Makna
pelaburan pada anda?
Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda
mendengar perkataan pelaburan?
Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah
Saham atau membuka syarikat perniagaan?
Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada
juga manusia yang hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam
kesusahan. Ada juga di kalangan anda yang merasakan pelaburan adalah sesuatu
yang sangat kompleks untuk di fahami.
Pelaburan merangkumi perbagai perkara. Ada manusia
yang membuat pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia
yang mengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Pelaburan
adalah sesuatu yang anda lakukan untuk diri anda, sudah tentulah untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
Pelaburan untuk diri
sendiri?
Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur
adalah jika anda tidak melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan
lakukan?
Ibu bapa anda hanya akan melabur untuk pendidikan anda
sehingga anda tamat belajar dan ia adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di
sekolah, anda tidak di ajar bagaimana hendak mengawal kewangan anda atau
bagaimana hendak melabur. Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang
kepada orang lain iaitu bekerja dengan orang lain.
Oleh kerana tiada sesiapa yang mengajar anda
bagaimana hendak menguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut.
Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang
mendidik diri anda untuk lebih pandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti
dari mendidik diri anda, anda akan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir,
anda akan berada pada tahap yang sama.
Pelaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu
bertanggungjawab atas semua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda
perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda.
Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur
untuk diri sendiri. Mereka sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan
mereka.
Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri,
anda sedang melukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke
Kota Bharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai ke
destinasi walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain,
tetapi lukislah peta diri sendiri untuk di ikuti.
Kepentingan Pendidikan Kewangan.
Perlukah anda melabur untuk minda wang?
Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk
memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud
melabur untuk minda wang.
Pelaburan ini akan menjalinkan anda dengan
pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu.
Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.
Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi
tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi.
Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka berani mengambil
tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?
Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda
perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya.
Jika anda membeli lembu, anda melakukan pelaburan
untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal
dari harga susu, anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu
dari lembu tersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.
Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda
hanya ada seluar pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu,
pendidikan kewangan adalah penting.
Anda akan lebih untung jika,
Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada
tanaman.
Membaiki
kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.
Melaburlah pada sesuatu yang boleh memberi pulangan
pada anda dalam jangka masa yang panjang. Jangan terlalu banyak melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta kerana ianya akan rosak.
Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai
kewangan. Dan itu juga dikira sebagai pelaburan.