Tips Membina Rangkaian di #SBB2014 #SBBYEOS2014

Networking atau membina rangkaian adalah bermaksud membina hubungan sesama manusia. Ini adalah sangat penting bagi nama kita, jenama blog mahupun perniagaan kita untuk mewujudkan kepercayaan dan reputasi.
Di zaman yang canggih ini, kita kini lebih suka berhubungan melalui gadget dengan aplikasi blog, facebook, whatsapp, wechat, sms, twitter dan sebagainya. Kita lebih seronok melayan skrin dan mula kurang berjumpa dengan orang. Betul tak? 
Tiada cara terbaik untuk kenal dengan orang lain selain dari berjumpa dengannya secara berdepan, berkenalan dan berkomunikasi secara face to face.
Saya suka dan setuju dengan formula usahawan Mohd Shubhi ni.
Lagi kerap kita jumpa orang, lagi ramai kita jumpa orang, lagi meningkat potensi untuk berjaya.

Ada banyak sebab kita perlu membina rangkaian sesama manusia. Samada untuk menambahkan kenalan, mendapatkan sokongan/pertolongan, berkongsi/mendapatkan percambahan idea dan lain-lain lagi. 
Saya baru saja berkecimpung dalam dunia blogging ni tak sampai setahun. Memang sangat beruntung saya rasakan kerana saya berpeluang untuk menuntut elmu blogging dan membina rangkaian/bernetworking dengan rakan blogger yang lain di Majlis Sepetang Bersama Blogger @ PERHIMPUNAN MEGA BLOGGER ASIA TENGGARA! #SBB2014 #SBBYEOS2014 pada esok hari 8hb Mac 2014 bertempat di Saloma Bistro.



Macam-macam perasaan ada sekarang ni. Teruja, berdebar, segan semua ada, maklumlah first time nak jumpa. Saya pun tak kenal lagi dengan mereka-mereka yang akan semeja dengan saya nanti. Saya duduk di meja 16 . Jangan malu-malu dengan saya ye..andai kata anda malu..saya lagilah malu.. Hehehe~


Layout Dewan Untuk Majlis #SBB2014 #SBBYEOS2014
Anda boleh cek kedudukan anda di sini. 



Baiklah, berikut saya kongsikan tips penting untuk membina rangkaian pada esok hari. Ini mengikut kefahaman dan pengalaman sayalah ye.
1. Bersedia – Bersedia dengan alat networking yang utama seperti kad nama yang tertera nama blog anda,  no. telefon dan email. Jika anda seorang peniaga yang menawarkan servis dan produk, anda juga boleh sediakan flyers, brosur dan sebagainya.


Ini kad saya khas untuk majlis esok.

2. Mempunyai Misi Yang Jelas – Mendapatkan seberapa banyak kad nama untuk rekod rangkaian kenalan di kalangan blogger. Menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi forum. Saling bertukar pendapat dan idea untuk meningkatkan jenama blog. Bergambar kenangan. Senaraikan soalan-soalan yang bernas untuk diajukan kepada panel forum. Saya tahu ramai yang mempunyai misi nak menang hadiahkan..
3. Positif Dan Yakin – Jika anda mempunyai masalah di rumah/pejabat. Tinggalkan masalah tersebut. Kita perlu kelihatan positif dan ceria. Tidak ada sesiapa berminat untuk berkenalan dengan seseorang yang kelihatan muram dan bermasalah. Kita juga perlu kelihatan mempunyai keyakinan yang tinggi. Bagaimana kita nak mengharapkan orang lain untuk yakin terhadap kita jika kita sendiri tidak mempunyai keyakinan ?
4. Jangan Tunjuk Anda Pentingkan Diri Sendiri – Jangan memonopoli perbualan. Pastikan perbualan dua hala berlaku. 
5. Dengar - Dengar cerita mereka dan tanya soalan-soalan yang akan membuatkan mereka bercerita. Orang itu akan bertanya kembali mengenai kita. Inilah waktunya kita ceritakan mengenai diri/blog kita. Namun jangan sekali-kali cerita sesuatu dengan nada berbangga. Ceritakan dengan nada tenang dan tidak terlalu merendah diri juga. Pastikan kita lebih banyak mendengar daripada bercerita. Ada waktu lain untuk anda bercerita kerana ini bukan kali terakhir anda bersama mereka. Betul tak?
6. Berhubung semula – Jadikan mereka ini kawan baru dalam hidup anda. Berhubung semula di FB, Twitter, Instagram dan lain-lain..Percayalah, mereka akan menjadi ‘ejen pemasaran’ blog anda yang terbaik. Kini status anda akan bertukar daripada seorang kenalan menjadi kawan. Sama-sama dalam mempromosikan blog masing-masing. 

