Kasih Ibu Tiada Tandingannya


Setelah membaca kisah ini, perasaan hiba dan terharu pasti menusuk ke dalam hati dan perasaan.

Sesedar, mata anda akan bergenang dengan air mata. 

Moga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

====================================

Suatu ketika dahulu ketika di Jepun, pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga tidak boleh menguruskan kehidupan diri serta anaknya.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.

Si pemuda bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya.

Si ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pohon yang boleh dicapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Apabila sudah tiba di destinasi yang si pemuda itu rasakan sudah sesuai untuk ‘melepaskan’ ibunya, dia menurunkan si ibu tadi dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana dia tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan itu terhadap ibunya.

Si ibu yang nampak begitu tenang dan pasrah dengan apa yang telah dilakukan anaknya berkata:

"Anakku, ibu sangat menyayangimu.

Sejak kau kecil sehingga dewasa ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku.

Bahkan sehingga ke hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikit pun terhadapmu.

Dalam perjalanan tadi, ibu sudah menanda sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu kerana ibu khuatir kau tersesat.

Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah"

Setelah mendengar kata-kata ibunya, si anak menangis dengan sekuat-kuatnya dan lantas memeluk ibunya.

Si anak dengan perasaan sedih dan hiba dengan apa yang telah dilakukan terhadap ibunya lantas menggendong ibunya untuk membawa si ibu pulang ke rumah.

Pemuda tadi akhirnya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat ibunya.

Orang tua bukan barang antik yang boleh kita abaikan atau dibuang setelah tiba saat beliau tidak berdaya membuat segala apa yang mampu dibuat untuk dirinya serta orang lain kerana di saat engkau telah berjaya atau engkau di dalam keadaan susah mana pun, hanya ibubapa kita sahaja yang akan tetap bersama kita kerana secara lumrahnya, batinnya akan menderita kalau kita menderita.

Bukan isteri, suami, ataupun teman.

Ibubapa kita tidak pernah meninggalkan kita atau mengabaikan kita walau bagaimana jua keadaan kita.

Malah, walaupun kita bersikap kurang ajar terhadap mereka, mereka tetap akan menyanyangi kita.

Hargailah mereka selagi mereka masih ada.








Salam sayang.



Busuk!