Idea Untuk Mendapatkan Modal Bisnes Kecil-Kecilan Dengan Segera.

syuhada1981.com, idea modal, tips mendapatkan modal, modal segera

1. Pertama, anda listkan barangan yang masih boleh dipakai lagi dirumah anda, tetapi tidak dipakai oleh anda sekarang. Ambil dan kumpulkan semua barangan itu dan buat jualan.

Buat jualan barangan rumah (second hand) anda di FB, atau menjual menggunakan boot kereta, di garaj rumah dan sebagainya. 

Banyak barangan yang kita beli tetapi tidak dipakai. Hanya disimpan dirumah sampai penuh satu rumah. Kalau nak guna balik, kita boleh beli je yang baru. Contohnya barangan bayi seperti stroller, walker, rocker, buaian, baby cot dan lain-lain. (Baby pun dah besar kann..)

2. Buat kerja part time. Kerja yang tidak menggunakan modal yang banyak misalnya ambil upah mencuci kereta atau potong rumput di kawasan perumahan anda. 


Jika anda seorang pelajar , anda pandai gunting rambut misalnya, anda boleh offer kawan-kawan dengan perkhidmatan menggunting rambut.

3. Menjual barangan orang lain. Buat sekecil-kecil perkara yang anda mampu misalnya anda boleh jual nasi lemak di pejabat anda dan mengambil nasi lemak dari jiran anda dengan harga yang murah. 


Jika anda ada kenal dengan kawan yang ada butik, mungkin anda juga boleh menjual kain kedai tersebut dahulu dan ambil komisyen dari jualan itu atau mungkin anda boleh tolong jualkan kereta, tanah atau apa sahaja kepunyaan orang lain dan mendapatkan komisyen dari situ.

4. Kongsi apa sahaja kemahiran anda. Misalnya anda pandai memasak nasi beryani, masak pau, kemahiran menjahit, buat dekorasi kek atau apa sahaja. Anjurkan kelas secara kecil-kecilan untuk sesiapa yang ingin belajar. Kenakan sedikit yuran.

5. Jual semula barangan yang mahal yang ada pada anda. Anda mungkin boleh menukarnya misalnya membeli telefon yang lebih murah, mencagar barang kemas dan lain-lain.

6. Menawarkan diri untuk membuat kertas kerja, menyiapkan akaun syarikat atau apa sahaja yang anda mahir.

Tip untuk idea modal mudah ini haruslah perkara yang berada di dalam lengkungan dan kuasa anda.


Apa pun semua di tangan anda.

Hendak seribu daya, mahu seribu cara!

Salam sayang.



Busuk!