Ciri-Ciri Rezeki Yang Berkat



Tahukah Anda Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup Ianya Bermula Dari Rezeki Yang Diberkati..?

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? 

Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.

Kereta rosak, anak sakit, kawan nak pinjam duit, duit yuran pengajian anak perlu dibayar segera, pengutip-pengutip hutang datang bertandang ke rumah, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi.

Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan.

Lebih malang lagi, kadang-kala terpaksa berhutang pula kiri-kanan.

Tambahan pula di zaman serbi "NAIK" ini, tol naik, bil elektrik naik, barang naik, minyak naik, cukai pintu naik dan kos sara hidup naik terlalu mendadak.

Yang turun...hujan jer...

dan yang tak naik-naik...gaji kita...

Nak kata gaji kecil? mungkin ya, mungkin tidak...

Nak kata suka enjoy? Tidak juga!...

Nak kata tidak pandai urus duit? Tidak juga!...

Jadi...Apakah Masalah Yang Sebenarnya?

Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang.

Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata.

Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah.

Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA.

Dia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.

Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita.

Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculik.
Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh.
Kereta baru yang terjunam ke dalam gaung.
Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya.
dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..

Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?

Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar.

Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.

Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.

Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.

Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak.

Ia sebenarnya terletak pada rasa "syukur" yang wujud dalam diri.







Ciri-Ciri Rezeki Yang Berkat.


Untuk memastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, riba, berjudi, mengkhianati dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong, ponteng kerja dengan tujuan yang tidak betul serta menanam niat mencari rezeki untuk memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Untuk memastikan rezeki sentiasa diberkati hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada samada banyak atau sedikit dan gunakan rezeki ke arah yang diredhai.

Kerana hanya dengan redha Allah segalanya menjadi "cukup", hidup menjadi indah, bahagia dan hati dan jiwa mendapat ketenangan abadi.


Wallahualam.

Salam sayang.



Busuk!