6 Cara Membina Kekayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana berkenaan 6 cara bagaimana untuk kita membina kekayaan dalam hidup kita. Saya percaya, setiap manusia yang lahir ke dunia ini memasang impian untuk menjadi kaya-raya dalam hidup mereka. Namun begitu, tidak semua yang berjaya mencapai impian tersebut. 

Sebenarnya, kita tidak ada ilmu tentang kekayaan dan oleh sebab itu, perjalanan hidup kita hanya mengikut laluan-laluan normal kehidupan. Bak kata orang, kalau kita mahu menjadi kaya, kita kena buat apa yang orang kaya buat kerana beza antara orang kaya dan orang miskin ialah tahu dan tidak tahu. Itu sahaja. Baiklah, jom ikuti tip-tip membina kekayaan.

1. KAYA KETURUNAN

“Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth”.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? 

Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

2. MENJADI USAHAWAN ATAU AHLI PERNIAGAAN

Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.
Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.

Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. 

Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.
Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. 

Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.

Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

3. BEKERJA KERAS UNTUK MENDAKI JAWATAN DEMI JAWATAN

Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

4. MENJADI  PAKAR ATAU PROFESSIONAL DI DALAM SESUATU BIDANG

Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. 

Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

5. TERLIBAT DI DALAM “SALES” (BIDANG JUALAN)

Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.

Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

6. NASIB, BAKAT ATAU TERPIJAK

Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. 

Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. 

Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.
Artikel ini dipetik dari Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.
Begitulah 6 cara untuk anda membina kekayaan seperti yang diberitahu oleh Dr Azizan Osman.

Semoga ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua.




50 Fakta Menarik Mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih diucapkan kepada semua pelawat blog/web ini kerana anda masih lagi setia untuk membaca post-post yang saya kongsikan. Ini adalah berdasarkan analisis rating jumlah pelawat yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Alhamdulillah..
Malam ini, saya akan kongsikan kepada anda semua, 50 fakta menarik serta perkongsian kisah dan prinsip hidup individu ke-7 Terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari. Saya yakin ramai antara kita yang mengenali dan mengagumi beliau. 


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (Berkenaan Know Who), bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan
30. …kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN. TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.


35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR, GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.
39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri, keluarga dan ummah. InsyaAllah.







10 Faktor Seorang Jutawan!

Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas J. Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. 

Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh...

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contoh, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Anda kaya & berjaya !

millionaire mind





Kerjaya Dari Rumah





Pada Ogos 2012, seramai 347,200 orang masih lagi menganggur pada kadar 2.7 peratus berdasarkan data daripada Jabatan Tanaga Kerja. 

Malah statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan


“Patut la saya susah nak cari kerja, saya terpaksa bersaing dengan terlalu ramai graduate..” Inilah masanya untuk anda membina kerjaya anda sendiri tanpa perlu menunggu bulan untuk jatuh keriba. 


Peluang ini tidak datang sekali. Jika anda kerja sekalipun, belum tentu anda akan mendapat kerjaya yang dapat memberikan anda gaji RM 5,000 keatas bukan? 

•    Kata Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud “Kini, katanya, bilangan syarikat yang mempunyai laman web masih lagi kecil kerana hanya 100,000 daripada lebih 700,000 syarikat PKS di negara ini yang mempunyai laman web.” 


Ini bermakna peluang untuk anda mendapatkan pelanggan sangatlah luas. Bayangkan, hanya  1/7 daripada syarikat PKS sahaja yang memiliki laman web. 


Jika anda boleh sasarkan untuk mendapat hanya 1% daripada jumlah syarikat PKS yang masih tidak memiliki laman web, 6000 syarikat boleh menjadi pelanggan anda.
 

Ini peluang anda untuk memiliki kerjaya yang hebat dengan hanya bekerja dirumah. 


Klik disini untuk maklumat lanjut

Blog Jenis Apa Yang Anda Suka Kunjungi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin selitkan tentang isu blog jenis apa yang anda suka kunjungi.  Lambakan blog yang wujud di alam maya ini menjadikan kesukaran untuk mendapatkan trafik, dikunjungi pembaca dan lain-lain.

