Elak Derita Di Hujung Usia



Paparan Sinar Harian Ahad lalu cukup menyentap emosi pembaca. Saya sebagai seorang wanita dan ibu mempunyai naluri kasih yang amat tinggi. 

Isteri yang paling setia disisi suaminya. Penasihat rumahtangga dan pendamai kepada jiwa anak-anaknya. Namun bila usia menjengah senja, walaupun mempunyai anak ramai dan keluarga bahagia terdapat juga kes hidup mereka melarat!

Kerap kita membaca kisah warga emas yang ditinggalkan anak-anak, hidup terbiar dan melarat. Dikalangan mereka ada juga yang mengalami ujian seperti kehilangan suami, ditinggalkan suami atau kerugian besar setelah menjalani kehidupan bahagia pada usia muda tanpa memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku pada usia tuanya.

Tidak ada wanita yang mahukan hidupnya berakhir dengan penderitaan, namun apa yang dirancang oleh kita tidak semestinya berlaku dengan sempurna.

Zaman kita tidak sama dengan zaman dahulu. Telah banyak contoh yang berlaku, jesteru itu bersedia dan lakukan perancangan awal, baik dari segi mental, emosi, kewangan dan sebagainya. Wanita perlu persiapkan diri, sumber kewangan dan tempat tinggal bagi menghadapi ketidaktentuan perjalanan hidup.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada...

Jika apa yang dirancang tidak menjadi berbaliklah kepadaNya kerana manusia merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cintaNya!

Salam sayang.







Credit to Datuk Maznah Hamid

Busuk!