Kepentingan Jenama Dalam Perniagaan-AirAsia

SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA-->temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes.


syuhada1981.com, tony fernandes, airasia, malaysia, kepentingan jenama dalam perniagaan, mencipta jenama, branding

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.


syuhada1981.com, airasia, membina jenama, tony fernandes

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

syuhada1981.com, airasia, membina jenama, kepentingan membina jenama dalam perniagaan,

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebanyak RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia batch yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 batch dalam masa 12 tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pengurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.


LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Mula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.


BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha.


syuhada1981.com, airasia,tony fernandes, membina jenama dalam perniagaan, branding,

Antara Isteri & Perempuan Simpanan

Bila si En.Suami suka membanding-bandingkan isteri dengan perempuan simpanannya..

En. Suami : Ustaz..perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya..tapi isteri saya 
gemuk..

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu 
tidakkan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk tubuh badannya. 

En. Suami : Tapi ustaz..perempuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut.. isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang..

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.Tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, Masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu.. kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..

En. Suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz..tak seperti perempuan simpanan saya.

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka. Bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa untuk bersama mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama perempuan simpanan kamu itu. Perempuan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?

En Suami : Tapi kan ustaz....

Ustaz: Macam ni lah....kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna dimata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir, kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk tubuhnya kerana awak, sepanjang hayat awak tidak akan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna untuk awk tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Lebih baik awak nilai diri awak sendiri dari awak menilai isteri awak kerana dia itu ibu kepada anak-anak awak.


P/S: Oleh itu, untuk lelaki yang bergelar suami diluar sana, sila hargai setiap pengorbanan isteri anda. 


syuhada1981.com, isteri mithali, pengorbanan isteri, gangguan orang ketiga, suami curang,

Salam sayang.








Sumber dari MukaBuku

Anda Penyelesai Masalah atau Punca Masalah?

Assalamualaikum..

Anda ada masalah?

Setiap orang pasti mempunyai masalah masing-masing. Tidak kiralah sama ada masalah peribadi, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kerjaya, masalah dalam perniagaan, masalah dalam perhubungan, masalah dalam pembelajaran dan lain-lain. Itu semua lumrah kehidupan. Ada naik ada turun. 

Baik, jangan tension, jangan stress, hidup nak bahagia, kaya dan berjaya pasti ada ujian dan rintangan yang harus ditempuh. Bukan senang nak senang. Tetapi persoalannya disini adakah anda Penyelesai Masalah atau pun anda Punca Masalah?

Jika anda perhatikan, ada 5 kategori manusia di luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana.

1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi TIDAK TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan bila ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa".

2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang lain tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah.


3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain. Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh sedunia siap keluar youtube buat pengumuman tentang kentut orang lain.

4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya.

5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.



3 Tip Menjual Dari "The World Greatest Salesman" - Joe Girard

Assalamualaikum..

Menjual adalah proses bagi dan terima duit.

Apabila pelanggan mewujudkan komitmen seperti membeli produk secara tunai, maka ia bermakna jualan terhasil.

Kemahiran menjual adalah kemahiran yang mahal. Apabila seseorang itu mempunyai kemahiran menjual, mereka boleh menggemukkan akaun bank bisnes.

Tidak semua manusia di muka bumi mempunyai kemahiran menjual. Kemahiran ini lahir daripada dua perut:

1) Perut bakat.

2) Perut latihan.

Bakat dan latihan adalah dua perut yang berbeza.

Dalam masa sama, ia saling memerlukan.

Orang yang mempunyai bakat, mereka secara semula jadinya mempunyai skil menjual yang bagus.

Orang yang melatih dirinya supaya skil menjual menjadi tajam, akan dilihat seperti mereka mempunyai bakat.

syuhada1981.com, salesman hebat dunia, tip menjual


Kajian Kes, "The World Greatest Salesman."


Orang yang mempunyai bakat menjual biasanya tidak tahu mereka boleh menjual.

Keadaan itu hanya berlaku apabila rakan-rakan atau kenalan mereka memberitahu, bahawa mereka mahir dalam menjual.

Berbeza dengan orang yang melatih dirinya untuk menjual.

Mereka mempunyai fasa pembelajaran secara berperingkat. Antara kajian kes yang boleh kita belajar adalah daripada Joe Girard.

Joe Girard diiktiraf sebagai, "The World Greatest Salesman".

Pengiktarafan ini diukur berdasarkan rekod beliau menjual kereta lebih 10,000 unit dalam tempoh masa yang singkat.

Joe Girard adalah individu yang tidak mempunyai bakat menjual. Beliau bukan bermula sebagai salesman.

