Sebenarnya Orang Kita Ni...



1. Orang melayu ni pandai berniaga. Marketing diorang lagi power daripada orang lain. Buktinya tengoklah iklan-iklan di fesbuk, bersepah-sepah produk yang ditargetkan untuk local market yang dijual oleh orang kita. Habis ditagnya sana-sini.

2. Orang kita juga kreatif. Kalau masak ayam tu, ada ayam kampung, ayam bandar, ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam goreng berempah, rendang ayam, sup ayam, nasi ayam, ayam percik, ayam panggang, ayam bakar dan segala macam jenis ayam lagi.

3. Lihat! Hanya dengan ayam sahaja, pelbagai cabang bisnes boleh dibuat. 
Pelbagai fokus niche kedai masakan ayam boleh di establishedkan.

4. Dari segi surface (jasmani) idea dan pelaksanaan memang superb! Betul beb cuba tengok bisnes-bisnes orang kita banyak yang unik dan bukan jenis biasa-biasa punya.

5. Malah kalau tengok fesbuk marketing orang kita punya idea dan pelaksanaan lebih mantop dan lebih advanced daripada geng-geng mat salleh.

6. Tetapi di manakah silapnya apabila banyak yang mempunyai idea dan bisnes yang bagus, sedang running cantik punya, tiba-tiba lenyap? Tiba-tiba kena take over oleh orang lain, atau jika yang dah ada idea, sedang diwar-warkan dalam tempoh pre-launch, tiba-tiba tak jadik buat. Apa kes?

7. Dari segi rohani inilah kebanyakannya yang mengalami failure atau kegagalan. Gaduh dengan partner, tamak, hati busuk, partner telan duit, adik gaduh dengan abang, tak bayar duit supplier, ejen promosi gelap mata, tikam belakang sama-sama partner,  buat bisnes sekali tapi diorang split dan akhirnya dua-dua tak kemana.

8. Those are the common problem yang biasa kita dengar, sampaikan kebarangkaliannya bila kita berjumpa dengan orang yang dahulunya buat sesuatu bisnes dan bila berjumpa tanya balik kenapa dah tak buat, macam dah boleh agak mesti salah satu puncanya di atas.

9. On top of semua sebab musabab seperti di point nombor 7 adalah, apabila mereka ada mentaliti yang tamak, nak cepat kaya, nak control semua, hati busuk, maka sangat mudah sesuatu bisnes itu untuk lingkup.

10. Dari segi konsep bisnes dan pelaksanaan yang dibawa memang takde masalah. Contoh mudah beginilah, "Bang Mat kenapa dah tak jual tv?" "Alah sekarang nie orang dah jarang beli tv banyak yang beli smartphone, macam-macam boleh buat" Itu jawapan yang kita expact jika kita tanya seseorang. Dan ini faktor jasmani.

11. Sebaliknya bila kita tanya "Bang Mat, kenapa dah tak jual tv?" "Alah partner aku dah tahu lubuk, dia buat sendiri dan buka kedai sendiri, untung lagi besar". Faktor rohani yang menjadi sebab.

12. Kejatuhan sesuatu bisnes itu disebabkan oleh faktor rohani bukan faktor jasmani.

13. Ya, memang bukan semua, tetapi secara DOMINANnya itulah sebab yang banyak berlaku dan ada orang kata banyak bisnes gagal dalam 3 tahun pertama kan. Cuba tanya apa sebabnya?

14. Ilmu rohani ini banyak melibatkan diri kita dan ketuhanan. Hidup kita adalah perlu untuk hablum minallah hablum minan nas, kalau orang yang jaga hubungannya dengan Allah, insyaAllah berpotensi tinggi dia juga akan menjaga hubungannya dengan manusia.

15. Oleh itu, sebelum memulakan perniagaan, carilah ilmu rohani dahulu. Bersihkan dalaman, bersihkan hati dahulu baru boleh cerita luar. Sebab yang dari dalam ini yang akan mencerminkan di luar.

16. Apabila dalaman okay, berniagalah apa sekalipun insyaAllah takkan 'sesat' jalan apabila mengetahui tujuan sebenar berniaga.

17. Banyak kisah di sekeliling kita. Baik yang berniaga online, offline mahupun syarikat yang besar-besar mempunyai masalah.

18. Islam itu agama yang baik, suci, tulus dan meliputi semua ruang daripada kejiranan, perniagaan, perhubungan, kehidupan dan lain-lain serta sesuai untuk semua zaman, tetapi pengamalnya yang banyak mencemarkan imej Islam itu sendiri. 

Wallahuallam.

Salam sayang.


Busuk!