1. DIA bagi kita tangan, dengan tangan inilah kita boleh menaip menyampaikan ilmu dan info, dengan tangan ini kita boleh dodoikan anak, dengan tangan ini kita boleh menyuapkan makanan, dengan tangan ini kita boleh mencari rezeki dengan mencangkul bagi petani, menulis bagi seorang guru, menekan butang-butang mesin untuk menggerakkan jentera, menekan butang-butang control panel untuk menggerakkan kapal di laut, di angkasa dan menaip emel, chatting dengan supplier di China tetapi kita di Malaysia.
2. Cuba kita renung, ada tak sebuah mesin atau gajet yang boleh buat semua benda kecuali tangan manusia? Mesin potong rumput boleh potong rumput je, mesin basuh boleh basuh baju je, enjin kereta boleh menggerakkan kereta je, enjin motor pun boleh menggerakkan motor je.
3. Tetapi mesin dan enjin itu semua memerlukan 'MESIN' tangan yang DIA bagi ni juga untuk kita boleh buat dan jalankan semua perkara itu. Betul tak?
4. Benarlah kata mentor, "untuk kita mengenal Pencipta kita, kita kena kenal diri kita sendiri dahulu". Siapa yang rasa useless dah takde harapan untuk hidup, rasa takde masa depan, cuba lihat balik 'MESIN-MESIN' yang telah Pencipta kita bekalkan untuk kita. Gunakanlah sebaiknya.
5. "Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ingin dustakan"
~Surah Ar Rahman.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Salam sayang.