En. Suami : Ustaz..perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya..tapi isteri saya gemuk..
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tidakkan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk tubuh badannya.
En. Suami : Tapi ustaz..perempuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut.. isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang..
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.Tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, Masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu.. kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..
En. Suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz..tak seperti perempuan simpanan saya.
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka. Bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa untuk bersama mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama perempuan simpanan kamu itu. Perempuan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?
En Suami : Tapi kan ustaz....
Ustaz: Macam ni lah....kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna dimata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir, kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk tubuhnya kerana awak, sepanjang hayat awak tidak akan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna untuk awk tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Lebih baik awak nilai diri awak sendiri dari awak menilai isteri awak kerana dia itu ibu kepada anak-anak awak.
P/S: Oleh itu, untuk lelaki yang bergelar suami diluar sana, sila hargai setiap pengorbanan isteri anda.
Salam sayang.
Sumber dari MukaBuku