Tips Membeli Barang Di Internet

Trend berbelanja secara online semakin menular di kalangan kita terutamanya kaum wanita. Saya akui saya juga gemar berbelanja di internet. Bukan apa, ianya boleh menjimatkan masa saya.

Terkini sudah semakin banyak kedai online yang dibina di atas talian. Medium blog, facebook, instagram dan sebagainya membantu meningkatkan perkembangan fenomena ini dengan mudah. Perubahan trend ini pastinya memberi kesan yang baik kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

Bagaimana pula kita perlu menjadi bijak berbelanja secara online tanpa terlibat dengan penipuan pengusaha palsu yang menggunakan tiket usahawan online. Ikuti tips-tips ini sebelum anda berbelanja secara online khusus untuk mereka yang gemar membeli belah di laman maya.

panduan berbelanja online


1.      Kumpulkan maklumat terlebih dahulu

Jangan terus terpedaya dengan laman maya yang baru pertama kali anda layari. Sebaiknya cari dulu maklumat tentang laman itu sebelum anda meneruskan niat mahu membeli produk yang dijual. Bagaimana mahu mencari maklumat?


  • Ketahui maklum balas pembeli di laman itu. Biasanya peniaga yang jujur akan memaparkan komen-komen atau respons pembeli terhadap perkhidmatannya. Semakin ramai respons positif daripada pembeli semakin teguh dan mempunyai kredibiliti perniagaan itu. 
  • Dalam carian google taipkan nama laman maya yang sedang anda layari. Cari maklumat tentang kedai itu. Adakah pemiliknya jujur dalam perniagaan atau ada maklum balas negatif mengenainya. Misalnya, pelanggan pernah ditipu dan sebagainya. Ingat! Jangan malas mahu membuat carian di google. 
  • Pastikan laman maya yang dibangunkan oleh pemilik tidak bersifat sementara atau sekadar mengaburi mata pelanggan demi mendapatkan sedikit keuntungan. 
  • Kaji latar belakang pemilik kedai. Hubungi peniaga jika anda mahu tahu lanjut mengenai produknya. Adakah barangan yang ditempah pelanggan sampai dengan selamat kepada pembeli atau pemilik lambat membuat urusan pengeposan. Jika sudah anda ketahui latar belakangnya, barulah membuat keputusan untuk membeli.


2.     Saranan daripada teman

Kadangkala saranan daripada teman-teman yang pernah mendapatkan khidmat peniaga online membantu anda dalam membuat pilihan. Jangan pula terburu-buru untuk terus membeli. Biarlah dua hingga tiga orang memberikan pandangan positif yang sama, barulah anda meneruskan niat itu. Bimbang kelak anda pula yang berputih mata jika barang yang dipesan tidak sama seperti yang tertera pada gambar produk di laman maya itu.

3.     Berhati-hati semasa berkongsi maklumat peribadi

Memastikan pengendali laman itu tidak sesuka hati berkongsi maklumat peribadi yang anda isikan kepada pengendali laman web yang lain. Semasa membeli juga, pasti kan pengusaha bersetuju mengembalikan barang yang rosak agar anda tidak rugi sebagai pembeli.

4.     Jangan mudah tergoda dengan barang murah

Tak perlu terburu-buru menggemari barangan mudah yang ditawarkan di laman web yang anda layari. Apa lagi yang memerlukan anda memasukkan ID atau kata laluan tanpa memerlukan keizinan daripada pemilik. Itu biasanya spammer.

Berhati-hati juga dengan spammer yang pandai memujuk rayu. Ia menghantar e-mel seolah-olah mereka menawarkan perniagaan yang baik kepada anda, walhal mereka mempunyai agenda di sebaliknya.

Ok, semoga panduan ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda.

Salam sayang.




Busuk!