Bagaimana beliau melatih dirinya sehingga diiktiraf sebagai jurujual yang hebat?

Ada 3 cara latihan yang boleh kita tiru:


Latihan 1 - Ilmu


Sebelum mulakan aktiviti menjual, Joe Girard menghadiri beberapa majlis ilmu berkaitan dengan ilmu menjual.

Beliau berusaha untuk memahami beberapa elemen penting yang dapat membantu menghasilkan jualan.

Antara elemennya adalah:

1) Product knowledge.

Mempunyai maklumat yang lengkap tentang produk atau servis yang kita mahu jual.

2) Communication skill.

Bagaimana untuk bercakap dengan pelanggan, tanpa membuatkan pelanggan rasa menyampah apabila berkomunikasi dengan kita.

3) Selling strategy.

Joe Girard memahami alat-alat yang dapat dimaksimumkan untuk menghasilkan jualan. Antaranya; Telefon, buku nota, surat (direct mail) dan banyak lagi.


Latihan 2 - Amal


Setiap ilmu yang diserap akan diamalkan.

Beliau belajar dengan lebih mendalam menerusi dua jenis tindakan:

Pertama, tindakan serta merta.

Kedua, tindakan susulan.

Orang yang bertindak serta merta biasanya akan mengalami kekalahan kali pertama.

Kekalahan ini akan menjadi penentu kejayaan.

Jika kita tidak mewujudkan tindakan susulan, iaitu belajar daripada kesilapan tindakan pertama, kita akan tenggelam dengan kekalahan.

Justeru itu, penting untuk sentiasa bertindak, belajar dan bertindak.


Latihan 3 - Jemaah


Apakah aktiviti Joe Girard setiap pagi?

Beliau tidak akan melepak dengan golongan individu yang suka menderhaka pada masa.

Yakni topik-topik perbualan yang menjurus kepada:

1) Mengumpat orang lain.

2) Buang masa.

3) Tidak memberikan input yang positif.

Joe Girard lebih suka melepak dengan pelanggan atau golongan yang dapat memberikan nilai dalam hidupnya.

Bagi The World Greatest Salesman ini, aktiviti waktu pagi akan menentukan kejayaan kita sepanjang hari.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.



Hari Rabu Tanpa Kata 7# : Ebook Terhangat Kini!

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.


syuhada1981.com, ebook terbaik, ebook terhangat
Klik Disini.

Komentator Popular Bulan September 2013

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelewatan pengumuman pemenang bagi segmen ini. Saya pasti ramai yang sudah tahu sebab-sebabnya.

Oklah, saya tidak mahu membuang masa disini..saya yakin ramai yang ingin tahu pemenang untuk segmen Komentator Popular Syuhada1981dotcom bagi bulan September kann..

Jadi, saya umumkan pemenang utamanya masih lagi Muhammad Amirul Syahnaz!! (151 komen) Tahniah dik kerana berjaya mengekalkan kedudukan. :)
Insentif tunai sebanyak RM100.00 menjadi milik anda.

Saya juga masih berbesar hati ingin memberikan sedikit saguhati kepada pemenang kedua dan ketiga iaitu sebanyak RM70.00 kepada Waazin (88+52 = 140 komen) dan RM50.00 kepada Ain (118 komen) di atas kesudian anda bertandang dan memberikan komen di setiap entri-entri saya.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang masih menjengah blog ini walaupun saya kurang mengemas kini entri terbaru disebabkan banyak urusan yang perlu saya selesaikan sepanjang bulan lepas.

Seperti biasa, sila emelkan nama penuh, nombor akaun bank dan nama bank anda kepada syuhadaforever@gmail.com



segmen,blogwalking,komentator popular, top commentator

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Aku Penghibur dan Nyamuk Terbang.

Jumpa lagi!

Salam sayang.


Update Terkini Komentator Popular.

Assalamualaikum,

Maafkan saya kerana agak menyepi minggu ini. Saya masih sibuk menguruskan rumah baru. 

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan komentator popular untuk bulan September kan?? Hehe..saya pun tak sabar juga nak tahu siapa pemenangnya kerana saya juga masih belum berkesempatan untuk mengemaskini widget top commentator tu..

Disini, saya ingin maklumkan, keputusan itu akan saya umumkan minggu hadapan  ini kerana disebabkan talian internet di rumah baru saya hanya akan disambungkan pada hari Isnin (7hb Oktober). Ini pun saya update blog menggunakan telefon bimbit sahaja. Tidak puas rasanya.. 

Jadi berikan saya masa ye untuk menguruskan pemunggahan barang-barang rumah dalam minggu ini. Harap semuanya sabar menanti.

Jumpa lagi!

Salam sayang.


Busuk!