Saya Ada Masalah Besar!!


Salam buat semua rakan blogger,

Ok, saya ada masalah besar. Hari ni saya ingin minta pendapat dan pertolongan anda semua yang membaca entri ini. 

Begini, saya baru je tukar template blog dan saya amat sukakan template yang baru ini. Tapi masalah besar yang saya hadapi sekarang, dengan menggunakan template ini, TOP COMMENTATOR WIDGET saya tidak berfungsi kerana template ini menggunakan sistem komen dari GOOGLE dan bukannya dari BLOGGER. 

Sejak gunakan template ni 3 hari lepas, saya tak dapat nak detect jumlah komen anda semua. Maafkan saya ye.

Jadi disini saya perlukan khidmat kepakaran anda sekiranya ada cadangan yang bernas, (selain daripada saya terpaksa cari lagi template lain) atau ada sesiapa disini yang pakar dalam coding yang boleh adjust sistem komen, atau top commentator widget atau sebagainya kerana kalau boleh saya nak guna template yang mesra SEO seperti ini.

Saya harap anda semua dapat bantu saya. Jika saya tak boleh nak detect jumlah komen anda, bagaimana saya mahu berikan insentif itu kann..


Tolong ye kawan-kawan.. 


P/S: Tapi kalau takde cara lain, terpaksalah saya cari template baru lagi. Saya dah cuba banyak template sebenarnya, kebanyakan sistem komen menggunakan google bukannya blogger. 






Busuk!