Pesanan Khas



1. Jika kita berniaga ianya datang dalam satu pakej.

2. Kalau ada untung mesti ada potensi rugi.

3. Ada pelanggan puji ada juga pelanggan yang hentam dan keji.

4. Dapat pujian produk, ada juga surat layang dan ada yang tikam produk.

5. Hari ini sales turun esok lusa sales boleh naik.

6. Hari ini boleh untung gila-gila esok lusa juga boleh rugi gila-gila.

7. Ikut putaran alam, lihat sahaja di lautan kadang-kadang berombak kadang-kadang tenang.

8. Jika kita sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, InsyaAllah kita tidak akan rasa gentar kerana semua ini adalah pinjaman daripada-Nya. DIA nak tengok bagaimana kita urus.

9. Teruskan perjuangan jangan gentar, ada masa kita menyerang ada masa kita defence ada masa kita buat dua-dua.


Salam sayang.







Busuk!