Bagi blogger baru seperti saya, pasti masih mencari-cari jenis blog yang anda inginkan. Bagi blogger lama, mereka telah pun gah berada di dunia blog dengan pengalaman dan elmu yang pastinya sangat banyak.

Jika di lihat, pelbagai jenis blog yang disajikan untuk pembaca dan tidak semua jenis blog disukai oleh pembaca.

Apakah ciri-ciri blog yang anda suka?

1) Blog berinformasi
2) Blog yang cantik
3) Blog yang ramai follower
4) Blog yang mesra pembaca
5) Blog yang famous
6) Blog yang banyak anjurkan contest
7) Blog dunia hiburan
8) Blog politik
9) Pandangan anda.....?

Saya juga sedang berusaha memperbaiki kekurangan blog saya ini. Apa yang saya harapkan agar pembaca & pengunjung blog saya mendapat sedikit manfaat daripada segala perkongsian yang ada disini. Informasi yang baik perlu dikongsi. 

Salam Sayang..








Strategi Sebenar – Cara Menjual Dengan Lebih Terhormat Di Facebook



Semua orang tahu apa itu Facebook. Daripada kanak-kanak sehingga golongan emas tahu Facebook ialah satu medium untuk bersosial di Internet.
Atas nama medium sosial ini juga, maka ramai usahawan menggunakan medium ini untuk melakukan jualan dan pemasaran. Apa tidaknya, jutaan umat berkumpul di Facebook dan sudah pastinya ia merupakan lubuk bisnes.
Maka semakin ramai usahawan yang ghairah mempromosi produk mahupun bisnes masing-masing.

Keghairahan yang membawa kepada bencana..

Akibat terlalu ghairah, ramai yang tidak faham apa itu medium sosial dan bagaimana untuk berniaga di medium sosial. Ada yang kena ‘UNFRIEND’, ada yang kena maki dan ada juga yang kena padam post promosinya.
… kenapakah ini boleh berlaku?
Dalam keghairahan tersebut usahawan tidak sedar yang beliau sebenarnya sedang melakukan ‘SPAM’.  Apa itu ‘SPAM’? Ia adalah promosi, iklan serta mesej jualan yang diletakkan tanpa kebenaran serta boleh mengganggu emosi orang lain.
Jika kita lihat di facebook sendiri ‘SPAM’ yang dilakukan adalah seperti :
  • Meletakkan promosi jualan di ‘wall’ orang lain.
  • Meletakkan promosi jualan di tengah-tengah perbincangan ‘wall’ orang lain
  • Dengan penggunaan gambar mereka ‘tag’ nama-nama orang lain
  • Dan banyak lagi…
Usahawan yang melakukan aktiviti di atas menganggap bahawa promosi yang mereka lakukan bakal mendatangkan hasil lumayan. Rupa-rupanya mereka silap. Mereka dilihat sebagai usahawan yang:
  • Terdesak menjual kerana sanggup melakukan ‘SPAM’
  • Amat menjengkelkan kerana sering menyelit dalam perbualan orang lain.
  • Tidak ‘pro’ dalam jualan.
  • Rendah ilmu komunikasinya
  • Dan banyak lagi tanggapan yang negatif.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah cara usahawan boleh menjual tanpa melakukan ‘SPAM’?

3 Langkah Mudah Menjual Di Facebook

Amalan melakukan ‘SPAM’ ini boleh dielak apabila kita ada sistem jualan yang betul. Sistem dimana kita tidak memaksa prospek untuk membeli tetapi prospek bersedia menerima mesej jualan kita.
Salah satu caranya adalah dengan melakukan 3 langkah jualan dan semuanya ini boleh dilakukan dengan hanya menggunakan ‘post wall’ sahaja.

1. Tuliskan satu iklan pendek seperti yang dinyatakan diatas. Contohnya memberikan tips percuma dan letakkan satu link untuk bawa pembaca membaca tip percuma tersebut disatu post yang lain.

