Saya berikan beberapa sebab mengapa anda memerlukan coaching dalam bisnes yang anda buat.
Dalam menjalankan perniagaan atau mahu mulakan perniagaan, seringkali kita akan menghadapi masalah. Jika anda mempunyai antara masalah-masalah dibawah, anda perlukan masa untuk belajar sesuatu daripada mereka yang pakar.
- Anda telah mempunyai idea berniaga, tetapi masih tidak bermula.
- Bekerja lebih masa dari waktu dari sepatutnya setiap hari tetapi tahap pencapaian dan perniagaan masih ditakuk lama. Mengapa ianya berlaku ?
- Lebih banyak masa bekerja berbanding waktu bersama keluarga. Ianya tidak perlu berlaku. Jika ada, tentu ada masalah dalam pengendalian bisnes anda.
- Menghabiskan banyak masa tentang operasi perniagaan sekarang dari mengembangkan bisnes anda.
- Cashflow bisnes anda yang sangat ketat dan jumlah keuntungan tidak memadai berbanding usaha yang telah dicurahkan.
- Sukar mencari pengurus yang baik untuk menjalankan perniagaan anda.
- Anda mahupun staff anda selalu hilang fokus dan motivasi.
- Strategi jualan yang tidak memuaskan.
- Kebergantungan bisnes terlalu bergantung kepada anda, jika anda tiada, bisnes tidak boleh dan sukar beroperasi. Tiada sistem yang betul.
- Anda masih bekerja dalam perniagaan anda.
- Anda tidak rasa gembira dengan apa yang anda buat sekarang.
Pernahkah anda menghadapi masalah-masalah seperti diatas? Jika ya, anda sememangnya memerlukan seorang pakar untuk membimbing anda didalam perniagaan.
Salam sayang.