Elakkan negatif yang menarik negatif berikutnya. Setiap apa kita cakap, tulis, buat adalah pancaran dalaman diri kita. Usah pertikai rezeki orang, usah pertikai tanggungjawab orang, dirisau kita bakal dipertikaikan di sana.
Tanggungjawab kita banyak perlu diperbaiki, perlu diteliti supaya ada perubahan dalam diri. Diam bukan makna setuju, cakap bukan makna membangkang. Jika ada salah silap, kita manusia bukan penghukum jauh sekali menilai manusia lain.
Manusia biasa lebih tertarik dengan negatif. Manusia luar biasa cipta penapis di mata, di fikiran, di minda tukar negatif jadi positif untuk diri dan keluarganya. Kita dipimpin untuk menjaga akhlak, agama, keturunan dan bangsa.
Kita tidak dipimpin menuding jari kepada manusia lain mencari kesilapan, mencari kekurangan. Sibuk mencari kekurangan orang lain bermakna ada yang kurang dalam diri kita. Elakkan menulis, mengucap, mengata, menghasut kerana kita tidak bijak mana.
Orang berjaya, orang bijak mereka lebih suka membaca, melihat dengan mata hati, bertindak pada saluran yang mengena, berusaha sama-sama mencari keseimbangan disini sana. Susah nak dibuang jika penyakit HATI mula hinggap dalam diri. Sama-sama kita wujudkan generasi putih akhlaknya, positif mindanya, lembut hatinya.
Salam sayang.
-Kredit to Syed Faiz-