2. Di post tersebut dihujung perkongsian tip maka perkenalkan produk kita dan berikan link lain untuk bawa pembaca yang ingin memiliki produk kita.

3. Di post seterusnya maka kita tuliskan skrip jualan dimana di sinilah kita betul-betul menjual.


Tarik Perhatian dan arahkan pembaca untuk klik ke ‘post’ perkongsian tip
 3-langkah-jualan
Tarik minat dan arahkan pembaca untuk klik ke ‘post’ surat jualan
Jana kehendak dan tindakan pembaca untuk membeli. Berikan panduan kepada prospek bagaimana mereka boleh membeli.
Dengan melakukan 3 langkah mudah di atas, anda bukan sahaja bakal mendapatkan keyakinan daripada orang ramai serta meningkatkan kredibiliti anda dan perniagaan anda, anda juga dapat mengaut untung yang lumayan dengan mudah dan disenangi setiap pengguna Facebook yang lain. Katakan TIDAK pada SPAM!

Sumber dari: majalahniaga.com



Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

Jika anda tercari-cari rahsia menjadi JUTAWAN, usah buang masa lagi.

Inilah jawapan kepada pencarian anda selama ini.

Siapa lagi nak cungkil rahsia Jutawan Ternama Malaysia dan pelajari strategi, minda dan teknik menjana kekayaan tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa dan ribuan ringgit untuk menghadiri kursus dan seminar mereka?

Bukan setakat seorang, malah 8 Ikon Mentor Jutawan akan mendedahkan strategi sebenar dan satu-satunya cara bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan pantas.
/

Tiada Idea Menulis Blog ? 37 Cara Yang Dapat Membantu Anda..

37 Teknik Yang Dapat Membantu Anda Yang Kekeringan Idea Menulis Blog
Masalah dikenal pasti: Blog-blog yang bersawang tahap kritikal menghadapi satu masalah besar yang mengakibatkan virus malas yang membunuh.
Hari ini, masalah itu berjaya dikenalpasti. Ianya berpunca daripada kekeringan idea tahap melampau. Penyelesaiannya: Tutup browser Facebook, Myspace , e-mel dan segala-gala laman web anda sekarang.
Jika anda serius mahu selamatkan blog daripada:
- Bersawang tahap kritikal,
- Mempunyai limpahan pelawat sehingga ratusan ribu setiap bulan.
- Menjadi ‘Super-Blogger’ yang tidak pernah menghadapi masalah kekeringan idea untuk menghasilkan artikel terkini secara konsisten.
Ketahui lebih lanjut 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea di Laman Web Ini


Lima Cara Pilih Sahabat



NASIHAT ringkas yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah: 



Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.




Apa Salahnya??

Apa salahnya jika dahulu susah dan hari ini hendak ubah jadi senang? 
Apa salahnya jika dahulu banyak gagal dan hari ini hendak jadi lebih berjaya? 
Apa salahnya jika dahulu kita hidup resah gelisah dan hari ini hendak jadi lebih tenang? 
Apa salahnya jika dahulu kita tidak pandai dan hari ini kita hendak jadi lebih pandai? 
Apa salahnya jika dahulu kita hidup bercerai berai dan hari ini kita hendak hidup bersatu padu? 
Apa salahnya jika dahulu kita kurang bersedekah dan hari ini kita hendak banyakkan memberi? 
Apa salahnya jika dahulu kita miskin dan hari ini kita hendak hidup lebih bagus kewangan?
Apa salahnya jika dahulu negatif dan hari ini kita hendak hidup kita lebih positif? 
Apa salahnya jika dahulu bersikap seperti “biawak” merendahkan usaha orang lain, dan hari ini kita lebih menyokong kejayaan orang lain? 
Apa salahnya jika dahulu banyak gagal dan hari ini hendak hidup kita lebih banyak kejayaan? 
Apa salahnya?? 
Hentikanlah menjatuhkan orang lain dan belajarlah menyokong kejayaan orang lain atau jika tidak, perbaiki diri sendiri! 
Nukilan: Azizan Osman


berubah

Busuk!