Insentif Komentator Popular DiBatalkan Bulan Ini

Salam sejahtera semua.

Untuk makluman teman-teman blogger yang rajin bertandang dan memberikan komen di blog ini, insentif untuk Komentator Popular bagi bulan MAC akan dibatalkan buat sementara waktu kerana saya kini dalam proses mengemaskini segala widget yang ada di blog ini.




Saya juga baru memasang sistem komen dari INTENSEDEBATE (COMMENTLUV). Seperti yang anda semua sedia maklum, sistem COMMENTLUV ini memang bagus untuk blog kita, selain menaikkan ranking ia juga dapat memberikan backlink.

Tetapi saya masih tidak pasti, sama ada dengan menggunakan sistem ini komen-komen anda semua dikira atau tidak dalam widget TOP COMMENTATOR WIDGET yang ada, sebab itu saya terpaksa batalkan pemberian insentif ini selama tempoh percubaan sistem komen yang terbaru ini.

Bukan apa, sudah sehari suntuk saya meng'adjust' segala setting yang ada didalam ni. Pening saya dibuatnya. Jika masih belum berjaya, insyaAllah saya akan minta bantuan dari yang pakar ye.

Insentif Tunai tersebut akan bersambung semula bulan April nanti.


Salam Maaf.




Busuk!