhan setiap barangan tersebut membentuk sebuah lambang Guinness.


1. Chanel (USD$33 Juta)




Iklan yang berdurasi selama 2 minit ini telah diarah oleh Baz Lurhrmann dan menampilkan aktres Nicole Kidman yang berperanan seperti seorang artis yang sedang dikejar oleh paparazzi. Nicole akhirnya masuk ke dalam sebuah teksi yang didalamnya ada seorang penumpang lelaki yang merupakan penulis muda. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta.

Dalam iklan yang dibuat pada tahun 2004 ini, Nicole Kidman telah menerima bayaran sebanyak USD$3 Juta!








Perubahan Peningkatan Polisi Automotif 2014 (Infografik)


Rahsia Kejayaan Pengasas Habib Jewel




Bercerita tentang barang kemas, kita khususnya wanita pasti sinonim dengan rantai, cincin, subang, 
gelang dan sebagainya.  Kalau di Malaysia ini siapa yang tidak kenal dengan nama HABIB JEWEL
Nama besar dalam industri barangan kemas dan penjualan berlian sebagai perhiasaan diri.

Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar negara. Nampak gah, mewah, berkualiti 
dan berprestij. Sebagai syarikat barang kemas berlian pertama di Malaysia yang tersenarai dalam 
bursa saham pastinya Habib Jewel mempunyai reputasi tinggi dikalangan peminat berlian. 
Tapi tahukah anda bagaimana ia bermula?




Bermula dengan nama M.A Habib Mohamed, ia diasaskan pada tahun 1958 oleh Datuk Haji Habib 
Mohamed di Pitt Street, Pulau Pinang. Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, Tuan Haji 
Habib Mohamed berjaya memikat hati para pelanggannya dengan sifatnya yang mendahulukan 
kehendak pelanggan

Dengan modal sebanyak RM 3,800 beliau mengambil barang kemas daripada kedai pajak dan beliau 
bersihkan ia menjadi cantik lalu dijual kepada kedai emas lain, seperti pemborong. 

Daripada perniagaan yang kecil ia bertambah besar. Pada ketika itu, beliau hanya memikirkan untuk 
membuka perniagaan barang kemas pada harga yang berpatutan sahaja mengikut cara 
perniagaan yang beliau aturkan sendiri rentaknya. 

Lagipun pada masa itu perniagaannya hanya bersifat untuk menyara hidup sahaja. Tidak sangka ia 
bertambah laris.

Beliau tidak mempunyai "role model" untuk dicontohi dalam perniagaan berlian pada ketika itu 
tetapi  tekad beliau ialah menjaga kehendak dan hati pelanggannya yang dianggap sebagai aset 
terpenting dalam perniagaannya.

Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk menghasilkan corak dan produk yang berkualiti 
tinggi akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat berlian. 

Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya sudah melangkaui luar Pulau Pinang dan negeri-negeri di 
pantai timur semenanjung Malaysia. Langit tidak selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi pada 
tahun 1980an, Tuan Haji Habib berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam 
perniagaan.

Membuka cawangan di Semua House di Kuala Lumpur pada tahun 1987. Beliau 
memberanikan diri menghasilkan sendiri produk daripada bahan mentah kepada barangan siap. 

Beliau menghasilkan produk yang diingini wanita seperti bercorak flora dengan hasil yang 
berkualiti.

Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk yang baik adalah asas untuk terus bertahan dalam 
perniagaan. Perniagaan Habib Jewel mendapat nafas baru apabila anak Tuan Haji Habib 
Mohamed iaitu Meer Sadik mengambil alih perniagaan ini sebagai "Pengarah Urusan". 

Dengan latar belakang sebagai gemologist daripada Gemological Institute of America dan ijazah 
dalam bidang perniagaan, Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena skala perniagaan 
yang lebih besar.


Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan dalam perniagaan berlian secara agresif apabila mengeluarkan iklan penuh warna satu muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura 
sehari sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka. 

