Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ketidaksuburan adalah suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana komuniti masyarakat. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HFEA(Human Fertilisation and Embryology Authority) pada tahun 2007, 1 daripada 7 pasangan di UK menghadapi masalah untuk dapat zuriat. Manakala berdasarkan satu statistik dari sumber yang lain, 15% daripada pasangan di US yang mencuba untuk dapat zuriat tetapi gagal untuk hamil. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, 10-15 % pasangan suami isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat zuriat.
Adakah anda termasuk dalam golongan di atas?
Kami adalah pasangan suami isteri yang juga pernah melalui apa yang anda lalui sekarang. Keadaan tersebut telah menggerakkan kami untuk membuat kajian dan rujukan berkenaan dengan ilmu-ilmu tentang kesuburan. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang sains, ia tidak menjadi masalah bagi kami untuk mendapatkan sumber-sumber kajian yang jarang diterokai oleh kebanyakan orang.
Setakat pengetahuan kami, tidak pernah ada satu rujukan khusus berkenaan dengan kesuburan dalam Bahasa Malaysia yang pernah dihasilkan. Kalau adapun hanyalah tips-tips ringkas 1 mukasurat yang didapati dalam majalah-majalah kewanitaan dan kehamilan. Ia menyebabkan kami terpaksa beralih dengan mendapatkan sumber-sumber dari luar negara.
Persoalannya, mana perginya pakar-pakar sakit puan dan pakar-pakar kesuburan di Malaysia? Sebenarnya kita memang mempunyai pakar-pakar yang berkemahiran setanding dengan pakar-pakar dari luar negara. Mereka mempunyai 'track record' yang baik dalam membantu pasangan-pasangan ini menimang cahayamata. Tetapi oleh kerana kesibukan mereka dalam memberikan rawatan menyebabkan sehingga sekarang tidak pernah ada satu sumber rujukan yang khusus yang boleh dijadikan panduan oleh pasangan-pasangan yang mengalami kesukaran untuk dapat anak. Sekurang-kurangnya panduan seperti ini dapat dijadikan rujukan bagi mendapatkan ilmu-ilmu asas kesuburan sebelum merujuk kepada mana-mana doktor bagi medapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
Daripada kajian dan rujukan yang telah kami jalankan, kami telah menerokai satu hasil dapatan yang sangat menakjubkan. Terdapat perkara-perkara yang selama ini kita tidak ambil perhatian terhadapnya, tetapi boleh menjadi punca seseorang itu sukar untuk dapat zuriat. Kami merasakan adalah sangat rugi jika maklumat-maklumat yang sangat berguna ini tidak disebarkan untuk manafaat bersama. Hasil dapatan tersebutlah yang ingin kami kongsikan dengan anda sekalian.
Apakah sebenarnya yang kami telah terokai daripada kajian-kajian tersebut?
Adakah ia benar-benar bermanafaat?
Sejauh mana keberkesanannya? Baik, biar kami ceritakannya satu demi satu....
Sila klik : http://tinyurl.com/oegwwph
Sumber Dari :
Hariri Mustapha @ Abu Jarir B.Sc. (Hons) Genetics
&
Iffah Mohamad Diali @ Ummu Aisyah B.Sc. (Hons) Food Science