Berwaspada Dalam Berkata-Kata

Sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata. Kita tidak berdiri tegak dengan menundukkan pihak lain. Kita tidak jatuh tersungkur dengan meninggikan pihak lain. Setiap kita ada rezekinya, ada tanggungjawabnya, ada peranannya.

Elakkan negatif yang menarik negatif berikutnya. Setiap apa kita cakap, tulis, buat adalah pancaran dalaman diri kita. Usah pertikai rezeki orang, usah pertikai tanggungjawab orang, dirisau kita bakal dipertikaikan di sana.

Tanggungjawab kita banyak perlu diperbaiki, perlu diteliti supaya ada perubahan dalam diri. Diam bukan makna setuju, cakap bukan makna membangkang. Jika ada salah silap, kita manusia bukan penghukum jauh sekali menilai manusia lain.

Manusia biasa lebih tertarik dengan negatif. Manusia luar biasa cipta penapis di mata, di fikiran, di minda tukar negatif jadi positif untuk diri dan keluarganya. Kita dipimpin untuk menjaga akhlak, agama, keturunan dan bangsa.

Kita tidak dipimpin menuding jari kepada manusia lain mencari kesilapan, mencari kekurangan. Sibuk mencari kekurangan orang lain bermakna ada yang kurang dalam diri kita. Elakkan menulis, mengucap, mengata, menghasut kerana kita tidak bijak mana.

Orang berjaya, orang bijak mereka lebih suka membaca, melihat dengan mata hati, bertindak pada saluran yang mengena, berusaha sama-sama mencari keseimbangan disini sana. Susah nak dibuang jika penyakit HATI mula hinggap dalam diri. Sama-sama kita wujudkan generasi putih akhlaknya, positif mindanya, lembut hatinya.




Salam sayang.










-Kredit to Syed Faiz-

Lagi 5 Tahun


1. Sekarang ini sudah well known kaum-kaum Indonesia, Pakistan, Nepal, Bangla, Myanmar sedikit demi sedikit sedang menguasai ekonomi kita.

2. Ramai masih berpandang selebet sebelah mata je dan kadang-kadang tutup mata yang mana kita berpendapat "alah diorang nie kerja sini kejap jer lepas tue dah kaya balik la.." Salah sama sekali ye..

3. Sebenarnya diorang duduk sini belajar selok belok meniaga dengan tokey diorang walaupun bermula dari kuli. Nanti dah kahwin beranak pinak dan stay di sini. Mereka akan kumpul modal dan akan buka bisnes sendiri.

4. Jika kita tidak sedar kita sebagai orang tempatan yang akan mintak kerja dengan mereka.

5. Sekarang di taman-taman perumahan ownernya masih lagi dari kaum yang berasal dari Malaysia.

6. Lagi 5 tahun, kita akan duduk satu taman dengan mereka dan mereka bukan lagi penyewa tetapi akan menjadi pembeli rumah dan duduk bersama-sama kita di situ.

7. Malah ada pula orang kita yang tak mampu beli, sewa rumah berjiran dengan mereka, kita penyewa tetapi mereka membeli rumah di situ.

8. Kita asyik nak bertelagah menang sorak siapa kuat dalam fesbuk mahupun di luar, itu haram ini haram, itu tak adil, ini rasuah, itu skandal.

9. Sedangkan imigran-imigran yang lain sedang beronok-ronok kutip hasil dalam negara dan kita pula yang merupakan pembeli produk mereka. 

10. Saya bukan anti-imigran tetapi inilah projection senario lagi 5 dan 10 tahun yang akan datang.

11. Ingat! Yang datang sini bekerja di pam minyak, kutip sampah, potong rumput, jadik cleaner, pelayan restoran, ramai yang ada otak degree, doktor, peguam dan sebagainya cuma di negara mereka tidak ada peluang pekerjaan.



Renung-renungkan dimana kedudukan kita lagi 5 atau 10 tahun akan datang??







Isu Minyak Masak Kitar Semula



1) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket yang dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.

2) Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

3) Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

4) Sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket.

5) Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu.

6) Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah.

7) Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidik dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.

Bila kali terakhir anda makan pisang goreng?


Salam sayang.


Tanda-Tanda Hati Kotor

- Gelisah walaupun tiada masalah.

- Selalu berbangga dengan diri sendiri.

- Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang.

- Sombong dan bongkak.

- Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya.

- Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

- Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

- Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

- Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

- Menyampaikan ilmu dengan riak.

- Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

- Berpakaian elok untuk dipuji.

- Derhaka kepada kedua ibu bapa.

- Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang.

- Suka menjatuh dan memijak orang dengan kuasa yang ada

- Solat yang tidak boleh khusyuk, solat semata-mata inginkan pujian.

- Kagum terhadap diri sendiri.

- Selalu mencari salah orang lain.

- Cinta lebih kepada duniawi dan materialistik.

- Mudah bersangka buruk terhadap orang.

- Membesar-besarkan hal yang remeh-temeh.

- Suka bergossip dan menabur fitnah.

- Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.



Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang.





Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda !




Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari, bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati, beliau terus berjumpa doktornya semula dan memaksa doktor membuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya, doktor tersebut telah mengesan satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalani pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.




Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian benjol tersebut, seekor lipas telah keluar daripada lidah wanita itu!

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.


“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"





Busuk!