Dalam hidup ramai orang yang lebih suka menyalah dan mentertawakan mereka yang gagal dan mereka yang kalah. Sedangkan mereka yang gagal dan kalah tadi telah pun mencuba. Malangnya cuma kerana nasibnya dia telah gagal. Tetapi mereka yang ketawa tadi tidak pula lihat yang mereka masih belum mencuba.
Adakalanya mereka yang mengambil degree, master atau PhD dan gagal lebih teruk dihina dari mereka yang tak lulus SPM, itu masyarakat kita. Itu menyebabkan tiada orang yang menyambut tangan mereka untuk bangun semula. Sedangkan lebih ramai lagi yang langsung tidak mencuba. Lebih malang lagi manusia yang menghina mereka juga tidak pernah mencuba.
Begitu juga mereka yang gagal dalam percubaan pertama dalam perniagaannya. Mereka tidak dibantu, mereka terpedaya dengan semangat berniaga yang berkobar-kobar. Akhirnya dengan pelbagai masalah, mereka gagal. Kegagalan mereka terkesan dengan hutang, terkesan dengan luka lama. Mereka sukar untuk bangkit semula. Mereka masih muda, mereka masih baru tetapi mereka ditekankan dengan kegagalan mereka yang pertama.
Ramai yang tidak faham:
-buat baik belum tentu lagi dapat pahala.
-berniaga belum tentu lagi dapat untung.
-periksa belum tentu lagi lulus.
Bila senang ramailah yang rapat, bila susah ramai juga yang lari. Ditekan dan diherdik. Ramailah yang perli "Dah tahu, diri tu tak tahu nak berniaga, nak berniaga jugak....dah bankrap macam ni siapa yang susah?" Itulah yang selalu didengar.
Berniaga dan belajar adalah perkara yang mulia. Semua manusia punya jalan cerita. Hidup perlu ada krisis untuk anda lebih berjaya. Hidup perlu ada ujian untuk anda naik ke darjah yang lebih hebat.
Carilah mereka yang positif dikeliling anda, jangan buang masa dengan orang negatif yang mempunyai lidah seperti biawak dan hanya tahu menjatuhkan semangat orang lain. Anda tidak keseorangan. Jangan malu dengan kegagalan pertama anda. Tidak mustahil anda akan lebih berjaya dari apa yang anda impikan, asalkan anda terus berusaha.
Salam sayang.
Salam sayang.