5 dekad meredah onak dan duri membina nama, jenama Habib Jewel terus unggul dalam 
industri. Datuk Haji Habib Mohamed boleh bernafas dalam selesa dengan 20 cawangan di serata 
negara. 

Cawangan Habib Jewel:

1. Ampang Point

2. Suria KLCC

3. Semua House, Jalan Masjid India

4. Alpha Angle

5. Bangsar Village II

6. The Curve, Petaling Jaya

7. Plaza Shah Alam, Selangor

8. Bangunan satelit, KLIA

9. Alamanda Shopping Centre, Putrajaya

10. Plaza Angsana, Johor Bahru

11. Central Square, Sungai Petani

12. The Spring, Kuching

13. Mydin Mall, Kuala Terengganu

14. Mydin Mall, Pitt Street, Pulau Pinang

15. Gurney Plaza, Pulau Pinang

16. Queensbay Mall, Pulau Pinang

17. 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

18. Mydin Mall, Subang Jaya

19. Mydin Mall, Ayer Keroh

20. Suria, Sabah 





Beliau sangat percaya terhadap pelaburan di dalam kegiatan pemasaran dan 
pengiklanan melalui media massa dan sangat agresif memasarkan Habib menerusi radio 
dan televisyen. 

Sejak menerajui perniagaan, anak beliaulah yang menggalakkan pengiklanan yang mana sebelum 
itu memang tidak pernah beliau lakukan. Beliau fikir kombinasi antara didikan moden dan cara 
tradisional membina perniagaan menjadi kombinasi unik dan bermanfaat. 

Begitupun untuk beliau mengekalkan perniagaan ini bukan kerja mudah, sebaliknya berusaha 
menampung kos dengan melakukan pelbagai kerja seperti membuka kedai bunga, 
kedai menjual kekabu bantal serta serbuk kopi. 

Beliau memang berusaha keras dan percaya sesiapa saja atau dalam bidang apa sekalipun anda
ceburi, sekiranya anda berusaha, tentu akan mendapat ganjarannya.


Kerja keras itu melayakkan Habib Jewel menerima beberapa anugerah berprestij seperti 
memenangi Reader’s Digest Trusted Brand Award untuk beberapa tahun.

Anugerah yang pernah Habib menangi antaranya ialah pada 2001 The Malaysian Book of Records 
untuk rekaan Bangunan Berkembar Petronas yang direka dengan berlian, batu permata dan emas 
dengan nilai lebih RM1 juta. 

Pada tahun yang sama juga, Habib menerima Anugerah The ‘Best Retailer in Jewellery and 
Timepieces’ daripada Suria KLCC apabila memperkenalkan koleksi berlian coklat yang dikenali sebagai 
Habib’s Hazel Collection.

Pada 2002, Habib menerajui pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan jenama 
barangan kemas terkemuka dari Itali Chimento dan juga jenama berlian Hearts On Fire, berlian 
yang mempunyai potongan terbaik dunia. 

Pada tahun itu juga, sekali lagi Habib menerima ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award 
daripada pengurusan Suria KLCC. 

Rekaan kreatif Habib iaitu rekaan baju dalam wanita yang direka dengan 100 peratus emas, 
dicalonkan dalam 100 pencalonan pertama The Gold Virtuosi Award, yang diiktirafkan oleh badan 
antarabangsa The World Gold Council.

Sekali lagi Habib tersenarai di Malaysian Book of Records untuk rekaan gaun berlian termahal 
dunia bernilai RM19 juta. Gaun eksklusif ini diikat menggunakan 2,500 butir berlian Hearts On Fire.

Habib juga menjadi jenama barangan kemas pertama tersenarai di papan utama Bursa Saham 
Malaysia. 

Pada 2003 dan 2004, Habib menerima sekali lagi ‘Best Retailer in Jewellery and Timepieces’ Award 
daripada pihak pengurusan kompleks Suria KLCC, sementara pada 2005 sehingga 2007 Habib 
mengekalkan prestasinya untuk menerima anugerah ‘Gold Trusted Brand’ untuk kategori jenama 
barangan kemas yang boleh dipercayai daripada Reader’s Digest Trusted Brands Awards. 

