MINI GIVEAWAY! Happy Birthday TENGKUBUTANG.



Sempena Hari Lahir TengkuButang pada 28 Febuari 2014 ini, dengan suka-suka hatinya dia ingin mengadakan Mini Giveaway buat kengkawan semua.

Semoga Giveaway ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama blogger ye. Lagipun syaratnya pun mudah saje. Jom tengok syaratnya DISINI

Ok, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan:

Selamat Hari Lahir buat TengkuButang. Semoga lebih sihat, lebih bahagia, lebih positif, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Saya tidak mengharapkan sebarang hadiah untuk giveaway ini kerana yang penting bagi saya adalah sokongan terhadap segmen rakan-rakan blogger dan juga ingin meluaskan jaringan kenalan antara kita semua. 



P/S : Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2014 ini saya ingin mengaktifkan diri untuk menyokong & menyertai segmen rakan-rakan blogger sekerap yang mungkin tetapi saya hanya boleh menyertai segmen, kontes atau giveaway yang mudah sahaja syaratnya. Lagipun kalau banyak sangat syaratnya banyak juga memakan masa. 

Ini kerana masa saya agak terhad untuk pembahagian masa berblog, menyelesaikan urusan pejabat, urusan rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Lebih-lebih lagi contes yang memerlukan penulisan artikel. Minta jangan berkecil hati ye kawan-kawan. 

Ok, jom kita sama-sama memeriahkan Giveaway TengkuButang yang simple ni.


Salam sayang.






Busuk!