Ok, ni sahaja yang terlintas di fikiran saya sekarang ini. Jika anda ingin menambah tips yang lain bolehlah kongsikan diruangan komen.

Sudah tiba masanya untuk saya prepare keperluan saya yang lain untuk esok hari. Lipstik, blusher, purse dengan duit sekali untuk shopping, handphone, perfume (takut hangit pulak kat sana nanti, hehehe) powerbank, name card. Oh ya..saya juga ada sediakan special gift untuk 100 orang blogger terawal yang saya jumpa. 100 je tau!


So, kalau nak gift tu, ingat & cam muka ini tau. Hehehe

So, kepada mereka yang akan datang dari luar Kuala Lumpur, saya doakan anda selamat sampai. 

Ok, kita jumpa esok !

Salam sayang.








10 Entri Popular Blog Syuhada1981.com - Februari 2014

Tips Membeli Barang Di Internet

Trend berbelanja secara online semakin menular di kalangan kita terutamanya kaum wanita. Saya akui saya juga gemar berbelanja di internet. Bukan apa, ianya boleh menjimatkan masa saya.

Terkini sudah semakin banyak kedai online yang dibina di atas talian. Medium blog, facebook, instagram dan sebagainya membantu meningkatkan perkembangan fenomena ini dengan mudah. Perubahan trend ini pastinya memberi kesan yang baik kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

Bagaimana pula kita perlu menjadi bijak berbelanja secara online tanpa terlibat dengan penipuan pengusaha palsu yang menggunakan tiket usahawan online. Ikuti tips-tips ini sebelum anda berbelanja secara online khusus untuk mereka yang gemar membeli belah di laman maya.

panduan berbelanja online


1.      Kumpulkan maklumat terlebih dahulu

Jangan terus terpedaya dengan laman maya yang baru pertama kali anda layari. Sebaiknya cari dulu maklumat tentang laman itu sebelum anda meneruskan niat mahu membeli produk yang dijual. Bagaimana mahu mencari maklumat?


  • Ketahui maklum balas pembeli di laman itu. Biasanya peniaga yang jujur akan memaparkan komen-komen atau respons pembeli terhadap perkhidmatannya. Semakin ramai respons positif daripada pembeli semakin teguh dan mempunyai kredibiliti perniagaan itu. 
  • Dalam carian google taipkan nama laman maya yang sedang anda layari. Cari maklumat tentang kedai itu. Adakah pemiliknya jujur dalam perniagaan atau ada maklum balas negatif mengenainya. Misalnya, pelanggan pernah ditipu dan sebagainya. Ingat! Jangan malas mahu membuat carian di google. 
  • Pastikan laman maya yang dibangunkan oleh pemilik tidak bersifat sementara atau sekadar mengaburi mata pelanggan demi mendapatkan sedikit keuntungan. 
  • Kaji latar belakang pemilik kedai. Hubungi peniaga jika anda mahu tahu lanjut mengenai produknya. Adakah barangan yang ditempah pelanggan sampai dengan selamat kepada pembeli atau pemilik lambat membuat urusan pengeposan. Jika sudah anda ketahui latar belakangnya, barulah membuat keputusan untuk membeli.