Pada 2007, jenama itu memenangi anugerah the Brand Laureatte 2008/2009 di dalam kategori, 
Jenama Barangan Kemas Terbaik dan Penjenamaan Korporat.





Untuk berjaya dalam bidang ini, beliau perlu bekerja keras dan jujur dalam apa yang beliau
lakukan. 

Menarik mengenai Habib yang boleh membezakan dengan jenama lain ialah mereka tidak sekadar 
menjual, sebaliknya memberikan rundingan kepada pelanggan. 

Malah mereka mempunyai pelanggan yang sangat setia kerana yakin dengan produk dan 
kualiti yang ditawarkan sungguh pun kedai barang kemas tumbuh bagai cendawan lepas hujan. 

Kejujuran elemen utama kenapa mereka masih bertahan. Syarikat menjadi peniaga barangan 
kemas pertama di Malaysia tersenarai pada papan kedua Bursa Malaysia (selepas 1998 dikenali 
sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange). 

Pada 2002, syarikat induk, Habib Corp Bhd, berpindah ke papan utama. Syarikat kemudian berubah 
kepada penswastaan pada 2005.

Untuk bertahan sejauh ini, mereka juga membabitkan diri dalam pelbagai pameran 
perdagangan termasuk di Timur Tengah dan Eropah.

Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada perniagaan anda semua.

Salam sayang.





Pantang Larang Bisnes Baru Bangun


1.Buat dari kecil dan gunakan modal sendiri.

Buatlah apa sahaja bisnes, asal boleh buat duit. Belajar cari duit dulu baru belajar cari projek buat duit. Akhirnya boleh pandai cari orang yang buat duit untuk anda. 

Kadang-kadang kita baru belajar berbisnes kita perlu cari minat kita dalam bisnes. Ikut orang dulu, belajar dari kecil.


2.Belajar menjual dari sibuk membuat.

Ramai orang kita pandai membuat, ramai orang yang pandai menanam tetapi tidak pandai menjual. Nadi sebuah perniagaan adalah dari aktiviti pemasaran nya.

3.Jangan pinjam duit sedara mara, kalau tak jadi bercerai berai.


Nak buat apa bisnes maju tapi buat duit untuk orang lain. Biar kecil tapi berhasil.

4.Asingkan gaji dengan pendapatan syarikat.


Satu hal lagi ramai rakan bisnes yang buat bisnes dapat duit enjoy sendiri. Dapat 10 ribu beli itu dan ini untuk diri sendiri. Hutang personal, sendiri bayar. Hutang syarikat, staf kerja untuk bayar hutang.

5.Disiplin kena tinggi.


Ramai yang ingat bila kerja dan berniaga sendiri boleh sesuka hati datang pejabat lambat sesuka hati, buka kedai jam berapa. Buat macam anda bekerja, pergi ke pejabat, jangan ikut orang lain. Rakan niaga saya berbangsa cina walau sudah 20 tahun berniaga masih membuka kedainya jam 9 pagi sebelum keluar buat marketing.

6.Pergi cari ilmu dengan membaca dan hadiri seminar. 


Jangan kedekut duit untuk menuntut ilmu kerana dengan ilmu anda boleh menjana banyak lagi duit.

Pelaburan yang baik adalah melabur untuk memandaikan diri sendiri.

7.Fokus dan jangan tamak.

Jangan buat bisnes ikut -ikut, tengok orang buat itu ..... nak buat itu. Tengok orang boleh buat ini....stop niaga yang itu buat yang ini. Mana kesudahannya?

8.Gunakan teknologi media sosial facebook,twitter,linked in,instagram dan blog.

Boleh mempercepatkan untuk anda maju dalam bisnes.

9.Bersabar dengan jati diri yang tinggi.

Orang berniaga bukan macam orang makan gaji. Ramai orang tak faham, anda perlu sanggup bekerja 7 hari seminggu dan on call 24 jam. Semua kerja kuat anda akan terbalas tidak berapa lama lagi. 



Salam sayang.











Busuk!