2.     Saranan daripada teman

Kadangkala saranan daripada teman-teman yang pernah mendapatkan khidmat peniaga online membantu anda dalam membuat pilihan. Jangan pula terburu-buru untuk terus membeli. Biarlah dua hingga tiga orang memberikan pandangan positif yang sama, barulah anda meneruskan niat itu. Bimbang kelak anda pula yang berputih mata jika barang yang dipesan tidak sama seperti yang tertera pada gambar produk di laman maya itu.

3.     Berhati-hati semasa berkongsi maklumat peribadi

Memastikan pengendali laman itu tidak sesuka hati berkongsi maklumat peribadi yang anda isikan kepada pengendali laman web yang lain. Semasa membeli juga, pasti kan pengusaha bersetuju mengembalikan barang yang rosak agar anda tidak rugi sebagai pembeli.

4.     Jangan mudah tergoda dengan barang murah

Tak perlu terburu-buru menggemari barangan mudah yang ditawarkan di laman web yang anda layari. Apa lagi yang memerlukan anda memasukkan ID atau kata laluan tanpa memerlukan keizinan daripada pemilik. Itu biasanya spammer.

Berhati-hati juga dengan spammer yang pandai memujuk rayu. Ia menghantar e-mel seolah-olah mereka menawarkan perniagaan yang baik kepada anda, walhal mereka mempunyai agenda di sebaliknya.

Ok, semoga panduan ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda.

Salam sayang.




Panduan Menghadapi Perpisahan Khas Buat Isteri

panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu tiga


Terlalu banyak kisah-kisah keretakan rumahtangga yang kita dapat lihat sekarang ini. Sesiapa yang bergelar isteri sedikit sebanyak sudah pasti akan merasai 'kesakitan' itu. Memang benar bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi tetapi bagi pendapat saya "jika anda seorang wanita, anda pasti akan memahami jiwa wanita lain". 

Berpisah hidup mahupun mati pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam di jiwa mana-mana individu yang pernah mendirikan rumah tangga. Baik pasangan suami isteri yang telah lama menjalin kasih, mahupun mereka yang baru mendirikan rumah tangga, masing-masing miliki istilah serik apabila dikhianati pasangan sendiri. 

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa didalam entri ini, saya cuma ingin kongsikan sedikit panduan bagaimana anda harus berhadapan dengan situasi perpisahan yang menyakitkan ini. Ikuti panduannya.

Ketahanan diri
Perkara penting yang perlu difahami oleh individu adalah menilai daya tahan diri berhadapan peristiwa trauma yang dihadapi. Pada masa inilah anda perlu tahu adakah anda kuat atau sebaliknya dalam mengendalikan emosi diri. Kebolehan yang dimiliki inilah yang membuatkan anda berupaya dan lebih bersedia menerima ujian yang berlaku.

Bertindak matang
Paling utama dalam berhadapan situasi yang mengundang trauma adalah bertindak secara lebih matang. Matang di sini bermaksud anda memikirkan setiap sudut sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika mahu memarahi pasangan, fikirkan tentang anak-anak, ahli keluarga dan yang paling penting diri sendiri. Adakah tindakan anda itu mampu membahagiakan anda atau sebaliknya. Fikirkan dalam-dalam.

Fikirkan yang positif
Sememangnya mudah untuk seseorang memujuk teman agar bersabar saat dilanda perpisahan. Namun, tidak mudah untuk individu yang berhadapan dengan situasi sebenar memujuk dirinya menjadi lebih positif. Emosi baik sebegitu memerlukan masa untuk sampai ke dasar hatinya. Bagaimana mencipta suasana positif dalam aura yang amat lemah ini? Sebaik-baiknya anda perlu serahkan segala apa yang berlaku kepada Yang Esa.

panduan perpisahan, suami main kayu tiga, suami curang


Anggaplah bahawa setiap orang pasti akan berhadapan dengan situasi perpisahan. Baik berpisah akibat suami dirampas orang ketiga, kehilangan akibat kemalangan dan sebagainya. Ketahui juga bahawa setiap ujian hidup ini akan menjadikan anda seorang yang lebih tabah. Andai mereka redha, ujian ini menjadikan mereka individu yang lebih bersabar dalam menjalani kehidupan.

Buang jauh ketakutan dalam diri
Trauma yang terjadi dalam diri selalunya mengundang ketakutan dan bayang-bayang ketakutan itulah yang sering menghantui anda. Sebab itulah, anda lebih gemar menjadi seorang yang pasif dan takut untuk membuat sebarang keputusan. Justeru, buang jauh ketakutan itu. Cari punca sebenar apakah yang membuatkan anda trauma. Hadapi kehidupan yang Tuhan berikan ini dengan sebaik-baiknya dan berusaha agar anda menjadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain.

Belajar mencipta situasi baru
Perpisahan itu sememangnya menyakitkan. Apatah lagi, buat pasangan yang sudah sekian lama berkongsi kasih dan perasaan. Akibat salah faham atau apa juga ketidakserasian, masing-masing terpaksa memilih jalan perpisahan. Jangan terlalu membiarkan diri dalam situasi bimbang atau tidak percaya pada orang lain.

Belajar terima keadaan dan cuba mencari sesuatu yang baru dalam hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang tidak pernah atau tidak dapat anda lakukan semasa menjadi isteri atau suami kepada pasangan terdahulu. Andai anda belum bersedia mencari pasangan yang baru, lakukan aktiviti baru yang mampu memberi kebahagiaan buat anda. Menjadi individu baru yang lebih positif membantu anda menghilangkan kemurungan yang bersarang di dasar hati.


panduan hadapi perpisahan, suami curang, suami main kayu hitam, suami dirampas wanita lain

Kesetiaan wanita diuji apabila si suami tidak punya apa-apa...
Dan kesetiaan suami pula diuji apabila punya segalanya...


Salam sayang.





Diadaptasi dari Majalah Mingguan Wanita.







Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak




Ok, petang ni dalam dok berblogwalking jumpa lagi segmen yang best, mudah dan simple. Saya memang suka benar segmen-segmen blogwalking ni. Selain dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain, segmen seperti ini mampu meningkatkan trafik blog kita. Tu pengalaman sayalah. Tak percaya?? Join dulu dan tengok hasilnya.

Syaratnya pun mudah je.

1/ Follow blog SukaGelak. Tak mau follow pun tak pe. Takde paksaan.
2/ Buat entri bertajuk "Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak"
3/ Tempekkan banner yang kat atas ni dan link kan balik ke entri ni.
4/ Publish.
5/ Tinggalkan link entri korang dekat ruangan komen. 

Segmen ni akan berlangsung bermula hari ini 05/03/2014 hingga 09/03/2014 jam 11.59 pm.

So, tunggu apa lagi? Jomlah join sekali..klik banner kat atas tu ye.

Salam sayang.


Hari Rabu Tanpa Kata #20 : Bahasa Melambangkan Bangsa


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.


Sumber  

Saya Ada Masalah Besar!!


Salam buat semua rakan blogger,

Ok, saya ada masalah besar. Hari ni saya ingin minta pendapat dan pertolongan anda semua yang membaca entri ini. 

Begini, saya baru je tukar template blog dan saya amat sukakan template yang baru ini. Tapi masalah besar yang saya hadapi sekarang, dengan menggunakan template ini, TOP COMMENTATOR WIDGET saya tidak berfungsi kerana template ini menggunakan sistem komen dari GOOGLE dan bukannya dari BLOGGER. 

Busuk!